بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, March 29, 2012

Mari Basahkan Hati

                         
                       Salam kemuliaan buat semua..alhamdulillah bertemu lagi dialam maya.
Bertemu tanpa suara
penilaian bukan pada merdunya suara atau indahnya paras rupa
tetapi ilmu yg ingin disampaikan
dicedok dan dijadikan teladan
sama2lah kita memperbaiki diri
semoga Allah menilai semua ini sebagai ibadah. InsyaAllah. Entri kali ni sy ambil dr perkongsian usrahmates ukhti Hani yg disayangi. Syukran hani..jazakillahu khairan khathira..
Apa khabar iman hari ini? (Soalan yang sering ditanya naqibahku.hihi…)
Adakah makin menggebu cinta kita pada Allah?
Atau makin kurus?
Make sure bagi iman kita makan banyak-banyak.
Biar mantap dan kuat. InsyaAllah. Hari ni nak share on 2nd thing yang amat terkesan di hati saya masa ISK pada satu masa dahulu.
Tak berniat nak sampaikan ISK dalam blog ni sebenarnya.
Sebab ISK tu tak berkesan hanya dengan membaca je. Kena guna semua deria semasa daurah. Baru la ada feeling and lebih faham.
Hidup untuk bekerja Vs. Bekerja untuk hidup?

Soalan ni amat relevan pada saya terutamanya. And perkataan bekerja tu boleh digantikan dengan perkara lain. Contohnya belajar, kawen, tidur, makan, etc. Sebelum ni saya rasa matlamat hidup saya dah betul. Selagi perkara tu baik, baiklah ia. Tapi lepas dengar ISK kedua, tanggapan saya berubah. What make me change my mind? Ok let me share with you all.
Before that, I would like to ask you few questions. Think before you answer!
Kenapa Allah ciptakan manusia?
Untuk apa sebenarnya?
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu main-main sahaja? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Al Mu’minun: 115)
Mesti semua orang dah tau tujuan kita dihidupkan kan?
Apa dia ek? (Please state the ayat/surah)
1. Khalifah Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi“. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.(Al Baqarah: 30)
Apa tu khalifah ek?
Sounds like selalu dengar kan. But do we know the implied meaning of it? Sebelum ni saya fikir yang khalifah tu sekadar memakmurkan bumi Allah sahaja. That what we heard during school day dulu kan? Sebenarnya tidak… Tugas khalifah ialah untuk menyeru kepada semua manusia, sama ada Islam atau kafir, untuk tunduk sujud kepada Tuhan yang Satu. Dan memastikan semua manusia terus berada dalam landasan yang benar. Pendek kata, ‘amar maa’ruf nahi mungkar’. Bunyi macam senang je kan? But adakah semua orang memainkan peranannya? Kalau semua memainkan peranan, saya sangat yakin tak akan ada jenayah dan gejala sosial berlaku di dunia ni. Tetapi ramai yang tidak mengetahui. (Allah banyak sebut ayat ni dalam Quran. Perasan tak?) Teringat pulak masa zaman sekolah dulu. Masa jadi PPI. Sibuk suruh orang turun surau solat awal dan berjemaah.Ingatkan mereka untuk solat dan hal-hal agama yang lain. Perhatikan kalau ada yang mendedah aurat ke. Bila nampak PPI je, semua macam pijak semut tak mati. Tau tengah buat salah. And tau pulak malu bila PPI nampak. Huhu… But itulah tarbiyah untuk menjadi seorang khalifah. Sentiasa saling memperingati kearah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Semoga terus tsabat di atas jalan ini. Sebenarnya banyak lagi tugas khalifah. Kalau ikut graf ISK, tuntutan khalifah tu mengikuti tuntutan peredaran zaman. Nak discuss everything here tak mampu la kot. Should be enough to discuss the basic thing. The remaining part, need to either attend usrah or daurah. We will understand it better. Dan bersedialah untuk mengubah persepsi hidup. Sama ada akan rasa seperti dipukul dibelakang kepala atau dihimpap batu besar. Feel dizzy and berat kepala. But kalau ada yang beri alasan tak nak datang kerana tak bersedia nak berubah, rugilah anda. Allah memilih siapakah yang akan diberi hidayah. But once He has give you but you didn’t grab it, takut-takut tiada lagi hidayah selepas ini. Na’uzubillahiminzalik…
2. Ibadah “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu(Adz-Dzaariyaat:56)"
"Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu(Adz-Dzariyaat:57)"
"Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.(Adz-Dzaariyaat:58)"
Cukuplah untuk lihat disekeliling kita. Betapa ramai yang lupa bahawa kita hanyalah hamba. Hamba yang dimuliakan. Tapi dengan kemuliaan itu membuatkan manusia lupa akan status diri. Cukuplah untuk cakap bab solat, perkara pertama yang akan dihisab di padang mahsyar. Betapa angkuhnya manusia. Dan betapa beruntungnya umat akhir zaman. Tak ditimpa bencana besar apabila sesuatu kaum mengkufuri nikmat Allah seperti umat-umat terdahulu. And ayat kedua ni sangat related dengan topic kali ni.
“Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki“.
Yakinlah pada Allah , Tuhan yang memberi rezeki. Ada yang bekerja sehingga lupa pada tanggungjawab sebagai khalifah dan abid. Ada yang bekerja macam nak gila seolah-olah tak pernah cukup apa yang ada. Contoh yang paling mudah ialah semasa bekerja or belajar, some people prefer to complete their task before solat. Takut tak sempat siap kerja la. Takut nanti lupa till which part yang kita dah berhenti. Ada pula yang cakap, “Tengah semangat nak blaja ni. Bila dah slow siket I solat la”. Boleh pulak gitu ek? Allah tu second choice ke? Or hanya tempat mengadu apabila ditimpa kesusahan? Astaghfirullah al azim. Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya. Adakala terlalu leka bekerja sampai tak sempat nak jeling jam dah masuk waktu solat ke belum. Tapi bila lunch tak payah tengok jam pun dah tau time makan. Or pernah bagi alasan pada diri sendiri, “lagi siket je nak habis ni..” So bad....InsyaAllah setelah diberi kesedaran, kita berusaha untuk berubah. Letakkan Allah sebagai matlamat utama kita. Tanpa Allah, bukan setakat nak buat kerja, untuk bangun keesokan harinya pun belum tentu kita mampu melakukannya. Bersyukurlah apa yang ada… Tapi jangan cepat puas hati pulak. Usaha tak sekuat mana, beserah jela. Tu la penyakit orang kita. Imbalance. Satu perkara yang menarik perhatianku pada sahabat Rasulullah dan mujahid-mujahid ni. Contohnya pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh. Allah telah berjanji akan memberi kemenangan kepada umat Islam. Tapi adakah mereka menunggu kemenangan itu akan tiba begitu sahaja? Mengapa mereka perlu berjuang dan berperang sedangkan Allah telah menjanjikan kemenangan? Sesungguhnya Allah akan menepati janjiNya. Dan Allah akan memberikan kemenangan itu kepada orang yang mencarinya. Kerana itulah Sunnatullah.
“Bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya”
Mampukah kita menyeimbangkannya? Boleh. Umat Islam pasti boleh. Kan hari ini mesti lebih baik dari semalam? Fikir-fikirkanlah… Wassalam…
~adik-adik,akak lebih-lebih lagi ditarbiyah,kata-kata yang lepas keluar dari mulut ini lebih dekat dengan telinga akak ni~
~moga terus kuat-kuat ye adik,merindui untuk membina bersama kalian,merindui hammsah kalian,suhana,rabbi,fayadhah,wahida,hanum,mimi,,ray,mar,~
~moga Allah kuatkan hati antunna,moga terus kuat~
~kalian semua generasi pewaris~
~moga Allah memberi peluang untuk kita lagi untuk bersama~
 1.34pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid,Jordan

