بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, May 7, 2012

Pemuda Menegak Kebenaran(Bersih&GMJ)



Salam Mahabbah
Salam Kemuliaan..

Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.

Teringat saya dengan kata-kata dari Dr Abdullah semasa muhadharah sebulan yang lepas.

Seperti yang sudah kita tahu,orang Islam tidak boleh redha dengan kerajaan yan zalim tidak boleh redha dengan kemungkaran.

Aplikasi dalam kehidupan sekarang contoh yang terdekat dapat dilihat situasi negara syria sekarang.Pada awal kebangkitan mereka,Syeid Ramadhan Al-Butti menghalang rakyat syria dari terus melakukan kebangkitan dan revolusi tersebut.
Kerana mengikut kata-katanya,kekejaman Basyar As-sadd ketika itu tidak secara menyeluruh tetapi hanyalah pada pihak-pihak yang  tertentu sahaja,sekiranya revolusi diteruskan kekejaman akan melibatkan semua rakyat syria seperti yang kita sudah lihat dan sudah berlaku hari ini.

Inilah ijtihad yang dikeluarkan oleh Syeid Ramadhan Al-butti dari qaedah ini:
  اذا تعارض مفسدةان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما
-Jika bertembung dua kefasadatan,maka hapuskanlah dahulu kemudharatan yang lebih besar,dengan melakukan kemudharatan yang lebih kecil.
-Dibolehkan untuk senyap dengan sesuatu kemungkaran,sekiranya kita berusaha untuk keluar dari kerajaan yang zalim dan kemungkaran itu akan membawa kepada kemudharatan am yang lebih besar kepada ummah,maka dibolehkan senyap.

Bagaimana dengan situasi malaysia pulak?
Inilah persoalan yang ditujukan salah seorang rakan semasa dalam sesi pembentangan RTS beberapa minggu yang lepas,namun keadaan dan masa tidak mengizinkan saya untuk terus menjawab ketika itu,kekurangan ilmu dan hujjah dan kebenaran yang sohih menyebabkan saya terus mendiamkan diri dan akhirnya saya hanya mampu menulis dan berkongsi di sini.
 
Pemerintahan kerajaan pun tak adil lagi,apalagi nak laksanakan hukum hudud,masyarakat terus-terus dihanyut arus jahiliyyah yang tahap kritikal punya,sesuaikah untuk laksanakan hukum hudud tu?
Fikirkan,masyarakat yang dalam pelbagai masalah aqidah dalam kesesatan dan kejahilan agama tu,dapatkah mereka menerima?
Dan tahukah kita sebenarnya kejahilan mereka pada masa sekarang pun sama dengan kejahilan masyarakat arab jahiliyyah mereka dahulu,cuma yang membezakan adalah bentuk-bentuk jahiliyyah tu.Dan pada masa tu,apa yang Rasulullah buat,adakah terus menegakkan daulah islam dan melaksanakan hukum hudud?Tetapi baginda terus membina rijal-rijal muslimin,membina individu muslimin(membina islam dalam diri individu) sehingga melahirkan QS(qaedah sulbah)dan qader-qader dakwah yang bersama baginda menyampaikan risalah islam kepada penduduk Mekah ketika itu.

Seperti kata Saydia Umar dalam satu majlis.
"impikanlah"
seorang pemuda berkata
"aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah"
Lalu Umar berkata lagi
"impikanlah"
seorang pemuda berkata
"aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.
Umat berkata lagi "Impikanlah"
Mereka berkata "Kai tidak tahu apa yang hendak diakatakan lagi wahai amirul mukminin."
Lalu Umar pun berkata.
"Aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin Al-Jarrah,Muaz bin Jabal dan Salim.Lalu aku akan meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah."
 
Teringat saya satu kisah seorang sahabat yang berzina telah berjumpa dengan Rasulullah,katanya
"Aku telah berzina ya Rasulullah"
"tidak barangkali kau hanya pegang-pegang sahaja"
Dan sahabat terus lagi mengulang.
"Aku telah berzina Ya Rasulullah"
"tidak barangkali kau mabuk sahaja"
"Aku telah berzina Ya Rasulullah" 
"Kau pergilah bertaubat"
"Aku telah berzina Ya Rasulullah"
Setelah mengulang jawapan yang sama beberapa banyak kali,dengan seberat hati Rasulullah untuk menjatuhkan hukuman tersebut.

 "Negara kita wajib laksanakan hukum hudud.."

"Kita negara islam,hukum yang Allah tetapkan kena tegakkan.."

"kebangkitan rakyat ! gulingkan kerajaan buat demonstrasi,revolusi ! "

Selagi kita tak menegakkan negara islam,selagi kita belum mencapai daulah islam kiata akan dikira berdosa...!!!

Itulah slogan,dan kata-kata yang selalu kita dengar bukan..


 وما النصر الا من عند الله العزيز الحكيم
Kemenangan itu hanyalah dari Allah yang maha Gagah lagi maha bijaksana
 
Dari fb,blog,kata-kata yang sangat hammasah dari jiwa-jiwa yang berdarah muda.

Sejak dahulu sehingga sekarang,pemuda tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sebuah ummah.Mereka merupakan rahsia kekuatan pemanah-pemanah kebangkitan,malahan juga menjadi barisan panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Wahai pemuda sebelum kalian mengeakkan islam didunia,tegakkanlah islam dahulu dalam dirimu.
Gulp,cukupkah kita bagaimana pulak dengan diri kita,kita sibuk-sibuk menegakkan dakwah tu,semangat menyampaikan kebenaran dan islam kepada semua,semangat menegakkan keadilan.
Tapi bagaimana dengan diri kita sendiri,dengan solat,subuh berjemaahkah,ikhtilat jaga tak,sibuk juga nak chat dan coment mengoment dengan ajnabi.

Jangan sampai kita tidak dapat membezakan antara iman dan hammasah,kita bukan kerana apa?

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
 sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka,dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(kahfi:13)





 

Dakwah Islam Dalam Kurun Yang Keempat Belas Hijrah

(Buku Wahai Pemuda Oleh As-syahid Imam Hassan Al-Banna)


Wahai angkatan pemuda !
Sebenarnya kita telah pun beriman tanpa sebarang keraguan atau prasangkaan malah kita sudah pun yakin dengan sepenuhnya sekira-kiranya keyakinan kita ini lebih kukuh dan tegap dari gunung-ganang yang memasak bumi, lebih dari segala lubuk hati sanubari bahawa tidak terdapat sebarang apa pun jua fikrah perjuangan melainkan hanya satu sahaja fikrah yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di dalam keadaan tercengang-bangang, dan yang benar-benar sanggup memimpin umat manusia ke arah jalan yang sewajarnya.
Fikrah atau ideologi perjuangan yang seperti itu mustahak diberi segala pengorbanan demi meninggikan kedudukannya, demi memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayati dengan segala jiwa raga serta memberikan dari sekecil-kecil pengorbanan hinggalah semahal-mahalnya.
Fikrah yang tunggal ini tidak lain dan tidak bukan ialah “Islam yang maha suci” yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya.

