بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, April 29, 2012

Lakaran Hati UntukMu

 "In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."

 Subhanallah.Maha Suci Allah yang telah menjadikan sesuatu itu sangat sempurna,


Kerana cinta dan sayang aku akan terus mendakwahi kamu

teruslah berpegang erat teman

Kebelakangan ini hatiku terasa sebak wahai teman

tahukah kamu kenapa

aku sedih aku kasihan melihat kamu

maafkan aku kurang menunaikan hak yang satu itu

dikesempatan waktu yang masih lagi berbaki

Moga Allah berkati untukku


Temanku yang disayangi

Carilah waktu untuk hidupmu

Carilah waktu untuk mengenal dirimu

Carilah waktu itu selagi aku masih disisimu

Carilah semula puncak kebahagiaanmu

Carilah sebuah hati untuk diri mu 

aku yang sentiasa mendoakanmu




"Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!"
 
07.57am
hurriyatul Izah
bayt ghuraba' simsar
Irbid Jordan
 

Friday, April 27, 2012

Calling and finding for freedom

Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.



kicauan burung dipagi hari
mentari pagi menjelmakan dirinya

Suara tangisan anak kecil itu
tiada pernah henti

Disubuh hari dipagi hari
Saban hari anak-anak kecil itu dizalimi
Meratapi nasib diri mereka
Menghitung hari keseksaan yang
Dilakukan zionos laknatullah
merenung jauh melihat sekelilingnya

Rumahnya tiada lagi
hanya robohan bangunan menjadi teduhannya

Compang-camping pakaiannya
Ibunya ke mana
Ayahnya tidak pulang setelah sekian lama
hilang kawan sepermainan
Saban hari menatap matanya dengan daging berkecai
Wajah-wajah yang bergelumuran darah
hirup pikuk das-das tembakan
bunyi bom sudah sebati dipendengarannya
Teriak dan tangisan mereka tanpa henti
Setelah sekian lama
Seluruh dunia menjadi saksi penderitaan mereka
Sampai bila kita hanya mampu melihat semua
Suara kita! tanggungjawab kita!
Suara kebangkitan ! Suara kebebasan!
fifty years fifty years !!!
we see the their sufferings
and despite that we ignore them
and remain unaffected
Adakah penawar bagi mereka
Untuk racun segala kekejaman zionis







meidan At-Tahrir, perkarangan terpenting di ibukota Kaherah. Kelihatan Masjid Ibadur Rahman. Di sebelah kirinya bangunan melengkung, ikon (mercu tanda) medan tersebut dipanggil “Mujammak”. Protes aman tidak sepatutnya dibalas dengan peluru hidup. Namun sekiranya cara aman tidak dimengerti, Allah mengajar umat Islam hidup dengan kekuatan untuk memenangkan Kebenaran dengan ganjaran yang besar.



Bismillahirahmanirrahim....
"Ya Allah hancur leburkanlah pasukan mereka,kacau bilaukanlah persatuan mereka
Cerai beraikanlah pakatan mereka goncangkan pendirian mereka
Dan kami berlindung denganMu dari segala kejahatan mereka
Hantarkanlah Ya Allah anjing-anjing kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan Bala tentera Ahzab
Kalahkan lah mereka menangkanlah kami keatas mereka..."
اللهم اعد المسجد الاقصى الى رجال المسلمين اللهم انصر الاسلا والمسلمين
اللهم اعزو الاسلام والمسلمين وازلة الشرك والمشركين ودمر الاعداء الدين


3.33pm
Hurriyatul Izah
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan

Thursday, April 26, 2012

Campus dan Tarbiyah

"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."


perbualan terhenti di situ. tengah seronok2 bercerita tiba2 offline.dia terasa hati ke? alamak...

kenapa semua orang busy ??
omelku dalam hati lagi
dan perbualn kami terputus begitu saja
...........................

Sibuk sangat ker along,angah pun sama jugak,sampai aku call pun xjawab..keluhku lagi
Ku campak jauh perasaan su' zhon dari hati ini
Abangah,along,ketahuilah adikmu kini memerlukan kalian,merindui sangat,sampai nak tanya khabar pun tak dapat..mana gelak ketawa,senda gurau,nasihat-nasihat..

tapi..

monolog seorang adik. lama dia termenung dihadapan laptopnyanya.buku fiqh sirah segera dicapainya.

