بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, July 31, 2012

Warkah Cinta Ramadhan Edisi 1


In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Ramadhan...

12 ramadhan.hampir satu pertiga berlalu.
Muhasabah amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan, berjayakah menghasilkan taqwa?Moga Allah menilai dan menerima segala amalan..

Alhamdulillah,hari ini Allah masih lagi memberi peluang pada saya untuk bernafas dan memikirkan tanggungjawab khalifah dan ibadah.sebagai hambaNya yang diberi peluang untuk mentadbir muka bumi,Alhamdulillah usia saya telah menginjak 22 tahun ini.Banyak kenangan sepanjang hidup saya

Alhamdulillah...
Sebentar tadi,saya  baru mendengar forum Kau tercipta untuk Ku, pasangan Ustazah Fatimah Syarha & suaminya Dr. Farhan Hadi...Menarik sangat,persedian hati,jasadi dan rohani seorang wanita sebelum bergelar isteri penyejuk hati,tertampar hati saya,rupanya sangat banyak persediaan yang belum dilakukannya rupanya..

Tapi sekarang baru tersedar kena buat persediaan itu SECUKUP-CUKUPNYA..
Buka sekadar duit,material dunia,yang paling penting niat kena betul,ruhani kena selalu berhubung dengan Allah,jasad pun kena sedia,ilmu perkahwinan pun belum cukup lagi.
Mudah-mudahan usia yang lepas ,sekarang dan akan datang akan dipenuhi dengan keredhaan dan keberkatan Allah swt.

"Jika sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa pastilah kami akan melimpahi kepada mereka berkah dari langit dan bumi,tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami,maka kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.."(Al-'Araf:96)

Persedian itu bukan hanya dibuat apabila esok,lusa minggu depan,or bulan depan dah nak kahwin.
Buat masa ini,insyaAllah belum lagi keinginan untuk berkahwin.Tapi semuanya hanya perancangan,Allah telah tentukan semua itu,samaada bulan depan atau tahun depan,jodoh itu ketentuan Tuhan..

"tidak ada yang terbaik bagi dua orang yang saling mencintai kecuali menikah..."(HR.Ibn Majah)

Dengan perkongsian saya kali ini,saya ingin berkongsi sedikit sebagai hadiah buat semua yang pernah mengunjungi saya di sini,mungkin saya bukanlah yang selayaknya tapi saya berharap ianya bermanfaat.




Post tentang cinta,kalau dulu disekolah dan di Kolej,dialah yang paling anti sangat bila dengar tentang couple dan cinta,kalau sesi tazkirah dan kulliah banat di kolejnya dulu kesempatan itulah yang digunakannya untuk menasihatkan sahabat-sahabatnya yang tengah hanyut dalam dunia cinta...

Kalau syurga itu indah... aku pilih kamu...
Kalau hembusan angin itu menyenangkan... aku pilih kamu...
Kalau masa itu nyawa... aku tetap pilih kamu...
Skrg kamu sedarkan... betapa pentingnya kamu buatku... ♥ ♥ ♥ ♥


"Aaah kenapa dengan diorang,lemas tau tak,rimaassss lah....sakit telinga dan mata ni tau tak..buat dosa buat fitnah je,tak gun korang sembahyang pagi petang siang malam tapi still lagi buat dosa..sakit hati dia,pening jugak kena fikir masalah orang lain,masalah orang islam kat luar sana dah berlambak-lambak tau tak,yang korang semua ni still bertudung labuh still lagi nak tambah fitnah dan buat maksiat ker???"

"Jahatnya kau iblis,jahatnya kau syaitan laknatullah,terus-terus nak merosakkan anak-anak adam di bumi ini..."

Astagfirullah,itulah yang dia fikirkan sebelum ni kerana dia tidak diuji seperti mereka,sebelum dia faham manhaj sebenar menyedarkan mereka,bukan ceramah yang berjeler-jeler,bukan bagi ilmu tentang berdosa bercinta dan berikhtilat,tapi sebuah kefahaman,sebuah didikan,sebuah sentuhan hati,dan santunan hatinya kerana Allah..

Maafkan saya kerana silap menyantuni hati kalian sebelum ini..
Alhamdulillah,saya bersyukur Allah campakkan saya dalam suasana seperti itu,sebelum ini dia sering menyalahkan takdir
"kenapa dia dicampakkan di sini,dengan diorang,tak ade orang-orang baik,tak ade langsung biah solehah,nak buat baik pun kena mujahadah sendirian.."

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Alhamdulillah,Allah bagi semua ini untuk menyediakan hatinya dengan lebih besar apabila dia sampai di bumi Urdun ini.Matanya terbuka luas,hatinya merintih dan terus menangis,ampuni aku Ya Allah...bukan semua orang dapat merasai bukan semua orang terpilih,Allah pilih kau Faizah...

Wahai hati-hati yang suci. . .

Katakanlah,
"Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
 
“ …Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”(Ath-Thalaq, 65: 2-3)

Islam adalah agama fitrah,agama semulajadi yang ada sejak azali lagi.Bukan agama khayalan ,mahupun mainan dan ia tidak juga menolak fitrah insaniah dan juga rohaniah.Islam agama yang suci tidak menafikaan ummatnya yang ada perasaan kasih sayang,cinta dan saling sayang menyayangi antra satu samalain.Itulah lumrah kehidupan.

"Dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis dirimu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,Dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.Dan sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.."(30:21)

"Adapun orang-orang yang sangat beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah.."(Al-baqarah:165)

Fitrahnya cinta apabila dataang pada masa dan umur seseorang insan,bila di tanya umur..
Biasalah tu masa belajar,umur dah 22 tahun,lebih-lebih lagi belajar di luarnegara,berjauhan pulak dengan family,perasan itu akan hadir bila menginjak usia,emosi hormon dan perasaan seseorang akan berubah,
apa yang membezakan seseorang itu bagaimana dia akan mengawal perasan cinta yang hadir.

Pada saya bila ditanya antara cita dan sayang,saya akan berpandangan cinta dan sayang mempunyai skop yang sangat luas...

1.Cintakan Allah.
Pada hari ini manusia lebih mengenali dunia daripada pencipta Dunia.
Oleh kerana itu hati mereka gersang dari Cinta Ilahi,cinta yang hakiki.Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi pncipta yang mutlak dilupai sehingga segala larangan dan suruhanNya tak dipeduli.

Bukan sekadar melaksanakan rukun islam dan rukun iman,tapi sejauh mana kita mengahayati keimanan dan keislaman itu,sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab khalifah dan abid diatas bumi ini,melaksanakan yang ma'ruf dan menghalang yang mungkar..

Sebanyak mana amalan dan amal soleh kita,tak tahu lagi semua itu Allah kira dan nilai kat akhirat nanti.
"Dan berpegang teguhlah kamu pada tali (Agama) Allah,dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara,sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana,Demikianlah,Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadaMu agar kamu dapat petunjuk.

Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyeru berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.dan mereka itulah orang-orang yang beruntung..."
(3:103-104)

"Fikiran tak dapat dibatasi,lisan tak dapat dibungkam,anggota tubuh tak dapat diam.Kerana itu jika kamu tidak disibukkan dengan hal-hal besar maka kamu akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil.."(Abdul Wahab Azzam)...

Sebenarnya,bayak lagi pekara besar atas dunia ini yang kita fikirkan sepatutnya.Mungkin jugak kita tak tahu kenapa kena fikir,kenapa kita kena sibuk dengan perkara yang tiada kepentingan dengan diri kita. 
Lebih lebih lagi masa belajar,Allah campakkan saya dikalangan insan-insan yang sibuk dengan kerja Dakwah dan Tarbiyah,Alhamdulillah sedikit sebanyak berjaya mengalih kan perhatian saya kepada fokus yang utama.

2.Cintakan Rasulullah dan Para Sahabat.Dengan menghidupkan sunnah-sunnah baginda,memperjuangkan  dan menegakkan rantai Islam diatas muka bumi ini.

3.Cintakan Ibubapa.
Sejauh mana cinta dan sayangnya kita kepada mereka dilihat sejauh mana ketaatan dan kebaikan kepada mereka.Adakah kita berusaha menjadi anak yang soleh/solehah untuk mereka?Adakah kita lebih banyak menyakiti daripada berbakti kepada mereka?

4.Cintakan saudara.

Alhamdulillah Allah bagi banyak kesempatan sebelum kita melalui alam perkahwinan contohnya alam persahabatan supaya kita dapat melatih dan pesiapkan diri untuk menempuh alam rumah tangga yang lebih mencabar,kepada sahabat kita sebaik-baiknya jadilah penyejuk mata untuk mereka,untuk adik-adik kita,untuk ibubapa,untuk jiran tetangga,untuk lecterur dan kepada sesiapa pun yang kita kenal,santunilah mereka dengan baik..

Semua itulah adalah latihan yang kita kena berpraktikkan.
Kata Sayyiditina 'Aisyah ra: Wanita yang baik itu ialah wanita yang tidak dikenali bermulut celupar dan tidak mudah tertipu dengan tipudaya lelaki.."

Kerana dalam rumahtangga,wanita diibaratkan madrasah atau sekolah,yang mana bila kita persiapkan kita persiapkan satu generasi yang masa depan yang hebat,bakal menjadi amanah kita suatu hari nanti.

Jika cintakan seseorang,sandarkan ia kepada Allah,jangan biarkan diri kita tersasar dari landasan yang sebenar,jagalah kawallah perasan itu,jangan sesekali menolak dan membuangnya jauh,kerana itulah fitrah insan,jangan menolak perasaan yang hadir..fikirlah dengan imah hati dan akal,insyaallah kita kan dibimbing dengan kebaikan dan jangan mengikut nafsu semata yang akan mendorong kepada kebinasaan.

Kecintaan kepada Allah itulah yang paling utama,kerana ianya adalah suatau kedudukan yang sangat istimewa.Allah akan mengangkat kedudukan hambaNya yang mencintaiNya dengan
setinggi-tinggi darjat.
insyaAllah bersambung lagi di edisi yang seterusnya,salam ramadhan mubarak selamat beramal di bulan yang mulia...:)

Kongsi hati
Hurriyatul Izah
12 Ramadhan 1433 hijrah (1425pm )
Irbid Jordan

No comments:

Post a Comment