بسم الله الرحمن الرحيم

Showing posts with label Nurkilan. Show all posts
Showing posts with label Nurkilan. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Hadiah dari Hati

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
In the name of Allah...
Syukur kehadrat ilahi,diberi peluang untuk menulis lagi dalam blog ini.Kira-kira hampir dua bulan meninggalkan blog ni sepi tanpa post terbaru..
Sungguh,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk  setiap hambaNya.
Satu persatu,diri tersedar dengan hikmah Ilahi,penuh dengan rahsia Ilahi.Satu persatu,dicampak,disusun,di uji dan diuji lagi disini.Pejam celik,hampir 3bulan diri ni berkhidmat untuk ahlul Quran disini.
Azan waktu zohor memberhentikan lamunanku ketika itu,sayup syahdu sebak pun ada.Entah kenapa hati ini rasa begitu tenang setiap kali mendengar azan dari pelajar.
Ya...rasa tenang setiap kali memandang mereka,seolah-olah memberi beribu harapan kepada seluruh asatizah disini.
Sungguh betapa Allah mencampakkan kekuatan yang luar biasa kepada kami di sini.
Hati terus nekad memilih untuk terus bersama generasi Al-Quran ini.
Ya..kerana kalian semua,ustazah masih mampu bertahan disini..
Hampir juga tersungkur sebelum ni,ujian demi ujian hampir berpatah kembali ke belakang,penat dengan kerenah dan kenakalan pelajar-pelajar.
Takdir Allah menetapkan hati-hati kami disini.
"Kamu semua ni hari-hari nak buat masalah,nak ustazah marah setiap hari ke,ustazah pening tau tak fikir masalah kamu semua ni"
Selepas menghabiskan kata-kata terakhir dilajukan hayunan langkah menuju ke luar kelas.
Entah kenapa,emosi nya tak berjaya dikawal kali ni.
Berkali-kali beristighfar dalam hati,hampir setiap hari menerima aduan dari cikgu-cikgu tentang kenakalan pelajar-pelajarnya,otak dah semakin buntu memikir cara lain mendidik pelajar-pelajar tu.
Berlembut sudah,marah pun sudah.
Dia cuba untuk memujuk diri sendiri,mungkin mereka perlukan masa,tak mungkin dapat berubah secara drastik dalam masa yang singkat.Mereka tak bersalah totally,hanya mangsa keadaan.
Sungguh,hati ini memang banyak terdidik dengan sifat sabar.
Tak perlu merungut pun,saat ini hanya pada Allah tempat bergantung dan tawakal.
Ada cara lagi.
Moga Allah kurniakan ilham.
Ya Allah bantulah aku,mendidik jiwa mereka mengenalMu..
BAGAIMANA MENYENTUH HATI..
**********
21 March 2013..
I'm already 23 years old.
Ooh..usiaku semakin berganjak tua.
Malam tu ,tergesa-gesa dia menyiapkan montaj,dapat pulak call dari kak Aisyah.
"Faizah kena datang ke blok A sekarang,ada masalah kat sini.."
"Saya otw siapkan montaj untuk mlm ni ,lg 5 minit nak siapkan.."
"Xbole faizah..akak xtau nak cakap macam mne,faizah kena ad kat sini jugak.."
Terkjut jugak,kenapa kak aisyah cemas sangat ni.
"Tapi kan ustaz-ustaz ni ade,suh dyorang tgokkan masalah pelajar tu,10 mnt lg sy sampai kak.."
Tiba-tiba rasa cemas semacam,berdebar kuat dadanya.
Termengah sekali dia bergegas ke blok A,setelah berjaya menyiapkan montaj,sambil tak putus-putus berdoa dalam hati.


Hampir saja sampai didepan kelasnya,hatinya seolah dapat meneka sesuatu.
Sunyi dan gelap kawasan kelas,sesekali kelihatan beberapa orang pelajar keluar masuk dari arah yang berlainan.
Tiba-tiba suara kak Aisyah mencelah,sambil menarik tangannya masuk ke kelas.
"Akak,saya tak nak masuk la..
Sambil kak Aisyah meluru keluar,
"Akak nak ke mana tu?
"Akak nak arrange kan pelajar banat kat blok C..
Sannah helwa ustazah,sambil mereka menyanyikan lagu untuknya,dia kembali meluru keluar kelas,tak sanggup untuk berhadapan dengan mereka..
Di luar kelas,airmata tak berhenti mengalir,sehinggalah lagu habis dinyanyikan...
Sebak mendengar nyanyian mereka.