Allah berfirman(Al-Imran:18-19):
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُوْلُوا الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Allah menjadi saksi, dan para malaikat dan ahli cerdik pandai bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang berlaku adil terhadap makhluknya, tidak ada Tuhan melainkan Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama yang di sisi Allah itu ialah Islam.
Suatu lagi firman Allah (Al-Ma’idah:3):
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.
Jelas bahawa fikrah perjuangan kita hendaklah fikrah yang bersifat Islam dengan setulin-tulinnya. Di atas dasar Islamlah fikrah kita berpijak, daripada sumbernyalah kita mendapat petunjuk. Kerana Islam maka kita ini berjuang dan demi kerana meninggikan kalimahnya maka kita bekerja serta bertindak. Fikrah kita tidak sekali dapat menyamakan sebarang sistem dengan sistem Islam, tidak sekali-kali redha mengikut sebarang pimpinan yang lain malah fikrah kita sekali-kali tidak akan patuh kepada apa jua hukum melainkan Islam.
Allah berfirman (Al-Imran : 85):

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ
Dan barangsiapa mencari ugama selain dari Islam maka usahanya itu tidak sekali - kali akan di terima.
Islam serta penganut-penganutnya pernah mengalami suatu zaman cubaan di mana mereka ditimpa dengan pelbagai kemalangan dan dikelubungi oleh bencana yang bertubi-tubi. Pada ketika itulah musuh-musuh Islam telah bekerja untuk memadamkan sinarannya, cuba untuk menyembunyikan keindahannya bahkan untuk menyesatkan para pemeluknya, membantutkan pelaksanaan hukum hududnya serta melemahkan bala tenteranya di samping memutar ajaran serta hukum-hukumnya. Kadang-kadang mereka lakukan dengan cara mengurangkannya dan terkadang pula dengan jalan menambah-nambahkannya dan selain dari itu, dengan mentafsirkan hakikatnya dengan cara yang tidak sewajarnya. 

Dalam usaha yang  jahat itu mereka mendapat peluang yang baik bila berlaku kehilangan kuasa politik dari umat Islam dan kehancuran pemerintahan sejagat mereka di samping kemerosotan semangat Muhammadiyah di kalangan bala tenteranya. Akhirnya jatuhlah seluruh umat Islam itu ke dalam genggaman umat kufur sebagai mangsa penghinaan dan penjajahan.
Oleh itu tugas utama lagi pertama bagi kita angkatan pemuda Islam ialah memberi penjelasan kepada orang ramai akan hakikat segala batas agama Islam, menjelaskan kepada mereka itu dengan seberapa terang, sempurna dan jelas tanpa sebarang tambah dan tokok atau kekurangan atau sebarang kesamaran. Tugas seperti ini merupakan sudut teori bagi hakikat fikrah kita.
Di samping itu kita mestilah mengajak mereka melaksanakan fikrah kita itu serta mendorong mereka demi menyelamatkannya serta membimbing mereka ke arah beramal dengan ajarannya. Sudut ini di namakan sudut amali bagi fikrah perjuangan kita.
Pegangan kita dalam semunya itu ialah kitab Allah yang tidak pernah diresapi oleh kepalsuan sejak dulu hingga sekarang, dan keduanya ialah sunnah yang benar serta nyata datangnya dari Rasulullah s.a.w dan juga sejarah perjalanan bersih dari angkatan salaf umat Islam ini.
Kita tidaklah menghendaki di sebalik usaha itu sebarang apa pun jua melainkan keredhaan Tuhan, menunaikan kewajipan dan memimpin umat manusia serta menunjuk jalan kepada orang ramai.
Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia. Cogan kata kita ialah :
Allah matlamat kami ;
Rasul itu ikutan kami ;
Al-Quran itu perlembagaan kami ;
Jihad jalan kami; dan
Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.

Wahai angkatan pemuda !
Sesungguhnya Allah telah memuliakan kamu dengan menamakan kamu angkatanNya, dengan mengurniakan iman kepada kamu serta mendidik kamu atas dasar ugamanya, dan Allah telah meletakkan kamu di martabat tertinggi di muka dunia dan di kedudukan para da’i di kalangan orang ramai serta Allah menganugerahkan kepada kamu kemuliaan seperti yang dianugerahkannya kepada maha guru di hadapan muridnya.
Allah berfirman (Al-Imran : 110):
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ
وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.
Allah berfirman (Al-Baqarah : 143):
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ
Demikianlah pula Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi     saksi terhadap umat manusia.
Oleh itu perkara yang pertama sekali yang Allah menyeru kamu ialah hendaklah kamu mempunyai keyakinan diri sendiri, dan hendaklah kamu menyedari martabat kamu dan yakinlah bahawa kamulah sebagai tuan di dunia walaupun musuh-musuh kamu sudah tentu ingin melihat kamu berada di dalam kehinaan. Hendaklah kamu yakin bahawa kamu adalah sebagai guru kepada umat-umat di dunia walaupun pada waktu-waktu yang tertentu orang lain pernah mengatasi kamu dalam sesuatu sudut yang tertentu; namun demikian, kemenangan terakhir adalah di tangan orang-orang yang bertaqwa jua.

Oleh itu, wahai angkatan pemuda!
Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukminin.
Seluruh dunia berada di dalam keadaan cengang -bengang lagi bergejolak. Segala sistem yang ada kini telah gagal mengubatinya. Tidak ada sebarang ubat untuk menyelamatkan dunia ini melainkan dengan Islam jua. Oleh itu, tampillah ke hadapan dengan nama Allah untuk menyelamatkan dunia itu kerana seluruh umat manusia sedang bertunggu-tunggu ketibaan seorang penyelamat dan juru penyelamat ini tidak akan berlaku melainkan dengan mengamalkan risalah (perutusan) Islam, iaitu risalah yang dibawa obor-obornya oleh kamu. Bangkitlah dan siarkanlah nya ke seluruh alam.

Wahai angkatan pemuda !
Ada pun manhaj atau  program induk kita angkatan pemuda Islam memanglah mempunyai tahap-tahap yang tertentu, lengkap dengan rancangan-rancangannya yang terang lagi jelas. Sebenarnya kita memang benar-benar tahu apa yang kita kehendaki dan kita juga memang tahu bagaiman wasilah dan jalan yang boleh menyampaikannya kita kepada kehendak kita itu.
(1) Mula-mula sekali kita mahu diwujudkan individu muslim; iaitu individu muslim  dalam pemikirannya, muslim dalam aqidahnya, muslim dalam segala tingkah laku serta perasaannya. Muslim dalam segala tindak-tanduknya. Ini dinamakan pembentukan keperibadian kita.

(2) Selepas itu kita mahu diwujudkan rumahtangga muslim, iaitu rumahtangga yang bersifat muslim dalam fikirannya, muslim dalam aqidahnya, muslim dalam segala tingkah laku serta perasaannya, muslim dalam segala amalan serta tindak tanduk. Bagi mencapai matlamat ini kita memelihara wanita sama seperti mana kita memelihara angkatan pemuda. Ini dinamakan pembetukan keluarga kita.

(3) Selepas itu kita mahu diwujudkan umat Islamiyah, iaitu umat bersifat muslim dalam semua sudut yang tersebut tadi. Bagi mencapai maksud ini kita bekerja supaya seruan dakwah kita sampai ke setiap buah rumah. Kita berusaha supaya suara kita kedengaran hingga ke setiap tempat, supaya fikrah kita ini berpeluang meresap masuk keseluruh dusun dan desa, pekan dan bandar, kota dan negeri. Dalam hal ini kita tidak boleh kedekut tenaga seperti mana kita tidak akan membiarkan mana-mana  wasilah yang mampu kita lakukan.

