بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, May 22, 2012

Perjalanan Semalam

Bismillahirrahmanirrahiim

Terasa baru semalam
Dia menyiapkan segala kelengkapan barang
Dia dihantari oleh mereka diperlapangan terbang
Dia menangis meninggalkan insan-insan tercinta
Dan melambai-lambai meninggalkan tanah air tersayang

Terasa baru semalam
Dia menapak kaki dibumi barakah ini
Sebagai tetamu tanah anbiya'
Dunia di sekelilingnya terasa terlalu asing
Aneh,pelik sungguh !!!
Suara arab menjerit disana sini
Bunyi hon kereta membingit telinganya
Menganggu setiap kali tidur malamnya
Ahhhh!!!
Bisingnya.....

Terasa baru semalam
Dia sering menangis merindui mereka di sana
Dia belajar segalanya disini
Tentang memasak
Tentang hidup berdikari
Kehidupannya jauh dari mereka

kelas yang bakal sentiasa diingati,banyak perkara yang dia lalui disini,banyak
 perkara yang dikongsi disini tentang segalanya...

Terasa baru semalam
Dia melangkahkan kaki ke universiti dan ke kelas
Oh!! Inilah Jamiahku
Tak faham Dor cakap apa
Ahhhh Susahnya.....

Terasa baru semalam
Dia dimarahi dan diteguri oleh seorang lelaki 
kerana tiada Muraqib pada lewat malam
Terasa baru semalam
Dia berjalan ke sana-sini
Menyelusuri sirah para nabi dan sahabat
Dia baru menyedari
Ada hikmah yang perlu dicari
Ada ikhtibar yang perlu disyukuri
Disebalik bukti sejarah dan peninggalan mereka ini
Bertuahnya dia dapat melihatnya dengan mata sendiri

Terasa baru semalam dia dilahirkan
Apabila suara hidayahMu
Menyapa lembut dan membisikkan padanya
Inilah hikmahnya
Dia baru mengerti hari ini
Dia baru menyedari kini
Tugasnya sekarang bukan sekadar menadah
ilmu dan kitab dijamiah
Dia mengenali mereka
Sungguh Nur yang terpancar diwajah mereka
Tiada kata-kata yang selayaknya untuk diungkapkan
Sungguh pertemuan itu sangat bermakna
Kau berikan kami cinta dan kasih sayang
Yang tak putus tiba
Bersama mereka mengenali Islam
Bersama mereka memjadin muslim
Bersama mereka demi menegakkan kalam Allah
Alhamdulillah
Perjalanan hidup ini baru bermula
Bersyukur Aku Ya Rahman
Terkedu aku Rahim

benarlah pesan al-Ghazali..
perkara yang paling jauh bukanlah bulan mahupun mentari
namun adalah masa yang kita tinggalkan  pergi
semalam yang tak mungkin untuk kita miliki kembali.

Sungguh dia rindu pada kenangan dan
pengalaman semalam yang tak mungkin akan berulang kembali

Hurriyatul Izah
17Mei 2012 749pm(0109am)
Bayt Ghuraba Simsar 
Irbid Jordan

No comments:

Post a Comment