بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, October 19, 2013

Cebisan Kenangan

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh.. 
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..
  
*Syukur Alhamdulillah,Thumma Alhamdulillah..

Minggu peperiksaan akhir tahun bagi pelajar Darul Quran Wal-Hadith 2013..

Alhamdulillah,berjuang untuk menyiapkan 2 kertas soalan,matematik form 1-4 dan hadth form 2-4..
Memang bermujahadah panjang.Ditambah lagi dengan kerosakan laptop kesayangan setelah hampir 4 tahun berkhidmat..
Ditambah lagi dengan sakit kaki secara tiba-tiba..Demam dan selsema,Allah tarik sekejap nikmat sihat..
Dua kali berulang ke hospital,akhirnya dapat cuti rehat dari doktor selama tiga hari semuanya..
Cuti pun tak bermakna,kebosanan berehat dirumah..


Setelah selesai peperiksaan akhir tahun,inilah aktiviti mereka,kononnya me'release tension.

9 September 2013.
Hari ni masih mc,mulanya datang sekolah nak hantar duit pelajar..
Akhirnya dipujuk oleh cikgu dan pelajar-pelajar untuk join lawatan ke Pusat Sains..
Mungkin untuk kali terakhir cipta kenangan bersama.
Bukan keseronokan tempat,tetapi keseronokan suasana yang dicipta bersama.
Alhamdulillah.

Kurang dari sebulan,sesi persekolahan akan berakhir.
"Ustazah,tahun depan ustazah stay kat sini lagi ke? "
Tanpa jawapan,hanya mampu tersenyum melihat mereka.."
"Insha Allah..,see n wait ye.."
*Tak pernah putus doa untuk kalian,moga menjadi generasi Quran yang cemerlang akademik dan syahksiah.
*Moga Allah berikan saya masa lagi untuk membasahkan hafiz-hafiz Al-Quran disana.
* Moga kalian terus diberikan jalan dan kemudahan untuk faham dan faqih dengan kalam-kalam Al-quran.

Saya bukan hafizah
Saya pernah bercita-cita untuk menjadi hafizah
Tapi,hari ini Allah anugerahkan
Pelajar-pelajar yang hafiz dan hafizah.
Bersama Al-quran
Bersama Ahlinya disana
Hampir sepanjang masa
Ana Muallimah laisa hafizhoh


Adik dan anak pelajar kelas tasmi' Al-Quran.
Lagu Sheikh Mishary Rasyid : Ya Rahman
ساعدني يا رحمن
املاء قلبي قرأن
اشرح صدري قرأن
واسقي حياتي قرأن

Allah,bantulah kami..
Penuhi hati kami dengan Al-quran
Bukalah dada kami dengan Al-quran
Jadikanlah Al-quran sebagai panduan hidup kami..

Saya kongsi lagu ni dengan pelajar kelas tasmi',
Ada sebahagian mereka yang menghafal,Alhamdulillah.
Kadang-kadang memang penat dengan kerenah dan kemalasan mereka
Kadang-kadang malas layan kedegilan mereka.
Sehingga pernah menumpahkan airmata ini..
Dalam doa,moga Alah terus membuka hati-hati mereka
Dengan nama Allah,moga saya terus ikhlas sehingga ke hari ini.
10:58 pm
19 september 2013
Hurriyatul Izah
Teratak Putih
Rompin,Pahang 

Silapkah Aku

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim...


Ikhlas kah aku selama ini..
Balasankah untuk aku
Bila Allah uji begini..
Salahkah pilihan ini
Silapkah jalanku
Allahurabbi..
Tunjuklah
Pandulah
Bimbinglah aku
Untuk selamanya..

Hurriyatul Izah
Mood tengah cuti,sebab tu rasa macam banyak waktu lapang..
1258 pm
19 Oktober 2013

Monday, October 14, 2013

Ku adamu

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. 
Syukur Alhamdulillah,Thumma Alhamdulillah..

Subhanaallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar..
Walau jarang bertegur sapa
Walau jarang message berbual mesra
Disaat mereka hilang,dan tak perasan keberadaan saya..
Disaat kita jauh,hanya hati bertemu dalam doa..