(4) Selepas itu kita mahu diwujudkan kerajaan Islam. Kerajaan yang memimpin umat ini menuju ke masjid, yang boleh mendorongkan orang ramai ke arah petunjuk Islam seperti mana didorongkan para sahabat Rasulullah s.a.w dahulu seperti Abu Bakar dan Umar. Untuk mencapai maksud ini kita tidak boleh menerima sebarang pemerintahan kerajaan yang tidak bertapak di atas asas  Islam dan tidak mengambil ajaran dari sumbernya(Al-Quran dan As-Sunnah). Kita tidak dapat mengakui parti-parti sekular yang ada sekarang. Kita tidak dapat menerima segala bentuk dan corak yang sudah usang yang dipaksakan kepada kita oleh orang kafir dan musuh-musuh Islam supaya kita berhukum dengan undang-undang mereka. Akan tetapi sebaliknya kita akan terus bertindak untuk menghidupkan semua sistem pemerintahan Islam dalam semua bidangnya sehinggalah terbentuknya kerajaan Islam di atas asas sistem fikrah kita ini.

(5) Selepas itu kita mahu mencantumkan semula setiap bahagian tanahair Islam kita, tanahair yang telah dipecah belahkan oleh politik barat dan yang dihapuskan perpaduannya oleh sikap tamak-tamak dan haloba negeri-negeri Eropah. Bagi mencapai tujuan ini kita tidak dapat menyetujui segala pembahagian sempadan dan negara yang dilakukan dengan tujuan politik seperti yang ada sekarang. Kita juga tidak menerima segala perjanjian antarabangsa yang menyebabkan tanahair umat Islam dipecah-belahkan menjadi negeri-negeri kecil yang lemah dan dikotak katikkan supaya mudah ditelan oleh para perampas. Kita juga tidak akan berdiam membisu terhadap perbuatan menceroboh kebebasan umat-umat yang lemah ini dan segala bentuk cengkaman ke atas mereka. Mesir, Syria, Iraq, Saudi, Yaman, Libya, Tunisia, Algeria, Morocco, Malaysia dan setiap jengkal bumi yang di dalamnya terdapat insan muslim yang mengucapkan Lailaha illa Allah, semuanya itu adalah merupakan tanahair Islam yang terbesar. Kita terus menerus berusaha demi untuk memerdekakannya dan menyelamatkan serta melepaskannya dari cengkaman luar dan akhirnya mencantumkannya semula segala bahagiannya yang bercerai-berai itu.
Jika sekiranya seseorang Jerman itu meletakkan dirinya sebagai pembela kepada sesiapa sahaja orang yang berketurunan darah Jerman, maka aqidah Islam pula mewajibkan setiap orang muslim sebagai pembela kepada setiap insan yang meresap masuk ke dalam dirinya ajaran kitab Qur’an. Menurut istilah Islam, faktor-faktor keturunan darah-daging tidak boleh dianggap lebih kuat hubungannya dari faktor iman kepada Allah. Dalam persoalan ini aqidah Islam itu yang merupakan segala sesuatu kerana iman itulah yang membezakan di antara kasih sayang dengan kebencian. 

(6) Selepas ini kita mahu pula panji-panji Allah itu kembali berkibaran di angkasa segala pelusuk dunia yang pada suatu masa dulu pernah menikmati kebahagiaan hidup di bawah fikrah Islam, iaitu negeri-negeri yang pernah berkumandang suara azan dengan ucapan takbir dan tahlil membesarkan Allah. Kemudian malangnya negeri-negeri tersebut menjadi malap cahayanya lalu jatuh semula ke tangan kafir setelah beriman. Sepanyol, Sicily, negeri-negeri Balkan(Bosnia, Croatia, Serbia dll) dan Itali Selatan semuanya itu adalah negeri-negeri kepunyaan umat Islam yang mesti kembali semula kepangkuan Islam. Laut Mediterranean dan Laut Merah sebagai dua tasik kepunyaan umat Islam mestilah dikembalikan seperti sediakala.
Jika sekiranya Mussolini (Diktator Italy semasa perang dunia kedua) berpendapat bahawa beliau berhak mengambil empayar Rom yang telah diwujudkan di atas asas kehalobaan dan hawa nafsu, maka kita pula berpendapat bahawa kita adalah berhak mengembalikan keagungan empayar Islam yang telah diwujudkan di atas asas keadilan dan keinsafan dengan tujuan menyebarkan cahaya serta petunjuk bagi seluruh umat manusia. 

(7) Selepas itu, di samping perkara-perkara yang dicita-citakan tadi, kita mahu mencanangkan seruan dakwah kita kepada seluruh dunia dan kita mahu menyampaikannya kepada sekalian umat manusia sehingga meresap keseluruh pelusuk bumi dan sehingga tunduklah setiap makhluk yang angkuh itu kepada seruan tersebut, agar tidak lagi berlaku fitnah dan kembalilah ugama itu semuanya kepada Allah. Pada ketika itu bergembiralah orang-orang mukmin dengan pertolongan Allah. Allah pasti menolong sesiapa yang di kehendakinya kerana Dia adalah Maha Gagah lagi Maha Penyayang.

Perlu di sebut bahawa setiap tahap program induk tadi telah lengkap mempunyai perencanaannya, pecahan serta wasilah-wasilah yang boleh digunakan. Tetapi di sini kita memadai dengan serba ringkas tanpa membicarakannya dengan panjang dan perincian. Allah jualah tempat kita memohon pertolongan dan memadailah Dia sebagai tumpuan kita dan sebaik-baik pengawal.
Biarlah orang-orang yang culas serta pengecut itu berkata kononnya dakwah kita ini "hanya suatu angan-angan yang begitu jauh dan suatu dongengan yang menawan hati manusia.
Sebenarnya itulah yang dikatakan kedayusan yang kita tidak pernah kita kenali dan tidak juga diajar oleh Islam. Itulah dia yang dikatakan al-wahn atau sifat pengecut yang dilemparkan ke dalam hati umat kita ini lalu mendedahkannya kepada musuh-musuh, dan itulah yang dikatakan kemusnahan hati sanubari serta kekosongannya dari iman dan inilah yang merupakan sebab  kejatuhan umat Islam.
Namun demikian, kita tetap mengistiharkan dengan jelas serta terus terang bahawa sesiapa orang muslim yang tidak percaya kepada program induk dakwah kita ini dan tidak bekerja untuk menjayakannya maka mereka tidak langsung mempunyai saham kepada Islam. Eloklah ia mencari fikrah lain untuk dipercayai dan bekerjalah dengan ideologi tersebut.

Wahai angkatan pemuda,
Sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah berbanding dengan angkatan yang terdahulu dari kamu yang diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh itu janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah hendaklah kamu meletakkan di ruang matahati kamu akan firman Allah (Al-Imran:173):
الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Mereka berkata kepadanya: sesungguhnya orang ramai telah pun mengumpulkan tenaga terhadap kamu, hendaklah kamu merasa takut kepada mereka itu, tetapi mereka ini menjadi bertambah kuat imannya. Lalu mereka berkata memadailah Allah itu untuk kami dan Dialah sebaik-baik pengawal.
Kita akan mendidik diri kita sendiri supaya terbentuklah dari kalangan kita ini apa yang dinamakan individu muslim.  Kita juga akan mengasuh rumahtangga kita supaya lahirlah daripadanya nanti apa yang kita sebutkan sebagai rumahtangga muslim. Kita juga akan membentuk umat kita supaya terbentuklah apa yang dinamakan umat Islam. Dan sudah tentu kita akan turut serta ke dalam umat Islam ini dan kita akan terus menerus bergerak menurut langkah-langkah yang sudah ditetapkan menuju hingga ke hujung jalan dan sehingga tercapai sasaran yang Allah tentukan kepada kita; bukan sasaran yang kita sendiri menentukannya. Dan dengan izin Allah  serta pertolongannya kita akan tiba di matlamat yang ditujui. Allah tetap enggan melainkan mesti menyempurnakan citaNya walaupun dibenci oleh orang kafir.
Bagi menghadapi persoalan ini kita telah pun menyediakan iman yang sekali-kali tidak akan bergoyang, kerja-kerja yang tidak tersekat-sekat, kepercayaan yang tidak luntur kepada Allah, bahkan kita juga telah menyediakan jiwa raga yang merasai sebahagia-bahagia hari baginya ialah hari yang mereka gugur sebagai para syuhada' di jalan Allah. 

