بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, December 28, 2012

Bukan Tulisan Terakhir


In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi,akhirnya berjaya juga scan pasword email ni,.gara-gara terlupa pasword..
Hingga terfikir penulisan saya dah berakhir..
setelah sekian lama meninggalkan blog bersawang tanpa tulisan-tulisan terbaru..walau hakikatnya hati ni sudah lama kehausan dan kering..
Rindu semakin berputik dihati..
Tak pernah jemu untuk bercerita tentang rutin kehidupan yang terrsirat hikmah dan rahsia tersembunyi..
(walaupun perasan macam blog ni diri sendiri je yang baca)

Semangat tak pernah pudar,cita-cita itu tetap terpendam dihati,walaupun masih bertatih untuk menulis,kadang-kadang ayat tak pernah tersusun pun,gaya penulisan pun macam semacam pulak..


Terinspirasi dari penulis novel terkenal sejak di bangku sekolah,gara-gara menjadi top10 pembaca novel minat untuk menulis tak pernah luntur,pernah jugak hantar ucapan,sajak-sajak,dan puitis kat radio ikim,majalah Asuh,macam-macam lagi,seronok menulis sebab masatu orang lain tak kenal diri kita.

Kadang-kadang sering tertanya dalam hati,kenapa selalunya post mesti relate dengan kehiupan..
jarang-jarang post relate dengan ilmiah dan tarbiyah kan..?

Penulis terhebat seperti Ummu Hani,Ustaz Zaharuddin,Fatimah Syarha..mereka jugak mula menulis berkisar tentang kehidupan..
Permulaan untuk menjadi penulis sebenarnya mestilah bermula dari bawah,begitu juga jika kita ingin mencapai sesuatu yang besar dan berada diatas,setiap daripada mereka mesti mengalami pengalaman tersendiri
Bukan mudah untuk terus berada terus diatas,tak semua manusia menjalani kehidupan tanpa sebarang kesusahan dan kesulitan,pasti ada sesuatu berlaku sesuatu di pertengahan jalan...

Lagi-lagi kalau kita dapat kekuatan dan semangat dari pengalaman mereka,sebab itu penting untuk kita 
bercampur dengan masyarakat luar walau apa jua position mereka,mungkin sebahagian mereka hanya pemandu teksi atau tukang sapu,mungkin juga seorang lecterur dan boleh jadi seorang pencuci..tapi tak mustahil pengalaman mereka juga sama..saya seronok dapat hidup dengan mereka berkongsi pengalaman masing-masing,dan tak perlu nak judge mereka dari luaran sahaja

4 Bulan,5 Bulan sudah berlalu..
Pejam mata,celik pulak..pejam lagi,Alhamdulillah
Cepat,Pantas sangat masa berlalu...
Allah masih sayang saya,sebab itu jantung saya masih mampu mengepam oksigen lagi..


Hurriyatul Izah
12.41am
Seri Kembangan,Serdang Perdana
Bumi Allah yang cantik nan Indah

Wednesday, October 10, 2012

Hadirlah Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Untuk kesekian lama,tiada post terbaru untuk ditulis,entah kenapa semangat itu semakin hari semakin pudar mungkin tercicir di bumi Syam sana..
Tiada idea yang datang,kering dan kering..
Akhirnya dia hanya mampu tersenyum sendirian,memejamkan mata dan membayangkan kakinya masih lagi berpijak disana bersama kenangan-kenangan manis yang menghiasinya harinya,ooh indahnya...




Alhamdulillah..

Masih mampu menghirup udara segar yang mendamaikan di kampung,rumput-rumput hijau memenuhi laman rumah,sesekali terdengar kicauan burung di hujung pohon mencari rezeki untuk anak-anaknya barangkali...

Namun ,jauh di satu sudut,otakku ligat berputar,mengimbau kembali pengalaman pertama di temuduga...

"Tahniah,anda telah berjaya ditemuduga..

hati yang satu lagi berkata  "yes faizah ,you need changed,ni kan yang kau nak selama ni,plez jangan lepaskan peluang yang dah ade ni..

satu lagi haati ni pulak berkata...

"no,no...semua ni tak sesuai dengan jiwa aku,tak boleh..."

Dunia kerjaya,waktu bekerja office hour...??

Tajdid niat semula,hadaf dan aimnya..

teringat cadangan kakaknya.."kalau nak tau tugas pendidik ni mulia sangat,Allah bagi banyak pahala.."
Dan hatiku ni dah mula cair sebenarnya,berbalik pulak pada plan yang ke-3 tu nak jadi ustazah kat sekolah..

****************

Entah berapa lama dia memerlukan masa untuk memikirkan semua ini...
Mampukah,Layakkah aku..
Berkorban untuk Ummah,dan dimedan yang sebenar sekarang..
Jauh disudut hati,dia mahu bercuti lagi,masih terlalu awal untuk bekerja,sebab aimnya nak sambung study lagi tahun depan.

Aku keliru..

Ya Allah,kurniakan aku petunjukMu,apa yang terbaik untuk agama dan kemampuanku ini..

Hurriyatul Izah

1035am
Teratak Putih,
Rompin,Pahang

Friday, September 7, 2012

Rai Adilfitri 1433H

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamu'alaikum wbt...

