Menyusun kepingan-kepingan Islami Menggambar Hakiki Islamnya Diri,Mendamba Cinta Ilahi Mengapai Mordhatillah... "Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu dan tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.."(22:78)
بسم الله الرحمن الرحيم
Friday, February 21, 2014
Diari Seorang Guru
Friday, February 14, 2014
Kisah Sebuah Perjalanan Ukhwah
Facebook : By Mashitah
Masih terngiang-ngiang lagi gelak nakalmu, taujih penuh hamasahmu(semangat) apalagi mutiara-mutiara nasihat yg meluncur keluar dr mulutmu,terbit dari hatimu yg penuh cinta pd jalan suci para pejuang Allah ini.
Dan masih kuingat lagi pertemuan bermakna di dapur rumah Ansar itu. Lantaran telah lama kita tidak bertemu dan kesibukanmu memasuki fasa-fasa baru dalam kehidupan, aku juga tidak mahu membebanimu. Namun, ternyata pertemuan yang tidak dijangka itu mengejutkanku sehingga terkeluar rasa hati; 'Akak,smpai hati akk tak tanya khabar sy bbrp bulan ni.' Sambil memelukmu erat dan airmata lebat membasahi pipi. 'Mashi,awk ok tak?' Dan aku merasakan hangatnya pelukan seorang ukhti yg dahulunya banyak berkongsi kisah suka n duka di jalan dkwh ni.
Pernah juga aku menelefon dia jauh dr negara orang lantaran mahu meminta pndpt n meluahkan prsn krn beratnya beban n mslh di tempat itu. Tak mmpu kuselesaikan sndiri n dialah orang yg pertama kucari.Looking forward utk mendengar pndpt dia. Terkadang aku terlalu berlembut dan tk pandai bertegas dgn adik-adik sedangkan dia meyakini bhwa ketegasan itu penting krn kita mahu membina rijal-rijal(pemuda) agama yg hebat. Dan begitulah kami saling melengkapi satu sama lain. Di saat dia terlalu bertegas dengan adiknya,akulah yang menjadi penasihat dan meneutralkan keadaan dengan memberi idea-idea yang sepatutnya. Sehinggakan naqibah kami dulu yg sentiasa kelihatan tenang itu sedikit geram dan menuturkan, 'mum ni,kejenye asyik nak uji adik je,bagila peluang sikit kt adik tu.' Dan kami tergelak besar untuk nasihat tu.
Malah,aku sndiri berdebar-debar saat dia mahu melangsungkan perkhwinan. Apalagi aku tiada di sini saat itu krn menyelesaikan sebuah amanah jauh di seberang laut.Dan aku menelefon dia mlm sblm perkhwinannya. 'Akak,jg dri n iman,jgn lupakan sy bila dh ada teman hidup yg baru, n akk tahu kan sy sntsa ada kt sni,bersedia membantu apa-apa yg perlu.apa perasaan akk nak naik fasa baru ni? Tak takut ke?hehe." Dan kalian tahu apa jwpn dia? "Takpe, Allah kan ada." Dan ternyata dia tak pandang belakang dah selepas itu. Terus meluncur laju ke depan. Melihat dia bahagia,aku turut bahagia.alhamdulillah.
Begitulah ukhwah kami berjalan merentasi masa-masa yg dipinjamkan Allah untuknya dahulu.
Kerana kelebihan dia dalam memberikan pengisian ditambah dengan hamasahnya(semangat) itu,dia sering diajak ke program adik-adik. Kami pernah sampai ke negeri di selatan tanah air,dan aku menjadi teman perjalanan mahupun teman berbincang masalah n strategi. Di mana-mana pun, ke mana-mana pun, topik perbincangan kami tak pernah lari dari dakwah n tarbiyah. Begitulah cintanya dia pada jalan ini sehingga setiap saat n detik hidupnya berfikir untuk dakwah n tarbiyah(dnt). Cita-citanya tinggi menggunung untuk melihat setiap manusia kembali tunduk kepada TuhanNya. Waktu hidupnya yang dibazirkan sebelum berjumpa dgn jalan dnt ini ditampung dengan menghabiskan seluruh masanya untuk menyeru manusia kepada Allah. Yang menjadi tumpuannya adalah anak-anak usrahnya,anak-anak usrah org lain, hatta orang-orang sekelilingnya pun mahu diajaknya sama untuk bangkit dari lena yang panjang. Dia suka berfikir tentang ummat, bagaimana nk selesaikan masalah-masalah yang timbul, suka memberi idea dan pendapat untuk tarbiah dan dakwah ini.