Kemanisan Yang Hilang


Rasa itu telang hilang?
Semangatku ke mana pergi?
Mane kekuatanku semalam?
Ya Allah,aku masih mencari,dalam ketakutan,dalam keresahan,
dalam kelemahan dan kekhilafan diri,
Aku mahu bangkit semula..
Ujian sedikit ini,mampu menggoyahkan hatiku lagi..

Kemanisan itu ke mana telah pergi

Kemanisan itu ke mana menghilang


Aku masih lagi mencari-cari
Tapi masih kah belum ku temui

Hati ku semakin kuat membisik
Suara hati seakan tak mampu menjerit

Sebak
Dan sebak lagi
Sakit
Bertambah sakit lagi
Akhirnya aku hanya mampu menangis sendiri

Memang terkadang aku penat menghadapinya
Memang terkadang aku lelah dalam perjalanan ini

Dan aku diuji dengan rasa futur
Dan aku diuji dengan badai persahabatn
 
Kerna aku masih seorang insan
Yang lemah mental fizikal
Yang lemah imannya

Sehingga terkadang 
Ku terpaksa tersenyum juga
Meskipun dalam duka

Bukan ku tak mahu berkongsi rasa
Tapi hati dan mulutku bisu tanpa bicara
Tanpaku pinta,tanpaku duga

Aku kembali mencari diri
Dalam luka-luka semalam yang masih belum sembuh
Mencari Lembaran-lembaran baru dalam hidupku

Aku kembali mencari IBTIHAL ku
Yang kesekian lama ku rindu
Yang ku tinggal setelah beberapa lama

Hari-hari yang ku lalui kini terasa sunyi dan sepi
Hanya airmata yang mampu berbicara
Meluahkan segalanya yang ada dalam hati
 
Bantulah aku Ya Ilahi
Pandanglah aku Rabbi
Aku malu
Aku malu
Kekuatan dari Mu yang ku minta
Untuk terus Jiddiyah
Untukku melangkah semula
 
Ku pohon
Ku terus meminta
PengharapanKu hanya padaMu
Dalam setiap langkah dan perjalananku
Moga ada sinar harapan
Untukku terus bernyawa
Untukku terus melangkah semula
Untuk terus tersenyum dalam bahagia
Menghilangkan segala debu-debu duka semalam

Suara HidayahMu moga terus menyapaku
Dalam setiap pergerakan dan amalanku
Suara hidayahMu moga terus menemaniku
Dalam perjalanan hidupku
 
Ya Rahman..
Ya Rahim...
Ya 'Alim....

~indahnya islam,dengan tarbiyahMu aku masih mampu bertahan dijalan Ini~
~Hati terkadang rapuh~
~Kelemahan dan kesilapan semalam adalah  teguran dari Dia~

1.09am 
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid,Jordan

Sunday, March 25, 2012

Menanti Hikmah Berbuah-Hidayah Allah itu Milik Semua

Oleh Norashikin Bt Abdullah
 
Titisan  jernih air mata menyubur cinta
Dan rindu pun terus berbunga
Mekar tidak pernah sekali layu
Damainya hati ini
Yang dulu sering resah keliru

Aku merebahkan diri di atas katil sebaik sahaja usai menunaikan solat zohor. Mengenangkan keempukan katil ini, ingin sahaja aku memejamkan mata seketika lantaran kepenatan kuliah seharian semenjak pagi tadi. Mengisi jadual yang terlalu padat untuk hari ini, namun tidak mengapalah. Berkorban sebentar untuk bahagia mendatang. Aku cuba juga untuk menongkat mataku. Khuatir jika aku tertidur lalu terlajak hingga ke waktu Asar. Tidak sesekali untuk tidur di dalam kuliah, prinsip yang kupegang sebagai tanda menghormati guru yang mengajar jika ingin ilmu yang dipelajari itu barakah. Aku merenung dalam-dalam ke dinding kosong putih bilikku sambil bibirku tidak berhenti mengukir senyuman seorang diri. Ligat kotak ingatanku berhempas pulas mengingatkan sesuatu.
***********


“Kaisara bukannya nak datang sini pun. Mama dengan papa tu yang suka sangat buat keputusan sendiri. Kaisara tak kira, Kaisara tetap dengan keputusan nak balik Malaysia hari ini juga. Kalau tidak, Kaisara akan beli tiket kapal terbang pulang ke Malaysia sendiri.” Lama kemudian tidak kedengaran lagi suara orang bercakap-cakap melalui telefon. Aku perlahan-lahan cuba menekapkan telinga di luar pintu bilik. Bimbang kehadiranku di dalam kamar tidur itu akan mengganggu perbualan mereka anak-beranak.  Kini yang jelas kedengaran ialah tangis di hujung sendu.

Kaisara Sabrina, engkau juga punyai cerita hebat dan indah dalam hidupmu, sehebat dan seindah namamu yang bererti permaisuri kesabaran. Langsung tiada siapa yang tahu tentang kisah kemudian harimu melainkan cinta teragung itu.

Aku memberanikan diri membuka daun pintu kamarku itu. Terlihat sekujur tubuh badan Kaisara di atas katil dalam keadaan wajahnya cemberut masam mencuka. Aku terkaku melihat  perlakuan Kaisara. Serba salah untuk menegur. suasana di dalam bilik menjadi sunyi-sepi seketika, hanya kedengaran bunyi hon kenderaan di jalanan yang datang dari arah balkoni, juga bunyi rengekan keldai yang barangkali cuba meminta simpati tuannya kerana bebanan di badannya terlalu berat.