Berkesempatan menghabiskan hari-hari ramadhan yang masih berbaki bersama ahli keluarga tercinta.Telah berlabuh tirai ramadhan,syawal yang dilalui moga berjaya menghasilkan takwa dan bekalan.Moga ramadhann kali ini tidak sia-sia dan mampu menjadi madrasah tarbiyah yang terbaik sebagai kekuatan menghadapi 11bulan yang bakal dilalui..ramadhan tahun-tahun akan datang masihkah berkesempatan untuk bertemu lagi...

Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam Aidilfitri untuk semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..Kullu 'am wa antum bikhair..
Minal aidin wal faizin..



Sempat ambik gambar aulia seorang jer,tak sempat mane nak bergambar dengan family...

Alhamdulillah,aidilfitri yang disambut kali ini serba sederhana sahaja.Berkesempatan menziarahi saudara-mara dan sahabat-sahabat dikampung.
Rumah kembali sepi,tiada lagi suara anak-anak dan baby kecil,semuanya kembali bertugas dan kerja masing-masing di bandar.

Teratak Putih
Rompin,Pahang
11.50 pm
7 September 2012

Tuesday, July 31, 2012

Warkah Cinta Ramadhan Edisi 1


In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Ramadhan...

12 ramadhan.hampir satu pertiga berlalu.
Muhasabah amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan, berjayakah menghasilkan taqwa?Moga Allah menilai dan menerima segala amalan..

Alhamdulillah,hari ini Allah masih lagi memberi peluang pada saya untuk bernafas dan memikirkan tanggungjawab khalifah dan ibadah.sebagai hambaNya yang diberi peluang untuk mentadbir muka bumi,Alhamdulillah usia saya telah menginjak 22 tahun ini.Banyak kenangan sepanjang hidup saya

Alhamdulillah...
Sebentar tadi,saya  baru mendengar forum Kau tercipta untuk Ku, pasangan Ustazah Fatimah Syarha & suaminya Dr. Farhan Hadi...Menarik sangat,persedian hati,jasadi dan rohani seorang wanita sebelum bergelar isteri penyejuk hati,tertampar hati saya,rupanya sangat banyak persediaan yang belum dilakukannya rupanya..

Tapi sekarang baru tersedar kena buat persediaan itu SECUKUP-CUKUPNYA..
Buka sekadar duit,material dunia,yang paling penting niat kena betul,ruhani kena selalu berhubung dengan Allah,jasad pun kena sedia,ilmu perkahwinan pun belum cukup lagi.
Mudah-mudahan usia yang lepas ,sekarang dan akan datang akan dipenuhi dengan keredhaan dan keberkatan Allah swt.

"Jika sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa pastilah kami akan melimpahi kepada mereka berkah dari langit dan bumi,tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami,maka kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.."(Al-'Araf:96)

Persedian itu bukan hanya dibuat apabila esok,lusa minggu depan,or bulan depan dah nak kahwin.
Buat masa ini,insyaAllah belum lagi keinginan untuk berkahwin.Tapi semuanya hanya perancangan,Allah telah tentukan semua itu,samaada bulan depan atau tahun depan,jodoh itu ketentuan Tuhan..

"tidak ada yang terbaik bagi dua orang yang saling mencintai kecuali menikah..."(HR.Ibn Majah)

Dengan perkongsian saya kali ini,saya ingin berkongsi sedikit sebagai hadiah buat semua yang pernah mengunjungi saya di sini,mungkin saya bukanlah yang selayaknya tapi saya berharap ianya bermanfaat.




Post tentang cinta,kalau dulu disekolah dan di Kolej,dialah yang paling anti sangat bila dengar tentang couple dan cinta,kalau sesi tazkirah dan kulliah banat di kolejnya dulu kesempatan itulah yang digunakannya untuk menasihatkan sahabat-sahabatnya yang tengah hanyut dalam dunia cinta...

Kalau syurga itu indah... aku pilih kamu...
Kalau hembusan angin itu menyenangkan... aku pilih kamu...
Kalau masa itu nyawa... aku tetap pilih kamu...
Skrg kamu sedarkan... betapa pentingnya kamu buatku... ♥ ♥ ♥ ♥


"Aaah kenapa dengan diorang,lemas tau tak,rimaassss lah....sakit telinga dan mata ni tau tak..buat dosa buat fitnah je,tak gun korang sembahyang pagi petang siang malam tapi still lagi buat dosa..sakit hati dia,pening jugak kena fikir masalah orang lain,masalah orang islam kat luar sana dah berlambak-lambak tau tak,yang korang semua ni still bertudung labuh still lagi nak tambah fitnah dan buat maksiat ker???"

"Jahatnya kau iblis,jahatnya kau syaitan laknatullah,terus-terus nak merosakkan anak-anak adam di bumi ini..."

Astagfirullah,itulah yang dia fikirkan sebelum ni kerana dia tidak diuji seperti mereka,sebelum dia faham manhaj sebenar menyedarkan mereka,bukan ceramah yang berjeler-jeler,bukan bagi ilmu tentang berdosa bercinta dan berikhtilat,tapi sebuah kefahaman,sebuah didikan,sebuah sentuhan hati,dan santunan hatinya kerana Allah..

Maafkan saya kerana silap menyantuni hati kalian sebelum ini..
Alhamdulillah,saya bersyukur Allah campakkan saya dalam suasana seperti itu,sebelum ini dia sering menyalahkan takdir
"kenapa dia dicampakkan di sini,dengan diorang,tak ade orang-orang baik,tak ade langsung biah solehah,nak buat baik pun kena mujahadah sendirian.."

