بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, February 14, 2014

Kematian yang menghidupkan

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh.. 
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..
  

Allahuakhbar...sungguh hati terasa berat yang amat,
Dalam perjalanan pulang dari walimah sahabat,hati terasa teramat sayu sangat,hampir dua jam 
menghabiskan masa dijalanan disebabkan jem disepanjang jalan Kuala Pilah-Seremban.
Dalam kepenatan menanti kereta bergerak satu-persatu,tersedar dari keasyikan mendengar celoteh
dan dendangan lagu di ikim..kelihatan sebuah van jenazah kelihatan dari arah bertentangan.
Dek kerana keletihan,perasaan saya tidak berapa teruja dan terkejut seperti selalu.


***************************************************

Selesai solat isya' dan wirid seperti biasa,tangan yang lemah ini menggapai laptop dihujung katil.Terasa agak lama tak berlaman sosilal,banyak perkara tak dapat nak update.
Tiga hari bercuti dikampung memang masa dipenuhi dengan kerja rumah dan melayan kerenah anak-anak kecil.

Satu-persatu saya baca status...
Allah,nama dan insan itu pernah saya kenal,jasadnya pernah saya temu.

Perkembangan sakitnya,selalu saya update dari facebooknya,

namanya disebut-sebut oleh penduduk bumi disebabkan keyakinannya terhadap janji Allah tentang jalan dakwah yang dimaninya selama ini. semoga syurga tertinggi buat Arwah..
Innalillahiwainnailaihirajiun...

Antara kata kata sahabat kak mum di FB dan twitter yang membuatkan air mataku mengalir :


Dikejutkan dengan berita yang disampaikan dgn nada tenang oleh teman ODOJMuhammad Helmi Tan jam 4.46am:
"Salam ikhwah. Juz nak maklumkn zaujah ana baru dipanggil mengadap ilahi sebentar td. Doakan kesudahan yg baik bg dia. Ana bersaksi demi allah dia dah tunaikn hak2 allah keatasnya. Semoga allah kurniakan jannah tertinggi. Aminnn������"

Moga do'a dan keredhaan ikhlas akhi Helmi akan diganjari Allah dgn meletakkan AlMarhumah zaujahnya bersama orang2 yg dimuliakan, aamiin!


Suatu hari dulu,tulisan beliau sangat memberi kesan tarbiyah pada saya,tanpa mengenali siapakah diri beliau yang sebenar.

Dalam meniti perjalanan dalam tarbiyah,di Bumi Syam sana,seolah-olah tulisan beliau memahami rentak perjalanan dan dugaan dalam DnT..
Sempat 2-3 kali saya sempat bertemu beliau dalam program dan Daurah semasa di Serdang,dalam diam saya menjadikan beliau sebagai ikon..

Juga untuk esok dan hari-hari seterusnya,sosok yang menggetarkan ruh dan jiwa ini.
Sebenarnya,saya bertembung dengan van jenazah petang td,hati berdegup kencang,tapi lambat dapat berita
Allahurabbi..mata semakin sakit,moga airmata keinsafan terus menyapa malam-malamku,kematian yang sentiasa menghidupkan hati ini..
Sebak yang amat sangat,Allah..banyak pengorbanan dan sumbangan arwah dalam dakwah ini..
Sedih yang amat sangat,hati terasa sangat2 sakit..sebab yang satu,seolah-olah saya diri tak ada sumbangan langsung untuk Islam..
Takut dengan kematianku nanti,syahadahku tak sempurna...
Allah...saat ini mungkin hidayah yang Kau anugerah untuk hamba yang lemah dan dhoif ini...
Airmata semakin lebat mengalir..
Airmata penyesalan,menghidupkan hati ini yang telah lama kering..

Dua tiga hari,tiga hari,empat hari..hampir setiap hari dalam minggu pertama ni,saya membaca status sahabat-sahabat di laman facebook,berkisar tentang pemergian arwah,dan setiap kali itulah airmata saya tak pernah berhenti mengalir...terasa pipi sangat-sangat pedih,sesuatu belum terlepas dari hati ini..

Allah...moga aku dikurniakan keampunanMu..
Moga malam2 ku bermakna dengan airmata penyesalan ini...

Benarlah, jika Allah mencintai hambaNya, Dia akan menjadikan ramai manusia mencintainya.
Ramai manusia menyaksikan syahadahmu,Syurga tertinggi selayaknya untukmu.

Ketiadaannya diingati..
Kepergiannya dirindui dan ditangisi
Namanya disebut-sebut penduduk bumi..

Insan yang hebat,Moga Allah hadiahkan yang terbaik utk Allahyarhamah
Kematian yang menghidupkan

Perjalanan dan mukabaru untuk saya...
Inilah anugerah,hidayah dari Allah

Aku juga ingin menjadi sepertinya.. Syahid dlm perjuangan fi sabilillah..

Ya Allah, tsabat kan lah kami dlm perjuangan ini agar mampu berjumpa dgnMu dan melihatMu..




Status saya kongsi dari facebook :

Muharikah : 
Benarlah, jika Allah mencintai hambaNya, Dia akan menjadikan ramai manusia mencintainya.

Mumtazah Maridi merupakan seorang sahabat, seorang akhawat yang tegar di jalan dakwah. Tidaklah saya mengenalinya melainkan beliau merupakan sosok peribadi yang mencintai dakwah dan DeenNya.

Dia telah mempersembahkan dakwahnya pada ummah sehingga ramai manusia terkesan dengannya.

Hari ini, Allah menjemput pulang kekasihNya ini untuk menghadap hari-hari penuh kenikmatan di syurga insyallah.