Yang sebenarnya
Saya ada sahabat seperti awk..
Hari ini,saya akan publishkan..
Sebab selama ni hanya mampu simpan dalam hati je..Kau sahabatku kau teman sejati..
kata-kata dan pesanan itu diantara penguat perjalananku..
salam saudariku di sana,
bunga mekar yang cantik selalu mengimpikan hidup di taman yang terjaga,indah dan bersih.Ianya benar kerana situasi itu mampu membantu tumbesaran bunga agar dapat membiak dengan subur dan akan mekar lagi untuk hari esoknya.Tapi.mengapa bunga mekar itu tidak berada ditempat impiannya.Dia bingung dan resah,tempat itu hanya ditepian tasik yang sudah lama ditinggalkan sepi,kekadang sahaja ada manusia yang datang ke situ.Bunga mekar itu hanya bertemankan pohon semalu,buah2 hutan dan lalang2 yang tinggi membiak.Si bunga sering mengeluh kerana tempat itu tidak selayaknya untuknya.Di mana taman bunga yang diimpikan?Di mana air yang menyiraminya melalui watering can kepunyaan pemilik sebuah rumah banglo.Tanpa ia sebenarnya tahu,betapa kehadirannya di situ telah membuatkan pohon-pohon hutan semakin gagah berdiri dengan alunan lembut menghembus udara-udara di hutan itu,betapanya ia tahu pohon semalu tidak malu untuk sering menampakkn dirinya,dan tasik sepi itu semakin jernih.

wahai saudariku yang solehah,
memang menjadi impian kita mencari kesempurnaan dalam hidup kita,tetapi kamu juga harus menyedari,betapa tidak mudah Allah memberikan itu kepada kita tanpa Dia melatih diri kita sekental mungkin agar mampu kita menghadapi saat sukar esok hari.bukalah hatimu agar kau bersedia membuka jalanmu dihadapan itu.
Faizah,keje kat mana-mana pun sama sahaja.Keje kat company tetapi bos kita pulak makn suap,kje kat bank tp officemate kite suka curi duit bank,kje cikgu tp bos kite pula lain macam,ckgu2 kuat mngumpat.Situasi tdk byk mmbantu kite,justeru diri kite sendri yg mmbantu diri kita.Saya bg satu cnth,awk ditugaskan berpindah disebuah rumah.Tp mlgnye rumah itu tdk cntik dan ade sdikit kerosakan,apa yg awk buat?samada awk mmbiarkan rumah itu begitu tnpa awk mmbersihkan rumah itu dan berpindah ke rumah lain atau awk mmbersihkannya.Jika awk pilih untuk mncri rumah lain,bermakna awk membiarkan rumah itu terus rosak bgitu dan tidak terjg.Tp jika awk pilih utk mmbersihknnya,nah awk dah berjy mngubah keadaan rumah itu..krn situasi cpt berubah jika diri awk yg ingin mngubahnya.Jgn cpt mnghukum keadaan.
Kalau bos awk suruh awk buat sesuatu yg bertentngn dgn aqidah atau prinsip hidup awk,awk jgn ikut.You are perfectionist,am i right?So,u must use your advantage utk mnilai apa yg salah dan ape yg baik.Allah pilih awk krn Allah merasakan awk mmpu mnghadapi semua itu.
Kalau awk mmpelajari dari kisah hidup org lain,awk psti menjumpai hikmahnya.Pasti Allah lebih tahu kami mudah terpedaya dgn situasi.
Mintak restu Allah dan bukalah pintu hatimu.Maihkah engkau ingat pada firman Allah mafhumnya,"BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU TETAPI IA TIDAK BAIK BAGIMU,DAN BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU TETAPI ITU LEBIH BAIK BAGIMU"

Tak semua diari hidup kita perlu dicatat dengan pengalaman best n hebat bekerja di institusi itu ini,bos lulusan oversea dan merupakan atr org yg terky di dunia n soon.Ttp pngalamn kite berjy mngharungi sesuatu keadaan itu lebih seronok dicatat.
kalau awk perasan,bila ada org mnx kite cite pasal sejrh silam kite..yg mana org akan lebih suka mndengar n akn terinspirasi?.Atr si A yg bekerja sbg pilot ttp pngalamn hidupnya dia merupakan anak millionIRE dan mndpt pekerjaan as a pilot sbb kwn ayh dia adlh bos kpd syrkt pnerbangan berbanding dgn pnglamn si B yg bekerja sbg enginner ttp pngalamn hidupnya ia dtg dr keluarga yg susah,kmudian tdj mlnjutkn p,lajrn ke uni krn mahu bekerja.setelh mnyedari plajarn pntg,dia mnyambung kmbali,dan melalui byk perkare shingga dia berjy skrg..yg mne ak rs org akn terinspirsi..tentu2 dgn kisah si B

Fikirlah yg terbaik utk hidup awk.Jgn pulak yg dikejar x dpt yg dikendong berciciran...he,sy percy awk ade prinsip hidup awk.Sy hny mmberi pndpt dan awk yg tentukn arah awk.Jika awk tnyakan pndpt sy lg suatu hr nt dalam bidg kje awk yg berlainan,ini jg kte2 sy.Sebaik2 manusia sekalipun,atau secemerlang mne skalipun manusia,mrk sgt lmh untk bersyukur.Jd,smoge kite sntiasa bersyukur dgn apa yg ada dlm hidup kita.
peringtn ini utk diri sy n org lain...insyaAllah.ALhamdulillah.
Ingin terus bersyukur
Teratak putih
12:22 am
14 Oktober 2013



Monday, October 7, 2013

Waktuku Berlalu


In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. 
Syukur Alhamdulillah,Thumma Alhamdulillah..

Subhanaallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar..
Alunan irama membuai anganku..
Jauh fikiran terbang membawa pergi anganku melayan perasaan sendiri
Ada sesuatu yang dicari
Yang telah hilang untuk beberapa waktu ini



Ya Allah.kembalikan semula..
Wahai pemilik dan pemegang hati.
Kembalikan semula ketenangan itu

Allahurabbi..
Aku tidak betah lagi dengan ujian iini
Kadang-kadang itu yang terluncur dari bibirku ini..

Suatu hari dulu,semangatku sangat tegar..
Tapi sekarang,semuanya seoalah-olah pudar..

Perjalanan disini..
Banyak mengubah kehidupan..
Cuba untuk menjadi hamba yang begitu SABAR
Penat yang teramat sangat.
Semakin laju airmata yang tumpah..

Demi Allah..
Aku tercari-cari waktu yang dulu..
Saat langkahku kuat disana

Demi Allah..
Terlalu lama masa untuk aku berehat..
Terbuang begitu sahaja..

Kuat lah diri..
Tahan lah hati..
Allah bantulah aku..

Saat aku kehilangan
Jangan sesekali biarkan aku keseorangan lagi..
 Pimpinlah,pandulah setiap langkah perjalananku..
*Kalau dah tak ikhlas,memang semuanya terpaksa,senyum pun tanpa rela..
Syafakillah Ya Qalbi..Moga cepat sembuh
Yang Di Sayang telah HilangYang didamba telah pergi

7 Okt 2013
9:57 am
Senawang

Saturday, September 21, 2013

Kenapa Kecewa

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Syukur Alhamdulillah,Thumma Alhamdulillah..


Apa tajuk post kali ini sebenarnya,fuhh!!!!!!
Terfikir sekejap,saya tengah merapu apa ni!!!!!
Fitrah,memang setiap perempuan tak pernah tak terlintas untuk memikirkannya..

SIAPAKAH IMAM SAYA????
BERSAMA-SAMA MENGEJAR SYURGA



Kepala seolah-olah diasak satu-satunya persoalan yang tiada siapa mampu memberikan jawapannya..

Mungkin apabila faktor suasana sekeliling mempengaruhi otak untuk berfikir perkara yang satu ini..
Berkongsi sedikit cerita dengan kakak housemate mengenai pengalaman jawapan istikharahnya,pertemuan bakal jodohnya dengan seorang Hafiz,subhanaallah..

Sehinggalah,melewati cerita pengalaman di Jordan dulu..
"Mimpi ni kadang tu,kita tak boleh mentafsirnya sendiri,kena bertanya dengan orang berilmu,sebab tu kita tak boleh nak decide kan sesuatu mengikut tafsiran sendiri.."
"Astaghfirullah,apa yang saya dah buat akak?"
Lepas maghrib kepala asyik terfikir,

Jangan tamak faizah!!
Biarlah Allah menyusun semuanya,

Hati bertambah kecewa,sedeh sikit..
Tak tahu kenapa??

Kecewa sebab jawapan yang saya beri dulu dari sebuah mimpi
"Saya tengah belajar,belum bersedia.."

"Akak,ustaz yang pernah taqdim saya dulu,dah ada orang lain,tahun depan dah nak kahwin.."
"Berserah faizah,jodoh kita ni misteri sangat sebenarnya..
Namanya takdir,sebab tu Allah rahsiakan.."

*Suatu hari nanti Allah dah takdirkan,walaupun pada masa tu saya still cakap belum bersedia..

Kenapa kecewa
Ixora
21 September 2013
9:53pm

Saturday, September 7, 2013

Today is Her Day

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Syukur Alhamdulillah,Thumma Alhamdulillah..

Dulu kau berdiri bersamaku
Dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

Kini kau disana

meninggalkanku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah berduka
jangan menangisimu bila kau tiada
Ku mencuba

Airmata yang jatuh ke pipi

mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
Tak berakhir bila engkau pergi
Sahabatku kau kan ku rindui

Feelhoney: Kisah Cinta

*Lagu ni,bermain perlahan ditelinga,airmata semakin laju mengalir..
Allah..