"Ustazah tak nak semua ni,ustazah tak harap pun,korang tak payah susah-susah buat macam ni..
Airmata belum berhenti mengalir.
Tangannya ditarik kembali oleh pelajar-pelajar banat.
"Ustazah,kami semua nak mintak maaf sebab da banyak sangat buat ustazah marah,da banyak menyusahkan ustazah.
Ni semua hadiah ikhlas dari hati kami sebagai tanda minta maaf dan hadiah untuk ustazah.."
Sayu hati ni,satu persatu di pandang wajah mereka,tiba dibahagian pelajar banin ada yang kurang di sana.
Haiekal xda ke,irfan dan amril?
"Amril sakit,irfan ngan haiekal ad hal dyorang da balek umah,ustazah.."
Celah Zainul dari satu sudut,antara pelajar top kenakalannya dalam kelas tu.

"Sweetnya,pelajar ustazah ni"sambil menyapu airmata yang masih bersisa..
"Ustazah,nakal-nakal kami,memang sweet ustazah,sebab ustazah yang ajar kami.."celah Syafiq pulak.



Sungguh,hadiah paling istimewa Allah kurniakan,
Hati terus memanjatkan kesyukuran,
Siang tadi penuh kejutan dengan ucapan-ucapan pelajar-pelajar  dalam kelas,malam ni penuh surprise
dengan jamuan istimewa dari pelajar kelasnya..
Malu,malu sangat,rasa diri tak layak dapat semua ni..jauh lagi berharap dilayan sebegitu..
Tak pernah berharap untuk dapat semua,setelah berkali-kali diuji,Allah hadiahkan sesuatu yang bermakna hari ini.
Thank You Allah,antara kenangan paling indah sepanjang berada di sini.


Hurriyatul Izah,
1:55 AM
Teratak Putih

Tuesday, May 22, 2012

Perjalanan Semalam

Bismillahirrahmanirrahiim

Terasa baru semalam
Dia menyiapkan segala kelengkapan barang
Dia dihantari oleh mereka diperlapangan terbang
Dia menangis meninggalkan insan-insan tercinta
Dan melambai-lambai meninggalkan tanah air tersayang

Terasa baru semalam
Dia menapak kaki dibumi barakah ini
Sebagai tetamu tanah anbiya'
Dunia di sekelilingnya terasa terlalu asing
Aneh,pelik sungguh !!!
Suara arab menjerit disana sini
Bunyi hon kereta membingit telinganya
Menganggu setiap kali tidur malamnya
Ahhhh!!!
Bisingnya.....

Terasa baru semalam
Dia sering menangis merindui mereka di sana
Dia belajar segalanya disini
Tentang memasak
Tentang hidup berdikari
Kehidupannya jauh dari mereka

kelas yang bakal sentiasa diingati,banyak perkara yang dia lalui disini,banyak
 perkara yang dikongsi disini tentang segalanya...

Terasa baru semalam
Dia melangkahkan kaki ke universiti dan ke kelas
Oh!! Inilah Jamiahku
Tak faham Dor cakap apa
Ahhhh Susahnya.....

Terasa baru semalam
Dia dimarahi dan diteguri oleh seorang lelaki 
kerana tiada Muraqib pada lewat malam
Terasa baru semalam
Dia berjalan ke sana-sini
Menyelusuri sirah para nabi dan sahabat
Dia baru menyedari
Ada hikmah yang perlu dicari
Ada ikhtibar yang perlu disyukuri
Disebalik bukti sejarah dan peninggalan mereka ini
Bertuahnya dia dapat melihatnya dengan mata sendiri