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Alhamdulillah,Allah bagi semua ini untuk menyediakan hatinya dengan lebih besar apabila dia sampai di bumi Urdun ini.Matanya terbuka luas,hatinya merintih dan terus menangis,ampuni aku Ya Allah...bukan semua orang dapat merasai bukan semua orang terpilih,Allah pilih kau Faizah...

Wahai hati-hati yang suci. . .

Katakanlah,
"Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
 
“ …Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”(Ath-Thalaq, 65: 2-3)

Islam adalah agama fitrah,agama semulajadi yang ada sejak azali lagi.Bukan agama khayalan ,mahupun mainan dan ia tidak juga menolak fitrah insaniah dan juga rohaniah.Islam agama yang suci tidak menafikaan ummatnya yang ada perasaan kasih sayang,cinta dan saling sayang menyayangi antra satu samalain.Itulah lumrah kehidupan.

"Dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis dirimu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,Dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.Dan sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.."(30:21)

"Adapun orang-orang yang sangat beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah.."(Al-baqarah:165)

Fitrahnya cinta apabila dataang pada masa dan umur seseorang insan,bila di tanya umur..
Biasalah tu masa belajar,umur dah 22 tahun,lebih-lebih lagi belajar di luarnegara,berjauhan pulak dengan family,perasan itu akan hadir bila menginjak usia,emosi hormon dan perasaan seseorang akan berubah,
apa yang membezakan seseorang itu bagaimana dia akan mengawal perasan cinta yang hadir.

Pada saya bila ditanya antara cita dan sayang,saya akan berpandangan cinta dan sayang mempunyai skop yang sangat luas...

1.Cintakan Allah.
Pada hari ini manusia lebih mengenali dunia daripada pencipta Dunia.
Oleh kerana itu hati mereka gersang dari Cinta Ilahi,cinta yang hakiki.Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi pncipta yang mutlak dilupai sehingga segala larangan dan suruhanNya tak dipeduli.

Bukan sekadar melaksanakan rukun islam dan rukun iman,tapi sejauh mana kita mengahayati keimanan dan keislaman itu,sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab khalifah dan abid diatas bumi ini,melaksanakan yang ma'ruf dan menghalang yang mungkar..

Sebanyak mana amalan dan amal soleh kita,tak tahu lagi semua itu Allah kira dan nilai kat akhirat nanti.
"Dan berpegang teguhlah kamu pada tali (Agama) Allah,dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara,sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana,Demikianlah,Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadaMu agar kamu dapat petunjuk.

Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyeru berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.dan mereka itulah orang-orang yang beruntung..."
(3:103-104)

"Fikiran tak dapat dibatasi,lisan tak dapat dibungkam,anggota tubuh tak dapat diam.Kerana itu jika kamu tidak disibukkan dengan hal-hal besar maka kamu akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil.."(Abdul Wahab Azzam)...

Sebenarnya,bayak lagi pekara besar atas dunia ini yang kita fikirkan sepatutnya.Mungkin jugak kita tak tahu kenapa kena fikir,kenapa kita kena sibuk dengan perkara yang tiada kepentingan dengan diri kita. 
Lebih lebih lagi masa belajar,Allah campakkan saya dikalangan insan-insan yang sibuk dengan kerja Dakwah dan Tarbiyah,Alhamdulillah sedikit sebanyak berjaya mengalih kan perhatian saya kepada fokus yang utama.

2.Cintakan Rasulullah dan Para Sahabat.Dengan menghidupkan sunnah-sunnah baginda,memperjuangkan  dan menegakkan rantai Islam diatas muka bumi ini.

3.Cintakan Ibubapa.
Sejauh mana cinta dan sayangnya kita kepada mereka dilihat sejauh mana ketaatan dan kebaikan kepada mereka.Adakah kita berusaha menjadi anak yang soleh/solehah untuk mereka?Adakah kita lebih banyak menyakiti daripada berbakti kepada mereka?

4.Cintakan saudara.

Alhamdulillah Allah bagi banyak kesempatan sebelum kita melalui alam perkahwinan contohnya alam persahabatan supaya kita dapat melatih dan pesiapkan diri untuk menempuh alam rumah tangga yang lebih mencabar,kepada sahabat kita sebaik-baiknya jadilah penyejuk mata untuk mereka,untuk adik-adik kita,untuk ibubapa,untuk jiran tetangga,untuk lecterur dan kepada sesiapa pun yang kita kenal,santunilah mereka dengan baik..

Semua itulah adalah latihan yang kita kena berpraktikkan.
Kata Sayyiditina 'Aisyah ra: Wanita yang baik itu ialah wanita yang tidak dikenali bermulut celupar dan tidak mudah tertipu dengan tipudaya lelaki.."

Kerana dalam rumahtangga,wanita diibaratkan madrasah atau sekolah,yang mana bila kita persiapkan kita persiapkan satu generasi yang masa depan yang hebat,bakal menjadi amanah kita suatu hari nanti.

Jika cintakan seseorang,sandarkan ia kepada Allah,jangan biarkan diri kita tersasar dari landasan yang sebenar,jagalah kawallah perasan itu,jangan sesekali menolak dan membuangnya jauh,kerana itulah fitrah insan,jangan menolak perasaan yang hadir..fikirlah dengan imah hati dan akal,insyaallah kita kan dibimbing dengan kebaikan dan jangan mengikut nafsu semata yang akan mendorong kepada kebinasaan.