Jadikan itu semua sebagai polisi dalaman dan luaran kita kerana kita mengambil pengertian tersebut dari hakikat Islam sendiri. Pemisahan di antara ugama dengan politik bukanlah dari ajaran Islam yang maha suci. Orang Islam yang tulin keugamaannya dan yang benar-benar memahami segala pengajarannya tidak mengerti pemisahan seperti itu. Oleh itu sesiapa jua yang cuba hendak memesongkan kita daripada hakikat manhaj ini, maka eloklah dia meninggalkan kita kerana orang seperti itu tidak terkeluar dari salah satu dari dua jenis manusia iaitu:
musuh kepada Islam atau pun jahil mengenai hakikat Islam.

Wahai angkatan pemuda !
Silaplah orang-orang yang menyangka kononnya angkatan Islam ini ialah suatu kumpulan Darwisy-Tok Lebai yang mengongkong diri di dalam ruangan sempit ibadat Islam yang hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, zikir dan tasbih sahaja. Sebenarnya angkatan Islam yang pertama dahulu tidaklah memahami hakikat Islam dalam bentuk yang sempit seperti itu; mereka juga tidak beriman dengan cara begitu; akan tetapi mereka itu beriman dengan Islam sebagai aqidah serta ibadat, sebagai tanahair dan kebangsaan, sebagai akhlak serta kebendaan, sebagai kebudayaan dan undang-undang serta toleransi dan kekuatan.
Mereka yakin bahawa Islam itu adalah suatu sistem yang sempurna yang sesuai dengan segala bidang kehidupan dan mampu menyusun urusan dunia seperti mana ia menyusun urusan ke akhiratnya. Mereka yakin Islam itu sebagai suatu sistem yang mempunyai kedua-dua sudut amalan dan teorinya sekali. Dengan keyakinan seperti itu maka Islam bagi mereka ialah ugama dan negara serta Qur’an dan pedang.
Namun demikian mereka tidaklah pula lalai dari menunaikan urusan peribadatan mereka dan tidak culas menunaikan segala fardhu yang diwajibkan untuk Tuhan mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk mengelokkan lagi tata tertib solat. Mereka juga membaca kitab Allah serta berzikir kepada Allah menurut cara yang disuruh oleh Allah dalam batas-batas yang ditentukan kepada mereka, tanpa mengada-ngada dan melampau-lampau, dengan tidak bermain-main di kulit luar dan tidak pula terlampau mendalam berlebih-lebihan. Mereka itu lebih mengetahui mengenai sabda Rasulullah s.a.w yang bererti:
ان هذا الدين متين فأوغل فيه برفق إن المنبت لا أرضا قطع ولا ظهرا أبقى
Sesungguhnya ugama Islam ini amat kukuh; oleh itu resapilah ke dalamnya perlahan-lahan. Sesungguhnya orang yang sangat keterlaluan itu akhirnya tidak ada bumi yang dijalaninya malah tidak pula ia kekal sebarang tunggangannya.
Meskipun demikian namun mereka tetap jua mengambil bahagian mereka dari keduniaan sekira-kira kadar yang tidak merosakkan akhirat mereka; mereka beramal dengan firman Allah: (surah Al - A’raf : 32)
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنْ الرِّزْقِ
Katakanlah: siapakah pula yang mengharamkan perhiasan Allah yang diberikannya kepada hamba-hambanya dan juga rezeki yang baik-baik itu ?
Angkatan Islam mengerti bahawa sebaik-baik gambaran yang diberi kepada para sahabat Rasulullah s.a.w ialah:
رهبان فى الليل وفرسان فى النهار
Ertinya :
Pendeta di malam hari dan satria yang gagah perkasa di siang hari.
Demikianlah pula angkatan Islam ini cuba membentuk diri mereka - Allah jualah tempat kita memohon pertolongan.

Silaplah juga mereka yang menyangka kononnya angkatan Islam mengabaikan tanahair dan patriotik.
Sebenarnya orang-orang Islamlah yang paling ikhlas kepada tanahair mereka. Merekalah yang paling banyak berkorban kepada tanahair. Merekalah orang yang paling menghormati sesiapa juga yang bekerja dengan ikhlas untuk tanahair. Lihatlah, saudara sendiri mengetahui sejauh mana angkatan Islam menyintai tanah air dan setinggi mana pula mereka bercita-cita untuk kebaikan umat mereka. 

Tetapi perbezaan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang lain yang mendakwa pejuang tanahair ialah asas patriotis Islam ialah aqidah Islamiyah. Oleh itu maka pejuang Islam yang bekerja untuk sesebuah tanahair -misalnya Mesir(atau Malaysia), berjuang pada jalannya dan mereka sanggup mati dalam jihad seperti itu adalah kerana negeri Mesir itu ialah termasuk ke dalam bumi Islam. Mereka kemudiannya tidak pula membataskan perasaan patriotis ini kepada negeri Mesir sahaja tetapi mereka merangkumkan juga setiap bumi Islam dan setiap tanahair orang-orang Islam.
Adapun pencinta tanahair yang tidak bersifat Islam akan membataskan kecintaannya itu kepada bangsanya sahaja. Mereka pula biasanya hanya berjuang kerana ikut-ikutan, sukakan promosi, mencari kebanggaan atau kerana kepentingan-kepentingan yang tertentu. Mereka berjuang bukan menurut kewajipan yang Allah turunkan kepada hamba-hambanya. 

Memadailah untuk saudara mengetahui bahawa faham patriotisma mengikut angkatan Islam ialah mereka yakin dengan sepenuhnya bahawa kecuaian terhadap sejengkal sekalipun dari bumi yang didiami oleh orang-orang Islam adalah suatu jenayah yang tidak boleh diampuni, hinggalah mereka dapat mengembalikannya atau pun biarlah mereka mati kerana berjuang untuk mengembalikannya. Mereka yakin bahawa mereka tidak akan terselamat dari balasan Allah melainkan dengan berbuat demikian.
Silaplah lagi orang-orang yang menyangka kononnya angkatan Islam ini merupakan penyeru ke arah kemalasan atau keculasan. Sebenarnya angkatan Islam mengistiharkan saban waktu bahawa seseorang muslim itu mestilah menjadi pimpinan dalam segenap perkara. Mereka tidak berpuas hati selagi tidak dapat memimpin, bekerja, dan berjuang serta mendahului orang lain dalam setiap urusan, sama ada dalam bidang ilmu pengetahuan, kekuatan, kesihatan, dan juga kekayaan. 

