بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, March 31, 2014

Muhasabah Hari Jadiku

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh.. 
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Aalhamdulillah.Alhamdulillah wa syukurillah....
Umur dah genap 24 tahun..
Beribu-ribu kesyukuran...tak terucap sekadar lafaz..
Allahurabbi,indah sungguh hikmah semua ini,dsebaik ujian ada kemanisan yang dicapai...

Hadiah istimewa 
Cukup senyuman dan kegembiraan itu


Entah kenapa...terasa teramat sebak yang amat,kerana takut dengan amanah dan masa yang tak tertunai haknya..

Aduh,tertipunya aku ketika menerima ucapan itu,selamat hari jadi,selamat pulakah hari matiku?Hakikatnya,umurku semakin pendek,hari ini,esok dan lusa aku menapak lagi,semakin hampir pada satu tarikh yang telah dijanjikan..

Kata2 dari Saidina Ali,"Manusia semua tidur,bila mati baru mereka terjaga.."seakan-akan merobek kegembiraan yang masih tersisa..

Rasulullah SAW bersabda :
“Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit ” (Riwayat Tabrani)(hadis sangat terkesan supaya tidak kekok dan kedekut dengan kasih sayang pada sesiapa saja yang dikenali)
رجلان تحبا في الله اجتمعا وتفرقا عليه
"dua orang pemuda yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaya"
moga mereka itulah kita(sahabat dan teman seperjuanganku)!

Buat sahabat,teman dan kenalan...terimakasih diatas doa,ingatan,pesan dan teguran..
Pada yang jauh,maafkanku kerana gagal mendekat,pada yang hampir maafkanku kerana tidak pandai membelai,pada yang dekat maafkan segala kekurangan hak..
(Baris2 nama yang sentiasa dirindui...)



Monolog hari Jadi
31 March 2014
11:38 Pm
Lavendar


No comments:

Post a Comment