بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, September 7, 2013

Today is Her Day

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Syukur Alhamdulillah,Thumma Alhamdulillah..

Dulu kau berdiri bersamaku
Dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

Kini kau disana

meninggalkanku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah berduka
jangan menangisimu bila kau tiada
Ku mencuba

Airmata yang jatuh ke pipi

mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
Tak berakhir bila engkau pergi
Sahabatku kau kan ku rindui

Feelhoney: Kisah Cinta

*Lagu ni,bermain perlahan ditelinga,airmata semakin laju mengalir..
Allah..

*****************************************************

Suatu hari di bayt Syurhabil..
"Buku mana yang sesuai saya baca.."
"Ni..
"Kenapa buku ni,saya bukan nak kahwin lagi kak,lambat pun lagi untuk semua tu.."
"Memang la,sebab awak BFG(back for good),get preparation ye,akak dah khatam pun buku ni,best sangat.."
"Serius kak buku ni..?"

Saya dah khatam 2 kali,alhamdulillah..

2010 : Permulan sebuah perkenalan disana,antara Ri  akhawat yang terawal dikenalinya,mabit,daurah,meeting,Curahat akhawat,sharing Usrah..

2011-2013 : Tahun demi tahun,hari demi hari,semakin mengenali banyak persamaan antara kami.Sehingga menimbulkan kecurigaan akhawat lain.hehe..macam jiwang pulak tulis post mcm ni,
Hari demi hari..
"Akak,saya xreti nak caring-caring macam akhawat len,.."
"Eh,kita sama la faizah.."
"Saya bukan mcm akhawat lain suka,peluk-peluk,bagi ucapan rindu,bagi charge support.."
"Yeke,faizah..akak pun mcm tu.."

Yang penting,akak antara yang menjadi penguat saya masa disana,disaat diuji kesakitan,saat diuji terasa beban masalah keluarga..
Yang sentiasa sabar dan memahami,sentiasa cool..

Dan kata-kata dan pesanan akak yang selalu saya ingat..dlm message
~Faizah,selamat menjadi wanita hebat..
~Jom qiam,bangun sahur...

~Sampailah suatu hari saya bakal meninggalkan bumi Urdun,walaupun tak sempat nak angkat panggilan terakhir dari akak..

"Faizah,masa kat jordan ari tu,akak ada ternampak something atas meja awak,tp akak da lupa apa nama ubat tu..ari tu masa awak call,akak xdpat agkat,awk nak ckap something yg penting kan? "
"ooh..xdala tu ubat gastrik saya,xda apa sangat,cuma nak tanya bbrapa perihal yg sy xingat da..huhu"

********************************************

Coretan 7 September 2013 : Today is Her Day my dearist Naqibah kak Aisyah..

Cantik..
Airmata tak berhenti mengalir,mulanya hati ni nekad tak nak on facebook sampai minggu depan,tak nak menangis bila tengok mane2 gambar yang diupload kawan-kawan.Tapi apakan daya,tangan ni mula-mula nak settlekan keje2 mane-mane yang patut,tergatal pulak tangan ni nak on facebook jugak.

Masa memasak didapur tengahari tadi,saya ditegur oleh housemate..
"Faizah ok  ke ni..."
"Eh ok,kak..mata saya ni terpercik dengan bawang td.."

Akak..baru sekarang saya terasa nak peluk akak kuat-kuat,tak sempat nak mintak taujihat banyak-banyak..sobs,sobs

26 Ramadhan 1434 Hijrah..
Saya baru dapat invitation walimah akak,memang rasa nak jerit da masa tu,tapi mengenangkan berada di terminal yang dipenuhi orang ramai.

"mcm xcaye plak ni..surprised sangat,akak sengaja kan.."


*banyak lagi yang saya nak share ngn akk..tapi,


Hanya mampu berdoa dari jauh,sedih dan terkilan sebab tak dapat datang pada hari bahagianya
Maafkan saya..
Saya kirim doa,moga akak capai sakinah dan mawaddah hingga ke syurga nanti,
Sentiasa dilimpahi keberkatan Allah..
Selamat mengharungi hari-hari baru..

