بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, July 31, 2012

Warkah Cinta Ramadhan Edisi 1


In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Ramadhan...

12 ramadhan.hampir satu pertiga berlalu.
Muhasabah amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan, berjayakah menghasilkan taqwa?Moga Allah menilai dan menerima segala amalan..

Alhamdulillah,hari ini Allah masih lagi memberi peluang pada saya untuk bernafas dan memikirkan tanggungjawab khalifah dan ibadah.sebagai hambaNya yang diberi peluang untuk mentadbir muka bumi,Alhamdulillah usia saya telah menginjak 22 tahun ini.Banyak kenangan sepanjang hidup saya

Alhamdulillah...
Sebentar tadi,saya  baru mendengar forum Kau tercipta untuk Ku, pasangan Ustazah Fatimah Syarha & suaminya Dr. Farhan Hadi...Menarik sangat,persedian hati,jasadi dan rohani seorang wanita sebelum bergelar isteri penyejuk hati,tertampar hati saya,rupanya sangat banyak persediaan yang belum dilakukannya rupanya..

Tapi sekarang baru tersedar kena buat persediaan itu SECUKUP-CUKUPNYA..
Buka sekadar duit,material dunia,yang paling penting niat kena betul,ruhani kena selalu berhubung dengan Allah,jasad pun kena sedia,ilmu perkahwinan pun belum cukup lagi.
Mudah-mudahan usia yang lepas ,sekarang dan akan datang akan dipenuhi dengan keredhaan dan keberkatan Allah swt.

"Jika sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa pastilah kami akan melimpahi kepada mereka berkah dari langit dan bumi,tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami,maka kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.."(Al-'Araf:96)

Persedian itu bukan hanya dibuat apabila esok,lusa minggu depan,or bulan depan dah nak kahwin.
Buat masa ini,insyaAllah belum lagi keinginan untuk berkahwin.Tapi semuanya hanya perancangan,Allah telah tentukan semua itu,samaada bulan depan atau tahun depan,jodoh itu ketentuan Tuhan..

"tidak ada yang terbaik bagi dua orang yang saling mencintai kecuali menikah..."(HR.Ibn Majah)

Dengan perkongsian saya kali ini,saya ingin berkongsi sedikit sebagai hadiah buat semua yang pernah mengunjungi saya di sini,mungkin saya bukanlah yang selayaknya tapi saya berharap ianya bermanfaat.




Post tentang cinta,kalau dulu disekolah dan di Kolej,dialah yang paling anti sangat bila dengar tentang couple dan cinta,kalau sesi tazkirah dan kulliah banat di kolejnya dulu kesempatan itulah yang digunakannya untuk menasihatkan sahabat-sahabatnya yang tengah hanyut dalam dunia cinta...

Kalau syurga itu indah... aku pilih kamu...
Kalau hembusan angin itu menyenangkan... aku pilih kamu...
Kalau masa itu nyawa... aku tetap pilih kamu...
Skrg kamu sedarkan... betapa pentingnya kamu buatku... ♥ ♥ ♥ ♥


"Aaah kenapa dengan diorang,lemas tau tak,rimaassss lah....sakit telinga dan mata ni tau tak..buat dosa buat fitnah je,tak gun korang sembahyang pagi petang siang malam tapi still lagi buat dosa..sakit hati dia,pening jugak kena fikir masalah orang lain,masalah orang islam kat luar sana dah berlambak-lambak tau tak,yang korang semua ni still bertudung labuh still lagi nak tambah fitnah dan buat maksiat ker???"

"Jahatnya kau iblis,jahatnya kau syaitan laknatullah,terus-terus nak merosakkan anak-anak adam di bumi ini..."

Astagfirullah,itulah yang dia fikirkan sebelum ni kerana dia tidak diuji seperti mereka,sebelum dia faham manhaj sebenar menyedarkan mereka,bukan ceramah yang berjeler-jeler,bukan bagi ilmu tentang berdosa bercinta dan berikhtilat,tapi sebuah kefahaman,sebuah didikan,sebuah sentuhan hati,dan santunan hatinya kerana Allah..

Maafkan saya kerana silap menyantuni hati kalian sebelum ini..
Alhamdulillah,saya bersyukur Allah campakkan saya dalam suasana seperti itu,sebelum ini dia sering menyalahkan takdir
"kenapa dia dicampakkan di sini,dengan diorang,tak ade orang-orang baik,tak ade langsung biah solehah,nak buat baik pun kena mujahadah sendirian.."