Tiadalah masanya untuk berlengah-lengah dan menghabiskan masa untuk dirinya sendiri. Seusai habis kerja sbg research assistant di UM, dia akan bergegas menuju kereta saga biru manualnya yang sangat disayanginya itu menuju ke usrah adik-adik, usrah sendiri, meeting berkenaan adik-adik, menziarahi adik-adik mahupun pulang ke rumah.'Kuda' itulah yang dinaikinya ke mana-mana. Hatta, ke sungai buloh pun untuk menemui kakak yang disayanginya atau keluarga yang turun ke kl. Pernah, kerana terlalu rindu untuk bertemu keluarganya di kampung dan kerana ingin menunaikan hak-hak keluarga, dia memandu keretanya tu pulang ke keratong,pahang. Dan akulah yang menjadi teman perjalanannya. Bimbang melepaskan dia sendiri sekalipun dengan yakinnya dia berniat mahu pulang sendiri. Itulah kali pertama bertemu dengan pakcik n makcik serta umi,adiknya. Seperti itulah dia mengisi waktu-waktu hidupnya.Hujung minggunya dihabiskan di program adik-adik, program sendiri, menziarahi keluarga mahupun akhawat. Hidupnya bersederhana sahaja n cukup apa adanya. Baginya, tak perlu berlebih-lebihan untuk diri sendiri kerana pada wang tersebut, ada hak-hak manusia yang harus dipenuhi. Sama ada dihabiskan untuk adik-adik atau infaq di tempat lain spt Palestin. Masih kuingat lagi, dia cukup bersemangat bila mendengar nama palestin. Cita-citanya untuk pergi ke palestin n syahid di sana. Buktinya,nama rasya itu sendiri. Aku yakin benar pasti ada azam n niatnya yg besar di saat dia meletakkan nama rasya pd si kecil itu.Sekalipun kadang-kadang sakitnya datang dan menghambatnya daripada bergerak aktif,tp dia tak pernah mengeluh. Bahkan tawakkal nya cukup tinggi. 'Sakit ni kan datang dari Allah. Inshaallah kalau Allah tak izin,takkan jadi apa-apa.' Selalunya begitulah dia menyedapkan hati kami yang runsing melihat dia. Dia suka bangun di awal pagi, membersihkan diri dan hanyut dalam tahajjud cintanya kpd Tuhan. Rutinnya yang satu ini buatku kagum dan selalu kalah di situ. Krn dia pasti bangun lebih awal dan mendahuluiku. Pernah dia bercerita pdku bhwa ini adlh rutin ayahnya juga di kampung. Pesan pakcik padanya, qiam ni petua untuk fizikal n rohani itu sihat. Masa pertama kali jumpa pakcik dahulu,memang nampak sihat n tegap badannya. Bahkan masih mmpu memandu sendirian ke kl. Subhanallah.
Begitulah peribadinya, keyakinannya, tawakkalnya pada Allah,kecintaannya, persekitarannya n kehidupannya. Sekalipun dia mengikuti tarbiah lambat sedikit dariku tapi dia tidak berlengah-lengah dan terus berlari ke depan. Aku pula yang tercungap-cungap mengejarnya. Bersama-sama dengan teman yang lain,akhirnya kami bersama-sama menapak n melangkah. Terngiang-ngiang lagi lagu-lagu bersemangat yang menjadi kegemarannya spt lagu bingkai kehidupan dan yang sewaktu dengannya.
Mengharungi samudera khdpn
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh n darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allah ghayatuna
Ar rasul qudwatuna
Al quran dusturuna
Al jihadu sabiluna
Al mautu fi sabilillah
Asma amanina
Allah adlh tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al quran pedoman hidup kami
Jihad adlh jalan juang kami
Mati di jalan Allah adlh
Cita-cita kami tertinggi
Akhirnya, dia pergi dahulu dari kami. Moga dia mendapat apa yg dicitanya itu. Moga perjalanannya menjadi mudah dan pasti dia akan menunggu kita semua di sana. Menunggu dgn penuh sabar n teruja terhadap orang-orang yang masih belum syahid dan masih tinggal di belakang. Persis ayat dlm surah al-imran;
"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang yg gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mrk itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki..Mereka bergembira dgn kurnia yg diberikan Allah kpdnya, dan bersuka hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka bersuka hati dengan nikmat Allah dan kurnia dari Allah. Dan sungguh, Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang beriman." (3:169-171)
Berbahagialah ukhtiku di sana. Dan tunggu kedatangan kami. Moga kematianmu menjadi 'booster' untuk kami merapikan persediaan dan memperbaiki amal-amal kami untuk kami pula menghadap Tuhan pemilik seluruh kehidupan ini. Dan kita pasti akan bertemu lagi nanti. Biiznillah, inshaallah. Ya Allah,sampaikanlah salam kerinduan kami kpdnya :')
P/s: teruskanlah berdoa.krn doa itu yg akan smpai kpdnya n boleh memberi kebaikan n syafaat(bantuan) kpdnya.
