Salam kemuliaan buat semua..alhamdulillah bertemu lagi dialam maya.
Bertemu tanpa suara
penilaian bukan pada merdunya suara atau indahnya paras rupa
tetapi ilmu yg ingin disampaikan
dicedok dan dijadikan teladan
sama2lah kita memperbaiki diri
semoga Allah menilai semua ini sebagai ibadah. InsyaAllah. Entri kali ni sy ambil dr perkongsian usrahmates ukhti Hani yg disayangi. Syukran hani..jazakillahu khairan khathira..
Apa khabar iman hari ini? (Soalan yang sering ditanya naqibahku.hihi…)
Adakah makin menggebu cinta kita pada Allah?
Atau makin kurus?
Make sure bagi iman kita makan banyak-banyak.
Biar mantap dan kuat. InsyaAllah. Hari ni nak share on 2nd thing yang amat terkesan di hati saya masa ISK pada satu masa dahulu.
Tak berniat nak sampaikan ISK dalam blog ni sebenarnya.
Sebab ISK tu tak berkesan hanya dengan membaca je. Kena guna semua deria semasa daurah. Baru la ada feeling and lebih faham.
Hidup untuk bekerja Vs. Bekerja untuk hidup?
Soalan ni amat relevan pada saya terutamanya. And perkataan bekerja tu boleh digantikan dengan perkara lain. Contohnya belajar, kawen, tidur, makan, etc. Sebelum ni saya rasa matlamat hidup saya dah betul. Selagi perkara tu baik, baiklah ia. Tapi lepas dengar ISK kedua, tanggapan saya berubah. What make me change my mind? Ok let me share with you all.
Before that, I would like to ask you few questions. Think before you answer!
Kenapa Allah ciptakan manusia?
Untuk apa sebenarnya?
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu main-main sahaja? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Al Mu’minun: 115)
Mesti semua orang dah tau tujuan kita dihidupkan kan?
Apa dia ek? (Please state the ayat/surah)
1. Khalifah Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi“. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.(Al Baqarah: 30)
Apa tu khalifah ek?
Sounds like selalu dengar kan. But do we know the implied meaning of it? Sebelum ni saya fikir yang khalifah tu sekadar memakmurkan bumi Allah sahaja. That what we heard during school day dulu kan? Sebenarnya tidak… Tugas khalifah ialah untuk menyeru kepada semua manusia, sama ada Islam atau kafir, untuk tunduk sujud kepada Tuhan yang Satu. Dan memastikan semua manusia terus berada dalam landasan yang benar. Pendek kata, ‘amar maa’ruf nahi mungkar’. Bunyi macam senang je kan? But adakah semua orang memainkan peranannya? Kalau semua memainkan peranan, saya sangat yakin tak akan ada jenayah dan gejala sosial berlaku di dunia ni. Tetapi ramai yang tidak mengetahui. (Allah banyak sebut ayat ni dalam Quran. Perasan tak?) Teringat pulak masa zaman sekolah dulu. Masa jadi PPI. Sibuk suruh orang turun surau solat awal dan berjemaah.Ingatkan mereka untuk solat dan hal-hal agama yang lain. Perhatikan kalau ada yang mendedah aurat ke. Bila nampak PPI je, semua macam pijak semut tak mati. Tau tengah buat salah. And tau pulak malu bila PPI nampak. Huhu… But itulah tarbiyah untuk menjadi seorang khalifah. Sentiasa saling memperingati kearah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Semoga terus tsabat di atas jalan ini. Sebenarnya banyak lagi tugas khalifah. Kalau ikut graf ISK, tuntutan khalifah tu mengikuti tuntutan peredaran zaman. Nak discuss everything here tak mampu la kot. Should be enough to discuss the basic thing. The remaining part, need to either attend usrah or daurah. We will understand it better. Dan bersedialah untuk mengubah persepsi hidup. Sama ada akan rasa seperti dipukul dibelakang kepala atau dihimpap batu besar. Feel dizzy and berat kepala. But kalau ada yang beri alasan tak nak datang kerana tak bersedia nak berubah, rugilah anda. Allah memilih siapakah yang akan diberi hidayah. But once He has give you but you didn’t grab it, takut-takut tiada lagi hidayah selepas ini. Na’uzubillahiminzalik…
2. Ibadah “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu(Adz-Dzaariyaat:56)"
"Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu(Adz-Dzariyaat:57)"
"Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.(Adz-Dzaariyaat:58)"
Cukuplah untuk lihat disekeliling kita. Betapa ramai yang lupa bahawa kita hanyalah hamba. Hamba yang dimuliakan. Tapi dengan kemuliaan itu membuatkan manusia lupa akan status diri. Cukuplah untuk cakap bab solat, perkara pertama yang akan dihisab di padang mahsyar. Betapa angkuhnya manusia. Dan betapa beruntungnya umat akhir zaman. Tak ditimpa bencana besar apabila sesuatu kaum mengkufuri nikmat Allah seperti umat-umat terdahulu. And ayat kedua ni sangat related dengan topic kali ni.
“Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki“.
Yakinlah pada Allah , Tuhan yang memberi rezeki. Ada yang bekerja sehingga lupa pada tanggungjawab sebagai khalifah dan abid. Ada yang bekerja macam nak gila seolah-olah tak pernah cukup apa yang ada. Contoh yang paling mudah ialah semasa bekerja or belajar, some people prefer to complete their task before solat. Takut tak sempat siap kerja la. Takut nanti lupa till which part yang kita dah berhenti. Ada pula yang cakap, “Tengah semangat nak blaja ni. Bila dah slow siket I solat la”. Boleh pulak gitu ek? Allah tu second choice ke? Or hanya tempat mengadu apabila ditimpa kesusahan? Astaghfirullah al azim. Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya. Adakala terlalu leka bekerja sampai tak sempat nak jeling jam dah masuk waktu solat ke belum. Tapi bila lunch tak payah tengok jam pun dah tau time makan. Or pernah bagi alasan pada diri sendiri, “lagi siket je nak habis ni..” So bad....InsyaAllah setelah diberi kesedaran, kita berusaha untuk berubah. Letakkan Allah sebagai matlamat utama kita. Tanpa Allah, bukan setakat nak buat kerja, untuk bangun keesokan harinya pun belum tentu kita mampu melakukannya. Bersyukurlah apa yang ada… Tapi jangan cepat puas hati pulak. Usaha tak sekuat mana, beserah jela. Tu la penyakit orang kita. Imbalance. Satu perkara yang menarik perhatianku pada sahabat Rasulullah dan mujahid-mujahid ni. Contohnya pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh. Allah telah berjanji akan memberi kemenangan kepada umat Islam. Tapi adakah mereka menunggu kemenangan itu akan tiba begitu sahaja? Mengapa mereka perlu berjuang dan berperang sedangkan Allah telah menjanjikan kemenangan? Sesungguhnya Allah akan menepati janjiNya. Dan Allah akan memberikan kemenangan itu kepada orang yang mencarinya. Kerana itulah Sunnatullah.
“Bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya”
Mampukah kita menyeimbangkannya? Boleh. Umat Islam pasti boleh. Kan hari ini mesti lebih baik dari semalam? Fikir-fikirkanlah… Wassalam…
~adik-adik,akak lebih-lebih lagi ditarbiyah,kata-kata yang lepas keluar dari mulut ini lebih dekat dengan telinga akak ni~
~moga terus kuat-kuat ye adik,merindui untuk membina bersama kalian,merindui hammsah kalian,suhana,rabbi,fayadhah,wahida,hanum,mimi,,ray,mar,~
~moga Allah kuatkan hati antunna,moga terus kuat~
~kalian semua generasi pewaris~
~moga Allah memberi peluang untuk kita lagi untuk bersama~
1.34pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid,Jordan
No comments:
Post a Comment