Insan yang baik,Allah memang hadirkan jodoh yang baik,
Moga dia suami yang soleh,untuk akk isteri yang solehah..Mabrouk 'alaikuma,
Jangan xnak df n tegur-tegur saya lagi ye lepas ni.. :)
Terimakasih untuk semua..


*kadang tu banyak benda yang saya tulis,pembaca tak faham..sebab saya seorang je yang faham,huhuk,memang tulisan ni luahan hati..minta maaf..

Seremban
11:07pm
1 Zulkaedah 1434 Hijrah
7 September 2013

Sunday, September 1, 2013

Bersama lagi

In The Name of Allah
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..


Sweet moment..thanq akak2 comey
Pertemuan yang singkat,
Bisa menguatkan kaki kita disini
Untuk sama-sama berdiri
Untuk sama-sama mengukir senyuman kembali
Walau sering diuji kesabaran..
Allah telah memilih kita juga 

Jangan tinggalkan banyak kenangan antara kita,
Risau dan takut untuk menghadapi perpisahan suatu hari nanti..

Sedetik,sesaat dan sehari mungkin kita bersama lagi,
mengira dan menghitung beberapa waktu 
Airmata yang tertahan-tahan
Bakal berderai tangisan itu
Tak mampu ku hadapinya nanti

Pagi yang sunyi
Ixora,Senawang
08:55am

Monday, August 26, 2013

Anugerah Syawal

In The Name of Allah
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..


Ramadhanku bermakna 
Syawalku Bererti

Eid Mubarak
Salam Aidilfitri Maaf Zahir&Batin..
Taqabalallahu minna wa minkum..
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.."


Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Syukur Alhamdulillah,Thumma Alhamdulillah,Syukur Ya Allah,
Beribu-ribu kesyukuran,nikmat Allah bertemu untuk Ramadhan kali ini
Di atas tanah dan medan ku masih seorang 'abid dan khalifah..

Syawal ke-7 tanpa insan bergelar ayah.Masih rasa kekosongan dan kekurangan tanpa ayah disisi kami..
(tiada dalam gambar family abangah dan kak Ina)

The best feeling,meraikan Aidilfitri hasil daripada Madrasah dan Tarbiyah Ramadhan yang berjaya dilalui
Dan Syawal kali ini,Alhamdulillah
Jauh disudut hati ada rasa sebak yang amat sangat,
Allah,adakah bakal Syawal ku terakhir bersama mereka
Berkesempatankah lagi meraikan Syawal akan datang bersama insan-insan tercinta

Syawalku bererti,kerana dapat membahagiakan insan-insan tersayang insha Allah
Alhamdulillah,dapat menunaikan hajat dihati membeli pakaian untuk anak-anak sedara dan Bondaku yang tercinta..bahagia dapat melaksanakan tugas yang satu itu, :)
Dapat memanfaatkan dan meluangkan masa menggantikan hari-hari dan masa-masa yang pernah hilang suatu waktu dulu..
Terimakasih kalian,insan-insan bermakna dalam dunia ini,untuk semua kasih sayang yang tak pernah kurang,sumber inspirasi dan kekuatan untuk terus berdiri disini..terimakasih jugak untuk doa dari kalian untuk insan yang kurang membahagikan kasih sayang dan banyak mengabaiakan tanggungjawab sebagai ANAK,ADIK,KAKAK DAN MAK CIK..

Allahu Rabbi..
Rindu kalian

Taman Ixora
Senawang
10:33 pm

Ramadhanku Bermakna

In The Name of Allah
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..


Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Syukur Alhamdulillah,Thumma Alhamdulillah,Syukur Ya Allah,
Beribu-ribu kesyukuran,nikmat Allah bertemu untuk Ramadhan kali ini
Di atas tanah dan medan ku masih seorang 'abid dan khalifah..

Subhanallah,Allahu Akhbar..
Sungguh Luar biasa,tak terungkap dengan kata-kata,hanya hati yang mampu berkata-kata dan merasainya
Setelah meletakkan target dan matlamat sebenar untuk Ramadhan kali ini,
Untuk insan yang lemah lagi hina dan dhoif ini,
Ini lah yang mampu dan selayak untuk insan sepertiku..

