بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, May 7, 2012

Mengharap Pertemuan Di Hujung Lensa


Semalam aku mencari
Di balik Cahaya Mentari
Di sebalik Indahnya Pelangi
Yang Menghiasi hari
Saban hari aku kan sabar menanti

Jalan-jalan dihadapanku
Menapak terus dan melangkah lagi
Sejauh mana kemahuanku
Sehebat mana aku mampu merancang
Tiada kalimah kebetulan
Kerana semuanya sudah diatur Tuhan

Hari-hari yang bakal ku lalui
Bakal merubah warna-warni
Bakal merubah haluanku seorang siswi
Bakal merubah kehidupanku seorang daie dan mutarabbi
Dalam perjalanan panjang tidak pernah puttus
Mengharapkan terus kasih Ilahi

Hari-hari yang bakal ku lalui
Tanpa ada kamu lagi disisi
Bukan satu perpisahan
Adakah satu kehilangan
Kenangan bersama tersemat dihati
Yang bakal ku rindui
Sebagai peneman dan pengubat rindu nanti

Ya Ilahi
Bantulah kami dalam perjalanan ini
Menggapai keredhaanMu
Bertemu dan berpisah dalam maghfirahMu
Hanya kerana CITA yang SATU

Hurriyatul Izah
Lakaran semalam
1.02am
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid,Jordan
 

No comments:

Post a Comment