بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, March 1, 2012

Ayuh Muslimah

Assalamualaikum w.b.t...
Subhanaallah...
Alhamdulillah...
Allahuakhbar...

 Bismillahirahmanirahim...

 Layakkah aku seorang muslimah bukan gopoh mengejar kemahsyuran,tiada berkekalan. Ku ingin kemuliaan abadi, Kemasyhuran hakiki,bukan yang tiada erti,bukan yang dimurkai Ilahi, Bukan di dunia ini,tapi di Taman Syurgawi




"Oh muslimah,Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah,Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu,Rendah hati
Oh muslimah,busanamu menutup rapi,auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah,kau rajin memuji,Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah,memandangmu menyejuk hati,menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi,Tulus hatinya
Oh muslimah,Kecantikan yang sebenar,Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu,dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah,Kau masuk ke syurga,Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu,Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah,Kau rajin mengaji,Islam kau jadikan,Ikutan sejati.."


Pagi-pagi lagi terngiang-ngiang lagu nazrey johani disebelah bilik sana memecah kesunyian bersiap di awal pagi untuk ke kulliah seperti biasa,masih terasa aura penyanyi nasyid pendakwah bebas itu yang tersohor ditanah air semasa menyajikan lagi PERTAMA kami beberapa hari yang lepas.

Sebak,sedih,bagaimana dengan diri ini sangat kerdil dan lemah,layakkah aku seorang muslimah,layakkah aku menghuni syurgaMu Ya Allah,pagi-pagi ini termuhasabah,bukan mudah menjadi seorang muslimah,teringat semasa disekolah dulu bila ustaz cakap"wanita ni mudah je nak masuk syurga,dan mudah juga nak masuk neraka..."
Bila sesuatu perkara sangat memerlukan kesabaran,sangat memerlukan jihad mendidik hati melawan nafsu,sangat memerlukan kekuatan untuk bermujahadah dengan dunia,memang bukan mudah.

Betapa Islam mengangkat darjat wanita muslimah,tetapi memang mudah hanya mengalunkan lagu ini hanya dibibir sahaja,menyanyinya memang mudah,sebab liriknya yang ringkas dan memuji seorang muslimah,tetapi mengamalkan dan memperjuangkannya amat susah.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah saw sendiri menjadika diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
 sabda Rasulullah SAW lagi,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

 Rasulullah SAW bersabda:
 Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tarmidzi, Nasa'i dan Ibn Majah)

Benarkah begitu sukar menjadi seorang wanita? Apatah lagi seorang wanita muslimah yang mukminah? Adakah dengan menjadi seorang mukminah, seorang muslimah itu perlu bersembunyi di dalam rumah, tidak bergaul dengan sesiapa serta menutup seluruh tubuhnya? Hanya perlu terlihat dua biji mata untuk mengelakkan fitnah?

Tidakkah wanita mukminah itu juga punya peluang? Berubah mengikut peredaran waktu. Zaman sekarang adalah zaman moden. Wanita sudah berdiri sama tarafnya dengan lelaki. Wanita juga perlu ditonjolkan kedepan. Malah, wanita punya hak untuk menjadi pemimpin.

Dr.Zainab Ridhwan telah menyebut dalam kitabnya Al Islam Wa Qadhaya Al-Mar'ah:
Syariat Islam ini datang untuk menempatkan lelaki dan wanita ini pada satu lingkungan dan menjelaskan bahawa tabiat semula jadi manusia, lelaki dan wanita hampir sama. Sesungguhnya ALLAH mengurniakan kepada wanita apa yang dikurniakanNYA kepada lelaki dan menganurgerahkan kepada wanita keupayaan keupayaan yang cukup untuk memikul pelbagai tanggungwab. yang melayakkan kedua- dua jenis manusia ini melaksanakan tugas kemanusiaan yang umum dan khusus.
             
        ******

SubhanALLAH, betapa hebatnya seorang wanita muslimah, tidak pernah sekalipun ISLAM meletakkan wanita keterbelakangan dari seorang lelaki. ISLAM adalah agama yang benar benar mengangkat martabat seorang wanita.
Bersyukur,bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita muslimah,
Malah ALLAH telah berfirman dalam Surah An Nisa, ayat 124; 
Barangsiapa mengerjakan amal amal soleh, lelaki mahupun wanita, sedangkan dia beriman, mereka itu masuk syurga dan tidak dianiaya walau sedikit pun.