"Dan mrk yg dtg selepas kumpulan itu, berdoa ya Tuhan kami,ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sblm kami telah beriman." (Al-hasyr:10)
terima kasih Allah, atas kesempatan dan peluang ini. Aku benar-benar bersyukur atas nikmat dan kurniaanMu ini. walau sekejap masa bersamanya tapi sangat bermakna dan semoga ia akan menjadi kekuatan padaku untuk meneruskan perjuangan kehidupanku pula. :')
Kematian yang menghidupkan
"Salam ikhwah. Juz nak maklumkn zaujah ana baru dipanggil mengadap ilahi sebentar td. Doakan kesudahan yg baik bg dia. Ana bersaksi demi allah dia dah tunaikn hak2 allah keatasnya. Semoga allah kurniakan jannah tertinggi. Aminnn������"
Moga do'a dan keredhaan ikhlas akhi Helmi akan diganjari Allah dgn meletakkan AlMarhumah zaujahnya bersama orang2 yg dimuliakan, aamiin!
Suatu hari dulu,tulisan beliau sangat memberi kesan tarbiyah pada saya,tanpa mengenali siapakah diri beliau yang sebenar.
Dalam meniti perjalanan dalam tarbiyah,di Bumi Syam sana,seolah-olah tulisan beliau memahami rentak perjalanan dan dugaan dalam DnT..
Sempat 2-3 kali saya sempat bertemu beliau dalam program dan Daurah semasa di Serdang,dalam diam saya menjadikan beliau sebagai ikon..
Juga untuk esok dan hari-hari seterusnya,sosok yang menggetarkan ruh dan jiwa ini.
Sebenarnya,saya bertembung dengan van jenazah petang td,hati berdegup kencang,tapi lambat dapat berita
Allahurabbi..mata semakin sakit,moga airmata keinsafan terus menyapa malam-malamku,kematian yang sentiasa menghidupkan hati ini..
Ramai manusia menyaksikan syahadahmu,Syurga tertinggi selayaknya untukmu.
Kepergiannya dirindui dan ditangisi
Insan yang hebat,Moga Allah hadiahkan yang terbaik utk Allahyarhamah
Kematian yang menghidupkan
Perjalanan dan mukabaru untuk saya...
Inilah anugerah,hidayah dari Allah
Aku juga ingin menjadi sepertinya.. Syahid dlm perjuangan fi sabilillah..
Ya Allah, tsabat kan lah kami dlm perjuangan ini agar mampu berjumpa dgnMu dan melihatMu..
Mumtazah Maridi merupakan seorang sahabat, seorang akhawat yang tegar di jalan dakwah. Tidaklah saya mengenalinya melainkan beliau merupakan sosok peribadi yang mencintai dakwah dan DeenNya.
Dia telah mempersembahkan dakwahnya pada ummah sehingga ramai manusia terkesan dengannya.
Hari ini, Allah menjemput pulang kekasihNya ini untuk menghadap hari-hari penuh kenikmatan di syurga insyallah.
Saya sempat mengucup pipinya tadi dan tidaklah saya rasakan apa-apa melainkan kesejukan dan ketenangan yang amat abadi sekali.
Moga Allah rahmatimu sahabatku mumtazah maridi!
Nantikan kami di akhirat sana untuk kita sama2 meraih syurgaNya!
kami share baju, tudung dan barang-barang bersama
tak sangka Allah memanggilnya dahulu
dia layak untuk dipanggil dahulu
mengenangkan akhlak dan kesungguhannya membawa imej Islam
haihhh kita sudah bersediakah?
tengok tanah perkuburannya yang merah
buat hati gementar kan
bersediakah aku?
bekal apa yang aku bawa menemui tuhan kelak?
sudah terlaksanakah shahadah aku ini??
aku juga bahagia kerana mendapat sentuhan tarbiyah direct dari arwah sejak tahun pertama pengajian di UM sehingga setelah tamat belajar (sekitar 3 tahun) dan secara lahiriahnya sehingga kini.
alhamdulillah..senyum.. :))
dan pastinya terlalu banyak kenangan2 yang tertanam dalam hati. moga ia menjadi cerita2 di syurga kelak.
