بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, December 3, 2014

Amanah Dan Tuntutan Agama


In The Name of Allah.. 
Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..  
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. 

Antara persoalan..perkara yang semakin mengasak otak di kepala
boleh tak,tak nak fikir semua ni lagi..

Belum lagi
Saya bukan jual mahal
Bukan terlalu memilih
banyak perkara dan target yang saya belum dapat
Belum..saya masih belum bersedia dengan amanah dan tanggungjawab itu
Antara perintah agama dan keinginan hati

Ya Allah Engkau sebaik-baik perancang,jika ini yang Engkau takdirkan
Tenang dan lapangkan hati ini dengan Takdir Engkau..
____________________________________

Anjuran-anjuran Rasulullah untuk Menikah : Rasulullah SAW bersabda: Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan golonganku !(HR. Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.).

Empat macam diantara sunnah-sunnah para Rasul yaitu : berkasih sayang, memakai wewangian, bersiwak dan menikah” (HR. Tirmidzi).

Shahabat Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu berkata: “Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ تَزَوَّجَ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ اْلإِيْمَانِ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِى.

"Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh imannya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.”[3]

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)



Kalau zaman belajar,zaman selepas belajar dan zaman sebelum bekerja..saya ada sebab-sebab yang kukuh untuk menolak risikan yang datang..
Sekarang pun saya masih ada sebab-sebab tersendiri untuk menolak lagi..
Faizah,menolak lagi???

"Ustazah,saya nak sampaikan hajat dan soalan dari seseorang ni,ustazah dah berpunya ke?"
Gulp,soalan apa ni,terasa sakit anak tekak nak keluarkan suara di situ..
"Kenapa ye,ustaz?seseorang tu siapa..?"
"Ustazah dah berpunya ke belum..?"
Saya membiarkan soalan tanpa jawapannya,hanya senyuman kecil dek kerana masih terkejut dan tak tahu nak jawab macam mane...
Begitulah soalan yang diaju kepada saya dalam beberapa hari sepi tanpa jawapan yang masih belum ada,setelah seminggu saya barulah  mengetahui empu tuan yang bertanya tersebut..

Lewat petang,mengimbau perbualan dengan emak di corong telefon..
"Mak..macam mane ni,saya nak kahwin ke,nak terima ke macam mana..?"
Soalan yang bercampur ketidakmatanagan disitu..
"Tenang,moga tenang dalam istikharah..."

Ya Allah Ya Tuhanku Pemilik Hati Pemilik Cinta Yang Agung..
Bukakan Pintu Hatiku Ini pada Insan yang Selayaknya..

Hasrat hati saya bertahun tahun
Doa dan harapan agar Allah tak datangkan orang yang salah
hasrat istikharah takdir Allah..
Istikharah agar segala petunjuk dan jawapan dari Allah
diluruskan hati ini pada jodoh kerana Allah

Alhamdulillah..semakin hari semakin ada jawapan dan petunjuk dariNya 
Jodoh berdua itu sememangnya rahsia..

Jodoh..Allah dah tentukan sejak di Lauh Mahfuz lagi..
Perkahwinan adalah Satu Tanggungjawab dan Tuntutan Agama
Bukan sekadar Menyatukan Cinta dua hati

Hikmah..memandang pada sisi positif


Diari Hati
Lavendar..
Seremban
12.23am
3/12/2014