In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..
*Syukur Alhamdulillah,Thumma Alhamdulillah..
Minggu peperiksaan akhir tahun bagi pelajar Darul Quran Wal-Hadith 2013..
Alhamdulillah,berjuang untuk menyiapkan 2 kertas soalan,matematik form 1-4 dan hadth form 2-4..
Memang bermujahadah panjang.Ditambah lagi dengan kerosakan laptop kesayangan setelah hampir 4 tahun berkhidmat..
Ditambah lagi dengan sakit kaki secara tiba-tiba..Demam dan selsema,Allah tarik sekejap nikmat sihat..
Dua kali berulang ke hospital,akhirnya dapat cuti rehat dari doktor selama tiga hari semuanya..
Cuti pun tak bermakna,kebosanan berehat dirumah..
Setelah selesai peperiksaan akhir tahun,inilah aktiviti mereka,kononnya me'release tension. |
9 September 2013.
Hari ni masih mc,mulanya datang sekolah nak hantar duit pelajar..
Akhirnya dipujuk oleh cikgu dan pelajar-pelajar untuk join lawatan ke Pusat Sains..
Mungkin untuk kali terakhir cipta kenangan bersama.
Bukan keseronokan tempat,tetapi keseronokan suasana yang dicipta bersama.
Alhamdulillah.
Kurang dari sebulan,sesi persekolahan akan berakhir.
"Ustazah,tahun depan ustazah stay kat sini lagi ke? "
Tanpa jawapan,hanya mampu tersenyum melihat mereka.."
"Insha Allah..,see n wait ye.."
*Tak pernah putus doa untuk kalian,moga menjadi generasi Quran yang cemerlang akademik dan syahksiah.
*Moga Allah berikan saya masa lagi untuk membasahkan hafiz-hafiz Al-Quran disana.
* Moga kalian terus diberikan jalan dan kemudahan untuk faham dan faqih dengan kalam-kalam Al-quran.
Saya bukan hafizah
Saya pernah bercita-cita untuk menjadi hafizah
Tapi,hari ini Allah anugerahkan
Pelajar-pelajar yang hafiz dan hafizah.
Bersama Al-quran
Bersama Ahlinya disana
Hampir sepanjang masa
Ana Muallimah laisa hafizhoh
Lagu Sheikh Mishary Rasyid : Ya Rahman
Adik dan anak pelajar kelas tasmi' Al-Quran. |
ساعدني يا رحمن
املاء قلبي قرأن
اشرح صدري قرأن
واسقي حياتي قرأن
Allah,bantulah kami..
Penuhi hati kami dengan Al-quran
Bukalah dada kami dengan Al-quran
Jadikanlah Al-quran sebagai panduan hidup kami..
Saya kongsi lagu ni dengan pelajar kelas tasmi',
Ada sebahagian mereka yang menghafal,Alhamdulillah.
Kadang-kadang memang penat dengan kerenah dan kemalasan mereka
Kadang-kadang malas layan kedegilan mereka.
Sehingga pernah menumpahkan airmata ini..
Dalam doa,moga Alah terus membuka hati-hati mereka
Dengan nama Allah,moga saya terus ikhlas sehingga ke hari ini.
Saya kongsi lagu ni dengan pelajar kelas tasmi',
Ada sebahagian mereka yang menghafal,Alhamdulillah.
Kadang-kadang memang penat dengan kerenah dan kemalasan mereka
Kadang-kadang malas layan kedegilan mereka.
Sehingga pernah menumpahkan airmata ini..
Dalam doa,moga Alah terus membuka hati-hati mereka
Dengan nama Allah,moga saya terus ikhlas sehingga ke hari ini.
10:58 pm
19 september 2013
Hurriyatul Izah
Hurriyatul Izah
Teratak Putih
Rompin,Pahang
No comments:
Post a Comment