Terasa baru semalam dia dilahirkan
Apabila suara hidayahMu
Menyapa lembut dan membisikkan padanya
Inilah hikmahnya
Dia baru mengerti hari ini
Dia baru menyedari kini
Tugasnya sekarang bukan sekadar menadah
ilmu dan kitab dijamiah
Dia mengenali mereka
Sungguh Nur yang terpancar diwajah mereka
Tiada kata-kata yang selayaknya untuk diungkapkan
Sungguh pertemuan itu sangat bermakna
Kau berikan kami cinta dan kasih sayang
Yang tak putus tiba
Bersama mereka mengenali Islam
Bersama mereka memjadin muslim
Bersama mereka demi menegakkan kalam Allah
Alhamdulillah
Perjalanan hidup ini baru bermula
Bersyukur Aku Ya Rahman
Terkedu aku Rahim

benarlah pesan al-Ghazali..
perkara yang paling jauh bukanlah bulan mahupun mentari
namun adalah masa yang kita tinggalkan  pergi
semalam yang tak mungkin untuk kita miliki kembali.

Sungguh dia rindu pada kenangan dan
pengalaman semalam yang tak mungkin akan berulang kembali

Hurriyatul Izah
17Mei 2012 749pm(0109am)
Bayt Ghuraba Simsar 
Irbid Jordan

Friday, May 18, 2012

Munajat


Ya Rabbi,
Telah ku kunci rapat pintu hati ini
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari cinta insani,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu
Cinta yang kekal dan abadi.
  
Ya Ilahi
Kadang ku rapuh dalam langkah
Kadang ku tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertahta.

Ya Rahman Ya Rahim
Kurniakanlah aku cinta yang membawa 
kemanisan beribadat kepada-Mu,
Kurniakanlah aku cinta yang membawa aku
Sentiasa mengingati-Mu,


Mengemis Cinta Ilahi
Hurriyatul Izah
12.19am
Bayt Ghuraba'
Irbid Jordan

Tuesday, May 15, 2012

Episod Sakinah


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah...

Dengan kalbu tenang
Aku memandang ke langit
Melihat Bintang Mencari Cahaya Bulan
Indahnya Ciptaan Tuhan

Bicara Hati Suara Rindu
Bisikan Cinta Lakaran Jiwa
Semuanya tanpa cerita
Dan ku coretkan Semuanya DISINI

Ya Rahman Aku mengadu Cinta
Ya Rahim Aku mengintai Kasih
Tuhanku Kurniakan aku
PetunjukMu Yang
Tidak pernah putus tiba

Sampaikanlah bingkisan hati ini
Dalam doaku terus melakari
Andai mampu ku mengatur bicara
Andai mampuku meluahkan rasa

Ya Allah,Izinkan aku untuk terus
berada disini
Melukis dan melakar Episod Sakinah
Yang mampu menyinggah sebentar
Dalam Perjalanan Hidupku
Duhai hati sakinah yang kau cari ada di sisi
Dalam keredhaan Ilahi

Aku mendamba Sakinah
Hurriyatul Izah
12.47am
Bayt Ghuraba' Simsar 
Irbid Jordan

Thursday, March 29, 2012

Kemanisan Yang Hilang


Rasa itu telang hilang?
Semangatku ke mana pergi?
Mane kekuatanku semalam?
Ya Allah,aku masih mencari,dalam ketakutan,dalam keresahan,
dalam kelemahan dan kekhilafan diri,
Aku mahu bangkit semula..
Ujian sedikit ini,mampu menggoyahkan hatiku lagi..

Kemanisan itu ke mana telah pergi

Kemanisan itu ke mana menghilang


Aku masih lagi mencari-cari
Tapi masih kah belum ku temui

Hati ku semakin kuat membisik
Suara hati seakan tak mampu menjerit

Sebak
Dan sebak lagi
Sakit
Bertambah sakit lagi
Akhirnya aku hanya mampu menangis sendiri

Memang terkadang aku penat menghadapinya
Memang terkadang aku lelah dalam perjalanan ini

Dan aku diuji dengan rasa futur
Dan aku diuji dengan badai persahabatn
 
Kerna aku masih seorang insan
Yang lemah mental fizikal
Yang lemah imannya

Sehingga terkadang 
Ku terpaksa tersenyum juga
Meskipun dalam duka

Bukan ku tak mahu berkongsi rasa
Tapi hati dan mulutku bisu tanpa bicara
Tanpaku pinta,tanpaku duga