Perlu disebut bahawa apa jua kemunduran dalam sesuatu bidang adalah merosakkan fikrah perjuangan kita dan menyalahi pula ajaran ugama kita.
Meski pun demikian kita memanglah menolak fahaman kebendaan(materialisma) yang menimpa umat manusia, lalu membawa mereka ke arah hidup untuk diri sendiri sahaja(individualistik) dan mendorong mereka mengguna segala kemudahan semula jadi, segala masa dan tenaga ke arah kehebatan diri sendiri semata-mata. Dengan demikian maka seseorang dari mereka itu tidak akan bekerja untuk faedah orang lain walau sekecil-kecil khidmat sekalipun malah ia tidak akan mengambil tahu walau sedikit pun dari hal umatnya. Sabda Nabi saw yang bermasud:
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Sesiapa yang tidak menghiraukan urusan umat Islam maka dia bukanlah daripada mereka.
Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud:
إن الله كتب الإحسان على كل شئ
Allah mewajibkan kesempurnaan dan keelokkan dalam setiap perkara.
Silap juga orang-orang yang menyangka kononnya angkatan Islam itu adalah juara penyeru ke arah sentimen perkauman. Sebenarnya kita dari angkatan Islam ini memahami bahawa Islam sangat-sangat menghormati hubungan umum di kalangan umat manusia seperti mana yang tersebut di dalam firman Allah(surah Al-Hujurat:13):
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
Wahai sekalian manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal - kenalan.
Kita mengetahui bahawa Islam itu datang membawa kebajikan kepada semua manusia dan sebagai suatu rahmat kepada sekalian makhluk. Mana jua ugama yang tugasnya demikian rupa adalah jauh sekali dari perbuatan yang memecah belahkan hati manusia dan hasut-menghasut sesama mereka. Qur’an sendiri menguatkan perpaduan ini dengan firman Allah (Al- Baqarah:285):
لا نفرق بين أحد من رسله
Kami tidaklah membeza-bezakan sesiapa pun dari antara para Rasulnya.
Perlu disebut bahawa Islam melarang dan mengharamkan pencerobohan hinggakan dalam keadaan kemarahan dan permusuhan sekalipun, Allah berfirman (Al-Maidah: 8):
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
Dan janganlah kamu dipengaruhi oleh kedudukan satu-satu pihak sehingga kamu berlaku tidak adil kerana ianya adalah lebih hampir kepada taqwa.
Dan Islam menganjurkan kebajikan dan kebaikan di kalangan warga negara sesebuah negara walaupun mereka itu berlainan aqidah dan ugama. Allah berfirman (Al-Mumtahanah:8):
لَا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ
Allah tidaklah menegah kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu pada ugama dan yang tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu.
Islam juga menganjurkan kita berlaku adil kepada orang-orang zimmi (orang tidak Islam di dalam negara Islam) dan bergaul baik dengan mereka. Ini ialah menurut dasar :
لهم ما لنا وعليهم ما علينا
Ertinya:
Mereka mendapat hak sama seperti kita dan mereka memikul tanggungjawab seumpama kita juga.
Kita mengetahui semuanya itu; oleh kita tidaklah menyeru ke arah faham apartheid dan tidak juga ke arah faham fanatik kelompok. Walaubagaimanapun, kita tidaklah pula menjual iman kita dengan harga perpaduan tersebut dan kita tidak juga bersedia untuk tawar-menawar kerana menegakkan perpaduan tadi sehingga tergadai akidah kita. Kita tidak akan sanggup berusaha untuk menegakkan perpaduan tersebut hingga mengorbankan kepentingan orang-orang Islam. Sebaliknya, cukuplah kita bersedia mengorbankan perpaduan demi kebenaran dan keadilan, tetapi lebih dari itu.
Oleh itu, barang siapa cuba membuat selain dari itu maka tentulah kita mesti menghalangi perbuatannya dan kita akan jelaskan kepadanya kesilapan fahamannya itu. Bagi Allahlah segala kebesaran dan bagi Rasulnya dan juga bagi orang-orang mukminin.
Suatu kesilapan juga orang-orang yang menyangka angkatan Islam ini bekerja untuk kepentingan badan yang tertentu atau pun mereka bergantung dagu kepada mana-mana kumpulan. Sebenarnya angkatan Islam ini bekerja untuk mencapai segala matlamat mereka sendiri menurut petunjuk dari Tuhan mereka iaitu bersama Islam dan pemeluknya di setiap masa dan tempat. Mereka membelanjakan apa yang dianugerahkan oleh Tuhan mereka demi untuk mencapai keredhaannya. Mereka merasa bangga kerana sehingga sekarang pun mereka masih belum pernah lagi menadah tangan kepada sesiapa dan mereka tidak pernah meminta pertolongan dari mana-mana orang atau badan atau pun mana-mana kumpulan. 

Wahai angkatan pemuda !
Di atas dasar-dasar yang tetap dan berdasarkan ajaran-ajaran yang mulia inilah kita menyeru anda sekalian. Jika anda percaya kepada fikrah perjuangan ini dan anda menurut jejak langkahnya, memasuki bersama kita jalan Islam ini, melepaskan diri dari sebarang fikrah yang lain, menguntukkan segala tenaga untuk aqidah anda, maka itu adalah sebaik-baik pendirian untuk anda di dunia dan juga di akhirat. Insyaallah, Tuhan akan menjayakan melalui anda seperti mana yang dijayakannya melalui angkatan salaf yang terdahulu dari anda ketika zaman permulaan dulu.
Dengan itu, setiap pekerja yang ikhlas dari anda yang bekerja di jalan Islam akan mendapati balasan yang memuaskan cita-cita nuraninya dan setimpal dengan masanya, jika ia benar-benar termasuk ke dalam golongan pejuang-pejuang tulin.
Akan tetapi sebaliknya, jika anda enggan dan terus menerus berdolak-dalik dan teragak-agak, atau masih mencari-cari antara perjuangan bukan Islam sebenar yang telah ternyata gagal, maka ketahuilah bahawa batalion tentera Allah akan terus mara tanpa menghiraukan sama ada sedikit atau ramai dengan penuh yakin kepada firman Allah (Al-Imran:126):

WAHAI PEMUDA !
Pemuda adalah harapan semua ummat untuk mengembalikan ummat. Perlukan:
·       fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
·       faham dakwah yang betul
Dakwah kurun ke 15 Hijrah.
·       Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM (5:3) manusia sedang menunggu-nunggu.
·       Ianya perlukan pengorbanan (Kesah Seerah Nabi dan Sahabat)
·       Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam beberapa lama.
Tugas kita:
·       Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
·       Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
·       Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
·       Berjuang terus hingga mati.
·       Slogan kita : ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
·       Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.
·       Titik kekuatan:
·       Iman
·       Ukhuwwah
·       Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb)
·       Program kita:
·       Individu Muslim
·       Rumahtangga Muslim
·       Ummat Islam
·       Kerajaan Islam
·       Watan Islam (Tanahair)
·       Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
·       Menjadi pemerintah dunia.
Lain-lain
·       Disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak bekerja kearah ini maka sila cari cara lain.
·       Kita bukan lemah (3:173)
·       Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll.
·       Islam adalah sistem yang sempurna.
·       Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
·       Orang Islam ialah: Pendita dimalam hari dan satria disiangnya.
·       Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semua kerana Iman.
·       Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
·       Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita.
·       Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.
·       Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
·       Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
·       Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3:126)

Wallahualam.

Dan tanpa sedar saya sudah pun megaplikasikan qaedah itu dalam kehidupan seharian saya selama ini
"Awak kurangkanlah minum kopi ni,tak baik untuk kesihatan"
"Tak apa lah,saya kena korbankan kesihatan daripada saya tidur dan tak dapat study dengan baik,dan akan effect pelajaran dan exam"
Kadang-kadang kita kena pertahankan jugak kepentingan dan kemaslahatan kita pada masa tu,takkan terus-terusan kita kena dengar nasihat orang...ohh walaupun kata-kata saya selama ini selalu je nak dipertahankan,bukannya keras kepala,tapi minta maaf sebab saya memang berpegang pada prinsip..
Jika prinsip itu akan terus membawa kepada kebaikan dan tidak membawa kepada memudharatan kepada diri.