Aku memandang sepi ke arah beg-beg bagasi kepunyaan Kaisara. Pakaian dan barang-barang keperluannya masih belum dikeluarkan dari beg-beg bagasinya. Seringkali juga aku bertanya kepadanya tentang mengapa tidak mengemaskan lagi barang-barang itu ke dalam almari. Soalanku itu selalunya tidak berbalas. Jika ringan mulutnya muncullah beberapa patah kata “ Rindu mama dan papa. Kaisara nak balik Malaysia sekarang.” Sebagai sahabat tambahan pula aku ini teman sebiliknya, sungguh risau aku melihat Kaisara dalam keadaan begitu setiap hari. “Harus dilakukan sesuatu, sudahlah minggu depan kuliah pertama akan bermula” desis hati kecilku.
***********
Ketika diri ini mencari sinar-Nya
Secebis cahaya itu muncul menerangi laluan
Adakalanya langkah ini tersasar terjelepuk
Tersungkur sakit di lembah kegelapan

Aku bangun dari pembaringan. Tidak gemar untuk bermalasan-malasan kerana itu bukanlah sifat-sifat orang yang ingin berjaya. Aku menarik beg sandang kuliah yang kubawa tadi. Aku keluarkan semua buku nota yang dipelajari hari ini. Cadangnya aku ingin mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari di gamaah tadi. Aku cuba pula mencapai buku diariku di atas meja bersebelahan katil. Mencatatkan apa yang terjadi hari ini dan juga menulis perancanganku untuk hari ini memang rutinku setiap hari.

Doktor-doktor di gamaah sangat hebat dan mantap ilmu mereka. Aneh aku melihat mereka di gamaah semuanya ke kelas mengajar tanpa membawa buku, tetapi apa yang diajar dan disebut satu-satu serupa dengan ayat di dalam buku sukatan. Begitu kuat ingatan mereka walaupun sudah dimamah usia. Merasa amat kagum melihat situasi itu mengenangkan diri ini yang  masih lagi muda remaja.  Gamaah adalah istilah bahasa arab ammiyah yang bermaksud universiti. Bahasa arab ammiyah ialah bahasa arab pasar di Mesir.

Aku kagum apabila acap kali mereka mengajarkan ilmu perubatan kepada kami. Pasti mereka tidak lupa untuk mengaitkan dengan siapakah pencipta kita. Terasa benar-benar hebatnya akan kekuasaan Allah SWT yang telah menciptakan manusia ini dengan sebaik-baik kejadian.Tiada syak dan ragu-ragu lagi sejak dari dahulu. FirmanNya yang indah,. ‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik- baik kejadian (Surah at-Tin:4).

Jika ditelusuri segenap inci tubuh badanku. Seinci urat saraf dan nadi yang menyelusuri tubuh badanku. Organ-organ di dalam tubuh badan yang tidak kelihatan dengan mata kasar membuatkan kita mampu menjalani pentas kehidupan setiap hari. Sekecil-kecil zarah mampu dicipta oleh Allah di dalam badan manusia.

Aku amat terkesan dengan satu ayat  yang aku sendiri pernah mendengarnya ketika aku menonton video motivasi oleh salah seorang tokoh doktor wanita muslimah yang sangat aku kagumi di Malaysia. Nama beliau tidak asing lagi di telinga masyarakat. Prof. Dr. Muhaya bukan sahaja seorang doktor pakar mata malah juga seorang penyampai motivasi. Teknik penyampaianya  yang bersahaja dengan suara beliau yang lemah-lembut penuh keibuan itu pasti bakal menarik sesiapa sahaja untuk tersentuh ketika mendengar bayt-bayt mutiara daripadanya. Beliau pernah berkata, “Doktor ialah orang yang dapat mengkaji ciptaan Allah yang paling tinggi. Sebab itu saya kata, kalau doktor yang belajar ciptaan Allah tetapi masih buta hatinya memang orang yang paling buta. “

Tidak dapat ku bayangkan jika suatu hari nanti Allah menarik salah satu pinjamannya daripada kita, nescaya ketika itu siapalah kita. Gemar akan firman Allah yang sering diulang-ulang tanda peringatan bersama di dalam surah Ar-Rahman. “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Tidak kita ditimpa ujian jika bukan sebagai tanda kasih sayang-Nya. Tidak kita ditimpa ujian jika bukan kerana kitalah insan terpilih yang mampu memikul ujian itu. “….Allah tidak akan memberikan beban hidup seseorang, melainkan menurut kadar kemampuannya….” ( Al-Baqarah  : 233).
***********

“ Fathiah, saya nak bertanya sedikit. Macam mana awak boleh bercita-cita nak menyambung pelajaran di Mesir? ” Aku baru ingin membuka mulut untuk menjawab soalannya namun Kaisara laju terus memintasku. “Kaisara tak pernah terlintas di hati nak menyambung pelajaran di sini. Sudahlah Mesir negara yang mundur. Langsung tak berminat untuk belajar perubatan. Cita-cita Kaisara yang sebenarnya adalah ingin menyambung pelajaran di United Kingdom dan menjadi seorang ahli perniagaan. Kaisara tak berminat nak memakai tudung apatah lagi tudung labuh seperti Fathiah pakai. Kaisara kasihankan papa yang semakin hari semakin bertambah usia tuanya dan tiada sesiapa anak papa yang dapat menyambung tugas papa merawat pesakit di klinik yang papa sendiri usahakan sejak dari Kaisara kecil.”

Noor Fathiah yang beerti cahaya kemenangan. Nama yang diberikan oleh ibu ayahku atas cadangan sahabat ayahku yang merupakan seorang ustaz. Walaupun namaku itu ringkas namun aku sangat suka dan berbangga dengan namaku. Ia merupakan doa dan juga pemberian daripada orang tuaku. Berbeza dengan Kaisara. “Kaisara langsung tak suka dengan nama yang orang tua Kaisara berikan kepada Kaisara. Kaisara sudah merancang ingin meletak nama anak Kaisara nanti Puteri Balqis Alisha Qistina. Barulah nampak seperti moden sedikit.”

Aku pernah terbaca sebuah artikel di blog seorang ustaz yang menuntut di Jordan yang tajuknya berbunyi ‘Syariat Islam Pada Awal Kelahiran Manusia: Memberikan Nama Yang Baik.’  Maka ustaz itu berkata suruhan ini bertepatan dengan hadis nabi s.a.w yang bermaksud,

“Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah swt dengan nama masing-masing  dan nama bapa masing-masing (seperti mana nama di dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian.” (Direkodkan Oleh Abu Daud, Ibnu Hajar Al-Asqolani dan lain-lainnya).

