بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, December 11, 2011

Kerana Aku mencari cinta Dia


Assalamualaikum wbt..
Masih dikurniakan nikmat iman dan islam,alhamdulillah..apa khabar iman hri ini,apa khabar hati kita hari ini??tepuk dada tanya iman...

Kepada kenalan-kenalan yang pernah mengunjugi blog saya,minta maaf  kerana tulisan-tulisan saya sebelum ini hanya sekadar perkongsian pengalaman saya,tak banyak pun ilmu dan pengisian untuk dikongsi bersama, saya tak mampu menulis dengan ruhii sepenuhnya,kata-kata dari seorang murabbi saya suatu ketika dahulu”kita tak tahu bila orang akan terkesan dengan kata-kata kita,hati mereka Allah yang pegang kita tak tahu ape sebenarnya dalam hati mereka,sampaikan kepada mereka walau sebaris ayat..moga mendapat ibrah atas setiap sesuatu yang berlaku…

Kenapa mereka masil lagi menghalang?Mereka tak tahu ker masalah umat islam yang berlaku sekarang?Kami semua bukan membawa kepada jemaah kami mengajak mereka kepada islam,menjadi individu muslim,menyedarkan mereka hakikat kehidupan kita bukan sekadar belajar dan belajar,asyik dengan dunia sahaja…kenapa kami buat,sekarang waktu belajar jer??sebab Rasulullah buat,sahabat-sahabat pun sebab tue kita dapat terima islam tue sekarang..takkan kita nak biarkan rantai dakwah islam tue terputus,yuph kita umat Rasulullah,capailah sambutlah rantai dakwah tue kembali,jangan biarkan terputus begitu saja..

Orang-orang munafiq laki-laki dan perempuan,satu dengan yang lain adalah(sama),mereka menyuruh berbuat yang mungkar dan mencegah perbuatan yang makruf dan mereka menggenggam tangannya(kikir).Mereka telah melupakan kepada Allah,maka Allah telah melupakan mereka(pula).Sesungguhnya orang-orang munafiq itulah orang-orang yang fasiq..(At-taubah:67)

   Sajak : Di Bawah Bayangan Tarbiyah

Di Bawah Bayangan Tarbiyah
Pertama kali ku mengenali dunia
Seolah-olah ketika ku baru dilahirkan
Namun ku bersyukur dengan ilahi
Dikurniakan nikmat ini
Memahami Islam,memahami matlamat kehidupan
Memaknai tugas sebagai ‘abid dan khalifah dibumi Mu ini
Indahnya nikmatMu ini Ya Allah
Hidup setiap hari dengan lakaran-lakaran Tarbiyah dariMU
Terkadang aku rasa malu,terlalu meminta-minta dengan Mu Ya Allah
Terkadang rasa lemah dan berat menghadapi ujian-ujian itu
Berat yang menjadi manis akhirnya alhamdulillah..
Hari-hari yang kulalui..
Insan-insan disekeliling ku
Mereka sahabat sahabat seperjuangan
Ku mahu kalian juga merasai nikmat ini..
Sangat manis sahabat-sahabatku
Hidup dalam tarbiyah,
Indahnya cinta Allah itu..
Aku sedih melihat kalian semua
Tak mampu membimbing
Tak mampu menunaikan hak-hak mereka
Maafkan ku sahabat-sahabatku
Bagaimana mungkin aku akan menghadap tuhan
Jika kalimah syahadah tak mampu ku sampaikan kepada semua
Hari-hari yang belalu..
Hati sering keliru memikirkan mimpi semalam yang tak pasti
Takut dalam perjalanan dalam hidupku
Masihkah terlalu panjang atau esok ajal datang menjemputku?
Hari-hari yang ku lalui,
penuh pengharapan pada Mu Ya Rabbi..
Terus memohon kekuatan..
Walau terkadang langkah tersadung dijalanan,
Pelbagai mehnah dan halangan yang dilalui,
Sakit dan ujian ini adalah nikmat dan tarbiyah dariMu..

Dan kehidupan dunia,hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Tidakkah kamu mengerti?(7:32)
Kata –kata dari syeikhAl-Islam Ibn Taimiyah”Al-Q-uran adalah penawar bagi hati,Al-Quran boleh menyembuhkan penyakit2 shubhah dan kebatilan,didalamnya jugak ada hikmah2,kisah2 teladan dan pengajaran yang boleh menyucikan jiwa.Maka hati akan cinta kepada petunjuk Allah,Al-Quran boleh menghapuskan keinginan yang tidak baik,hati memperoleh makanan rohaninya,daripada iman dan Al-Quran.
boleh jadi pada suata hari Allah tarik segala nikmat iman dan islam dalam hati kita.
saat itu tidak ada yang mampu menolong melainkan Dia
kerana yang Maha Mencintai hambanya sejak dari dulu kini dan selamanya adalah Dia.
mana cinta kita? cinta kita dulu? kini? dan selamanya?

Allah itu Maha Penyayang. sayaaaang sangat pada hambaNya dan tidak akan murka melainkan kerana keingkaran kita T.T
tapi duhai hati..ketahuilah dengan taubat itu mampu meraih kembali cinta Allah padamu..
Allah..aku ingin mencintaiMu..Jika itu yang layak untukku kembalikan cintaMu Ya Allah..
Menangislah sepuas-puasnya untuk meraih kembali cinta ilahi,moga air mata taubat kita mampu menjadi saksi untuk memadamkan api neraka nanti…

Indahnya hidup dibawah bayangan tarbiyah,walau ombak dan badai yang melanda,kita tetap meyakini dan mengimani jalan dakwah ini,yang akan menghantarkan kita ke jalan syurga..

8:34pm
Zikir perindu Hurriyatul Izah
Bayt Ghuraba' Simsar 
Irbid,Jordan