Hurriyatul Izah
1019am
Bayt Ghuraba Simsar
Irbid Jordan
 

Sunday, April 29, 2012

Lakaran Hati UntukMu

 "In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."

 Subhanallah.Maha Suci Allah yang telah menjadikan sesuatu itu sangat sempurna,


Kerana cinta dan sayang aku akan terus mendakwahi kamu

teruslah berpegang erat teman

Kebelakangan ini hatiku terasa sebak wahai teman

tahukah kamu kenapa

aku sedih aku kasihan melihat kamu

maafkan aku kurang menunaikan hak yang satu itu

dikesempatan waktu yang masih lagi berbaki

Moga Allah berkati untukku


Temanku yang disayangi

Carilah waktu untuk hidupmu

Carilah waktu untuk mengenal dirimu

Carilah waktu itu selagi aku masih disisimu

Carilah semula puncak kebahagiaanmu

Carilah sebuah hati untuk diri mu 

aku yang sentiasa mendoakanmu




"Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!"
 
07.57am
hurriyatul Izah
bayt ghuraba' simsar
Irbid Jordan
 

Friday, April 27, 2012

Calling and finding for freedom

Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.



kicauan burung dipagi hari
mentari pagi menjelmakan dirinya

Suara tangisan anak kecil itu
tiada pernah henti

Disubuh hari dipagi hari
Saban hari anak-anak kecil itu dizalimi
Meratapi nasib diri mereka
Menghitung hari keseksaan yang
Dilakukan zionos laknatullah
merenung jauh melihat sekelilingnya

Rumahnya tiada lagi
hanya robohan bangunan menjadi teduhannya

Compang-camping pakaiannya
Ibunya ke mana
Ayahnya tidak pulang setelah sekian lama
hilang kawan sepermainan
Saban hari menatap matanya dengan daging berkecai
Wajah-wajah yang bergelumuran darah
hirup pikuk das-das tembakan
bunyi bom sudah sebati dipendengarannya
Teriak dan tangisan mereka tanpa henti
Setelah sekian lama
Seluruh dunia menjadi saksi penderitaan mereka
Sampai bila kita hanya mampu melihat semua
Suara kita! tanggungjawab kita!
Suara kebangkitan ! Suara kebebasan!
fifty years fifty years !!!
we see the their sufferings
and despite that we ignore them
and remain unaffected
Adakah penawar bagi mereka
Untuk racun segala kekejaman zionis







meidan At-Tahrir, perkarangan terpenting di ibukota Kaherah. Kelihatan Masjid Ibadur Rahman. Di sebelah kirinya bangunan melengkung, ikon (mercu tanda) medan tersebut dipanggil “Mujammak”. Protes aman tidak sepatutnya dibalas dengan peluru hidup. Namun sekiranya cara aman tidak dimengerti, Allah mengajar umat Islam hidup dengan kekuatan untuk memenangkan Kebenaran dengan ganjaran yang besar.



Bismillahirahmanirrahim....
"Ya Allah hancur leburkanlah pasukan mereka,kacau bilaukanlah persatuan mereka
Cerai beraikanlah pakatan mereka goncangkan pendirian mereka
Dan kami berlindung denganMu dari segala kejahatan mereka
Hantarkanlah Ya Allah anjing-anjing kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan Bala tentera Ahzab
Kalahkan lah mereka menangkanlah kami keatas mereka..."
اللهم اعد المسجد الاقصى الى رجال المسلمين اللهم انصر الاسلا والمسلمين
اللهم اعزو الاسلام والمسلمين وازلة الشرك والمشركين ودمر الاعداء الدين


3.33pm
Hurriyatul Izah
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan

Thursday, April 26, 2012

Campus dan Tarbiyah

"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."


perbualan terhenti di situ. tengah seronok2 bercerita tiba2 offline.dia terasa hati ke? alamak...

kenapa semua orang busy ??
omelku dalam hati lagi
dan perbualn kami terputus begitu saja
...........................

Sibuk sangat ker along,angah pun sama jugak,sampai aku call pun xjawab..keluhku lagi
Ku campak jauh perasaan su' zhon dari hati ini
Abangah,along,ketahuilah adikmu kini memerlukan kalian,merindui sangat,sampai nak tanya khabar pun tak dapat..mana gelak ketawa,senda gurau,nasihat-nasihat..

tapi..

monolog seorang adik. lama dia termenung dihadapan laptopnyanya.buku fiqh sirah segera dicapainya.

"kerana itu janganlah anda dekati orang itu., jangan berbicara dengannya dan jangan pula mendengarkan kata-katanya. ini kerana jika dia berbicara, kata-katanya bagaikan sihir. perkataanya dapat memisahkan anak dan bapa, merenggangkan saudara sesama saudara dan menceraikan suami isteri."

serangkap kata2 yang perlahan menembusi hatinya. seakan Allah sedang memujuk hatinya yang kesedihan. Sirah Thufail bin Amr terus ditelusuri hingga ke akhirnya. Semakin dibaca semakin berat hatinya dek kerana sebab yang memenuhi rasa. Di perenggan yang terakhir hatinya tak tertahan lagi. air matanya tak dapat di bendung lagi. Dia merasa begitu semangat dan terkesan dengan keazaman dan pengorbanan seorang Thufail bin Amr. Esakan memenuhi ruang bilik itu.

InshaAllah apa yang aku buat ini betul. Rasulullah dan para sahabat juga pernah mengalami perkara yang sama dalam menegakkan sebuah kebenaran. Satu hakikat yang akan pasti terjadi apabila kita menyampaikan sebuah kebenaran;

merenggangkan saudara sesama saudara
mungkin buat masa ni, aku perlu mengorbankan sedikit emosi dan kesabaran aku.. satu hari nanti kebenaran akan tersingkap. Redho Allah yang ku buru walau manusia mencemuh. Yang merenggangkan kita adalah kesempurnaan iman dan aqidah.

            ******************
 jam di tangan menunjukkan pukul 2.17pm,kitab qawaidh disebelah bantal masih belum ku sentuh,entah mengapa sejak dua tiga hari ni rutin untuk mengulangkaji sebelum kelas semakin tak menjadi,kusut kepala masih belum hilang,merehatkan badan seketika....
berat,berat,entah kenapa hati tiba-tiba rasa berat sangat nak gi kelas petang ni,sudah satu kelemahanku nak betul-betul fokus dalam kelas waktu petang...
dan debaran dihati ni tak pernah lagi hilang,semenjak semenjak beberapa bulan nie..


Lalu ku capai buku halaqah kesayanganku diatas meja,membelek-belek isi-isi catatannya,dan tiba-tiba tangan ku terhenti



Umar tilmisani ini, salah seorang hakim mahkamah tinggi, di mesir. Dia juga adalah mursyidul am Ikhwanul muslimin yang ketiga. Seorang da’ie, seorang murobbi, yang sangat hebat. Dia sangat hebat, sampai dikatakan dia itu, meninggalkan kesan positif pada setiap orang yang pernah berhubungan dengannya.”

hebat betul orangnya.

bagaimana dia ini, boleh tertarik dengan islam? Tertarik dengan ikhwanul muslimin?

dia asalnya islam,tapi islam pada nama.

pada masa itu, Umar tilmisani ini hendak menghadiri perbicaraan. Jadi dia nak naik keretapi dari Kaherah ke Iskandariah.