Memang sedap nama bakal anak Kaisara dan punyai makna yang menarik juga tetapi aku aneh apabila mendengar Kaisara tidak suka akan namanya sendiri. Terasa seperti ingin menggaru kepala yang tidak gatal. “Kaisara kenapa cakap begitu, kecil hati mama papa Kaisara kalau mereka dengar. Mereka sudah merasakan nama Kaisara yang terbaik ketika hendak menamakan Kaisara. Kan indah maksudnya. Cuba Kaisara bayangkan jika nanti apabila anak Kaisara sudah membesar lalu dia juga tidak suka dengan nama yang Kaisara berikan kepadanya. Sedangkan Kaisara sudah merasakan nama itulah yang terbaik untuk dia, pasti sedih bukan.” Aku nampak Kaisara menundukkan kepalanya sambil mengangguk lemah.

Aku cuba untuk memancing minat dan mengambil hati Kaisara semula. “Kaisara, awak tahu kenapa Fathiah teringin benar hendak menyambung pelajaran di Mesir.?” Kaisara menggelengkan kepalanya lantas bertanya “Kenapa?” “ Sebab di Mesirkan ada Fahri dalam cerita Ayat-Ayat Cinta dan Abdullah Khairul Azzam dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih. Biar Fathiah jadi Aisyah untuk Fahri dan Anna Althafunnisa untuk Abdullah Khairul Azzam.” Meluncur keluar tawa Kaisara.

“Sini bumi anbia, Fathiah simpan cita-cita hendak menyambung pelajaran di Mesir sejak Tingkatan 3 lagi. Kaisara, sekurang-kurangnya awak sangat sayangkan mama dan papa awak. Fathiah yakin suatu hari nanti Allah pasti akan tunjukkan hikmah mengapa Kaisara dihantar ke sini sedangkan ada sahabat Fathiah yang menangis, tidak dapat menyambung pelajaran di sini. Bak kata bijak pandai, menanti hikmah berbuah.”Apa Fathiah?” tanya Kaisara sambil menahan ketawa.Menanti hikmah berbuah.” Aku turut tertawa, alhamdulillah berjaya membuat dia ketawa semula.

“Kaisara, jom kita ke kelas tafaquh malam ini di Bait Izzah.” “Errr, tak pe lah Fathiah, awak je la yang pergi.” “Betul ni tak nak pergi, best tajuk malam ini, Ustaz Nazrul akan menyampaikan tajuk ‘Hidayah Allah itu indah’.” Dia tersenyum sambil menggeleng.
***********
Cintaku ini takkan pudar kusam diuji dugaan
Mengharum mewangi mekar dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba ini terlalu kerdil dan hina

“…Mawlaya Salli Wassalim da-Iman Abadan Ala Habi Bika Khairil Khalqi Kulli’mi  da-Iman Abadan Ala Habi Bika Khairil Khalqi Kulli’mi …” Telefon bimbitku berbunyi memainkan lagu kegemaranku ‘Mawlaya Salli Wassalim’ nyanyian Talib Al-Habib. Aneh melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitku namun aku angkat jua panggilan itu. “Assalamualaikum Fathiah, Kaisara nak beritahu bahawa ada akhowat baru berpindah masuk ke kawasan Awal Shober berdekatan kawasan Masjid Daba’. Nanti Fathiah kemaskinikan data yang terbaru kemudian emailkan kepada Kaisara.” Aku mendengar apa yang baru dikhabarkan oleh Kaisara sambil mencatat sedikit peringatan untuk diriku di atas sehelai kertas.

Itulah tugas Kaisara selaku Timbalan Pengarah Villa Taqwa, Unit Perumahan, Persatuan Perubatan Cawangan Tanta dan aku pula hanyalah selaku anak buahnya yang merupakan Ketua Akhowat bagi kawasan Awal Shober. Akhowat bermaksud saudara perempuan. Kaisara sudah tidak tinggal sebilik denganku kerana kami sudah berpindah ke rumah baru yang biliknya lebih banyak. Jika dia malas untuk ke bilikku untuk memberitahu sesuatu, dia pasti sahaja akan menghubungiku melalui telefon.

Selepas Asar, aku segera bersiap-siap untuk menjalankan tugasku, Aku diminta untuk menjadi hakim bagi Pertandingan Villa Taqwa. Angin petang itu sepoi-sepoi bahasa, kelihatan kanak-kanak arab sedang berlumba lari di tanah lapang. Aku berjalan tenang sambil terkenangkan memori setahun lalu, tersenyum panjang aku dibuatnya.
***********

Suatu hari sewaktu fatrah imtihan akhir tahun Kaisara bertanya kepadaku, “Fathiah, kenapa dalam hidup ini, kita tidak dapat sahaja  apa yang kita hendak, kan senang kalau macam itu, Tidak perlu bersusah payah untuk membaca buku, menghafal segala maklumat yang banyak ini.” Aku tersenyum ketika mendengar soalannya sambil menyelak helaian buku yang perlu dibaca, “Maksud Kaisara, hendak kejayaan ini datang bergolek tanpa usaha.” Dia tersengih seperti kerang busuk duduk di tepi birai katilnya. “Mustahilkan Fathiah tetapi banyak sangat halaman buku yang perlu baca dan hafal,“ balasnya menyedari akan kelucuan soalan itu. Aku senyum lagi sambil mentafsir mungkin kerana sahabatku ini tertekan kerana terlalu banyak belajar, soalan sebegitu juga boleh muncul. “Memang mustahil pun, sebab itu bukan tujuan hidup ini diciptakan. Kalau semua benda yang kita minta dan terus dapat, jatuh ‘kedebuk’ di depan mata. Itu namanya syurga bukan dunia.” sambungku.

“Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam ni’mat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As Sajdah : 17)

Begitulah rutin aku dan kaisara setiap hari, ada sahaja topik yang ingin dibincangkan, ada sahaja tazkirah yang ingin dikonsikan. Kami berpesan-pesan kepada kebaikan. Apabila Kaisara mengeluh kepenatan. “Kaisara, Fathiah pernah mendengar video kuliah yang disampaikan oleh Dr.Asri. Beliau berkata perjuangan bukan mesti berakhir dengan kemenangan. Mungkin generasi kemudian menang. Orang selepas ni menang tapi ketika kita berjuang, bukan kita nak mengutip kemenangan, kita mengutip pahala, kita mengutip balasan di sisi Allah, kita mengharapkan Allah mengampunkan dosa-dosa di atas ujian-ujian yang diberikan kepada kita.”