Aku kembali mencari diri
Dalam luka-luka semalam yang masih belum sembuh
Mencari Lembaran-lembaran baru dalam hidupku

Aku kembali mencari IBTIHAL ku
Yang kesekian lama ku rindu
Yang ku tinggal setelah beberapa lama

Hari-hari yang ku lalui kini terasa sunyi dan sepi
Hanya airmata yang mampu berbicara
Meluahkan segalanya yang ada dalam hati
 
Bantulah aku Ya Ilahi
Pandanglah aku Rabbi
Aku malu
Aku malu
Kekuatan dari Mu yang ku minta
Untuk terus Jiddiyah
Untukku melangkah semula
 
Ku pohon
Ku terus meminta
PengharapanKu hanya padaMu
Dalam setiap langkah dan perjalananku
Moga ada sinar harapan
Untukku terus bernyawa
Untukku terus melangkah semula
Untuk terus tersenyum dalam bahagia
Menghilangkan segala debu-debu duka semalam

Suara HidayahMu moga terus menyapaku
Dalam setiap pergerakan dan amalanku
Suara hidayahMu moga terus menemaniku
Dalam perjalanan hidupku
 
Ya Rahman..
Ya Rahim...
Ya 'Alim....

~indahnya islam,dengan tarbiyahMu aku masih mampu bertahan dijalan Ini~
~Hati terkadang rapuh~
~Kelemahan dan kesilapan semalam adalah  teguran dari Dia~

1.09am 
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid,Jordan

Thursday, March 15, 2012

Miliklah Cinta Ilahi


 Assalamualaikum w.b.t... 

 
“Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu lebih dari segala-galanya. Mudahkanlah bagi kami untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu serta beribadah dengan baik kepadaMu.”

“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan terhadap apa2 yg diingini(syahwat) dari wanita2, anak2 dan harta yang banyak dari jenis emas,perak kuda pilihan, ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia. Dan Allah, disisinyalah sebaik-baik tempat kembali”. ( Ali Imran:14)



Disatu sudut sepi,hatiku masih bertanya-tanya
Otak ligat berputar menanti-nanti jawapannya
Ya Allah,bertemu kami bukan lagi
Dalam bayangan mimpi
Tapi di dunia realiti,di hadapan mataku kini,
Dalam perjuangan kami sehari-hari menuntut ilmu 
 Kalau dulu kehadiranmu tak pernah ku sedari 
Kadang hatiku sering menyalahi semua
Mengapa kami dipertemukan di sini
 Saat aku menghadapi ombak badai yang melanda diri
Bukan masanya lagi
Aku lebih memerlukan CintaNya dalam hati
Aku lebih memerlukan tarbiyah dan dakwah ini
Aku lebih memerlukan tapak yang utuh
Mencapai cita-cita,dan impian mereka
Aku mencari semua kerana ILAHI
Maafkan aku membiarkan jawapanmu itu sepi
Bukan niat ku untuk 'menjauhkan diri'
Bukan sengajaku untuk mendiamkan diri

Aku tertanya-tanya lagi
Mengapa awan mendung itu berlalu pergi
Baru ku mengerti sinaran mentari menguasai
Namun di suatu sudut
Tujuh warna indah pelangi menghiasi langit
Berlatarkan awan putih nan indah suci
Sesuci hatimu yang tulus murni

Aku tertanya-tanya
Mengapa bintang itu yang kau tatap
Sedang beribu-ribu bintang menghiasi langit di waktu malam
Aku tidak pasti adakah bintang yang sama yang ku lihat
Namun aku percaya
Bulan yang kita renung itu bulan yang sama
Meskipun tempat kita berbeza

Aku tertanya-tanya
Mengapa bunga tidak kembang mekar di waktu malam
Sedang angin malam lebih nyaman berbanding siang
Baru ku mengerti, bukan nyaman pilihan sang bunga
Sedang sinaran matahari dan air penyumbang utama
Barulah kelopak berani kembang mewangi
Dan tersenyum megah buat sang kumbang

Aku tertanya-tanya
Mengapa diriku yang kau pinang
Sedang aku tidaklah semulia Khadijah dan sefaqih Aisyah
Aku hanya insan biasa yang mendamba seorang suami
Yang luar biasa seperti insan yang menerima titipanku ini
Iaitu kamu,mujahid sejati...
 