"kerana itu janganlah anda dekati orang itu., jangan berbicara dengannya dan jangan pula mendengarkan kata-katanya. ini kerana jika dia berbicara, kata-katanya bagaikan sihir. perkataanya dapat memisahkan anak dan bapa, merenggangkan saudara sesama saudara dan menceraikan suami isteri."

serangkap kata2 yang perlahan menembusi hatinya. seakan Allah sedang memujuk hatinya yang kesedihan. Sirah Thufail bin Amr terus ditelusuri hingga ke akhirnya. Semakin dibaca semakin berat hatinya dek kerana sebab yang memenuhi rasa. Di perenggan yang terakhir hatinya tak tertahan lagi. air matanya tak dapat di bendung lagi. Dia merasa begitu semangat dan terkesan dengan keazaman dan pengorbanan seorang Thufail bin Amr. Esakan memenuhi ruang bilik itu.

InshaAllah apa yang aku buat ini betul. Rasulullah dan para sahabat juga pernah mengalami perkara yang sama dalam menegakkan sebuah kebenaran. Satu hakikat yang akan pasti terjadi apabila kita menyampaikan sebuah kebenaran;

merenggangkan saudara sesama saudara
mungkin buat masa ni, aku perlu mengorbankan sedikit emosi dan kesabaran aku.. satu hari nanti kebenaran akan tersingkap. Redho Allah yang ku buru walau manusia mencemuh. Yang merenggangkan kita adalah kesempurnaan iman dan aqidah.

            ******************
 jam di tangan menunjukkan pukul 2.17pm,kitab qawaidh disebelah bantal masih belum ku sentuh,entah mengapa sejak dua tiga hari ni rutin untuk mengulangkaji sebelum kelas semakin tak menjadi,kusut kepala masih belum hilang,merehatkan badan seketika....
berat,berat,entah kenapa hati tiba-tiba rasa berat sangat nak gi kelas petang ni,sudah satu kelemahanku nak betul-betul fokus dalam kelas waktu petang...
dan debaran dihati ni tak pernah lagi hilang,semenjak semenjak beberapa bulan nie..


Lalu ku capai buku halaqah kesayanganku diatas meja,membelek-belek isi-isi catatannya,dan tiba-tiba tangan ku terhenti



Umar tilmisani ini, salah seorang hakim mahkamah tinggi, di mesir. Dia juga adalah mursyidul am Ikhwanul muslimin yang ketiga. Seorang da’ie, seorang murobbi, yang sangat hebat. Dia sangat hebat, sampai dikatakan dia itu, meninggalkan kesan positif pada setiap orang yang pernah berhubungan dengannya.”

hebat betul orangnya.

bagaimana dia ini, boleh tertarik dengan islam? Tertarik dengan ikhwanul muslimin?

dia asalnya islam,tapi islam pada nama.

pada masa itu, Umar tilmisani ini hendak menghadiri perbicaraan. Jadi dia nak naik keretapi dari Kaherah ke Iskandariah.

Dalam pada dia tengah menunggu tu, dia terlihat kelibat seorang tukang sapu. Dia tengok, tukang sapu itu menyapu dengan penuh keikhlasan. Dia tertarik melihat peribadi seorang yang begitu mulia itu.

Dia pun pergi dan bertanya kepada tukang sapu itu. Tukang sapu itu pun menceritakan kepadanya, tentang islam. Umar Tilmisani ni pun kagum dengan akhlak yang ditunjuk oleh tukang sapu itu. Akhirnya, umar tilmisani ni, ikut halaqoh dengan tukang sapu itu.”

wah, hakim mahkamah tinggi, ikut halaqoh dengan tukang sapu?

ya.cuba kita bayangkan, betapa hebatnya tukang sapu itu. Padahal bukan sesiapa pun, cuma tukang sapu. Tapi cuba kita lihat, sampai boleh halaqohkan hakim mahkamah tinggi. Maksudnya, kalau pun kita tak berjaya dalam akademik, don’t be sad, mungkin ada kebaikannya nanti.