Kaisara sudah tidak seperti dahulu, kini dia tampak lebih tabah dan berdikari. Dia sudah dapat membiasakan diri dengan kehidupan di bumi kelahiran Nabi Musa ini. Lewat petang itu, Kaisara mengajukan soalan kepadaku. “Fathiah, Kaisara hendak bertanya tudung yang Fathiah pakai itu bidang berapa.” “60 Kaisara, pergilah ambil di dalam almari jika ingin mencubanya.” “Besar sangat tuh Fathiah, Kaisara rasa Kaisara nak pakai tudung yang menutup dada lagipun tudung bawal yang Kaisara selalu pakai tuh jarang.”. “Alhamdulillah,” balasku dengan senyuman penuh bermakna di dalam hati.
***********
Syukur sungguh di hati ini kupanjat pada-Nya
Dikurniakan anugerah teman sejati
Menunjuk jalan lurus jalan dekati-Nya
Tika diri ini dalam kebuntuan

Hari ini tanggal 31 Januari 2010, merupakan ulangtahun kelahiran salah seorang teman serumahku. Kami semua telah berpakat untuk menyambut sambutan hari lahirnya di sebuah restoran yang menyediakan makanan Syria ‘Tarboush’. Aku terpandang sesuatu yang lain pada Kaisara tetapi aku sendiri tidak tahu apakah itu. Setelah aku mengamati Kaisara. Aku perasan yang dia sudah memakai tudung labuh bidang 60.

Alhamdulillah. “Kaisara nampak ayu, kelihatan seperti Dr. Kaisara gitu. Fathiah dapat bayangkan apabila Kaisara sudah menjadi doktor nanti.” Kaisara tersenyum mendengar aku memujinya. Kaisara mampir ke arahku berjalan seiringan lalu berbisik di telingaku. “Kaisara tekad hendak berubah untuk menjadi yang lebih baik.”

“You’ll never reach perfection because there’s always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you’ll learn to get better.”
― HlovateVersus

Malam itu Kaisara datang ke bilikku menceritakan bagaimana dia tergerak hati untuk berubah. “ Sewaktu usrah minggu lepas, hati Kaisara bagaikan sedikit tersentap apabila Kak Syahirah bertanya kepada kita. Apakah tujuan kita hidup di atas muka bumi ini. Kaisara bertanya kepada hati Kaisara sendiri, selama 20 tahun Kaisara apa tujuan Kaisara hidup di atas muka bumi ini. Kak Syahirah berkata lagi jika kita orang Islam tidak tahu apakah tujuan hidup ini diciptakan, maka kita ini samalah seperti orang-orang kafir, kerana mereka juga tidak tahu tujuan mereka hidup di atas muka bumi ini untuk apa.

Aku terdengar di hujung suara Kaisara ada getaran. Aku sendiri mulai merasa sebak. “Esok harinya Kaisara terjumpa sebuah artikel yang memang tepat terkena ke batang hidung Kaisara, artikel berkisar tentang apakah yang telah kita semua lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi ini. Sebelum ini bukannya Kaisara tidak pernah terdengar  atau mendengar, cumanya Kaisara hiraukan semua tu, entah kenapa kali ini hati Kaisara sangat-sangat  tersentuh merasa banyaknya dosa yang Kaisara lakukan,” Air mata Kaisara laju mengalir, tidak berhenti mengalir, aku terus menarik tubuh badannya, memeluknya erat, dia membalas pelukan. Air mataku jua turut turun. Terasa basah bajuku terkena air mata Kaisara.

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56].

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui“. (Q.S. Al-Baqarah: 30)

“Fathiah, Kaisara rasa indah sangat perasaan Kaisara yang sekarang ini. Kaisara sangat rasa bersyukur Allah gerakkan hati Kaisara untuk berubah walaupun sedikit terlambat.” “Better late than never, Kaisara,”kataku. “Rasa indah sangat hidayah Allah ini. Rasa semacam hendak pecah dada Kaisara ini, gembira yang tidak terperi. Bersyukur Allah tempatkan Kaisara di bumi Mesir ini. Banyak sebenarnya yang Kaisara belajar dari sekeliling Kaisara. Biah solehah yang selalu dipelihara di bumi Tanta ini, sahabat-sahabat di sekeliling Kaisara yang sangat baik hati selalu membimbing Kaisara. Kaisara mahu perbaiki dan mempertingkatkan lagi amal ibadat Kaisara. Sekarang baru Kaisara faham apa maksud Fathiah dahulu. Tidak sia-sia Kaisara menanti hikmah berbuah. Hikmah itu berbuah juga akhirnya. Alhamdulillah.”

Aku teringat pada kata-kata Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Batany, Manusia menerima bisikan-bisikan dari syaitan dan iblis,  Syaitan ini lemah, jika dia membisikkan kejahatan kepada kita, dan kita melawannya, esok hari dia datang semula dengan bisikan kejahatan yang lain pula kerana syaitan ini cepat goyah, putus asa dan tidak sabar. Bisikan kedua datangnya dari nafsu. Setiap orang punya nafsu yang sama cumanya yang lebih dominan pada setiap orang itu lain-lain. Nafsu itu tidak akan berhenti melainkan kita meninggal dunia. Jadi untuk melawan nafsu itu, perlulah bermuhajadah.
Banyak makan, banyak tidur, banyak tidur, banyak cakap, banyak cakap, banyak salah, banyak salah, keras hati, keras hati, susah terima kebaikan.

Bisikan yang ketiga datangnya dari Malaikat. Kebiasaanya kita tahu akan kelebihan-kelebihan membaca al Quran kemudian terdetik di hati untuk membaca al Quran. Itulah bisikan malaikat. Yang terakhirnya bisikan Allah. Ini untuk orang-orang yang suci yang dinamakan hidayah Allah. Jika datang hidayah Allah ini, tidak dapat ditolak lagi, tiada siapa dapat menolaknya.
***********

“Fathiah, awak termenung jauh sangat  tu. Teringat ke siapa tu?. Jom solat magrib berjemaah. Selepas ini, kita hendak ke kelas Tafaquh Ustaz Hairul.” “Eh tak teringat ke siapa-siapalah. Jom.” Segeraku bangun dari meja belajarku bingkas mengambil wudhuk untuk menunaikan solat berjemaah. Indahnya perasaan ini. Usai solat magrib itu, aku menarik Kaisara lalu mulutku mendekati telinganya berbisik. “Ana uhibbuki fillah (Saya sayang awak kerana Allah)”. Kaisara terus memelukku, “Wa ana uhibbuki fillah kaman (dan saya sayang awak kerana Alllah juga).” Sahabatku, jika jannah Allah itu sekuntum bunga, sudah pasti aku akan memetik bunga itu untukmu. Jikalau jannah Allah itu seekor burung, sudah pasti akan ku tangkap burung itu. Jika jannah Allah itu sebuah rumah. Pasti akan ku binakannya untukmu, tetapi jannah Allah itu sebuah tempat yang tidak terlihat dek mata yang lemah ini, lantas yang ku mampu ialah memanjatkan doa semoga Allah menyediakan tempat buatmu di sana kelak. Alhamdulillah. Banyak kemanisan dapat dirasai. Indahnya jika semua kerana Dia. Sweet kan Allah. Jangan pernah lelah menanti hikmah berbuah. Jika bukan sekarang, mungkin akan datang. Jika bukan di sini, pasti di sana Allah buka hijab hikmah yang selama ini menjadi rahsia. Moga semua sampai ke jannah-Nya.
-Tamat-
__________________________________
Oleh: Norashikin Binti Abdullah
Pelajar Perubatan di Tanta Universiti, Mesir.