Saya sempat mengucup pipinya tadi dan tidaklah saya rasakan apa-apa melainkan kesejukan dan ketenangan yang amat abadi sekali.

Moga Allah rahmatimu sahabatku mumtazah maridi!

Nantikan kami di akhirat sana untuk kita sama2 meraih syurgaNya!
...........................................................................................................

Teringat saat saat bersama dia di rumah di suatu daerah

kami share baju, tudung dan barang-barang bersama

tak sangka Allah memanggilnya dahulu

dia layak untuk dipanggil dahulu

mengenangkan akhlak dan kesungguhannya membawa imej Islam

haihhh kita sudah bersediakah?

tengok tanah perkuburannya yang merah

buat hati gementar kan

bersediakah aku?

bekal apa yang aku bawa menemui tuhan kelak?

sudah terlaksanakah shahadah aku ini??
..........................................................................

bahagia melihat banyak penyaksian2 yang dibuat ke atas kak Mumtazah Maridikerana aku yakin bahawa pasti Allah tidak mensia-siakan segala usaha arwah dalam dakwah dan tarbiyah ini..

aku juga bahagia kerana mendapat sentuhan tarbiyah direct dari arwah sejak tahun pertama pengajian di UM sehingga setelah tamat belajar (sekitar 3 tahun) dan secara lahiriahnya sehingga kini.

alhamdulillah..senyum.. :))

dan pastinya terlalu banyak kenangan2 yang tertanam dalam hati. moga ia menjadi cerita2 di syurga kelak.

*menyambung rantai-rantai dakwah dan tarbiyah yang ditinggalkn

berbahagialah kerana org beriman menyakini adanya kehidupan yang kekal itu. moga kita dikumpulkan di syurgaNya, syurga yg tertinggi.

insan yang kami panggil dgn panggilan ummi..
 

..........................................................................

Obses dengan kalimah syahadah, mencintai beban yang dipikul.

...senyumannya, kata2nya masih membekas, saat dia datang melawatku di Scotland...Allah :'

Akak, berehatlah di sana. Ada mencintai akak kerana Allah. Siapa Ada hari ini, sebahagiannya adalah akak. Ada akan terus sampaikan, pegang baton ini sampai kita berjumpa kembali. Ada jadi saksi akak telah menyampaikan. Moga bertemu di syurga Firdaus-Nya. Inna lillah wa inna ilaihi raajiuun. Allahummaghfirlahaa warhamhaa wa'fu anhaa.

Ada orang yang baru berkahwin, ade org baru kehilangan isteri. Ada orang baru mengandung, ada yg baru kehilangan ibu. This world is not perfect becoz we are meant for something higher which is jannah. Moga Allah beri kekuatan kepada keluarganya dan kumpulkan semuanya kembali di syurga Allah...Ameen

Mumtazah Maridi

...................................................................

Terjaga dari tidur.. Terlihat mum tersenyum baring di sisi seperti biasa. Seperti malam2 lain kita akan pulang lewat dari medan masing2 dan akan melepak di dapur Ansar sambil bersembang perihal medan dan anak usrah masing2. Kalau x di dapur Ansar pun akan pillow talk di bilik sblm tetidur. Begitulah rutin kita dari awal tarbiyah sehingga masing2 berumah tangga.

Kemudian terjaga lagi. Aku bermimpi rupanya. Entah kenapa tidur x nyenyak mlm ni. Tak pasti apa yg merunsingkan fikiran. Kemudian tergerak hati melihat telefon. Entah apa msg yg masuk bertalu2. Bila dibuka, ada berita yg sukar di terima. Teman yg aku kasihi sudah pergi bertemu Tuhan. Benarkah? Atau aku masih bermimpi?

Sehingga saat ini aku masih terpinga2, termangu dan sukar utk percaya. Dan air mata hanya mampu bertakung di kelopak mata. Tak mampu menangis. Tak pasti harus berduka atau gembira.

Sahabatku.. Selamat berehat di sana. Tunggu aku sehingga kita berusrah semula di syurga. Sambil bercerita kisah suka duka seperti kita di dunia dahulunya.

........................................

Sebuah lagi kematian yang menghidupkan.
Kak Mumtazah Maridi..

Pemergianmu telah menghidupkan hati-hati yg lesu untuk kembali berlari di atas jalan dakwah ini.
Sungguh walaupun ku tak pernah berpeluang bertemu denganmu, tapi ku dapat rasakan kamu punyai jiwa seorang daie teladan.
Kehilanganmu meninggalkan bekas ke dalam hati-hati yang pernah mendapat sentuhan tarbiyah daripadamu.
Dan aku cemburu pada mereka yang diberi kesempatan bertaaruf dan hidup bersamamu kerana mereka dapat mengenali dan bersama sosok seorang daie yang penuh dengan kelembutan dan hikmah di dalam dakwahnya.
Jiwa yang penuh dgn ketenangan dalam kesakitan dan kesulitan.
Allahu..sungguh hebat peribadimu!

Menerima berita kematianmu, menyentak jiwaku.
Adakah aku juga dapat memperoleh kematian seperti itu?

Akan kutemukan engkau dalam doaku, wahai ukhti..
Walaupun tidak dapat bertemu di dunia ini,moga Allah pertemukan kita dlm keadaan yg lebih baik di syurgaNya nanti.

Kau telah memenuhi janjimu terhadap tuhanmu.
Kini giliran kami pula menunggu untuk menunaikan janji kepada tuhan kami.

Ukhti..al-fatihah buatmu!
Pasti kau sedang gembira bertemu dgn tuhanmu di saat ini. :')

.......................................................................

9:50 am
8 Feb 2014
Seremban

Hati yang Hidup
Muka Baruku
Syukur Wal Hamdulillah...

No comments:

Post a Comment