Dalam pada dia tengah menunggu tu, dia terlihat kelibat seorang tukang sapu. Dia tengok, tukang sapu itu menyapu dengan penuh keikhlasan. Dia tertarik melihat peribadi seorang yang begitu mulia itu.

Dia pun pergi dan bertanya kepada tukang sapu itu. Tukang sapu itu pun menceritakan kepadanya, tentang islam. Umar Tilmisani ni pun kagum dengan akhlak yang ditunjuk oleh tukang sapu itu. Akhirnya, umar tilmisani ni, ikut halaqoh dengan tukang sapu itu.”

wah, hakim mahkamah tinggi, ikut halaqoh dengan tukang sapu?

ya.cuba kita bayangkan, betapa hebatnya tukang sapu itu. Padahal bukan sesiapa pun, cuma tukang sapu. Tapi cuba kita lihat, sampai boleh halaqohkan hakim mahkamah tinggi. Maksudnya, kalau pun kita tak berjaya dalam akademik, don’t be sad, mungkin ada kebaikannya nanti.

Kita memang kena usaha, tapi kalau Allah tak bagi, maknanya Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita. Mana tahu, suatu hari nanti,kita jadi tukang sapu macam itu?..pp

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga
Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
(syed Qutb)


Membaca bait-bait ini membuatkan mataku berair,bergenang. Kehangatannya hampir pecah membasahi pipiku.

memang tercampak terus hati ni,terasa bagai semangat baru yang mengalir dalam diri,iaitu ruh jiddiyah,alhamdulillah,moga Kau terus mengurniakan ilham untukku serius dalam pelajaran...
memang kadang-kadang malas dan futur akan terus menyapa,syaitan lagi-lagi lah suka menghasut,punya lah general diaorang hantar,tapi bila kita cepat dapat detect tandanya iman masih ada Allah masih sayangkan kita,teruslah mujahadah melawan kemalasan dan kefuturan itu...


terngiang-ngiang pesanan murabbiku,

"jadilah insan yang cemerlang dalam DnT,cemerlang dalam belajar,walaupun dnt no1 tapi study bukan no2"



belajar pun satu wasilah,tajdid niat semula,semoga setiap amalan dan ibadah diterima Allah,dikurniakan ilmu yang berkat agar mudah perjalanana hidupku didunia agar mudah laluanku ke syurga,memakmurkan tugas sebagai khalifahNya dimuka bumi ini.



kurang dari 2 bulan lagi aku bakal menjadi graduan universiti,hari-hari yang akan aku lalui selepas itu akan berbeza,kehidupan sebagai seorang pelajar akan berakhir,entah bila lagi aku berpeluang untuk belajar lagi..
mungkin ini untuk kali terakhirnya,lakarkan lah sesuatu yang terbaik,imtihan yang terbaik fokus dan faham yang lebih baik,sebelum suatu hari nanti aku akan bersedih dan menyesal akan kehilangan waktu ini,nikmatilah dengan terbaik...

Alhamdulillah,Allah permudahkan,ini memang yang terbaik yang Allah tetapkan,ku segera mencapai beg galas dan buku diatas meja,iringan doa dan tawakal padaNya,kaki ini melangkah keluar dari rumah... 


meneruskan hayunan langkah ke jamiah,tekad azam,cita-citaku,moga Dia mendengarnya...


Subhanallah


Allahukhbar


Kerana Sebuah Tarbiyah


Cinta darinya memberiku kekuatan


Cinta darinya memberiku kesedaran


Tapi semuanya datang kerana


Cinta yang disandarkan kepadaNya


Cinta yang hanya layak untuk DIA... 




Hurriyatul Izah
11.09PM
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan

Tuesday, April 10, 2012

Anugerah,Satu Anugerah

Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakhbar..

Subhanallah,aku mencintai mereka,subhanallah aku menyanyangi mereka...

Dari sudut hati yang paling dalam ingatan ku pada seorang insan yang disayangi tak pernah hilang,sering terasa sesuatu kekurangan,kerinduan dihati hanya Allah sahaja yang tahu,pemergiannya disaat usiaku masih memerlukan kasih sayangnya,moga ruhnya disisi orang-orang yang beriman Ya Allah rahmatilah dia...

Anugerah,satu anugerah,kau hadirkan insan-insan yang bermakna dan bererti dalam hidupku,bercambah mekar kasih sayang kami,Syukur dengan nikmatMu yang satu ini,Kau gantikan sesuatu yang lebih baik untuk kebahagian kami,Thank You Allah,Thank You Allah...
Bahagia kami moga selalu dalam redha dan pemeliharaanMu,tempatkan kami dikalangan hamba yang taat dalam melaksanakan tugas sebagai 'abid&khalifahMu,panjang umur untuk terus memakmurkan tugas ini,mekar kasih dalam cahaya&Nur Islam Mu..

~alhamdulillah,tahun ni bakal bertambah 2 orang lagi anak sedara,terimakasih kehadiran kalian memberi warna-warni dalam hidup mak dik~

~mood merindui anak-anak saudara~
Hurriyatul Izah
1108pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan 



Hati Ku Sebenarnya Di Mana??

         “Hani, saya balik dulu.”
“Kenapa? Tak nak makan sekali ke?”
“Tak kot,nak terus balik rumah.” 
“Ohh ok.”
Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 3.55petang. Aku melajukan hayunan langkah keluar dari jamiaah. Sebelum tiba di rumah, aku singgah ke mat'am  untuk membeli sedikit makanan untuk berpuasa pada hari esoknya. 

Hatiku terus berbisik. Fikiranku terus berkata. Dan hatiku terus meraung. 

Sampai bila aku harus macam ni? 
Setelah sekian lama,membiarkan diri terus-terusan dalam keadaan ini?
Membeku dan membatukan diri sahaja?

Bila kali terakhir aku menangis ketika berhadapan dengan Allah? 
Tak,memang aku selalu menangis,dan teru-terusan menangis...

Bila kali terakhir aku gementar di saat ketika aku mahu bermaksiat? 
Tak...aku tak sengaja,kadang-kadang iman lemah,kita bukan yang sempurna,kita bukan malaikat

Bila kali terakhir aku serius dalam belajar demi memudahkan kerja dakwah? 
Aku dah buat kerja dakwah kan sebelum ni,ramai lagi mad'u kat luar sana yang masih mampu,yang masih layak,bagi pulak peluang tu pada mereka...exam berderet-deret ni,kena fokus jugak
 Astaghfirullahhal'azim,

Kenapa mesti banyak beralasan??

Bila syaitan sudah membisik-bisik kan kata-kata itu



tet,tet...bunyi messege masuk...

are you really ok,sis...??

tak akak,saya masih belum stabil sepenuhnya,maaf...



Kenapa boleh jadi macam ni? 

Mutabaah tidak stabil. 

Penghasilan dakwah masih lagi tidak jelas. 

Di manakah silapnya? 

Mungkin saja keikhlasan. 

Sejauh mana aku berbuat ini, serius kerana mengejar Allah? 

Atau mungkin ini ujian? 

“Awak perlu tahu membezakan antara azab dan ujian.” 
“Maksudnya?” 
“Satu musibah itu digelar sebagai ujian apabila ia diturunkan kerana Allah sayangkan kita. Tapi, satu musibah itu digelar azab, apabila ia diturunkan kerana Allah sedang marahkan kita.” 

Adakah aku sebenarnya sedang di azab? 