6.11am
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan 

Thursday, March 15, 2012

Miliklah Cinta Ilahi


 Assalamualaikum w.b.t... 

 
“Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu lebih dari segala-galanya. Mudahkanlah bagi kami untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu serta beribadah dengan baik kepadaMu.”

“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan terhadap apa2 yg diingini(syahwat) dari wanita2, anak2 dan harta yang banyak dari jenis emas,perak kuda pilihan, ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia. Dan Allah, disisinyalah sebaik-baik tempat kembali”. ( Ali Imran:14)



Disatu sudut sepi,hatiku masih bertanya-tanya
Otak ligat berputar menanti-nanti jawapannya
Ya Allah,bertemu kami bukan lagi
Dalam bayangan mimpi
Tapi di dunia realiti,di hadapan mataku kini,
Dalam perjuangan kami sehari-hari menuntut ilmu 
 Kalau dulu kehadiranmu tak pernah ku sedari 
Kadang hatiku sering menyalahi semua
Mengapa kami dipertemukan di sini
 Saat aku menghadapi ombak badai yang melanda diri
Bukan masanya lagi
Aku lebih memerlukan CintaNya dalam hati
Aku lebih memerlukan tarbiyah dan dakwah ini
Aku lebih memerlukan tapak yang utuh
Mencapai cita-cita,dan impian mereka
Aku mencari semua kerana ILAHI
Maafkan aku membiarkan jawapanmu itu sepi
Bukan niat ku untuk 'menjauhkan diri'
Bukan sengajaku untuk mendiamkan diri

Aku tertanya-tanya lagi
Mengapa awan mendung itu berlalu pergi
Baru ku mengerti sinaran mentari menguasai
Namun di suatu sudut
Tujuh warna indah pelangi menghiasi langit
Berlatarkan awan putih nan indah suci
Sesuci hatimu yang tulus murni

Aku tertanya-tanya
Mengapa bintang itu yang kau tatap
Sedang beribu-ribu bintang menghiasi langit di waktu malam
Aku tidak pasti adakah bintang yang sama yang ku lihat
Namun aku percaya
Bulan yang kita renung itu bulan yang sama
Meskipun tempat kita berbeza

Aku tertanya-tanya
Mengapa bunga tidak kembang mekar di waktu malam
Sedang angin malam lebih nyaman berbanding siang
Baru ku mengerti, bukan nyaman pilihan sang bunga
Sedang sinaran matahari dan air penyumbang utama
Barulah kelopak berani kembang mewangi
Dan tersenyum megah buat sang kumbang

Aku tertanya-tanya
Mengapa diriku yang kau pinang
Sedang aku tidaklah semulia Khadijah dan sefaqih Aisyah
Aku hanya insan biasa yang mendamba seorang suami
Yang luar biasa seperti insan yang menerima titipanku ini
Iaitu kamu,mujahid sejati...
 
Dalam istikarah panjang melewati malam
Aku temui jawapannya
aku serahkan segalanya pada Ilahi
sehingga aku dapat merasa 
 Sentuhan kasih dan rahmatNya membelai jiwa
Terharunya aku Ya Tuhan,
Terkesimanya aku Ya Rahman,
Betapa takkan Engkau biarkan hambaMu keseorangan
Dalam sujud,syukurku membelah jiwa
Terima kasih atas kurniaan Cinta dan rinduNya
Hatiku tenang saatku mengadu padaNya

Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar 
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya
Kalau bukan di dunia biarlah di syurga sana
Amin...


Hati merintih
01.19pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid,Jordan
"Ya Allah,hatiku berbolak-balik sifatnya,tetapkanlah atas jalanMu sentiasa"
~Miliklah cinta Allah sebelum cinta manusia itu kau jejaki,pasti bahagia yang kau jumpa~ 
~note:jangan salah faham dengan puisi diatas,sekadar tulisan sahaja,buat sahabat-sahabat saya yang baru dan akan mendirikan rumah tangga,tahniah semoga Allah memberkati~

Tuesday, March 13, 2012

Catatan Semalam

 Bismillah ar Rahman ar Raheem.

Sambil membelek-belek gambar,dan surat-surat abangah,airmata ku tak berhenti-henti mengalir,baru 2 tahun lepas abangah balik terasa bertahun-tahun lamanya,sambil menghitung hari,hari ni dah masuk 3 minggu tak degar suaranya dicorong telefon,selalunya paling kurang pun 2 minggu sekali abangah telefon,kak emah pun dah sebulan tak balik umah,sejak menjadi saff kepimpinan di universitinya  lagi-lagi sibuknya dia,kalau ada kat umah selalau je berebut-rebut nak jawab panggilan telefon dari abangah,apalagi panjanglah muncung aku merajuk dengan dia sebab selalu kena mengalah.
Aaah!!!!rindunya pada mereka.

Jeritan syidah tengahari tu,mengejutkan lamunanku..

"Ayah,syidah dapat tawaran masuk Darul Quran ni,alhamdulillah terimakasih atas doa mak juga.."
Tersenyum bahagia ayah mendengar khabar itu apalagi dipeluk ciumnya wajah tua itu,mak pun lebih-lebih lagi,dan aku perasan ada airmata mengalir di ppinya itu.
alhamdulillah walaupun cita-citaku nak menjadi seorang hafizah tak berjaya,Allah takdirkan juga antara insan yang ku sayang itu terpilih.Tahniah kakakku.

Bukan mak dan ayah je yang sibuk buat persiapan syidah,aku pun antara orang yang bersemangat membantu.Sebak sangat sebenarnya,antara insan yang paling rapat denganku selama ni,dari form 1 sampai form 3 ke sekolah bersama,bukan jarak yang dekat perpisahan ini,antara rompin ke Kuala Kubu Baru tu mengambil masa 6 hingga 7 jam jugak nak sampai,aduh jauh sangat tu,keluhku lagi dalam hati.
Selalu ditinggalkan,dulu abangah,kak ina,kak emah,dan sekarang syidah pulak akan menyusul,walau berat hati melepaskan mereka pergi.
Mencari kejayaan itu menuntut sebuah pengorbanan iaitu perpisahan ini juga.