*menyambung rantai-rantai dakwah dan tarbiyah yang ditinggalkn
berbahagialah kerana org beriman menyakini adanya kehidupan yang kekal itu. moga kita dikumpulkan di syurgaNya, syurga yg tertinggi.
insan yang kami panggil dgn panggilan ummi..
...senyumannya, kata2nya masih membekas, saat dia datang melawatku di Scotland...Allah :'
Akak, berehatlah di sana. Ada mencintai akak kerana Allah. Siapa Ada hari ini, sebahagiannya adalah akak. Ada akan terus sampaikan, pegang baton ini sampai kita berjumpa kembali. Ada jadi saksi akak telah menyampaikan. Moga bertemu di syurga Firdaus-Nya. Inna lillah wa inna ilaihi raajiuun. Allahummaghfirlahaa warhamhaa wa'fu anhaa.
Ada orang yang baru berkahwin, ade org baru kehilangan isteri. Ada orang baru mengandung, ada yg baru kehilangan ibu. This world is not perfect becoz we are meant for something higher which is jannah. Moga Allah beri kekuatan kepada keluarganya dan kumpulkan semuanya kembali di syurga Allah...Ameen
Mumtazah Maridi
Kemudian terjaga lagi. Aku bermimpi rupanya. Entah kenapa tidur x nyenyak mlm ni. Tak pasti apa yg merunsingkan fikiran. Kemudian tergerak hati melihat telefon. Entah apa msg yg masuk bertalu2. Bila dibuka, ada berita yg sukar di terima. Teman yg aku kasihi sudah pergi bertemu Tuhan. Benarkah? Atau aku masih bermimpi?
Sehingga saat ini aku masih terpinga2, termangu dan sukar utk percaya. Dan air mata hanya mampu bertakung di kelopak mata. Tak mampu menangis. Tak pasti harus berduka atau gembira.
Sahabatku.. Selamat berehat di sana. Tunggu aku sehingga kita berusrah semula di syurga. Sambil bercerita kisah suka duka seperti kita di dunia dahulunya.
Kak Mumtazah Maridi..
Pemergianmu telah menghidupkan hati-hati yg lesu untuk kembali berlari di atas jalan dakwah ini.
Sungguh walaupun ku tak pernah berpeluang bertemu denganmu, tapi ku dapat rasakan kamu punyai jiwa seorang daie teladan.
Kehilanganmu meninggalkan bekas ke dalam hati-hati yang pernah mendapat sentuhan tarbiyah daripadamu.
Dan aku cemburu pada mereka yang diberi kesempatan bertaaruf dan hidup bersamamu kerana mereka dapat mengenali dan bersama sosok seorang daie yang penuh dengan kelembutan dan hikmah di dalam dakwahnya.
Jiwa yang penuh dgn ketenangan dalam kesakitan dan kesulitan.
Allahu..sungguh hebat peribadimu!
Menerima berita kematianmu, menyentak jiwaku.
Adakah aku juga dapat memperoleh kematian seperti itu?
Akan kutemukan engkau dalam doaku, wahai ukhti..
Walaupun tidak dapat bertemu di dunia ini,moga Allah pertemukan kita dlm keadaan yg lebih baik di syurgaNya nanti.
Kau telah memenuhi janjimu terhadap tuhanmu.
Kini giliran kami pula menunggu untuk menunaikan janji kepada tuhan kami.
Ukhti..al-fatihah buatmu!
Pasti kau sedang gembira bertemu dgn tuhanmu di saat ini. :')
Saturday, January 25, 2014
Tidak Kesampaian
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
In the name of Allah
********
Subhanallah
Betapanya aku merindu,
Hampir sebulan,blog kosong tanpa post terbaru..
Hampir sebulan tahun 2013 berlalu,
Pergi bersama kenangan suka dan duka
2014 apakah perjalanan yang bakal ku lalui?
Termenung,termanggu..
Allah..moga segala perancanganku ini kau berkati..
Andai tidak baik,tunjukilah aku jalan yang terbaik
Oh Master..