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Alhamdulillah,Allah bagi semua ini untuk menyediakan hatinya dengan lebih besar apabila dia sampai di bumi Urdun ini.Matanya terbuka luas,hatinya merintih dan terus menangis,ampuni aku Ya Allah...bukan semua orang dapat merasai bukan semua orang terpilih,Allah pilih kau Faizah...

Wahai hati-hati yang suci. . .

Katakanlah,
"Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
 
“ …Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”(Ath-Thalaq, 65: 2-3)

Islam adalah agama fitrah,agama semulajadi yang ada sejak azali lagi.Bukan agama khayalan ,mahupun mainan dan ia tidak juga menolak fitrah insaniah dan juga rohaniah.Islam agama yang suci tidak menafikaan ummatnya yang ada perasaan kasih sayang,cinta dan saling sayang menyayangi antra satu samalain.Itulah lumrah kehidupan.

"Dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis dirimu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,Dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.Dan sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.."(30:21)

"Adapun orang-orang yang sangat beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah.."(Al-baqarah:165)

Fitrahnya cinta apabila dataang pada masa dan umur seseorang insan,bila di tanya umur..
Biasalah tu masa belajar,umur dah 22 tahun,lebih-lebih lagi belajar di luarnegara,berjauhan pulak dengan family,perasan itu akan hadir bila menginjak usia,emosi hormon dan perasaan seseorang akan berubah,
apa yang membezakan seseorang itu bagaimana dia akan mengawal perasan cinta yang hadir.

Pada saya bila ditanya antara cita dan sayang,saya akan berpandangan cinta dan sayang mempunyai skop yang sangat luas...

1.Cintakan Allah.
Pada hari ini manusia lebih mengenali dunia daripada pencipta Dunia.
Oleh kerana itu hati mereka gersang dari Cinta Ilahi,cinta yang hakiki.Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi pncipta yang mutlak dilupai sehingga segala larangan dan suruhanNya tak dipeduli.

Bukan sekadar melaksanakan rukun islam dan rukun iman,tapi sejauh mana kita mengahayati keimanan dan keislaman itu,sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab khalifah dan abid diatas bumi ini,melaksanakan yang ma'ruf dan menghalang yang mungkar..

Sebanyak mana amalan dan amal soleh kita,tak tahu lagi semua itu Allah kira dan nilai kat akhirat nanti.
"Dan berpegang teguhlah kamu pada tali (Agama) Allah,dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara,sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana,Demikianlah,Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadaMu agar kamu dapat petunjuk.

Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyeru berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.dan mereka itulah orang-orang yang beruntung..."
(3:103-104)

"Fikiran tak dapat dibatasi,lisan tak dapat dibungkam,anggota tubuh tak dapat diam.Kerana itu jika kamu tidak disibukkan dengan hal-hal besar maka kamu akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil.."(Abdul Wahab Azzam)...

Sebenarnya,bayak lagi pekara besar atas dunia ini yang kita fikirkan sepatutnya.Mungkin jugak kita tak tahu kenapa kena fikir,kenapa kita kena sibuk dengan perkara yang tiada kepentingan dengan diri kita. 
Lebih lebih lagi masa belajar,Allah campakkan saya dikalangan insan-insan yang sibuk dengan kerja Dakwah dan Tarbiyah,Alhamdulillah sedikit sebanyak berjaya mengalih kan perhatian saya kepada fokus yang utama.

2.Cintakan Rasulullah dan Para Sahabat.Dengan menghidupkan sunnah-sunnah baginda,memperjuangkan  dan menegakkan rantai Islam diatas muka bumi ini.

3.Cintakan Ibubapa.
Sejauh mana cinta dan sayangnya kita kepada mereka dilihat sejauh mana ketaatan dan kebaikan kepada mereka.Adakah kita berusaha menjadi anak yang soleh/solehah untuk mereka?Adakah kita lebih banyak menyakiti daripada berbakti kepada mereka?

4.Cintakan saudara.