Dalam istikarah panjang melewati malam
Aku temui jawapannya
aku serahkan segalanya pada Ilahi
sehingga aku dapat merasa 
 Sentuhan kasih dan rahmatNya membelai jiwa
Terharunya aku Ya Tuhan,
Terkesimanya aku Ya Rahman,
Betapa takkan Engkau biarkan hambaMu keseorangan
Dalam sujud,syukurku membelah jiwa
Terima kasih atas kurniaan Cinta dan rinduNya
Hatiku tenang saatku mengadu padaNya

Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar 
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya
Kalau bukan di dunia biarlah di syurga sana
Amin...


Hati merintih
01.19pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid,Jordan
"Ya Allah,hatiku berbolak-balik sifatnya,tetapkanlah atas jalanMu sentiasa"
~Miliklah cinta Allah sebelum cinta manusia itu kau jejaki,pasti bahagia yang kau jumpa~ 
~note:jangan salah faham dengan puisi diatas,sekadar tulisan sahaja,buat sahabat-sahabat saya yang baru dan akan mendirikan rumah tangga,tahniah semoga Allah memberkati~

Tuesday, March 13, 2012

Catatan Semalam

 Bismillah ar Rahman ar Raheem.

Sambil membelek-belek gambar,dan surat-surat abangah,airmata ku tak berhenti-henti mengalir,baru 2 tahun lepas abangah balik terasa bertahun-tahun lamanya,sambil menghitung hari,hari ni dah masuk 3 minggu tak degar suaranya dicorong telefon,selalunya paling kurang pun 2 minggu sekali abangah telefon,kak emah pun dah sebulan tak balik umah,sejak menjadi saff kepimpinan di universitinya  lagi-lagi sibuknya dia,kalau ada kat umah selalau je berebut-rebut nak jawab panggilan telefon dari abangah,apalagi panjanglah muncung aku merajuk dengan dia sebab selalu kena mengalah.
Aaah!!!!rindunya pada mereka.

Jeritan syidah tengahari tu,mengejutkan lamunanku..

"Ayah,syidah dapat tawaran masuk Darul Quran ni,alhamdulillah terimakasih atas doa mak juga.."
Tersenyum bahagia ayah mendengar khabar itu apalagi dipeluk ciumnya wajah tua itu,mak pun lebih-lebih lagi,dan aku perasan ada airmata mengalir di ppinya itu.
alhamdulillah walaupun cita-citaku nak menjadi seorang hafizah tak berjaya,Allah takdirkan juga antara insan yang ku sayang itu terpilih.Tahniah kakakku.

Bukan mak dan ayah je yang sibuk buat persiapan syidah,aku pun antara orang yang bersemangat membantu.Sebak sangat sebenarnya,antara insan yang paling rapat denganku selama ni,dari form 1 sampai form 3 ke sekolah bersama,bukan jarak yang dekat perpisahan ini,antara rompin ke Kuala Kubu Baru tu mengambil masa 6 hingga 7 jam jugak nak sampai,aduh jauh sangat tu,keluhku lagi dalam hati.
Selalu ditinggalkan,dulu abangah,kak ina,kak emah,dan sekarang syidah pulak akan menyusul,walau berat hati melepaskan mereka pergi.
Mencari kejayaan itu menuntut sebuah pengorbanan iaitu perpisahan ini juga.


                 *********************

Bunyi unggas,dan kokokan ayam bersahut-sahutan mengejutkan pagiku,kedinginan sejuk dipagi hari terpaksa ku lawan juga apabila suara batuk-batuk makin jelas ku dengar dari bilik ayah...

"Fizah,ada kelas tambahan tak hari ni,mak nak bawa ayah pergi hospital hari ni,tunggu abanglong datang tengahari nanti,jangan lupa bawa kunci rumah yer..."