                 *********************

Bunyi unggas,dan kokokan ayam bersahut-sahutan mengejutkan pagiku,kedinginan sejuk dipagi hari terpaksa ku lawan juga apabila suara batuk-batuk makin jelas ku dengar dari bilik ayah...

"Fizah,ada kelas tambahan tak hari ni,mak nak bawa ayah pergi hospital hari ni,tunggu abanglong datang tengahari nanti,jangan lupa bawa kunci rumah yer..."

"Tak pasti lagi kelas jadi ke tak mak,kunci rumah tu suruh adik je yang bawak,dia balik sekolah awal sikit kan sebab periksa.." balasku dengan anggukan lemah..
 Kesibukanku setiap hari sehingga terlupa adik sendiri periksa UPSR hari ni,Ya Allah permudahkanlah baginya.
 Sejak akhir-akhir ni demam ayah semakin menjadi-jadi,bulan ni pun dah masuk 3 kali mak berulang alik ke hospital menemani ayah,minggu lepas baru je keluar wad..
Aku melangkah ke bilik ayah,sebelum ke sekolah ku kucup tangannya itu.
"Ayah,fizah pergi sekolah dulu.." ku berbisik ditelinga ayah yang sedang lena
Sebelum melangkah keluar,ku amati lagi wajah yang sedang lena itu,sambil berkata-kata dalam hati.
"dah lama kan ayah tak teman fizah study,dah lam ayah tak kejutkan fizah bangun pagi,selalunya kalau nak pergi sekolah,ayahlah yang temankan fizah sampai ke muka pintu,ayah cepat sembuh ye.."

Fizah nak belajar sungguh-sungguh,nak capai kejayaan ini untuk mak dan ayah,nak bantu keluarga kita,nak masuk universiti macam kat emah,nak belajar kat luar negara macam abangah dan kak Ina.."

Kaki ku melangakah lemah ke luar rumah,menjalani rutin-rutin harianku setiap hari,belajar dan belajar...

Peperiksaan SMA tinggal lagi 6 minggu lagi.Alhamdulillah semalam sudah terubat rindu bila dapat panggilan telefon abangah dan seperti selalu,kata-katanya tidak pernah lekang dari memberi kata-kata semangat.Terimakasih abangah semoga berjaya dalam periksa dan cepat balik ye.


                       *******************

"Mak,minggu depan kat sekolah ada buat majlis solat hajat,kalau mak tak dapat datang pun tak apa,nanti fizah boleh bagitahu ustazah awal-awal.."
suaruku memecah kesunyian makan malam kami..
risau juga,rasa bersalah,kalau-kalau menambahkan lagi kepenatan mak.
Kebiasaannya,mak tak pernah tinggal menghadiri majlis tu disekolah,walaupun dalam kepenatan,selalu ada masa untuk tugas yang satu ini.

"Insyaallah,boleh,nanti mak cakap kat makcik kama,boleh juga mak saing dengan dia nanti.."
tenang saja suara mak,
Esok,fizah bagitahu kat budak-budak tu,minggu depan tak payah datang mengaji,mak suruh dyorang cuti seminggu,fizah pun dah start periksa minggu depan tu,mesti tak dapat nak tolong mak juga nanti.."


"Ayah,ayah,ayah!!!ayah nak pergi mane,fizah nak ikut ayah,...
"fizah duduk umah diam-diam,jangan nakal-nakal,belajar rajin-rajin,jadi anak yang baik..
"tak nak,tak nak,fizah nak ikut ayah,fizah nak ikut ayah....ayahhhh,ayahhhh!!!!!

استغفرالله العظيم.....
Aku bermimpi rupanya,teruk sangat tidur sampai mimpi terjerit-jerit,berpeluh-peluh sekali muka ni.
Buku-buku dan nota berselereakan diatas katil,entah pukul berapa mata ni terlelap sehingga terlupa diri tidak berwudhu.Jam didinding menunjukkan pukul 3.25 pagi.

Kaki melangkah berat ke luar bilik,hasrat dihati nak jenguk ayah dibiliknya sekejap,semalam balik sekolah lewat petang,malam pulak ayah tidur awal lepas makan ubatnya,alhamdulillah demam ayah sudah beransur kebah,tapi kakiku terhenti dimuka pintu,bila terdengar suara mak dalam doa'nya..

 Ya Allah,dengarkanlah suara rintihan ini,dengarlah doa' ku ini,ampuni dosa-dosaku dosa-dosa suamiku,beri kami keuatan dengan ujian ini...

tak sanggup aku mendengar lagi,bila airmata nie laju mengalir,lantas terus menghayunkan langkah ini ke bilik air..


bersambung.....



karya asal 6 tahun yang lepas,nantikan episod yang seterusnya...

Thursday, March 1, 2012

Ayuh Muslimah

Assalamualaikum w.b.t...
Subhanaallah...
Alhamdulillah...
Allahuakhbar...

 Bismillahirahmanirahim...

 Layakkah aku seorang muslimah bukan gopoh mengejar kemahsyuran,tiada berkekalan. Ku ingin kemuliaan abadi, Kemasyhuran hakiki,bukan yang tiada erti,bukan yang dimurkai Ilahi, Bukan di dunia ini,tapi di Taman Syurgawi




"Oh muslimah,Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah,Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu,Rendah hati
Oh muslimah,busanamu menutup rapi,auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah,kau rajin memuji,Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah,memandangmu menyejuk hati,menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi,Tulus hatinya
Oh muslimah,Kecantikan yang sebenar,Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu,dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah,Kau masuk ke syurga,Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu,Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah,Kau rajin mengaji,Islam kau jadikan,Ikutan sejati.."


Pagi-pagi lagi terngiang-ngiang lagu nazrey johani disebelah bilik sana memecah kesunyian bersiap di awal pagi untuk ke kulliah seperti biasa,masih terasa aura penyanyi nasyid pendakwah bebas itu yang tersohor ditanah air semasa menyajikan lagi PERTAMA kami beberapa hari yang lepas.

Sebak,sedih,bagaimana dengan diri ini sangat kerdil dan lemah,layakkah aku seorang muslimah,layakkah aku menghuni syurgaMu Ya Allah,pagi-pagi ini termuhasabah,bukan mudah menjadi seorang muslimah,teringat semasa disekolah dulu bila ustaz cakap"wanita ni mudah je nak masuk syurga,dan mudah juga nak masuk neraka..."
Bila sesuatu perkara sangat memerlukan kesabaran,sangat memerlukan jihad mendidik hati melawan nafsu,sangat memerlukan kekuatan untuk bermujahadah dengan dunia,memang bukan mudah.

