بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, August 15, 2013

Madrasah Ramadhan 1434Hijrah

Bismillahirahmanirrahim..
In the name of Allah... Syukur Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..

Sungguh Ramadhan Bulan Mensucikan Jiwa dan Taubat.
Ramadhan bulan untuk mendidik jiwa dan hati agar lebih bersih,suci dan lebih dekat dengan Allah Taala. Bulan mendidik hati supaya mudah menerima,mudah memaafkan,lapang,sentiasa tenang dan bahagia.

Hadis:Drpda Abu Hurairah: Apabila tiba bulan Ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaaitan durjana"

 Kata Jabir bin Abdullah : "Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pandanganmu,penglihatanmu,dan lidahmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal yang haram,janganlah kamu jadikan hari puasamu sama dengan hari tidak berpuasa,"

 Menurut syarah Imam Syafie : Puasa ni ada terbahagi kepada tiga jenis 1.Puasa manusia biasa : yang menahan lapar dan dahaga pada waktu siang,tapi malangnya matanya tidak dijaga dari melihat perkara yang haram,tangan dan kaki masih buat perkara haram dan tidak meninggalkan dosa. 2.Puasa sederhana : Menahan lapar,dahaga nafsu dan syahwat.menjaga pancaindera dari yang haram 3.Puasa Sempurana: Menahan rohani dan nafsu,mendidik diri dengan amal-amal soleh yang mampu mendekatkan diri dengan Tuhan.
Gambar 27 Ramadhan 1434 hijrah

Walaupun pada bulan Ramadhan ini syaitan telah direjam dan diikat seperti yang telah disebut dalam hadis,namun tarbiyah yang telah ditinggalkan syaitan akan diteruskan oleh hawa nafsu kita yang berperanan merosakkan diri kita. انما الأعمال بالنيات..
 Semua amalan kita dinilai oleh niat..
Tapi tidak pada ibadah puasa kita,Allah yang akan menilai,menentu dengan qadarNya yang ditentukan,puasa kita dilakukan dengan hati terbuka penuh keinsafan dan kesedaran,puasa yang mana akan meningkatkan ke taraf "muttaqin" orang-orang yang bertaqwa,sepertimana yang disebut dalam suarah Al-Baqarah ayat 183 : "يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون"
 Bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman,Diwajibkan keatasmu berpuasa sepertimana yang telah diwajibkan atas orang sebelum kamu,agar kamu bertaqwa.."
Ayat ini menyeru kepada orang-orang yang beriman yang hatinya rasa sensitiviti,raza dengan izzah dengan islam,ada kesedaran bahawa iman yang melindungi hakikat sebenar sebuah kehidupan.
Dan dengan kedatangn Bulan yang mulia dan dinantikan orang-orang mukmin,mereka berasa seronok dan berbahagia dengan kehadiran Ramadhan ini,rasa kemanisan beribadah dan beramal soleh.
Orang mukmin yang ada iman,hatinya taat dengan setiap perintah dan suruhan,sebab dia rasa takut pada Allah mendorongnya melaksanakan ketaatan tersebut. "لعلكم تتقون" Agar kamu bertaqwa..
Allah nak aim setiap hambanya mencapai taraf taqwa tersebut baru berjaya ibadah puasa kita. Objektif taqwa:

Apakah maksud taqwa?Tanpa taqwa,ibadah puasa kita tidak mencapai objektif sepertimana yang dikehendaki Allah keatas hamba-hambaNya..
Maksudnya,puasa kita gagal kalau kita gagal mencapai taqwa melalui ibadah puasa dan ibadah lain disepanjang bulan Ramadhan ini.

Taqwa jugalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan iman yang sangat parah dikalangan ummat kita hari ini. Kecedaran dibahagian iman inilah yang meletakkan ummat islam hari ini terjebak dalam kancah keruntuhan akhlak,moral dan aqidah.

Kalau tak mampu?Bagaimana nak mencapai taraf taqwa.
Bulan Ramadhan ada banyak sangat kelebihan,sedikit amalan kita Allah akan gandakan pahalanya.Jangan dilihat amalan tersebut kecil,tapi lihat pada nilai yang boleh menambah kualiti amalan kita.
Peluang untuk kita perbanyakkan berdoa,dipertengahan dan penghujung Ramadhan ramai dikalangan kita mudah menyerah.Lagi-lagi semakin menghampiri kedatangan Aidilfitri.

Kita tak nak semangat hanya diawal kedatangan Ramadhan sahaja,tapi terus mengakhiri penghujungnya semangat kita untuk istiqomah beribadah berjaya dimomentumkan. Susah nak istiqomah beribadah dan bermujahadah dibulan Ramadhan.Berdoalah,dan terus berdoa pada Allah agar memberi kita kekuatan dan kejayaan untuk menghadapi Universiti dan madrasah ramadhan yang mentarbiyah jiwa kita untuk menjadi graduate bachelor mukmin dan muttaqin.

 Kedatangan Ramadhan penuh rahmat,bulan keampuanan,bulan kemuliaan,bulan berlumba-lumba menambah amal ibadah. Subhanaallah,Allah memilih kita untuk terus merasai nikmat Ramadhan.Justeru,kita kena berpuasa dengan penuh keimanan pada Ramadhan kali ini dengan mengharapkan Allah menerima amalan kita,memberi keampunan dan kerahmatan. 


Diari 8 Ramadhan 1434hijrah 
Daqwah,Senawang. Seremban
8:35 am

No comments:

Post a Comment