Kita memang kena usaha, tapi kalau Allah tak bagi, maknanya Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita. Mana tahu, suatu hari nanti,kita jadi tukang sapu macam itu?..pp

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga
Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
(syed Qutb)


Membaca bait-bait ini membuatkan mataku berair,bergenang. Kehangatannya hampir pecah membasahi pipiku.

memang tercampak terus hati ni,terasa bagai semangat baru yang mengalir dalam diri,iaitu ruh jiddiyah,alhamdulillah,moga Kau terus mengurniakan ilham untukku serius dalam pelajaran...
memang kadang-kadang malas dan futur akan terus menyapa,syaitan lagi-lagi lah suka menghasut,punya lah general diaorang hantar,tapi bila kita cepat dapat detect tandanya iman masih ada Allah masih sayangkan kita,teruslah mujahadah melawan kemalasan dan kefuturan itu...


terngiang-ngiang pesanan murabbiku,

"jadilah insan yang cemerlang dalam DnT,cemerlang dalam belajar,walaupun dnt no1 tapi study bukan no2"



belajar pun satu wasilah,tajdid niat semula,semoga setiap amalan dan ibadah diterima Allah,dikurniakan ilmu yang berkat agar mudah perjalanana hidupku didunia agar mudah laluanku ke syurga,memakmurkan tugas sebagai khalifahNya dimuka bumi ini.



kurang dari 2 bulan lagi aku bakal menjadi graduan universiti,hari-hari yang akan aku lalui selepas itu akan berbeza,kehidupan sebagai seorang pelajar akan berakhir,entah bila lagi aku berpeluang untuk belajar lagi..
mungkin ini untuk kali terakhirnya,lakarkan lah sesuatu yang terbaik,imtihan yang terbaik fokus dan faham yang lebih baik,sebelum suatu hari nanti aku akan bersedih dan menyesal akan kehilangan waktu ini,nikmatilah dengan terbaik...

Alhamdulillah,Allah permudahkan,ini memang yang terbaik yang Allah tetapkan,ku segera mencapai beg galas dan buku diatas meja,iringan doa dan tawakal padaNya,kaki ini melangkah keluar dari rumah... 


meneruskan hayunan langkah ke jamiah,tekad azam,cita-citaku,moga Dia mendengarnya...


Subhanallah


Allahukhbar


Kerana Sebuah Tarbiyah


Cinta darinya memberiku kekuatan


Cinta darinya memberiku kesedaran


Tapi semuanya datang kerana


Cinta yang disandarkan kepadaNya


Cinta yang hanya layak untuk DIA... 




Hurriyatul Izah
11.09PM
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan

Tuesday, April 10, 2012

Anugerah,Satu Anugerah

Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakhbar..

Subhanallah,aku mencintai mereka,subhanallah aku menyanyangi mereka...

Dari sudut hati yang paling dalam ingatan ku pada seorang insan yang disayangi tak pernah hilang,sering terasa sesuatu kekurangan,kerinduan dihati hanya Allah sahaja yang tahu,pemergiannya disaat usiaku masih memerlukan kasih sayangnya,moga ruhnya disisi orang-orang yang beriman Ya Allah rahmatilah dia...

Anugerah,satu anugerah,kau hadirkan insan-insan yang bermakna dan bererti dalam hidupku,bercambah mekar kasih sayang kami,Syukur dengan nikmatMu yang satu ini,Kau gantikan sesuatu yang lebih baik untuk kebahagian kami,Thank You Allah,Thank You Allah...
Bahagia kami moga selalu dalam redha dan pemeliharaanMu,tempatkan kami dikalangan hamba yang taat dalam melaksanakan tugas sebagai 'abid&khalifahMu,panjang umur untuk terus memakmurkan tugas ini,mekar kasih dalam cahaya&Nur Islam Mu..

~alhamdulillah,tahun ni bakal bertambah 2 orang lagi anak sedara,terimakasih kehadiran kalian memberi warna-warni dalam hidup mak dik~

~mood merindui anak-anak saudara~
Hurriyatul Izah
1108pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan 



Hati Ku Sebenarnya Di Mana??

         “Hani, saya balik dulu.”
“Kenapa? Tak nak makan sekali ke?”
“Tak kot,nak terus balik rumah.” 
“Ohh ok.”
Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 3.55petang. Aku melajukan hayunan langkah keluar dari jamiaah. Sebelum tiba di rumah, aku singgah ke mat'am  untuk membeli sedikit makanan untuk berpuasa pada hari esoknya. 

Hatiku terus berbisik. Fikiranku terus berkata. Dan hatiku terus meraung. 

Sampai bila aku harus macam ni? 
Setelah sekian lama,membiarkan diri terus-terusan dalam keadaan ini?
Membeku dan membatukan diri sahaja?

Bila kali terakhir aku menangis ketika berhadapan dengan Allah? 
Tak,memang aku selalu menangis,dan teru-terusan menangis...