Kecintaan kepada Allah itulah yang paling utama,kerana ianya adalah suatau kedudukan yang sangat istimewa.Allah akan mengangkat kedudukan hambaNya yang mencintaiNya dengan
setinggi-tinggi darjat.
insyaAllah bersambung lagi di edisi yang seterusnya,salam ramadhan mubarak selamat beramal di bulan yang mulia...:)

Kongsi hati
Hurriyatul Izah
12 Ramadhan 1433 hijrah (1425pm )
Irbid Jordan

Sunday, July 29, 2012

Tangisan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah...
Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah...Syukur pada Allah s.w.t
Bumi Urdun 10 Ramadhan 1433 hijrah..
Muhasabah amalan, berpuas hatikah? Diterima Allah kah?
Hanya Allah yang layak menilai keikhlasan hati..

Countdown 11 days back to Malaysia..
Yeayyyyyy!!!!!!!!!!!!!!
Dan belum pasti hatinya betul-betul bersedia untuk pulang
ke Malaysia,medannya yang sebenar..
Bumi Urdun yang telah banyak mengubah dan mentarbiyah dirinya...
Inilah hikmah Allah kenapa melewatkan kepulangan ke tanah air itu
Mungkin menyiap dan menyediakan hatinya dengan perkara yang lebih besar
yang bakal dihadapinya nanti..

Jauh disudut hatinya perasaan gembira itu ada tapi jauh disudut hatinya juga
dia mengharap untuk kembali semula ke bumi Urdun ini..
Setelah hampir dua tahun sketsa kehidupannya di dataran Syam ini
Kenangan yang tercipta,sakit,susah senang,jatuh bangun,kegagalan dan kejayaan,
Semuanya telah ditentukan Allah...

Aahhhh...sayunya pagi ini,pagi 10 Ramadhan di bumi Urdun
Airmatanya tumpah juga akhirnya..
Syahdunya,dia terbayang suara syeikh imam masjid yang mendayu-dayu
ditelinganya..
Sebak,mungkin perasaan ini tak akan dirasainya lagi setelah pulang nanti
Sayang,betapa Allah sahaja yang Maha Mengetahui
Dia sayang sangat dengan bumi syam ini...
Ya Allah,berilah hambaMu ini kekuatan untuk hari-hari yang bakal ku lalui nanti...

10 Ramadhan 1433 Hijrah
Hurriyatul Izah
0938am
Irbid Jordan

Friday, July 27, 2012

Kasih Ramadhan

In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah,ramadhan kali ini rasa lebi bertenaga,dan lebih kuat dari hari-hari biasa,masyaallah keajaiban sungguh bulan yang penuh barakah ini...



Dan Istimewanya ramadhan kali ini...

Allah seperti hadiah kan saya sesuatu...<3<3<3
Nikmat itu,kadang tu kita tak pernah perasan pun
Ia hadir menyinggah sebentar...
Dan sesuatu yang saya nantikan setelah sekian lama
Sesuatu yang telah saya kehilangan suatu ketika dahulu..

Dan seperti rasa nak kongsi pada semua orang,rasa macam nak cerita bersama orang lain...

"I'm not alone, Allah is always with me"

 
Absolutely! Ketika Allah menguji saya dengan beberapa perasaan sedih dan gembira, itu adalah petanda bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama saya. Thank you Allah!!

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu meningkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 

Thanks You Allah s.w.t for all the things i see...

Sebarkan Cinta dan SayangMu Hanya kerana Ilahi..
Mencari Mawaddah dan Rahmah dalam keberkatanNya..
Sakinah Menanti Sebagai hadiah dari Sang Murabbi..
 
Hurriyatul Izah
7 Ramadhan 1433hijrah
1911pm
Irbid Jordan

Saturday, July 21, 2012

Madrasah Ramadhan


In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah....

Walaupun secara fizikalnya nampak begitu lemah dek panasnya suhu waktu siang dan malam,namun ketakwaan ruhani muslim itu mampu memberi kekuatan yang terserlah diwajahnya...

Langkah-langkah kaki yang terayun mantap,Percikan air wudhu’ yang berjatuhan,Suara takbir yang berkumandang,Lantunan ayat-ayat suci yang dibacakan....

Pesona ramadhan kembali menggamit lagi...

Moga Ramadhan memberi kesan yang indah menjadi madrasah tarbiyah yang terbaik untuk seluruh muslimin...
memberi kemenangan,membebaskan diri dari kejahatan,
melemahkan pihak musuh,mendidik muslimin untuk istiqamah dengan sifat mahmudah...melajukan dnt dan jalan dakwah



Hari-hari dan malam ramadhan adalah masa kemuliaan yang diberikan Allah swt kepada hambaNya untuk berbuat kebaikan dan menambahkan amal solehnya,dan orang-orang yang berbuat jahat mencari kurnian Allah sehingga Allah memberi pintu keampunan untuk mereka,dan menjadikan mereka hambanya yang mulia dan dicintai Allah...

Nabi saw bersabda :
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu, kemudian seorang penyeru berseru, "Wahai pencari kebaikan, kemarilah! Wahai pencari kejahatan, berhentilah!" (HR Thabrani) 



******************************************



"Ya Allah,kau berikanlah keselamatan kepada kami muslimin dan muslimat ,mengisi peluang ramadhan kali ini untuk beribadah kepadaMu.."
Kebimbangan dan ketakutan yang dirasainya sekarang mungkin juga dirasai oleh sahabatnya disekitar Irbid ini,semoga antunna sekalian sentiasa dalam pemeliharaan Tuhan,mungkin di situ kita boleh muhasabah semula untuk apa amalan-amalan kita,dan sedikit ujian dan rasa takut Allah nak campak dalam hati kita semua..