Allahu Rabbi
Allah masih mendengar doa ku,Allah makbulkan permintaan dan hajat dihati
Allah yang kaya dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..
Allah yang mengizinkan semua ini terjadi,mencampakkan segala rasa dihati..
Sungguh,Ramadhanku bermakna



Indah Rasa beribadah,
Faham ada hikmah
Ada kekuatan luarbiasa
Ada keampunan maghfirah
Rahsia Ramadhan yang tersembunyi

Dan Ramadhanku lagi bermakna
Untuk Ramadhan pertama bersama
Ahlul Quran Wal Hadith
Memilih untuk terus bersama kalian disini
Selagi,segalanya Allah mengizinkan
Satu nikmat,untuk pertemuan kita,walau seringkali 
diuji kesusahan dan kepayahan
Allah terus thabatkan kaki kita untuk terus berdiri disini
Segalanya indah,penuh hikmah,Allah kembalikan hati ini
Terus bertaut denganNya..


Taman Ixora
Senawang
10:27 pm

Monday, August 19, 2013

Keep Going Plezz


Assalamu'alaikum wbt..
Bismillahirahmanirrahim..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." [ALI IMRAN : 139]

Sekali lagi kalamNya menenangkan gelora di hati..
Semangat segera bangkit saat irama haraki memenuhi ruang pendengaran..

Muslimat haraki..
Walau mereka jauh dariku..
Walau keikhlasan ini kerapkali diuji..
Ketulusanku dalam melakukan tugasan..
Ketelusanku dalam menjalankan tanggungjawa seorang PEKERJA

Demi Allah..
Aku merindui tarbiyyah di bumi sana..
Demi Allah..
Aku merindui permata-permata Islam yang pernah bersamaku dalam meneruskan perjuangan..
Dan kala hatiku masih tertanya-tanya mengapa lagi aku masih disini..
Namun masih keliru,belum bertemu petunjuk dan jawapan
Hati dan jasad seolah di IKAT lagi

Aku pernah merasai peritnya terjatuh..
Dan aku juga pernah lalui bersemangatnya kala berjaya bangkit kembali..
Maka,jgn pernah berputus asa dari rahmat Allah..

~keep going plez~
jazakillah ukht ,kalammu menyentuh hati

Seremban
1131 PM

Thursday, August 15, 2013

Madrasah Ramadhan 1434Hijrah

Bismillahirahmanirrahim..
In the name of Allah... Syukur Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..

Sungguh Ramadhan Bulan Mensucikan Jiwa dan Taubat.
Ramadhan bulan untuk mendidik jiwa dan hati agar lebih bersih,suci dan lebih dekat dengan Allah Taala. Bulan mendidik hati supaya mudah menerima,mudah memaafkan,lapang,sentiasa tenang dan bahagia.

Hadis:Drpda Abu Hurairah: Apabila tiba bulan Ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaaitan durjana"

 Kata Jabir bin Abdullah : "Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pandanganmu,penglihatanmu,dan lidahmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal yang haram,janganlah kamu jadikan hari puasamu sama dengan hari tidak berpuasa,"

 Menurut syarah Imam Syafie : Puasa ni ada terbahagi kepada tiga jenis 1.Puasa manusia biasa : yang menahan lapar dan dahaga pada waktu siang,tapi malangnya matanya tidak dijaga dari melihat perkara yang haram,tangan dan kaki masih buat perkara haram dan tidak meninggalkan dosa. 2.Puasa sederhana : Menahan lapar,dahaga nafsu dan syahwat.menjaga pancaindera dari yang haram 3.Puasa Sempurana: Menahan rohani dan nafsu,mendidik diri dengan amal-amal soleh yang mampu mendekatkan diri dengan Tuhan.
Gambar 27 Ramadhan 1434 hijrah