Alhamdulillah Allah bagi banyak kesempatan sebelum kita melalui alam perkahwinan contohnya alam persahabatan supaya kita dapat melatih dan pesiapkan diri untuk menempuh alam rumah tangga yang lebih mencabar,kepada sahabat kita sebaik-baiknya jadilah penyejuk mata untuk mereka,untuk adik-adik kita,untuk ibubapa,untuk jiran tetangga,untuk lecterur dan kepada sesiapa pun yang kita kenal,santunilah mereka dengan baik..

Semua itulah adalah latihan yang kita kena berpraktikkan.
Kata Sayyiditina 'Aisyah ra: Wanita yang baik itu ialah wanita yang tidak dikenali bermulut celupar dan tidak mudah tertipu dengan tipudaya lelaki.."

Kerana dalam rumahtangga,wanita diibaratkan madrasah atau sekolah,yang mana bila kita persiapkan kita persiapkan satu generasi yang masa depan yang hebat,bakal menjadi amanah kita suatu hari nanti.

Jika cintakan seseorang,sandarkan ia kepada Allah,jangan biarkan diri kita tersasar dari landasan yang sebenar,jagalah kawallah perasan itu,jangan sesekali menolak dan membuangnya jauh,kerana itulah fitrah insan,jangan menolak perasaan yang hadir..fikirlah dengan imah hati dan akal,insyaallah kita kan dibimbing dengan kebaikan dan jangan mengikut nafsu semata yang akan mendorong kepada kebinasaan.

Kecintaan kepada Allah itulah yang paling utama,kerana ianya adalah suatau kedudukan yang sangat istimewa.Allah akan mengangkat kedudukan hambaNya yang mencintaiNya dengan
setinggi-tinggi darjat.
insyaAllah bersambung lagi di edisi yang seterusnya,salam ramadhan mubarak selamat beramal di bulan yang mulia...:)

Kongsi hati
Hurriyatul Izah
12 Ramadhan 1433 hijrah (1425pm )
Irbid Jordan

Sunday, July 29, 2012

Tangisan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah...
Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah...Syukur pada Allah s.w.t
Bumi Urdun 10 Ramadhan 1433 hijrah..
Muhasabah amalan, berpuas hatikah? Diterima Allah kah?
Hanya Allah yang layak menilai keikhlasan hati..

Countdown 11 days back to Malaysia..
Yeayyyyyy!!!!!!!!!!!!!!
Dan belum pasti hatinya betul-betul bersedia untuk pulang
ke Malaysia,medannya yang sebenar..
Bumi Urdun yang telah banyak mengubah dan mentarbiyah dirinya...
Inilah hikmah Allah kenapa melewatkan kepulangan ke tanah air itu
Mungkin menyiap dan menyediakan hatinya dengan perkara yang lebih besar
yang bakal dihadapinya nanti..

Jauh disudut hatinya perasaan gembira itu ada tapi jauh disudut hatinya juga
dia mengharap untuk kembali semula ke bumi Urdun ini..
Setelah hampir dua tahun sketsa kehidupannya di dataran Syam ini
Kenangan yang tercipta,sakit,susah senang,jatuh bangun,kegagalan dan kejayaan,
Semuanya telah ditentukan Allah...

Aahhhh...sayunya pagi ini,pagi 10 Ramadhan di bumi Urdun
Airmatanya tumpah juga akhirnya..
Syahdunya,dia terbayang suara syeikh imam masjid yang mendayu-dayu
ditelinganya..
Sebak,mungkin perasaan ini tak akan dirasainya lagi setelah pulang nanti
Sayang,betapa Allah sahaja yang Maha Mengetahui
Dia sayang sangat dengan bumi syam ini...
Ya Allah,berilah hambaMu ini kekuatan untuk hari-hari yang bakal ku lalui nanti...

10 Ramadhan 1433 Hijrah
Hurriyatul Izah
0938am
Irbid Jordan

Friday, July 27, 2012

Kasih Ramadhan

In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah,ramadhan kali ini rasa lebi bertenaga,dan lebih kuat dari hari-hari biasa,masyaallah keajaiban sungguh bulan yang penuh barakah ini...



Dan Istimewanya ramadhan kali ini...

Allah seperti hadiah kan saya sesuatu...<3<3<3
Nikmat itu,kadang tu kita tak pernah perasan pun
Ia hadir menyinggah sebentar...
Dan sesuatu yang saya nantikan setelah sekian lama
Sesuatu yang telah saya kehilangan suatu ketika dahulu..

Dan seperti rasa nak kongsi pada semua orang,rasa macam nak cerita bersama orang lain...