Astaghfirullah!!! 

Ya. Mungkin aku sedang di azab! 

Aku buat semua ni kerana apa sebenarnya?! 

Kerana apa?! 

Kerana Allah?! 

Jika ya, kenapa tidak seperti kerana Allah?! 

Kenapa seperti melepaskan batuk ditangga? 

Yang mana hasilnya itu, kau sendiri tidak mahu melihatnya! 

Aku kat mana sebenarnya…? 

Siapa aku sebenarnya…? 


+++

Selesai mensiapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan. Aku mengambil serta menciumi buku bertajuk “Ibadah Sepenuh Hati” atau judul asalnya ‘Ibadatul Mu’min karangan Amru Khalid. 

Aku membelek muka surat yang sudah ku tanda. 

Aku mencari. 

Dan mata aku mula menemui perenggan yang sudah berkali-kali aku ulangi bacaannya. 

+++ 

Malulah akan teguran Allah! 

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata, “Tatkala turunnya ayat 

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ  وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُو
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
[QS Al-Hadid, 57:16]


Waktu itu baru empat tahun kami masuk Islam. Namun Allah telah menegur kami dalam hal kekhusyukan solat. Kami pun kemudian keluar untuk saling menegur satu sama lain, dengan mengatakan, “Sudahkah kalian mendengar bahawa Allah telah berfirman, "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah?" Salah seorang lelaki pun kemudian sempat terjatuh akibat menangis atas teguran Allah terhadap diri kami.” 

+++ 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam mengingat Allah? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam mengerjakan solat? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam berbuat kerja dakwah dan tarbiyah? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam belajar semata-mata demi agama Allah? 

Rasailah bahawa Allah telah menegur engkau, meski hanya sekali! 

Malulah atas teguran Allah! 


Carilah Semula Hati Engkau di mana Sebenarnya 

Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata,

"Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!"
Carilah semula puncak kebahagiaan. Perbaiki dirimu daripada terus di azab kerana dosa-dosa kita. 

Carilah sebuah hati untuk diri mu wahai diri……………… 

Jangan pernah putus asa menunggu di pintu, walaupan kita di tolak!
~Carilah redha Allah,cari hatimu yang baru,cari keikhlasan dari lubuk hatimu~
~Hurriyatul Izah~
1047pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid Jordan

Apabila Kita Mula Jatuh Cinta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
 
مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِ
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"
[QS Al-Ahzab, 33:3]
Siapa ada pengalaman dalam bercinta dengan manusia, sila angkat tangan! Oh, nampaknya semua tangan hanya terletak di mouse, jadi, insya-Allah yang sedang membaca ini semuanya suci-suci belaka. Maksudnya, tak pernah bercinta. Walaupun bercinta dengan bercouple tu sebenarnya dua perkara yang berbeza, tapi bukan itu yang saya nak bahaskan sekarang ini.

"Akh, ana ada minat pada seorang perempuan ni, macam mana akh?"
"Ok-lah tu, ana pernah dengar ada orang report roomate dia minat pada lelaki, hah, itu yang jangan!"
"So, ana nak buat macam mana?"
"Pertama, antum kena tahu bahwa rasa yang antum dapat itu datang dari Allah atau syaitan.." 
Dan lain-lain lagi... Saya pun dah tak ingat dah apa saya jawab.


Jatuh cinta?


Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita cenderung untuk melihat pada dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah dia, dapat tengok surat atau bayang-bayang dorm dia pun jadilah.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sangat peka terhadap orang yang bercerita dengan dia. Pantang terdengar, bukan betul pun kadang-kadang, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke inbox mesej kita, takut-takut nanti ada mesej yang belum direply. Tiba-tiba ada 14 miscall! Lagilah kita rasa cuak sebab takut nanti dia akan marah dan tak mahu kawan dengan kita lagi.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, ada yang sanggup habiskan RM10 semalam hanya sekadar mahu mendengar suara dia. Ada yang RM20, ada juga yang RM30 semalam. Hanya untuk mendengar suara. Kalau mahu berjumpa, RM200 seminggu itu bukan masalah.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa mengingat pada dia. Nak makan teringat pada dia, nak tidur teringat pada dia, nak buat benda tak senonoh kita teringat pada dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada dia.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, macam-macamlah yang kita sanggup buat demi dia.
Ok, banyak dah, rasanya ada di antara kita yang boleh menyambung puisi (kalau boleh dipanggil puisi lah) di atas.
Cuma, persoalannya, bila kali pertama kita jatuh cinta pada Allah SWT? Soalan kedua, bila kali terakhir kita bercinta dengan Allah SWT? Atau kita ini jenis yang tidak pernah mengenali apa itu cinta?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, sekerap manakah kita cenderung untuk melihat pada kata-kata Dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah Dia, dapat membaca dan melantunkan ayat-ayat-Nya pun jadilah. Pernah tak?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, seberapa pekakah kita terhadap orang yang bercerita dengan dia. Pantang terdengar, bukan betul pun kadang-kadang, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan Dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta. Pernah tak?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke jam di handset takut-takut waktu tahajjud dah terlepas. Inikan pula waktu subuh pun dah terlepas! Kemudian kita rasa cuak sebab takut nanti Dia akan marah dan tak mahu menebarkan nikmatnya pada kita lagi. Pernah tak?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai. Dan yang paling utama kita akan jaga ialah kebersihan hati kerana Allah tidak melihat pada luaran, tetapi hati. Pernah tak?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk mengingat Allah? Berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk membantu atau membuat kerja dakwah? RM1? RM2? Atau kita sanggup berhutang asalkan kerja dakwah berjalan?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa kali sehari kita akan mengingat pada Dia? Nak makan teringat pada Dia, nak tidur teringat pada Dia, nak buat kerja tak senonoh kita ingat pada Dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada Dia.
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, benarkah macam-macam yang kita sanggup buat demi Dia?

Pulangkan pada diri
Semua persoalan itu tanyakan pada diri kita masing-masing. Apapun jawapannya, pulangkan pada diri masing-masing. Kerana jika cinta di hati kita masih bermasalah, macam mana kita mahu membetulkan masalah cinta dalam diri orang lain.
Cukuplah. Sudah terlalu ramai orang yang dunia lebih dicintai oleh mereka. Hawa nafsu menjadi panduan mereka. Hinggakan, hidup mereka umpama anjing. Mahukah kita diumpamakan seperti itu?
"Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (هَوَاهُ), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir."
[QS Al-A'raf, 7:176]
Atau kita mahu diumpamakan oleh Allah seperti haiwan ternak?
“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” 
[QS Al-A’raf, 7:179]

Ataupun, kita mahu menjadi seperti ini,
“Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba di suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya.” 
[HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu Nu’aim bin Hammad]
Tepuk dada, tanyalah iman. Jika tiada iman, pergilah cari. Jangan tunggu. Hidayah perlu dicari, bukan dinanti. Kita ada hak untuk memilih apa tingkatan cinta untuk hati kita.
مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"
[QS Al-Ahzab, 33:3]
Mana mungkin kita cintakan syurga, dalam masa yang sama kita cintakan neraka
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

Inilah Masanya..
 
 ~Copy paste dari blog seorang akhi,dua hari lagi imtihan thani dah bermula,hati mencari sesuatu untuk membasahkan hati yang sedang kering~
~Syahadahku hari ini bagaimana???~
~kesalku masih belum terlambat~
 
 
 hurriyatul Izah
10.25pm
Bayt Ghuraba' Simsar
Waro' Sakan 
Irbid Jordan