Thank You Ramadhan,you came to me..
may blessings in Ramadhan be upon us...

 Alhamdulillah wa syukurillah...

Hampir satu perdua lembaran 2012 bersketsa
Berbagai-bagai peristiwa yang dilaluinya dalam lipatan kehidupannya...
Ramadhan karemm yang dinanti seluruh masyarakt muslim...
Thank You Allah,kerana memakbulkan doanya menemukan dia dengan ramadhan
dibumi anbiya' ini lagi...

Sebak dan pilu bertamu dalam hatinya
Sebak kerana mungkin ini ramadhan terakhir dia disini
Pilu sungguh hati,sedih tak dapa nak sambut ramadhan
bersama keluarganya dimalaysia...
Aah,betapa dia rindu untuk bersama mereka,
betapa dia rindu pada kenangan-kenangan lamanya
dari kecil hingga meningkat dewasa.
Kalau dalam bulan ramadhan,yang paling dia rindu bila waktu berbuka puasa
dan sembahyang terawih dengan keluarga...
Yang pasti setiap hari dia akan menghitung hari kepulangannya ke malaysia nanti..

Hurriyatul Izah
Bayt Ghuraba 2
1913pm
1 Ramadhan 1433hijrah
Irbid Jordan

Monday, July 16, 2012

Saksi Dataran Syam


In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah....

(hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal..3:122)

Dia selalu mengharapkan semua ini sekadar mimpi
Begitulah setiap kali dia diuji dengan seberat ujian ini
Kekuatan dan semangat itu memerlukan masa yang lama untuk pulih kembali

Sungguh,dia paling tidak suka bila berperasaan begini
Sangat menyesakkan dada,terasa gelap pandangan,terasa muram
halatuju dan masa depan..

                                                         You are not alone.....

Dipejam matanya lagi....
Berharap esok bila bangkit bangun pagi,
semuanya seperti sedia kala
Ayahnya sihat berbual dan dapat berjalan seperti biasa

Dipejam matanya lagi
Berharap esok
Dia bukan dalam bilik asing ini lagi
Tiada lagi syiling dan dinding-dinding putih itu
Tiada lagi wayar-wayar yang menyakiti tangan dan badannya

Dipejam matanya lagi
Berharap esok tiada lagi airmata ibu dan ahli keluarganya mengalir lagi
Dia sentiasa mahu melihat senyuman terukir diwajah mereka

Dipejam matanya lagi
Berharap esok...
Bukan
Bukan harapan-harapan lagi
Tetapi tawakal pada Ilahi
Itulah kunci  kekuatan yang dicari
Bila segala pergantungan hanya pada Ilahi
Nantilah keajaiban Sakinah yang dicari...

**********************************************

Dataran Syam saksi segalanya
Bangun pagi tadi,dia masih bersyukur
Alhamdulillah dia dimasih disini
Bumi anbiya' yang banyak mentarbiyah dirinya
Menghitung hari-hari yang masih berbaki disini


Kenapa asyik teringat..
Rindunya!!!
Moga aman dengan rahmatNya..
Alfatihah.


Hurriyatul Izah
Ghuraba' Simsar 2
12:12am
Irbid Jordan

Monday, July 9, 2012

Gerabak Islam


Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah...
Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.
KEPUTUSAN TIDAK RASMI MESIR |
DR. MOHAMMED MORSY SEBAGAI PRESIDEN REPUBLIK MESIR YANG PERTAMA SELEPAS REVOLUSI.

 #رصد | فوز الدكتور " محمد مرسي " بمنصب " رئيس جمهورية مصر العربية " .

"Sesungguhnya jalan kearah perubahan islam adalah jalan yang sukar dan berlumpur tetapi ia merupakan satu-satunya jalan yang hak(dan yg hak itulah paling berhak untuk diikuti)."-Syeikh Fathi Yakan

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."-HAB



Kemenangan ini bukanlah untuk kita berasa selesa sekiranya kita tidak pernah menyumbang apa-apa untuk kenaikan islam bahkan sebagai pendorong untuk kita terus menerus bekerja keras kerana kita mengimpikan sesuatu yang lebih besar, khilafah islam dan ustaziatul alam...
Kemengan Islam itu sudah menjadi milik Allah,cepat atau lambat tempatnya pasti darjat yang paling tertinggi,terpulang atas kita untuk join sekali untuk memenangkan islam..
Dan di sini, masih tetap menunggu dan bekerja
Sama ada syahid mahupun menang
Penantian bukan keseorangan lagi
Penantian bersama jiwa-jiwa yang dilanggar gerabak itu
Dan dengan pasrah menginfaqkan diri untuk itu

Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merobah (janjinya). Al Ahzab: 23

"apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah,maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Sungguh dia maha penerima taubat(an-nasr:1-3)

Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada [pula] yang menunggu-nunggu [1] dan mereka sedikitpun tidak merobah [janjinya],  supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan menyiksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (33:23-24)

hurriyatul Izah
1644pm
bayt ghuraba' simsar 2
Irbid Jordan
 

Monday, June 25, 2012

Mom i felt alone


Mom,i lost my way
mom,i lost my friends



kalau dulu,awak tak pernah palingkan muka dari saya
kalau dulu awak lah yang selalu sudi dengar masalah saya
kalau dulu awak tak pernah rasa segan
awak tak pernah rasa tak perlu pun datang pada saya
sebab dulu awak selalu ada depan dan selalu bersama saya..
terimakasih untuk masa dulu yang awak korbankan untuk saya
terimakasih untuk sayang awak untuk saya
terimakasih untuk masa yang awak korbankan untuk saya..

awak..saya tak tahu awak akan baca lagi atau tak post dalam blog saya dah..
awak,saya rasa sunyi sgt sebab bukan awak lagi yang menemani hari-hari saya
sekejap sangat saat itu untuk kita terus bersama..

awak,saya minta maaf sebab pernah lukakan dan sakiti hati awak...