Bila kali terakhir aku gementar di saat ketika aku mahu bermaksiat? 
Tak...aku tak sengaja,kadang-kadang iman lemah,kita bukan yang sempurna,kita bukan malaikat

Bila kali terakhir aku serius dalam belajar demi memudahkan kerja dakwah? 
Aku dah buat kerja dakwah kan sebelum ni,ramai lagi mad'u kat luar sana yang masih mampu,yang masih layak,bagi pulak peluang tu pada mereka...exam berderet-deret ni,kena fokus jugak
 Astaghfirullahhal'azim,

Kenapa mesti banyak beralasan??

Bila syaitan sudah membisik-bisik kan kata-kata itu



tet,tet...bunyi messege masuk...

are you really ok,sis...??

tak akak,saya masih belum stabil sepenuhnya,maaf...



Kenapa boleh jadi macam ni? 

Mutabaah tidak stabil. 

Penghasilan dakwah masih lagi tidak jelas. 

Di manakah silapnya? 

Mungkin saja keikhlasan. 

Sejauh mana aku berbuat ini, serius kerana mengejar Allah? 

Atau mungkin ini ujian? 

“Awak perlu tahu membezakan antara azab dan ujian.” 
“Maksudnya?” 
“Satu musibah itu digelar sebagai ujian apabila ia diturunkan kerana Allah sayangkan kita. Tapi, satu musibah itu digelar azab, apabila ia diturunkan kerana Allah sedang marahkan kita.” 

Adakah aku sebenarnya sedang di azab? 

Astaghfirullah!!! 

Ya. Mungkin aku sedang di azab! 

Aku buat semua ni kerana apa sebenarnya?! 

Kerana apa?! 

Kerana Allah?! 

Jika ya, kenapa tidak seperti kerana Allah?! 

Kenapa seperti melepaskan batuk ditangga? 

Yang mana hasilnya itu, kau sendiri tidak mahu melihatnya! 

Aku kat mana sebenarnya…? 

Siapa aku sebenarnya…? 


+++

Selesai mensiapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan. Aku mengambil serta menciumi buku bertajuk “Ibadah Sepenuh Hati” atau judul asalnya ‘Ibadatul Mu’min karangan Amru Khalid. 

Aku membelek muka surat yang sudah ku tanda. 

Aku mencari. 

Dan mata aku mula menemui perenggan yang sudah berkali-kali aku ulangi bacaannya. 

+++ 

Malulah akan teguran Allah! 

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata, “Tatkala turunnya ayat 

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ  وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُو
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
[QS Al-Hadid, 57:16]


Waktu itu baru empat tahun kami masuk Islam. Namun Allah telah menegur kami dalam hal kekhusyukan solat. Kami pun kemudian keluar untuk saling menegur satu sama lain, dengan mengatakan, “Sudahkah kalian mendengar bahawa Allah telah berfirman, "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah?" Salah seorang lelaki pun kemudian sempat terjatuh akibat menangis atas teguran Allah terhadap diri kami.” 

+++ 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam mengingat Allah? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam mengerjakan solat? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam berbuat kerja dakwah dan tarbiyah? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam belajar semata-mata demi agama Allah? 

Rasailah bahawa Allah telah menegur engkau, meski hanya sekali! 

Malulah atas teguran Allah! 


Carilah Semula Hati Engkau di mana Sebenarnya 

Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata,

"Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!"
Carilah semula puncak kebahagiaan. Perbaiki dirimu daripada terus di azab kerana dosa-dosa kita. 

Carilah sebuah hati untuk diri mu wahai diri……………… 

Jangan pernah putus asa menunggu di pintu, walaupan kita di tolak!
~Carilah redha Allah,cari hatimu yang baru,cari keikhlasan dari lubuk hatimu~
~Hurriyatul Izah~
1047pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan

Apabila Kita Mula Jatuh Cinta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
 
مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِ
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"
[QS Al-Ahzab, 33:3]
Siapa ada pengalaman dalam bercinta dengan manusia, sila angkat tangan! Oh, nampaknya semua tangan hanya terletak di mouse, jadi, insya-Allah yang sedang membaca ini semuanya suci-suci belaka. Maksudnya, tak pernah bercinta. Walaupun bercinta dengan bercouple tu sebenarnya dua perkara yang berbeza, tapi bukan itu yang saya nak bahaskan sekarang ini.

"Akh, ana ada minat pada seorang perempuan ni, macam mana akh?"
"Ok-lah tu, ana pernah dengar ada orang report roomate dia minat pada lelaki, hah, itu yang jangan!"
"So, ana nak buat macam mana?"
"Pertama, antum kena tahu bahwa rasa yang antum dapat itu datang dari Allah atau syaitan.." 
Dan lain-lain lagi... Saya pun dah tak ingat dah apa saya jawab.


