بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, January 6, 2016

Kerana Kasih Yang Tertanam

In The Name of Allah..

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..




Ustazah..kalau kita xbercouple kita dapat pasangan (baik)soleh tak nanti ?
Ustazah..macam mana cara nak menjaga hati?
Ustazah..macam mana nak buang perasaan cinta ni?
Ustazah..kenapa orang agama tak takut buat dosa?
Ustazah..macam mana nak istiqamah untuk berubah?
Ustazah..sy hafal Al Quran,tapi kenapa sy masih lagho?
Ustazah..macam mna nak tahu kita ni banyak dosa ?
Ustazah..tolong,tolonglah doakan sy ye

Subhanallah,soalan-soalan yang begitu tersentap,moga ini tarbiyah Allah untuk kalian...
Mencari ilham,kerana ini bukan kali pertama dituju soalan begini..

"Orang yang baik,mesti tak memilih untuk bercouple,orang yang baik akan menjaga hatinya untuk Allah,yakinlah dengan Allah hati dan cinta kita untuk Allah,pasti semuanya dalam jagaan Allah.."

"Betapa banyak ilmu yang kita pelajari,itulah jalan untuk kita menjaga hati,minat dan cinta kepada ilmu,kemudian tanamkan iman dalam hati,itulah benteng segala penyakit hati.."

"Perasaan cinta itu fitrah,kita tak mampu untuk buang,perasaan itu kita kena jaga agar tak tersasar dari syariat Allah,bila kita menjaga syariat Allah segala kebaikan Dia permudahkan.."

"Orang agama memang ada ilmu,tapi tak semua sayang iman dan agama mereka,sebab tu mereka tak takut buat dosa.."
"Cintailah agama,cintailah iman kita.."

"kenapa kita tak boleh istiqamah..?"
"Sahabat yang soleh,kita perlukan qudwah dan doa mereka.."

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat sahabatnya sambil menangis..
"Jika kalian tidak menemukan aku di dalam syurga bersama kalian,maka tolonglah bertanya kepada Allah Ta'ala tentang aku.."

"Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu,kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat"(Hassan Al-basri) 

"kenapa kita masih lagho walaupun hafal Al-Quran,bercerita tentang gosip,mengumpat sana-sini,berkata-kata yang kesat dan kotor,pandangan mata tak dijaga,masih suka berhibur dan bercakap perkara yang melalaikan hati kita..sebab itulah kita tak mampu menjaga Al-Quran dalam diri kita,

 Dari Anas, dari Nabi saw, beliau bersabda: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca  Al Qur’an seperti buah utrujah, rasanya enak dan baunya wangi, dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur’an seperti buah kurma, rasanya enak namun tidak berbau, dan perumpaman orang durhaka yang membaca Al Qur’an seperti buah raihana, baunya wangi namun rasanya pahit, dan perumpamaan orang durhaka yang tidak membaca Al Qur’an seperti buah hanzhalah, rasanya pahit dan tidak berbau dan perumpamaan Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang sholih bagaikan berteman dengan pemilik minyak misk Jika engkau tidak dihadiahkan minyak misk olehnya, engkau minimal dapat baunya, dan perumpamaan seseorang yang duduk dengan orang yang jelek (akhlaknya) bagaikan berteman dengan pandai besi, jika engkau tidak mendapati pakaianmu hangus terbakar, minimal engkau dapat baunya yang tidak enak. (HR. Sunan Abu Daud : 3831).

"kita ni berdosa atau tak,duduklah dalam majlis ilmu,disitu kita kan nilai iman kita bagaimana?.."
"ilmu dan iman akan memandu hidayah dan taubat kita kepada Allah Taala.."

"Ilmu,ilmu yang menggemburkan iman kita.."
 Pesanan Imam al-Ghazali : "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
 


 

Allahuakhbar...
lirihku masih dalam tangis..

Allahuakhbar..
masih sebak dalam rindu yang tertahan 

Terima kasih..
kerana kalian,Allah mentarbiyah aku

Terima kasih..
kerana kasih dan sayang ini telah tertanam
kerana hati ini telah kalian curi

Darul Quran Wal Hadith
Seremban
6 Jan 2016
3.59 pm

No comments:

Post a Comment