بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, April 10, 2012

Hati Ku Sebenarnya Di Mana??

         “Hani, saya balik dulu.”
“Kenapa? Tak nak makan sekali ke?”
“Tak kot,nak terus balik rumah.” 
“Ohh ok.”
Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 3.55petang. Aku melajukan hayunan langkah keluar dari jamiaah. Sebelum tiba di rumah, aku singgah ke mat'am  untuk membeli sedikit makanan untuk berpuasa pada hari esoknya. 

Hatiku terus berbisik. Fikiranku terus berkata. Dan hatiku terus meraung. 

Sampai bila aku harus macam ni? 
Setelah sekian lama,membiarkan diri terus-terusan dalam keadaan ini?
Membeku dan membatukan diri sahaja?

Bila kali terakhir aku menangis ketika berhadapan dengan Allah? 
Tak,memang aku selalu menangis,dan teru-terusan menangis...

Bila kali terakhir aku gementar di saat ketika aku mahu bermaksiat? 
Tak...aku tak sengaja,kadang-kadang iman lemah,kita bukan yang sempurna,kita bukan malaikat

Bila kali terakhir aku serius dalam belajar demi memudahkan kerja dakwah? 
Aku dah buat kerja dakwah kan sebelum ni,ramai lagi mad'u kat luar sana yang masih mampu,yang masih layak,bagi pulak peluang tu pada mereka...exam berderet-deret ni,kena fokus jugak
 Astaghfirullahhal'azim,

Kenapa mesti banyak beralasan??

Bila syaitan sudah membisik-bisik kan kata-kata itu



tet,tet...bunyi messege masuk...

are you really ok,sis...??

tak akak,saya masih belum stabil sepenuhnya,maaf...



Kenapa boleh jadi macam ni? 

Mutabaah tidak stabil. 

Penghasilan dakwah masih lagi tidak jelas. 

Di manakah silapnya? 

Mungkin saja keikhlasan. 

Sejauh mana aku berbuat ini, serius kerana mengejar Allah? 

Atau mungkin ini ujian? 

“Awak perlu tahu membezakan antara azab dan ujian.” 
“Maksudnya?” 
“Satu musibah itu digelar sebagai ujian apabila ia diturunkan kerana Allah sayangkan kita. Tapi, satu musibah itu digelar azab, apabila ia diturunkan kerana Allah sedang marahkan kita.” 

Adakah aku sebenarnya sedang di azab? 

Astaghfirullah!!! 

Ya. Mungkin aku sedang di azab! 

Aku buat semua ni kerana apa sebenarnya?! 

Kerana apa?! 

Kerana Allah?! 

Jika ya, kenapa tidak seperti kerana Allah?! 

Kenapa seperti melepaskan batuk ditangga? 

Yang mana hasilnya itu, kau sendiri tidak mahu melihatnya! 

Aku kat mana sebenarnya…? 

Siapa aku sebenarnya…? 


+++

Selesai mensiapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan. Aku mengambil serta menciumi buku bertajuk “Ibadah Sepenuh Hati” atau judul asalnya ‘Ibadatul Mu’min karangan Amru Khalid. 

Aku membelek muka surat yang sudah ku tanda. 

Aku mencari. 

Dan mata aku mula menemui perenggan yang sudah berkali-kali aku ulangi bacaannya. 

+++ 

Malulah akan teguran Allah! 

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata, “Tatkala turunnya ayat 

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ  وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُو
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
[QS Al-Hadid, 57:16]


Waktu itu baru empat tahun kami masuk Islam. Namun Allah telah menegur kami dalam hal kekhusyukan solat. Kami pun kemudian keluar untuk saling menegur satu sama lain, dengan mengatakan, “Sudahkah kalian mendengar bahawa Allah telah berfirman, "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah?" Salah seorang lelaki pun kemudian sempat terjatuh akibat menangis atas teguran Allah terhadap diri kami.” 

+++ 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam mengingat Allah? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam mengerjakan solat? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam berbuat kerja dakwah dan tarbiyah? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam belajar semata-mata demi agama Allah? 

Rasailah bahawa Allah telah menegur engkau, meski hanya sekali! 

Malulah atas teguran Allah! 


Carilah Semula Hati Engkau di mana Sebenarnya 

Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata,

"Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!"
Carilah semula puncak kebahagiaan. Perbaiki dirimu daripada terus di azab kerana dosa-dosa kita. 

Carilah sebuah hati untuk diri mu wahai diri……………… 

Jangan pernah putus asa menunggu di pintu, walaupan kita di tolak!
~Carilah redha Allah,cari hatimu yang baru,cari keikhlasan dari lubuk hatimu~
~Hurriyatul Izah~
1047pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan

No comments:

Post a Comment