SAYA RINDU SANGAT SANGAT WAKTU KITA BERSAMA
kata-kata,nasihat dan gurauan awak
walaupun memang saya tak pernah tunjukkan semua tu

awak,saya sedih sangat nak hadapi masa tue
tinggal beberapa hari je lagi
saya rasa macam tak sanggup nak berpisah
dan mungkin awak tak pernah rasa macam yang saya rasa ni

saya tak tahu kenapa
sekarang ni awak kaku depan saya,tapi awak gembira je bersama mereka

mintak maaf saya gagal menjadi seorang kawan dan sahabat untuk awak

saya nak awak tahu satu perkara nie,sebelum saya terus hilang dari pandangan awak...
awaklah SAHABAT yang PALING TERBAIK PERNAH SAYA ADA
saya bersyukur Allah hadirkan awak dalam hidup saya walaupun sekejap cuma...


sambil menulis,airmata tak henti-henti nak mengalir..mengimbau kenangan-kenanagn kami bersama

Saturday, June 23, 2012

Jangan Menolak Fitrah



Kalau kita sudah jatuh cinta, maka jgn buang rasa cinta itu, tapi berusahalah menjaga cinta itu dengan fitrah dan jalannya..jangan bazirkan rasa cinta itu pada jalan yang salah,jangan memberi harapan, jika ia belum tentu jawapan sebuah istikharah..wahai muslimah dijalan dakwah,bersabarlah kuatlah bermujahadah belum tentu inii adalah jodoh mungkin juga ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana penyerahan dirimu kepada ALLAH..
Dan cinta tak pernah salah..yang salah adalah diri kita sendiri..kadang2 kita terlalu takut utk terima kenyataan..kadang2 kita terlalu ikut kan perasaan..

Ya Allah..sungguh dia sendiri tidak mampu menolak fitrah

Kalau sudah ada calon pilihan, maka istiqamah lah dgn pilihan hati..
Tapi kalau calon pilihan sendiri nyatakan hasrat tidak sudi, maka undurlah diri..
Tapi kalau calon pilihan mendiamkan diri bagaimana pula?


Diri sendiri masih keliru..
Adakah yang mendiamkan diri ini tanda setuju atau tidak?
Jadi adakah jalan mendiamkan diri adalah jalan yang betul?
Adakah dengan mendiamkan diri ini kita yakin kita sudah lakukan tindakan yg betul?

Saya kembali membaca beberapa artikel...dan saya cari jawapan kepastian..sehingga sekarang saya belum pernah jumpa sebarang statement "mendiamkan diri adalah jawapan yang betul"  dan saya juga x pernah jumpa statement "mendiamkan diri adalah jawapan yang salah"..

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kerana Allah tunjukkan jalan2 yg masih belum saya lalui dan saya perlu tempuhi,,ternyata jiwa saya masih kosong dengan belaian cinta Allah. Banyak lagi kekurangan yang perlu saya perbaiki, dan saya perlu perkemas. 

Aduhai Hati
23 Jun 1:39am
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan


Tuesday, May 29, 2012

Hati Merindui


Dia rindukan hati yang basah dengan dakwah dan tarbiyah
Dia rindukan hati yang tenang mengingati Rabb
Dia rindukan hati yang sibuk menyelesaikan masalah ummah
Dia rindukan saat jalan yang pernah dia tempuh
Saat jatuh saat dia bangun kembali

Ya Allah,tunjukkanlah aku jalanMu
Berilah aku kekuatanMu..
"Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman.."(67:139)
Allah tidak pernah membebani hambaNya melainkan sebagai ujian dan tarbiyah sebagai penguat dalam jalan ini.

Hurriyatul Izah
1019PM
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan

Monday, May 28, 2012

Layakkah Aku

 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah... 
Apa khabar iman anda hari ini?
Terasa dia terlalu lalai dengan nikmat yang Allah kurniakan Bagaimana Allah nak selalu mengingati hambaNya jika hamba itu sendiri tidak mengingati Allah. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu yg lemah ini. Matanya dah bergenang memikirkan diri sendiri.

Alhamdulillah,selesai sudah imtihan nihai',2paper terakhir yang berat untuk dihafal,alhamdulillah Allah permudahkan,ada sesuatu yang belum selesai lagi dalam perjalanan hidupnya,yang menentukan dan mengubah segala cita-citanya.
Setelah selesai urusan konvonya,kakinya tidak terus melangkah jalan pulang ke rumah tetapi terhenti seketika disebuah bangku kecil  dibawah pohon redup sementara untuk menunggu urusannya dijamiaah.

Perbualan dengan kakaknya 2minggu yang lepas masih terngiang-ngiang lagi.Pesan mak juga masih dia ingat lagi.

"Dah siap hantar resume,tak pe lah,sekarang memang kena susah-susah dulu,kena rajin dan berusaha cari kerja"

"Janganlah cakap macam tue,kenalah yakin rezeki kita ada je kat mana-mana Allah kan dah tetapkan semua tu,tinggal diri kita je kena usaha lebih.."

