بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, February 14, 2014

Kisah Sebuah Perjalanan Ukhwah

Facebook : By Mashitah

February 7, 2014 at 12:48pm
Alhamdulillah atas nikmat kehidupan ini. 2 hari lagi akan genaplah seminggu pemergian almarhumah.kata orang kampung, kubur pun masih merah lagi.anggaplah tulisan ini sekadar sebuah coretan tanda penghargaan, kasih n cinta atas sebuah kenikmatan berukhwah di jalan Allah. Moga-moga mengalirlah pahala kepada dia berterusan apabila coretan ini mendatangkan manfaat kepada kita yang masih tinggal ini.

Masih terngiang-ngiang lagi gelak nakalmu, taujih penuh hamasahmu(semangat) apalagi mutiara-mutiara nasihat yg meluncur keluar dr mulutmu,terbit dari hatimu yg penuh cinta pd jalan suci para pejuang Allah ini.

Dan masih kuingat lagi pertemuan bermakna di dapur rumah Ansar itu. Lantaran telah lama kita tidak bertemu dan kesibukanmu memasuki fasa-fasa baru dalam kehidupan, aku juga tidak mahu membebanimu. Namun, ternyata pertemuan yang tidak dijangka itu mengejutkanku sehingga terkeluar rasa hati; 'Akak,smpai hati akk tak tanya khabar sy bbrp bulan ni.' Sambil memelukmu erat dan airmata lebat membasahi pipi. 'Mashi,awk ok tak?' Dan aku merasakan hangatnya pelukan seorang ukhti yg dahulunya banyak berkongsi kisah suka n duka di jalan dkwh ni.




Pernah juga aku menelefon dia jauh dr negara orang lantaran mahu meminta pndpt n meluahkan prsn krn beratnya beban n mslh di tempat itu. Tak mmpu kuselesaikan sndiri n dialah orang yg pertama kucari.Looking forward utk mendengar pndpt dia. Terkadang aku terlalu berlembut dan tk pandai bertegas dgn adik-adik sedangkan dia meyakini bhwa ketegasan itu penting krn kita mahu membina rijal-rijal(pemuda) agama yg hebat. Dan begitulah kami saling melengkapi satu sama lain. Di saat dia terlalu bertegas dengan adiknya,akulah yang menjadi penasihat dan meneutralkan keadaan dengan memberi idea-idea yang sepatutnya. Sehinggakan naqibah kami dulu yg sentiasa kelihatan tenang itu sedikit geram dan menuturkan, 'mum ni,kejenye asyik nak uji adik je,bagila peluang sikit kt adik tu.' Dan kami tergelak besar untuk nasihat tu.

Malah,aku sndiri berdebar-debar saat dia mahu melangsungkan perkhwinan. Apalagi aku tiada di sini saat itu krn menyelesaikan sebuah amanah jauh di seberang laut.Dan aku menelefon dia mlm sblm perkhwinannya. 'Akak,jg dri n iman,jgn lupakan sy bila dh ada teman hidup yg baru, n akk tahu kan sy sntsa ada kt sni,bersedia membantu apa-apa yg perlu.apa perasaan akk nak naik fasa baru ni? Tak takut ke?hehe." Dan kalian tahu apa jwpn dia? "Takpe, Allah kan ada." Dan ternyata dia tak pandang belakang dah selepas itu. Terus meluncur laju ke depan. Melihat dia bahagia,aku turut bahagia.alhamdulillah.

Begitulah ukhwah kami berjalan merentasi masa-masa yg dipinjamkan Allah untuknya dahulu.

Kerana kelebihan dia dalam memberikan pengisian ditambah dengan hamasahnya(semangat) itu,dia sering diajak ke program adik-adik. Kami pernah sampai ke negeri di selatan tanah air,dan aku menjadi teman perjalanan mahupun teman berbincang masalah n strategi. Di mana-mana pun, ke mana-mana pun, topik perbincangan kami tak pernah lari dari dakwah n tarbiyah. Begitulah cintanya dia pada jalan ini sehingga setiap saat n detik hidupnya berfikir untuk dakwah n tarbiyah(dnt). Cita-citanya tinggi menggunung untuk melihat setiap manusia kembali tunduk kepada TuhanNya. Waktu hidupnya yang dibazirkan sebelum berjumpa dgn jalan dnt ini ditampung dengan menghabiskan seluruh masanya untuk menyeru manusia kepada Allah. Yang menjadi tumpuannya adalah anak-anak usrahnya,anak-anak usrah org lain, hatta orang-orang sekelilingnya pun mahu diajaknya sama untuk bangkit dari lena yang panjang. Dia suka berfikir tentang ummat, bagaimana nk selesaikan masalah-masalah yang timbul, suka memberi idea dan pendapat untuk tarbiah dan dakwah ini.