Betapa Islam mengangkat darjat wanita muslimah,tetapi memang mudah hanya mengalunkan lagu ini hanya dibibir sahaja,menyanyinya memang mudah,sebab liriknya yang ringkas dan memuji seorang muslimah,tetapi mengamalkan dan memperjuangkannya amat susah.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah saw sendiri menjadika diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
 sabda Rasulullah SAW lagi,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

 Rasulullah SAW bersabda:
 Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tarmidzi, Nasa'i dan Ibn Majah)

Benarkah begitu sukar menjadi seorang wanita? Apatah lagi seorang wanita muslimah yang mukminah? Adakah dengan menjadi seorang mukminah, seorang muslimah itu perlu bersembunyi di dalam rumah, tidak bergaul dengan sesiapa serta menutup seluruh tubuhnya? Hanya perlu terlihat dua biji mata untuk mengelakkan fitnah?

Tidakkah wanita mukminah itu juga punya peluang? Berubah mengikut peredaran waktu. Zaman sekarang adalah zaman moden. Wanita sudah berdiri sama tarafnya dengan lelaki. Wanita juga perlu ditonjolkan kedepan. Malah, wanita punya hak untuk menjadi pemimpin.

Dr.Zainab Ridhwan telah menyebut dalam kitabnya Al Islam Wa Qadhaya Al-Mar'ah:
Syariat Islam ini datang untuk menempatkan lelaki dan wanita ini pada satu lingkungan dan menjelaskan bahawa tabiat semula jadi manusia, lelaki dan wanita hampir sama. Sesungguhnya ALLAH mengurniakan kepada wanita apa yang dikurniakanNYA kepada lelaki dan menganurgerahkan kepada wanita keupayaan keupayaan yang cukup untuk memikul pelbagai tanggungwab. yang melayakkan kedua- dua jenis manusia ini melaksanakan tugas kemanusiaan yang umum dan khusus.
             
        ******

SubhanALLAH, betapa hebatnya seorang wanita muslimah, tidak pernah sekalipun ISLAM meletakkan wanita keterbelakangan dari seorang lelaki. ISLAM adalah agama yang benar benar mengangkat martabat seorang wanita.
Bersyukur,bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita muslimah,
Malah ALLAH telah berfirman dalam Surah An Nisa, ayat 124; 
Barangsiapa mengerjakan amal amal soleh, lelaki mahupun wanita, sedangkan dia beriman, mereka itu masuk syurga dan tidak dianiaya walau sedikit pun.

Ayuh muslimah,
kemuliaan dan kecantikanmu bukan dipandang pada indah dan cantiknya jilbab yang menutupi tubuhmu,indahmu bukan dipandang pada tiada kecacatan diwajahmu,indahmu bukan dipandang pada hebatnya kamu bertutur kata,indahmu bukan dipandang lenggok rentak jalanmu berbahasa,
tetapi muslimah kecantikanmu dimata Allah,menjaga maruah dan diri dari fitnah,menjaga tutur katanya dalam setiap perbualannya,bersih hatinya taatkan Allah dan Rasulullah,menjadikan Allah sebagai neracanya dalam seiap perkaranya,CINTA ALLAH yang UTAMA.

Wahai wanita muslimah,
ketahuilah,kecantikanmu itu hanya layak ditemui oleh lelaki yang soleh juga..

Muslimah,muslimah,apatah lagi muslimah dijalan dakwah....
Bila hati diserahkan pada Allah,cintakan tarbiyah dan jalan dakwah....
Tiada dunia,tiada kecintaan pada duniawi dalam hati dan tangannya..
Hebat bukan seorang wanita muslimah..
Berjalan terus wahai muslimah,walau terkadang ikhlas itu sangat susah,tetapi jangan
sesekali kau pernah mengalah,jangan takut,kerna penghujung yang dijanjikan Allah
pastinya indah bukan?iaitu kita memburu syurga Allah.

Ditangan Rasulullah lahirnya wanita sehebat Siti Fatimah,dengan tarbiyah baginda adanya
wanita sehebat Siti Khadijah dan Siti Aisyah,
Ditangan seorang pemimpin,ayah,anak,lelaki,mujahid akan melahirkan wanita-wanita muslimah,usah risau wahai muslimah,jika kau fikirkan akan kurangnya LELAKI dan MUJAHID itu,tidak mustahil dari tanganmu juga akan melahirkan lagi ramai muslim dan muslimah.

        *******

Teringat pesan mak selalu
"faizah kat sana tu nanti jaga diri elok-elok ye,jangan TERIKUT-IKUT sangat dengan orang lain.."
"Bayakkan berdoa,mintak selalu dengan Allah.."

Abangah
  "Nanti kat sana pakai purdah yer.."
  "Jangan risau,jaga diri tue elok-elok,,doalah nanti ada juga jodoh yang baik dari Allah.."
mesej dari abangah 5 tahun 4 bulan yg lepas,
 "doakan untuk roh arwah yer,nanti jangan lupa selalu bacakan Al-quran untuk ayah,jadi  anak solehah,bekalan dan cahaya untuk kubur arwah nanti,.."
Simple je kata-kata tue,tetapi mereka membiarkan ku untuk terus berfikir..

Ku menambahkan kesyukuran ke hadrat Yang Esa. Ada sesuatu yang ku dapatkan dari sekian banyak pengalaman mendengar dan melihat sendiri pelbagai peristiwa.
Ketabahan mak menanggung ujian hidup,mak dengan ujian ini moga Allah sedang mendidik dirimu menjadi wanita hebat...

Walau apa yang terjadi,moga dirimu tetap menjadi MUSLIMAH. ratu hatiku♥

~Tabahkanlah hatimu,duhai muslimah,saat dirimu terluka,anggaplah ini adalah ujian dan sebagai TARBIYAH dari-nya,kerana Dia menyanyangimu,kerana Dia rindu untuk mendengar suara rintihanmu,kerana Dia ingin sentiasa dengan dengan dirimu,Insyaallah,Allah sentiasa bersamamu,memberi kekuatan untukmu~ 
        *******

Sebelum mengakhiri tulisan ini,bagi sesiapa yang pernah menziarahi ke blog ini semoga mendapat sesuatu yang bermanfaat,hanya pendapat pengalaman dan kefahaman dari diri yang serba kekurangan...

Aku merenung semua keadaan itu dengan pandangan sayu...
Di mana letak malu tanda iman dalam dirimu..
Kerana malu dan iman itu bagai saudara seiring sejalan,
Saling melengkapi, saling memerlukan demi kesempurnaan amalan,
Sirna salah satu dari keduanya, maka tiadalah ia sempurna...

Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,
Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,
Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,
Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan.


Muslimahku...semalumu...imanmu...

Peliharalah....


                                                           Wallahualam,

                                                          Ingin menjadi
                                                              09.55pm
                                                  Bayt Ghuraba' Simsar
                                                           Irbid,Jordan