Bismillah ar Rahman ar Raheem.
Sambil membelek-belek gambar,dan surat-surat abangah,airmata ku tak berhenti-henti mengalir,baru 2 tahun lepas abangah balik terasa bertahun-tahun lamanya,sambil menghitung hari,hari ni dah masuk 3 minggu tak degar suaranya dicorong telefon,selalunya paling kurang pun 2 minggu sekali abangah telefon,kak emah pun dah sebulan tak balik umah,sejak menjadi saff kepimpinan di universitinya lagi-lagi sibuknya dia,kalau ada kat umah selalau je berebut-rebut nak jawab panggilan telefon dari abangah,apalagi panjanglah muncung aku merajuk dengan dia sebab selalu kena mengalah.
Aaah!!!!rindunya pada mereka.
Jeritan syidah tengahari tu,mengejutkan lamunanku..
"Ayah,syidah dapat tawaran masuk Darul Quran ni,alhamdulillah terimakasih atas doa mak juga.."
Tersenyum bahagia ayah mendengar khabar itu apalagi dipeluk ciumnya wajah tua itu,mak pun lebih-lebih lagi,dan aku perasan ada airmata mengalir di ppinya itu.
alhamdulillah walaupun cita-citaku nak menjadi seorang hafizah tak berjaya,Allah takdirkan juga antara insan yang ku sayang itu terpilih.Tahniah kakakku.
Bukan mak dan ayah je yang sibuk buat persiapan syidah,aku pun antara orang yang bersemangat membantu.Sebak sangat sebenarnya,antara insan yang paling rapat denganku selama ni,dari form 1 sampai form 3 ke sekolah bersama,bukan jarak yang dekat perpisahan ini,antara rompin ke Kuala Kubu Baru tu mengambil masa 6 hingga 7 jam jugak nak sampai,aduh jauh sangat tu,keluhku lagi dalam hati.
Selalu ditinggalkan,dulu abangah,kak ina,kak emah,dan sekarang syidah pulak akan menyusul,walau berat hati melepaskan mereka pergi.
Mencari kejayaan itu menuntut sebuah pengorbanan iaitu perpisahan ini juga.
*********************
Bunyi unggas,dan kokokan ayam bersahut-sahutan mengejutkan pagiku,kedinginan sejuk dipagi hari terpaksa ku lawan juga apabila suara batuk-batuk makin jelas ku dengar dari bilik ayah...
"Fizah,ada kelas tambahan tak hari ni,mak nak bawa ayah pergi hospital hari ni,tunggu abanglong datang tengahari nanti,jangan lupa bawa kunci rumah yer..."
"Tak pasti lagi kelas jadi ke tak mak,kunci rumah tu suruh adik je yang bawak,dia balik sekolah awal sikit kan sebab periksa.." balasku dengan anggukan lemah..
Kesibukanku setiap hari sehingga terlupa adik sendiri periksa UPSR hari ni,Ya Allah permudahkanlah baginya.
Sejak akhir-akhir ni demam ayah semakin menjadi-jadi,bulan ni pun dah masuk 3 kali mak berulang alik ke hospital menemani ayah,minggu lepas baru je keluar wad..
Aku melangkah ke bilik ayah,sebelum ke sekolah ku kucup tangannya itu.
"Ayah,fizah pergi sekolah dulu.." ku berbisik ditelinga ayah yang sedang lena
Sebelum melangkah keluar,ku amati lagi wajah yang sedang lena itu,sambil berkata-kata dalam hati.
"dah lama kan ayah tak teman fizah study,dah lam ayah tak kejutkan fizah bangun pagi,selalunya kalau nak pergi sekolah,ayahlah yang temankan fizah sampai ke muka pintu,ayah cepat sembuh ye.."
Fizah nak belajar sungguh-sungguh,nak capai kejayaan ini untuk mak dan ayah,nak bantu keluarga kita,nak masuk universiti macam kat emah,nak belajar kat luar negara macam abangah dan kak Ina.."
Kaki ku melangakah lemah ke luar rumah,menjalani rutin-rutin harianku setiap hari,belajar dan belajar...
Peperiksaan SMA tinggal lagi 6 minggu lagi.Alhamdulillah semalam sudah terubat rindu bila dapat panggilan telefon abangah dan seperti selalu,kata-katanya tidak pernah lekang dari memberi kata-kata semangat.Terimakasih abangah semoga berjaya dalam periksa dan cepat balik ye.
*******************
"Mak,minggu depan kat sekolah ada buat majlis solat hajat,kalau mak tak dapat datang pun tak apa,nanti fizah boleh bagitahu ustazah awal-awal.."
suaruku memecah kesunyian makan malam kami..
risau juga,rasa bersalah,kalau-kalau menambahkan lagi kepenatan mak.
Kebiasaannya,mak tak pernah tinggal menghadiri majlis tu disekolah,walaupun dalam kepenatan,selalu ada masa untuk tugas yang satu ini.
"Insyaallah,boleh,nanti mak cakap kat makcik kama,boleh juga mak saing dengan dia nanti.."
tenang saja suara mak,
Esok,fizah bagitahu kat budak-budak tu,minggu depan tak payah datang mengaji,mak suruh dyorang cuti seminggu,fizah pun dah start periksa minggu depan tu,mesti tak dapat nak tolong mak juga nanti.."
"Ayah,ayah,ayah!!!ayah nak pergi mane,fizah nak ikut ayah,...
"fizah duduk umah diam-diam,jangan nakal-nakal,belajar rajin-rajin,jadi anak yang baik..
"tak nak,tak nak,fizah nak ikut ayah,fizah nak ikut ayah....ayahhhh,ayahhhh!!!!!
استغفرالله العظيم.....
Aku bermimpi rupanya,teruk sangat tidur sampai mimpi terjerit-jerit,berpeluh-peluh sekali muka ni.
Buku-buku dan nota berselereakan diatas katil,entah pukul berapa mata ni terlelap sehingga terlupa diri tidak berwudhu.Jam didinding menunjukkan pukul 3.25 pagi.
Kaki melangkah berat ke luar bilik,hasrat dihati nak jenguk ayah dibiliknya sekejap,semalam balik sekolah lewat petang,malam pulak ayah tidur awal lepas makan ubatnya,alhamdulillah demam ayah sudah beransur kebah,tapi kakiku terhenti dimuka pintu,bila terdengar suara mak dalam doa'nya..
Ya Allah,dengarkanlah suara rintihan ini,dengarlah doa' ku ini,ampuni dosa-dosaku dosa-dosa suamiku,beri kami keuatan dengan ujian ini...
tak sanggup aku mendengar lagi,bila airmata nie laju mengalir,lantas terus menghayunkan langkah ini ke bilik air..
bersambung.....
karya asal 6 tahun yang lepas,nantikan episod yang seterusnya...

No comments:
Post a Comment