Hampir setahun jugak tergendala
Seakan hampa hati kecil ini,sepatutnya sekarang aku sudah bergelar mahasiswi kembali,
Sepatutnya,kaki ku sudah melangkah di Universiti..
Allahurabbi..pujuklah hati ku,
Bahawasanya aku tidak mampu bergelar amanah itu
Perancangan dan ketetapanMu adalah yang terbaik..
Semakin tersepit,dengan keputusan yang semakin sukar..
Rindu,sungguh rindu untuk menuntut ilmu,bergelar pelajar lagi..
Wake up..
Hurriyatul Izah
Lavendar
25 January 2014
10:34 pm
Tuesday, December 24, 2013
Aduhai Angan-Angan
Persoalannya, apakah yang mesti kita perbuat ketika rasa sayang itu ada? Inilah yang insya-Allah kita perbincangkan lebih mendalam pada makalah Masih Ada Tempat untuk Cinta. Selebihnya, kita cukupkan dulu pembicaraan itu sampai di sini.
Tuhan, Jangan Biarkan Aku Sendiri
Di atas semua itu, Allah bukakan pintu-pintu-Nya untuk kita. Ketuklah pertolongan-Nya dengan do’a. Di saat engkau merasa tak sanggup menanggung kesendirian, serulah Tuhanmu dengan penuh kesungguhan,
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (٨٩)
“Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Dan Engkau adalah sebaik-baik Warits.” (QS. Al-Anbiya’: 89).
Rabbi, laa tadzarni fardan wa Anta khairul waritsin.
Ini sesungguhnya adalah do’a yang dipanjatkan oleh Nabi Zakariya untuk memohon keturunan kepada Allah Ta’ala. Ia memohon kepada Allah untuk menghapus kesendiriannya kerana ketiadaan zuriat yang menyejukkan mata.
Sebagaimana Nabi Zakariya, rasa sepi itu kita adukkan kepada Allah ‘Azza wa Jalla semoga Ia hadirkan bagi kita seorang pendamping yang menenteramkan jiwa dan membahagiakan hati. Kita memohon kepada-Nya pendamping yang baik dari sisi-Nya. Kita memasrahkan kepada-Nya apa yang terbaik untuk kita.
Kapan do’a itu kita panjatkan? Bila saja kita merasa gelisah oleh rasa sepi yang mencekam. Panjatkan do’a itu di saat kita merasa amat memerlukan hadirnya seorang pendamping; saat hati kita dicekam oleh kesedihan kerana tidak adanya teman sejati atau ketika jiwa dipenuhi kerinduan untuk menimang buah hati yang lucu. Panjatkan pula do’a saat hati merasa dekat dengan-Nya; saat dalam perjalan ketika Allah jadikan do’a mustajabah; dan saat-saat mustajabah lainnya.
Sumber Rujukan : Dakwah Info..
24 Disember 2013
Perjalanan
Kadangkala,Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh.Tetap,selepas itu Allah beri pulak kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.
Didalam setiap perancangan itu kita sertakan dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamabNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!
" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)
-moga allah sentiasa kurniakan kekuatan kepada kita untuk perjalanan hari-hari esok..
"Rabbi Yassir Wa La Tu'assir.."
Seremban
24 Disember
8:45 am
Saturday, October 19, 2013
Cebisan Kenangan
Alhamdulillah,berjuang untuk menyiapkan 2 kertas soalan,matematik form 1-4 dan hadth form 2-4..
| Setelah selesai peperiksaan akhir tahun,inilah aktiviti mereka,kononnya me'release tension. |
Saya bukan hafizah
Saya pernah bercita-cita untuk menjadi hafizah
Tapi,hari ini Allah anugerahkan
Pelajar-pelajar yang hafiz dan hafizah.
Bersama Al-quran
Bersama Ahlinya disana
Hampir sepanjang masa
| Adik dan anak pelajar kelas tasmi' Al-Quran. |
Allah,bantulah kami..
Saya kongsi lagu ni dengan pelajar kelas tasmi',
Ada sebahagian mereka yang menghafal,Alhamdulillah.
Kadang-kadang memang penat dengan kerenah dan kemalasan mereka
Kadang-kadang malas layan kedegilan mereka.
Sehingga pernah menumpahkan airmata ini..
Dalam doa,moga Alah terus membuka hati-hati mereka
Dengan nama Allah,moga saya terus ikhlas sehingga ke hari ini.
Hurriyatul Izah