Jatuh cinta?


Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita cenderung untuk melihat pada dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah dia, dapat tengok surat atau bayang-bayang dorm dia pun jadilah.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sangat peka terhadap orang yang bercerita dengan dia. Pantang terdengar, bukan betul pun kadang-kadang, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke inbox mesej kita, takut-takut nanti ada mesej yang belum direply. Tiba-tiba ada 14 miscall! Lagilah kita rasa cuak sebab takut nanti dia akan marah dan tak mahu kawan dengan kita lagi.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, ada yang sanggup habiskan RM10 semalam hanya sekadar mahu mendengar suara dia. Ada yang RM20, ada juga yang RM30 semalam. Hanya untuk mendengar suara. Kalau mahu berjumpa, RM200 seminggu itu bukan masalah.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa mengingat pada dia. Nak makan teringat pada dia, nak tidur teringat pada dia, nak buat benda tak senonoh kita teringat pada dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada dia.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, macam-macamlah yang kita sanggup buat demi dia.
Ok, banyak dah, rasanya ada di antara kita yang boleh menyambung puisi (kalau boleh dipanggil puisi lah) di atas.
Cuma, persoalannya, bila kali pertama kita jatuh cinta pada Allah SWT? Soalan kedua, bila kali terakhir kita bercinta dengan Allah SWT? Atau kita ini jenis yang tidak pernah mengenali apa itu cinta?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, sekerap manakah kita cenderung untuk melihat pada kata-kata Dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah Dia, dapat membaca dan melantunkan ayat-ayat-Nya pun jadilah. Pernah tak?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, seberapa pekakah kita terhadap orang yang bercerita dengan dia. Pantang terdengar, bukan betul pun kadang-kadang, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan Dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta. Pernah tak?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke jam di handset takut-takut waktu tahajjud dah terlepas. Inikan pula waktu subuh pun dah terlepas! Kemudian kita rasa cuak sebab takut nanti Dia akan marah dan tak mahu menebarkan nikmatnya pada kita lagi. Pernah tak?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai. Dan yang paling utama kita akan jaga ialah kebersihan hati kerana Allah tidak melihat pada luaran, tetapi hati. Pernah tak?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk mengingat Allah? Berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk membantu atau membuat kerja dakwah? RM1? RM2? Atau kita sanggup berhutang asalkan kerja dakwah berjalan?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa kali sehari kita akan mengingat pada Dia? Nak makan teringat pada Dia, nak tidur teringat pada Dia, nak buat kerja tak senonoh kita ingat pada Dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada Dia.
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, benarkah macam-macam yang kita sanggup buat demi Dia?

Pulangkan pada diri
Semua persoalan itu tanyakan pada diri kita masing-masing. Apapun jawapannya, pulangkan pada diri masing-masing. Kerana jika cinta di hati kita masih bermasalah, macam mana kita mahu membetulkan masalah cinta dalam diri orang lain.
Cukuplah. Sudah terlalu ramai orang yang dunia lebih dicintai oleh mereka. Hawa nafsu menjadi panduan mereka. Hinggakan, hidup mereka umpama anjing. Mahukah kita diumpamakan seperti itu?
"Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (هَوَاهُ), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir."
[QS Al-A'raf, 7:176]
Atau kita mahu diumpamakan oleh Allah seperti haiwan ternak?
“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” 
[QS Al-A’raf, 7:179]

Ataupun, kita mahu menjadi seperti ini,
“Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba di suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya.” 
[HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu Nu’aim bin Hammad]
Tepuk dada, tanyalah iman. Jika tiada iman, pergilah cari. Jangan tunggu. Hidayah perlu dicari, bukan dinanti. Kita ada hak untuk memilih apa tingkatan cinta untuk hati kita.
مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"
[QS Al-Ahzab, 33:3]
Mana mungkin kita cintakan syurga, dalam masa yang sama kita cintakan neraka
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

Inilah Masanya..
 
 ~Copy paste dari blog seorang akhi,dua hari lagi imtihan thani dah bermula,hati mencari sesuatu untuk membasahkan hati yang sedang kering~
~Syahadahku hari ini bagaimana???~
~kesalku masih belum terlambat~
 
 
 hurriyatul Izah
10.25pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Waro' Sakan 
Irbid Jordan