بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, October 10, 2012

Hadirlah Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Untuk kesekian lama,tiada post terbaru untuk ditulis,entah kenapa semangat itu semakin hari semakin pudar mungkin tercicir di bumi Syam sana..
Tiada idea yang datang,kering dan kering..
Akhirnya dia hanya mampu tersenyum sendirian,memejamkan mata dan membayangkan kakinya masih lagi berpijak disana bersama kenangan-kenangan manis yang menghiasinya harinya,ooh indahnya...




Alhamdulillah..

Masih mampu menghirup udara segar yang mendamaikan di kampung,rumput-rumput hijau memenuhi laman rumah,sesekali terdengar kicauan burung di hujung pohon mencari rezeki untuk anak-anaknya barangkali...

Namun ,jauh di satu sudut,otakku ligat berputar,mengimbau kembali pengalaman pertama di temuduga...

"Tahniah,anda telah berjaya ditemuduga..

hati yang satu lagi berkata  "yes faizah ,you need changed,ni kan yang kau nak selama ni,plez jangan lepaskan peluang yang dah ade ni..

satu lagi haati ni pulak berkata...

"no,no...semua ni tak sesuai dengan jiwa aku,tak boleh..."

Dunia kerjaya,waktu bekerja office hour...??

Tajdid niat semula,hadaf dan aimnya..

teringat cadangan kakaknya.."kalau nak tau tugas pendidik ni mulia sangat,Allah bagi banyak pahala.."
Dan hatiku ni dah mula cair sebenarnya,berbalik pulak pada plan yang ke-3 tu nak jadi ustazah kat sekolah..

****************

Entah berapa lama dia memerlukan masa untuk memikirkan semua ini...
Mampukah,Layakkah aku..
Berkorban untuk Ummah,dan dimedan yang sebenar sekarang..
Jauh disudut hati,dia mahu bercuti lagi,masih terlalu awal untuk bekerja,sebab aimnya nak sambung study lagi tahun depan.

Aku keliru..

Ya Allah,kurniakan aku petunjukMu,apa yang terbaik untuk agama dan kemampuanku ini..

Hurriyatul Izah

1035am
Teratak Putih,
Rompin,Pahang