*****************************************************

Suatu hari di bayt Syurhabil..
"Buku mana yang sesuai saya baca.."
"Ni..
"Kenapa buku ni,saya bukan nak kahwin lagi kak,lambat pun lagi untuk semua tu.."
"Memang la,sebab awak BFG(back for good),get preparation ye,akak dah khatam pun buku ni,best sangat.."
"Serius kak buku ni..?"

Saya dah khatam 2 kali,alhamdulillah..

2010 : Permulan sebuah perkenalan disana,antara Ri  akhawat yang terawal dikenalinya,mabit,daurah,meeting,Curahat akhawat,sharing Usrah..

2011-2013 : Tahun demi tahun,hari demi hari,semakin mengenali banyak persamaan antara kami.Sehingga menimbulkan kecurigaan akhawat lain.hehe..macam jiwang pulak tulis post mcm ni,
Hari demi hari..
"Akak,saya xreti nak caring-caring macam akhawat len,.."
"Eh,kita sama la faizah.."
"Saya bukan mcm akhawat lain suka,peluk-peluk,bagi ucapan rindu,bagi charge support.."
"Yeke,faizah..akak pun mcm tu.."

Yang penting,akak antara yang menjadi penguat saya masa disana,disaat diuji kesakitan,saat diuji terasa beban masalah keluarga..
Yang sentiasa sabar dan memahami,sentiasa cool..

Dan kata-kata dan pesanan akak yang selalu saya ingat..dlm message
~Faizah,selamat menjadi wanita hebat..
~Jom qiam,bangun sahur...

~Sampailah suatu hari saya bakal meninggalkan bumi Urdun,walaupun tak sempat nak angkat panggilan terakhir dari akak..

"Faizah,masa kat jordan ari tu,akak ada ternampak something atas meja awak,tp akak da lupa apa nama ubat tu..ari tu masa awak call,akak xdpat agkat,awk nak ckap something yg penting kan? "
"ooh..xdala tu ubat gastrik saya,xda apa sangat,cuma nak tanya bbrapa perihal yg sy xingat da..huhu"

********************************************

Coretan 7 September 2013 : Today is Her Day my dearist Naqibah kak Aisyah..

Cantik..
Airmata tak berhenti mengalir,mulanya hati ni nekad tak nak on facebook sampai minggu depan,tak nak menangis bila tengok mane2 gambar yang diupload kawan-kawan.Tapi apakan daya,tangan ni mula-mula nak settlekan keje2 mane-mane yang patut,tergatal pulak tangan ni nak on facebook jugak.

Masa memasak didapur tengahari tadi,saya ditegur oleh housemate..
"Faizah ok  ke ni..."
"Eh ok,kak..mata saya ni terpercik dengan bawang td.."

Akak..baru sekarang saya terasa nak peluk akak kuat-kuat,tak sempat nak mintak taujihat banyak-banyak..sobs,sobs

26 Ramadhan 1434 Hijrah..
Saya baru dapat invitation walimah akak,memang rasa nak jerit da masa tu,tapi mengenangkan berada di terminal yang dipenuhi orang ramai.

"mcm xcaye plak ni..surprised sangat,akak sengaja kan.."


*banyak lagi yang saya nak share ngn akk..tapi,


Hanya mampu berdoa dari jauh,sedih dan terkilan sebab tak dapat datang pada hari bahagianya
Maafkan saya..
Saya kirim doa,moga akak capai sakinah dan mawaddah hingga ke syurga nanti,
Sentiasa dilimpahi keberkatan Allah..
Selamat mengharungi hari-hari baru..

Insan yang baik,Allah memang hadirkan jodoh yang baik,
Moga dia suami yang soleh,untuk akk isteri yang solehah..Mabrouk 'alaikuma,
Jangan xnak df n tegur-tegur saya lagi ye lepas ni.. :)
Terimakasih untuk semua..


*kadang tu banyak benda yang saya tulis,pembaca tak faham..sebab saya seorang je yang faham,huhuk,memang tulisan ni luahan hati..minta maaf..

Seremban
11:07pm
1 Zulkaedah 1434 Hijrah
7 September 2013

Sunday, September 1, 2013

Bersama lagi

In The Name of Allah
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..


Sweet moment..thanq akak2 comey
Pertemuan yang singkat,
Bisa menguatkan kaki kita disini
Untuk sama-sama berdiri
Untuk sama-sama mengukir senyuman kembali
Walau sering diuji kesabaran..
Allah telah memilih kita juga 

Jangan tinggalkan banyak kenangan antara kita,
Risau dan takut untuk menghadapi perpisahan suatu hari nanti..

Sedetik,sesaat dan sehari mungkin kita bersama lagi,
mengira dan menghitung beberapa waktu 
Airmata yang tertahan-tahan
Bakal berderai tangisan itu
Tak mampu ku hadapinya nanti

Pagi yang sunyi
Ixora,Senawang
08:55am