"Tak tau lah macam mane,pointer pun 3 lebih sikit je,speaking BI pun dah berterabur sangat,tak berani lah nak mintak kerja.."

"Jaga lah betul-betul pointer tu,sekarang ni,nak mintak kerja susah kalau pointer tak tinggi,kerja cikgu pun sudah.."

Cikgu!!!
Memang dia tidak ada kepakaran untuk menjadi cikgu,tapi...
mungkin darah pendidik itu sudah sebati dalam dirinya.

Dan ditambah dengan abang iparnya yang suka bertanya tentang perkembangan adiknya yang sorang ni dari semasa ke semasa,sangat take care.


"Nanti balik apa planing,nak kerja apa?Nak sambung belajar ker nak terus kerja?"


"Kalau sambung belajar tu mungkin kena tanya mak dulu,plan kerja kat kedai buku tak pun nak buka butik dengan mak.."

hahahaha,itu hanya angan-anganku...
Angan-angan kecil mungkin dimata manusia kecil saja..


Mak
Mintak maaf banyak,sebab tak dapat result best dalam exam.
Mak 
kalau dulu mak pernah rasa bangga dan gembira dengan result examnya
Tapi tidak lagi sekarang
Semenjak dia bergelar mahasiswi
terasa susah,dan seolah NIKMAT itu telah hilang
Kecemerlangan adalah matlamat diimpikan bukan saja oleh individu tertentu, malah juga oleh sesuatu organisasi berwawasan. Kecemerlangan adalah natijah daripada beberapa siri kejayaan dalam semua aspek diharapkan.

Tiada kecemerlangan bersama dengan kelemahan, kegagalan atau mundur ke belakang. Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola individu atau masyarakat.

Kata-kata yang dia pernah baca dari post blog temannya..

Ia,semua orang pernah mengimpikan,semua orang pernah mengharapkan kejayaan dan kecermelangan dalam hidupnya.
Bilamana kita tidak mendapat sesuatu yang sangat diharapkan,lihatlah kembali diri kita.Carilah semula titik kekurangan dalam diri dan berusahalah untuk memperbaikinya.Boleh jadi kita student yang boleh study last minute,boleh jadi memang kita student yang boleh cepat faham dan tak perlu untuk mengulang beberapa kali,boleh jadi juga kita student yang fokus abis dalam kelas.Tapi bagaimana dengan kemantapan iman hubungan dengan Tuhan apatah lagi dengan manusia.

Pasti ada sesuatu aspek yang kita belum selesaikan sebaiknya yang menjadikan kita belum betul-betul bersedia untuk diberikan sesuatu yang kita harapkan itu. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah apabila Allah lambat memberikan apa yang kita harapkan. Selidiklah diri kita dengan benar dan jujur dan perbaikilah kelemahan-kelemahan diri. Perbaikilah dan mantapkanlah hubungan dengan Allah. Kelak, Allah yang akan menilai tahap kesediaan kita dan apabila telah tiba masanya, pasti Allah akan makbulkan permintaan kita, insya-Allah.Kalau bukan didunia insyaallah diakhirat nanti.Yakinlah..


Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha kuasa terima taubat hamba berdosa


Ku akui kelemahan diri
Ku akui kekurangan ini
Ku kesali kejahilan diri
Terimalah
Terimalah
Terimalah
Telah aku meraskan derita jiwa dan perasaan 
kerna hilang dari jalan menuju redhaMu Ya Tuhan
Dihamparan ini ku meminta
Moga Taubatku diterima Ya Allah

Satu persatu,dia diuji begini,terasa ada batu besar menghempap kepalanya,terasa berat bahu untuk menghadapinya,lagi berat hati untuk menerima dan meredhai semua ini berlaku.
Diuji  dan dicampak rasa kesedihan,Ya Allah banyak sangat dosaku hingga aku diuji begini.
Dia mahu menceritakan pada mak,tapi tak mampu untuk mengecewakan dan merisaukan hati ibunya itu,dia mahu cerita dengan siapa?Ya Allah,lemahnya rasa,hanya padaMu kini tempat pergantunganku,sediakanlah,kuatkanlah hati ini dengan setiap ketentuanMu.


Hurriyatul Izah
(23/05/2012:945pm)
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan

Tuesday, May 22, 2012

Episod Tadabbur

      
Bismillahirrahmanirrahiim.


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar2 berada dlm kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran "(Al-Ashr: 1-3)


"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."(Al-Imran:142).


Masa adalah sgt berharga. Tp, adakah aku menggunakan dgn betul nikmat masa yg Allah kurniakan itu. Apa yg  buat dgn masa 24 hours itu? takut bila memikirkan soalan yg akan ditanya di akhirat nanti. Aku nak menjadi seorg pejuang, tetapi masih lemah menghadapi segala ujian. Apa pandangan Allah terhadap aku.. dah mengalir nampaknya air yg bergenang. Aku inginkan syurga Allah, tetapi layakkah diriku ini? Astaghfirullahalazim. Sedih mengenangkan diri sendiri.

 Mendengar kicauan burung, deruan ombak, deruan air sungai, hempasan air terjun, deruan bayu menghembus dedaunan serta, apabila mendengar suara unggas dan serangga, kita berasa tenang.


Ketahuilah, bahawa semua makhluk Allah itu sedang bertasbih memuji Allah SWT..