Ayuh muslimah,
kemuliaan dan kecantikanmu bukan dipandang pada indah dan cantiknya jilbab yang menutupi tubuhmu,indahmu bukan dipandang pada tiada kecacatan diwajahmu,indahmu bukan dipandang pada hebatnya kamu bertutur kata,indahmu bukan dipandang lenggok rentak jalanmu berbahasa,
tetapi muslimah kecantikanmu dimata Allah,menjaga maruah dan diri dari fitnah,menjaga tutur katanya dalam setiap perbualannya,bersih hatinya taatkan Allah dan Rasulullah,menjadikan Allah sebagai neracanya dalam seiap perkaranya,CINTA ALLAH yang UTAMA.

Wahai wanita muslimah,
ketahuilah,kecantikanmu itu hanya layak ditemui oleh lelaki yang soleh juga..

Muslimah,muslimah,apatah lagi muslimah dijalan dakwah....
Bila hati diserahkan pada Allah,cintakan tarbiyah dan jalan dakwah....
Tiada dunia,tiada kecintaan pada duniawi dalam hati dan tangannya..
Hebat bukan seorang wanita muslimah..
Berjalan terus wahai muslimah,walau terkadang ikhlas itu sangat susah,tetapi jangan
sesekali kau pernah mengalah,jangan takut,kerna penghujung yang dijanjikan Allah
pastinya indah bukan?iaitu kita memburu syurga Allah.

Ditangan Rasulullah lahirnya wanita sehebat Siti Fatimah,dengan tarbiyah baginda adanya
wanita sehebat Siti Khadijah dan Siti Aisyah,
Ditangan seorang pemimpin,ayah,anak,lelaki,mujahid akan melahirkan wanita-wanita muslimah,usah risau wahai muslimah,jika kau fikirkan akan kurangnya LELAKI dan MUJAHID itu,tidak mustahil dari tanganmu juga akan melahirkan lagi ramai muslim dan muslimah.

        *******

Teringat pesan mak selalu
"faizah kat sana tu nanti jaga diri elok-elok ye,jangan TERIKUT-IKUT sangat dengan orang lain.."
"Bayakkan berdoa,mintak selalu dengan Allah.."

Abangah
  "Nanti kat sana pakai purdah yer.."
  "Jangan risau,jaga diri tue elok-elok,,doalah nanti ada juga jodoh yang baik dari Allah.."
mesej dari abangah 5 tahun 4 bulan yg lepas,
 "doakan untuk roh arwah yer,nanti jangan lupa selalu bacakan Al-quran untuk ayah,jadi  anak solehah,bekalan dan cahaya untuk kubur arwah nanti,.."
Simple je kata-kata tue,tetapi mereka membiarkan ku untuk terus berfikir..

Ku menambahkan kesyukuran ke hadrat Yang Esa. Ada sesuatu yang ku dapatkan dari sekian banyak pengalaman mendengar dan melihat sendiri pelbagai peristiwa.
Ketabahan mak menanggung ujian hidup,mak dengan ujian ini moga Allah sedang mendidik dirimu menjadi wanita hebat...

Walau apa yang terjadi,moga dirimu tetap menjadi MUSLIMAH. ratu hatiku♥

~Tabahkanlah hatimu,duhai muslimah,saat dirimu terluka,anggaplah ini adalah ujian dan sebagai TARBIYAH dari-nya,kerana Dia menyanyangimu,kerana Dia rindu untuk mendengar suara rintihanmu,kerana Dia ingin sentiasa dengan dengan dirimu,Insyaallah,Allah sentiasa bersamamu,memberi kekuatan untukmu~ 
        *******

Sebelum mengakhiri tulisan ini,bagi sesiapa yang pernah menziarahi ke blog ini semoga mendapat sesuatu yang bermanfaat,hanya pendapat pengalaman dan kefahaman dari diri yang serba kekurangan...

Aku merenung semua keadaan itu dengan pandangan sayu...
Di mana letak malu tanda iman dalam dirimu..
Kerana malu dan iman itu bagai saudara seiring sejalan,
Saling melengkapi, saling memerlukan demi kesempurnaan amalan,
Sirna salah satu dari keduanya, maka tiadalah ia sempurna...

Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,
Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,
Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,
Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan.


Muslimahku...semalumu...imanmu...

Peliharalah....


                                                           Wallahualam,

                                                          Ingin menjadi
                                                              09.55pm
                                                  Bayt Ghuraba' Simsar
                                                           Irbid,Jordan

No comments:

Post a Comment