Tiadalah masanya untuk berlengah-lengah dan menghabiskan masa untuk dirinya sendiri. Seusai habis kerja sbg research assistant di UM, dia akan bergegas menuju kereta saga biru manualnya yang sangat disayanginya itu menuju ke usrah adik-adik, usrah sendiri, meeting berkenaan adik-adik, menziarahi adik-adik mahupun pulang ke rumah.'Kuda' itulah yang dinaikinya ke mana-mana. Hatta, ke sungai buloh pun untuk menemui kakak yang disayanginya atau keluarga yang turun ke kl. Pernah, kerana terlalu rindu untuk bertemu keluarganya di kampung dan kerana ingin menunaikan hak-hak keluarga, dia memandu keretanya tu pulang ke keratong,pahang. Dan akulah yang menjadi teman perjalanannya. Bimbang melepaskan dia sendiri sekalipun dengan yakinnya dia berniat mahu pulang sendiri. Itulah kali pertama bertemu dengan pakcik n makcik serta umi,adiknya. Seperti itulah dia mengisi waktu-waktu hidupnya.Hujung minggunya dihabiskan di program adik-adik, program sendiri, menziarahi keluarga mahupun akhawat. Hidupnya bersederhana sahaja n cukup apa adanya. Baginya, tak perlu berlebih-lebihan untuk diri sendiri kerana pada wang tersebut, ada hak-hak manusia yang harus dipenuhi. Sama ada dihabiskan untuk adik-adik atau infaq di tempat lain spt Palestin. Masih kuingat lagi, dia cukup bersemangat bila mendengar nama palestin. Cita-citanya untuk pergi ke palestin n syahid di sana. Buktinya,nama rasya itu sendiri. Aku yakin benar pasti ada azam n niatnya yg besar di saat dia meletakkan nama rasya pd si kecil itu.Sekalipun kadang-kadang sakitnya datang dan menghambatnya daripada bergerak aktif,tp dia tak pernah mengeluh. Bahkan tawakkal nya cukup tinggi. 'Sakit ni kan datang dari Allah. Inshaallah kalau Allah tak izin,takkan jadi apa-apa.' Selalunya begitulah dia menyedapkan hati kami yang runsing melihat dia. Dia suka bangun di awal pagi, membersihkan diri dan hanyut dalam tahajjud cintanya kpd Tuhan. Rutinnya yang satu ini buatku kagum dan selalu kalah di situ. Krn dia pasti bangun lebih awal dan mendahuluiku. Pernah dia bercerita pdku bhwa ini adlh rutin ayahnya juga di kampung. Pesan pakcik padanya, qiam ni petua untuk fizikal n rohani itu sihat. Masa pertama kali jumpa pakcik dahulu,memang nampak sihat n tegap badannya. Bahkan masih mmpu memandu sendirian ke kl. Subhanallah.

Begitulah peribadinya, keyakinannya, tawakkalnya pada Allah,kecintaannya, persekitarannya n kehidupannya. Sekalipun dia mengikuti tarbiah lambat sedikit dariku tapi dia tidak berlengah-lengah dan terus berlari ke depan. Aku pula yang tercungap-cungap mengejarnya. Bersama-sama dengan teman yang lain,akhirnya kami bersama-sama menapak n melangkah. Terngiang-ngiang lagi lagu-lagu bersemangat yang menjadi kegemarannya spt lagu bingkai kehidupan dan yang sewaktu dengannya.

                    Mengharungi samudera khdpn                 
                    Kita ibarat para pengembara                 
                    Hidup ini adalah perjuangan                 
                    Tiada masa tuk berpangku tangan

                    Setiap tetes peluh n darah                 
                   Tak akan sirna ditelan masa                
                   Segores luka di jalan Allah               
                   Kan menjadi saksi pengorbanan               
                   Allah ghayatuna              
                   Ar rasul qudwatuna              
                   Al quran dusturuna              
                   Al jihadu sabiluna              
                   Al mautu fi sabilillah              
                   Asma amanina

                   Allah adlh tujuan kami              
                   Rasulullah teladan kami             
                   Al quran pedoman hidup kami            
                   Jihad adlh jalan juang kami             
                   Mati di jalan Allah adlh            
                   Cita-cita kami tertinggi

Akhirnya, dia pergi dahulu dari kami. Moga dia mendapat apa yg dicitanya itu. Moga perjalanannya menjadi mudah dan pasti dia akan menunggu kita semua di sana. Menunggu dgn penuh sabar n teruja terhadap orang-orang yang masih belum syahid dan masih tinggal di belakang. Persis ayat dlm surah al-imran;

  "Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang yg gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mrk itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki..Mereka bergembira dgn kurnia yg diberikan Allah kpdnya, dan bersuka hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut  pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka bersuka hati dengan nikmat Allah dan kurnia dari Allah. Dan sungguh, Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang beriman."   (3:169-171)

Berbahagialah ukhtiku di sana. Dan tunggu kedatangan kami. Moga kematianmu menjadi 'booster' untuk kami merapikan persediaan dan memperbaiki amal-amal kami untuk kami pula menghadap Tuhan pemilik seluruh kehidupan ini. Dan kita pasti akan bertemu lagi nanti. Biiznillah, inshaallah. Ya Allah,sampaikanlah salam kerinduan kami kpdnya :')

P/s: teruskanlah berdoa.krn doa itu yg akan smpai kpdnya n boleh memberi kebaikan n syafaat(bantuan) kpdnya.

"Dan mrk yg dtg selepas kumpulan itu, berdoa ya Tuhan kami,ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sblm kami telah beriman." (Al-hasyr:10)

terima kasih Allah, atas kesempatan dan peluang ini. Aku benar-benar bersyukur atas nikmat dan kurniaanMu ini. walau sekejap masa bersamanya tapi sangat bermakna dan semoga ia akan menjadi kekuatan padaku untuk meneruskan perjuangan kehidupanku pula. :')

No comments:

Post a Comment