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Hasyr : Ayat 1)
 Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumputkering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang. (Surah Al-Qamar 54: Ayat ke 31)

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 186)

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenarbenarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuat lagi Mahaperkasa.” (Surah Al-Hajj, 22: 73-74) 
Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir (Ar-Ra'd Ayat 4)
 "Dan Kami naungi kamu dengan  awan, dan Kami turunkan kepadamu ""manna"" dan ""salwa"". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Surah Al-Baqarah Ayat 57) 
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. (Surah Al-Qamar 54: Ayat 1) 


Berusahalah seolah-olah kau akan hidup seribu tahun lagi,beribadahlah seolah-olah kau akan mati esok hari.
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." – (Surah ali-Imran, ayat 110)
Bahagia itu perlu hadir dalam jiwanya sendiri, dengan berkat Cinta dan Kasih Sayang Allah, Tuhan semesta alam. Pengalaman pasti takkan terpadam, tetapi bakal menjadi guru terbaik untuk menjadi peringatan perjalanan ke akhirat.
Insyirah memandang langit.. Namun terlalu jauh untuk akalnya mencari-cari akhirat, tempat pulangnya yang pasti..
Hati sudah tak pandai berbicara
Terkesima dengan rahsia manisnya bahagia
Terpegun dengan indahnya perancangan Tuhan
Malunya aku pada ragu persangkaan
Terima kasih Tuhan
Kerana tak pernah membiarkan HambaMu Ini keseorangan
Kisah suram rupanya pemula sebuah kerendahan jiwa pada Tuhan. Sebuah kisah yang menyentap jiwa untuk kembali larut dengan rintihan taubat. Untuk mensyukuri keindahan wasilah bahagia yang datang mendamba sebuah hati yang tulus ikhlas kerana Dia.


Hurriyatul Izah
19Mei 2012 (1.20am)
Bayt Ghuraba'
Irbid Jordan

Perjalanan Semalam

Bismillahirrahmanirrahiim

Terasa baru semalam
Dia menyiapkan segala kelengkapan barang
Dia dihantari oleh mereka diperlapangan terbang
Dia menangis meninggalkan insan-insan tercinta
Dan melambai-lambai meninggalkan tanah air tersayang

Terasa baru semalam
Dia menapak kaki dibumi barakah ini
Sebagai tetamu tanah anbiya'
Dunia di sekelilingnya terasa terlalu asing
Aneh,pelik sungguh !!!
Suara arab menjerit disana sini
Bunyi hon kereta membingit telinganya
Menganggu setiap kali tidur malamnya
Ahhhh!!!
Bisingnya.....

Terasa baru semalam
Dia sering menangis merindui mereka di sana
Dia belajar segalanya disini
Tentang memasak
Tentang hidup berdikari
Kehidupannya jauh dari mereka

kelas yang bakal sentiasa diingati,banyak perkara yang dia lalui disini,banyak
 perkara yang dikongsi disini tentang segalanya...

Terasa baru semalam
Dia melangkahkan kaki ke universiti dan ke kelas
Oh!! Inilah Jamiahku
Tak faham Dor cakap apa
Ahhhh Susahnya.....

Terasa baru semalam
Dia dimarahi dan diteguri oleh seorang lelaki 
kerana tiada Muraqib pada lewat malam
Terasa baru semalam
Dia berjalan ke sana-sini
Menyelusuri sirah para nabi dan sahabat
Dia baru menyedari
Ada hikmah yang perlu dicari
Ada ikhtibar yang perlu disyukuri
Disebalik bukti sejarah dan peninggalan mereka ini
Bertuahnya dia dapat melihatnya dengan mata sendiri

Terasa baru semalam dia dilahirkan
Apabila suara hidayahMu
Menyapa lembut dan membisikkan padanya
Inilah hikmahnya
Dia baru mengerti hari ini
Dia baru menyedari kini
Tugasnya sekarang bukan sekadar menadah
ilmu dan kitab dijamiah
Dia mengenali mereka
Sungguh Nur yang terpancar diwajah mereka
Tiada kata-kata yang selayaknya untuk diungkapkan
Sungguh pertemuan itu sangat bermakna
Kau berikan kami cinta dan kasih sayang
Yang tak putus tiba
Bersama mereka mengenali Islam
Bersama mereka memjadin muslim
Bersama mereka demi menegakkan kalam Allah
Alhamdulillah
Perjalanan hidup ini baru bermula
Bersyukur Aku Ya Rahman
Terkedu aku Rahim

benarlah pesan al-Ghazali..
perkara yang paling jauh bukanlah bulan mahupun mentari
namun adalah masa yang kita tinggalkan  pergi
semalam yang tak mungkin untuk kita miliki kembali.

Sungguh dia rindu pada kenangan dan
pengalaman semalam yang tak mungkin akan berulang kembali

Hurriyatul Izah
17Mei 2012 749pm(0109am)
Bayt Ghuraba Simsar 
Irbid Jordan

Friday, May 18, 2012

Munajat


Ya Rabbi,
Telah ku kunci rapat pintu hati ini
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari cinta insani,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu
Cinta yang kekal dan abadi.
  
Ya Ilahi
Kadang ku rapuh dalam langkah
Kadang ku tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertahta.

Ya Rahman Ya Rahim
Kurniakanlah aku cinta yang membawa 
kemanisan beribadat kepada-Mu,
Kurniakanlah aku cinta yang membawa aku
Sentiasa mengingati-Mu,


Mengemis Cinta Ilahi
Hurriyatul Izah
12.19am
Bayt Ghuraba'
Irbid Jordan