Walaupun pada bulan Ramadhan ini syaitan telah direjam dan diikat seperti yang telah disebut dalam hadis,namun tarbiyah yang telah ditinggalkan syaitan akan diteruskan oleh hawa nafsu kita yang berperanan merosakkan diri kita. انما الأعمال بالنيات..
 Semua amalan kita dinilai oleh niat..
Tapi tidak pada ibadah puasa kita,Allah yang akan menilai,menentu dengan qadarNya yang ditentukan,puasa kita dilakukan dengan hati terbuka penuh keinsafan dan kesedaran,puasa yang mana akan meningkatkan ke taraf "muttaqin" orang-orang yang bertaqwa,sepertimana yang disebut dalam suarah Al-Baqarah ayat 183 : "يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون"
 Bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman,Diwajibkan keatasmu berpuasa sepertimana yang telah diwajibkan atas orang sebelum kamu,agar kamu bertaqwa.."
Ayat ini menyeru kepada orang-orang yang beriman yang hatinya rasa sensitiviti,raza dengan izzah dengan islam,ada kesedaran bahawa iman yang melindungi hakikat sebenar sebuah kehidupan.
Dan dengan kedatangn Bulan yang mulia dan dinantikan orang-orang mukmin,mereka berasa seronok dan berbahagia dengan kehadiran Ramadhan ini,rasa kemanisan beribadah dan beramal soleh.
Orang mukmin yang ada iman,hatinya taat dengan setiap perintah dan suruhan,sebab dia rasa takut pada Allah mendorongnya melaksanakan ketaatan tersebut. "لعلكم تتقون" Agar kamu bertaqwa..
Allah nak aim setiap hambanya mencapai taraf taqwa tersebut baru berjaya ibadah puasa kita. Objektif taqwa:

Apakah maksud taqwa?Tanpa taqwa,ibadah puasa kita tidak mencapai objektif sepertimana yang dikehendaki Allah keatas hamba-hambaNya..
Maksudnya,puasa kita gagal kalau kita gagal mencapai taqwa melalui ibadah puasa dan ibadah lain disepanjang bulan Ramadhan ini.

Taqwa jugalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan iman yang sangat parah dikalangan ummat kita hari ini. Kecedaran dibahagian iman inilah yang meletakkan ummat islam hari ini terjebak dalam kancah keruntuhan akhlak,moral dan aqidah.

Kalau tak mampu?Bagaimana nak mencapai taraf taqwa.
Bulan Ramadhan ada banyak sangat kelebihan,sedikit amalan kita Allah akan gandakan pahalanya.Jangan dilihat amalan tersebut kecil,tapi lihat pada nilai yang boleh menambah kualiti amalan kita.
Peluang untuk kita perbanyakkan berdoa,dipertengahan dan penghujung Ramadhan ramai dikalangan kita mudah menyerah.Lagi-lagi semakin menghampiri kedatangan Aidilfitri.

Kita tak nak semangat hanya diawal kedatangan Ramadhan sahaja,tapi terus mengakhiri penghujungnya semangat kita untuk istiqomah beribadah berjaya dimomentumkan. Susah nak istiqomah beribadah dan bermujahadah dibulan Ramadhan.Berdoalah,dan terus berdoa pada Allah agar memberi kita kekuatan dan kejayaan untuk menghadapi Universiti dan madrasah ramadhan yang mentarbiyah jiwa kita untuk menjadi graduate bachelor mukmin dan muttaqin.

 Kedatangan Ramadhan penuh rahmat,bulan keampuanan,bulan kemuliaan,bulan berlumba-lumba menambah amal ibadah. Subhanaallah,Allah memilih kita untuk terus merasai nikmat Ramadhan.Justeru,kita kena berpuasa dengan penuh keimanan pada Ramadhan kali ini dengan mengharapkan Allah menerima amalan kita,memberi keampunan dan kerahmatan. 


Diari 8 Ramadhan 1434hijrah 
Daqwah,Senawang. Seremban
8:35 am

Tuesday, July 9, 2013

Kecewa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt..

                       

Andai kalian tahu tentang keberadaanku disini
Andai kalian mengerti mengapa airmata ini mengalir lagi
Andai kalian tahu pahit menerima perpisahan semalam
Andai kalian tahu betapa rindunya hati ini..
Andai kalian mengerti apa yang ku simpan dibenak hati ini
Andai ku tahu,tak perlu ku mengharap dan mendamba kepada mereka manusia
Dan hari ini aku lebih mengerti,pergantungku selayaknya pada Allah semata-mata untuk selama-lamanya agar hati ini tak perlu lagi kecewa dan putus asa..


10:28 Am
Luahan hati kecil
Hurriyatul Izah
Taman Ixora