"Tak pasti lagi kelas jadi ke tak mak,kunci rumah tu suruh adik je yang bawak,dia balik sekolah awal sikit kan sebab periksa.." balasku dengan anggukan lemah..
 Kesibukanku setiap hari sehingga terlupa adik sendiri periksa UPSR hari ni,Ya Allah permudahkanlah baginya.
 Sejak akhir-akhir ni demam ayah semakin menjadi-jadi,bulan ni pun dah masuk 3 kali mak berulang alik ke hospital menemani ayah,minggu lepas baru je keluar wad..
Aku melangkah ke bilik ayah,sebelum ke sekolah ku kucup tangannya itu.
"Ayah,fizah pergi sekolah dulu.." ku berbisik ditelinga ayah yang sedang lena
Sebelum melangkah keluar,ku amati lagi wajah yang sedang lena itu,sambil berkata-kata dalam hati.
"dah lama kan ayah tak teman fizah study,dah lam ayah tak kejutkan fizah bangun pagi,selalunya kalau nak pergi sekolah,ayahlah yang temankan fizah sampai ke muka pintu,ayah cepat sembuh ye.."

Fizah nak belajar sungguh-sungguh,nak capai kejayaan ini untuk mak dan ayah,nak bantu keluarga kita,nak masuk universiti macam kat emah,nak belajar kat luar negara macam abangah dan kak Ina.."

Kaki ku melangakah lemah ke luar rumah,menjalani rutin-rutin harianku setiap hari,belajar dan belajar...

Peperiksaan SMA tinggal lagi 6 minggu lagi.Alhamdulillah semalam sudah terubat rindu bila dapat panggilan telefon abangah dan seperti selalu,kata-katanya tidak pernah lekang dari memberi kata-kata semangat.Terimakasih abangah semoga berjaya dalam periksa dan cepat balik ye.


                       *******************

"Mak,minggu depan kat sekolah ada buat majlis solat hajat,kalau mak tak dapat datang pun tak apa,nanti fizah boleh bagitahu ustazah awal-awal.."
suaruku memecah kesunyian makan malam kami..
risau juga,rasa bersalah,kalau-kalau menambahkan lagi kepenatan mak.
Kebiasaannya,mak tak pernah tinggal menghadiri majlis tu disekolah,walaupun dalam kepenatan,selalu ada masa untuk tugas yang satu ini.

"Insyaallah,boleh,nanti mak cakap kat makcik kama,boleh juga mak saing dengan dia nanti.."
tenang saja suara mak,
Esok,fizah bagitahu kat budak-budak tu,minggu depan tak payah datang mengaji,mak suruh dyorang cuti seminggu,fizah pun dah start periksa minggu depan tu,mesti tak dapat nak tolong mak juga nanti.."


"Ayah,ayah,ayah!!!ayah nak pergi mane,fizah nak ikut ayah,...
"fizah duduk umah diam-diam,jangan nakal-nakal,belajar rajin-rajin,jadi anak yang baik..
"tak nak,tak nak,fizah nak ikut ayah,fizah nak ikut ayah....ayahhhh,ayahhhh!!!!!

استغفرالله العظيم.....
Aku bermimpi rupanya,teruk sangat tidur sampai mimpi terjerit-jerit,berpeluh-peluh sekali muka ni.
Buku-buku dan nota berselereakan diatas katil,entah pukul berapa mata ni terlelap sehingga terlupa diri tidak berwudhu.Jam didinding menunjukkan pukul 3.25 pagi.

Kaki melangkah berat ke luar bilik,hasrat dihati nak jenguk ayah dibiliknya sekejap,semalam balik sekolah lewat petang,malam pulak ayah tidur awal lepas makan ubatnya,alhamdulillah demam ayah sudah beransur kebah,tapi kakiku terhenti dimuka pintu,bila terdengar suara mak dalam doa'nya..

 Ya Allah,dengarkanlah suara rintihan ini,dengarlah doa' ku ini,ampuni dosa-dosaku dosa-dosa suamiku,beri kami keuatan dengan ujian ini...

tak sanggup aku mendengar lagi,bila airmata nie laju mengalir,lantas terus menghayunkan langkah ini ke bilik air..


bersambung.....



karya asal 6 tahun yang lepas,nantikan episod yang seterusnya...