"I'm not alone, Allah is always with me"

 
Absolutely! Ketika Allah menguji saya dengan beberapa perasaan sedih dan gembira, itu adalah petanda bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama saya. Thank you Allah!!

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu meningkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 

Thanks You Allah s.w.t for all the things i see...

Sebarkan Cinta dan SayangMu Hanya kerana Ilahi..
Mencari Mawaddah dan Rahmah dalam keberkatanNya..
Sakinah Menanti Sebagai hadiah dari Sang Murabbi..
 
Hurriyatul Izah
7 Ramadhan 1433hijrah
1911pm
Irbid Jordan

Saturday, July 21, 2012

Madrasah Ramadhan


In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah....

Walaupun secara fizikalnya nampak begitu lemah dek panasnya suhu waktu siang dan malam,namun ketakwaan ruhani muslim itu mampu memberi kekuatan yang terserlah diwajahnya...

Langkah-langkah kaki yang terayun mantap,Percikan air wudhu’ yang berjatuhan,Suara takbir yang berkumandang,Lantunan ayat-ayat suci yang dibacakan....

Pesona ramadhan kembali menggamit lagi...

Moga Ramadhan memberi kesan yang indah menjadi madrasah tarbiyah yang terbaik untuk seluruh muslimin...
memberi kemenangan,membebaskan diri dari kejahatan,
melemahkan pihak musuh,mendidik muslimin untuk istiqamah dengan sifat mahmudah...melajukan dnt dan jalan dakwah



Hari-hari dan malam ramadhan adalah masa kemuliaan yang diberikan Allah swt kepada hambaNya untuk berbuat kebaikan dan menambahkan amal solehnya,dan orang-orang yang berbuat jahat mencari kurnian Allah sehingga Allah memberi pintu keampunan untuk mereka,dan menjadikan mereka hambanya yang mulia dan dicintai Allah...

Nabi saw bersabda :
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu, kemudian seorang penyeru berseru, "Wahai pencari kebaikan, kemarilah! Wahai pencari kejahatan, berhentilah!" (HR Thabrani) 



******************************************



"Ya Allah,kau berikanlah keselamatan kepada kami muslimin dan muslimat ,mengisi peluang ramadhan kali ini untuk beribadah kepadaMu.."
Kebimbangan dan ketakutan yang dirasainya sekarang mungkin juga dirasai oleh sahabatnya disekitar Irbid ini,semoga antunna sekalian sentiasa dalam pemeliharaan Tuhan,mungkin di situ kita boleh muhasabah semula untuk apa amalan-amalan kita,dan sedikit ujian dan rasa takut Allah nak campak dalam hati kita semua..


Thank You Ramadhan,you came to me..
may blessings in Ramadhan be upon us...

 Alhamdulillah wa syukurillah...

Hampir satu perdua lembaran 2012 bersketsa
Berbagai-bagai peristiwa yang dilaluinya dalam lipatan kehidupannya...
Ramadhan karemm yang dinanti seluruh masyarakt muslim...
Thank You Allah,kerana memakbulkan doanya menemukan dia dengan ramadhan
dibumi anbiya' ini lagi...

Sebak dan pilu bertamu dalam hatinya
Sebak kerana mungkin ini ramadhan terakhir dia disini
Pilu sungguh hati,sedih tak dapa nak sambut ramadhan
bersama keluarganya dimalaysia...
Aah,betapa dia rindu untuk bersama mereka,
betapa dia rindu pada kenangan-kenangan lamanya
dari kecil hingga meningkat dewasa.
Kalau dalam bulan ramadhan,yang paling dia rindu bila waktu berbuka puasa
dan sembahyang terawih dengan keluarga...
Yang pasti setiap hari dia akan menghitung hari kepulangannya ke malaysia nanti..

Hurriyatul Izah
Bayt Ghuraba 2
1913pm
1 Ramadhan 1433hijrah
Irbid Jordan

Monday, July 16, 2012

Saksi Dataran Syam


In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah....

(hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal..3:122)

Dia selalu mengharapkan semua ini sekadar mimpi
Begitulah setiap kali dia diuji dengan seberat ujian ini
Kekuatan dan semangat itu memerlukan masa yang lama untuk pulih kembali

Sungguh,dia paling tidak suka bila berperasaan begini
Sangat menyesakkan dada,terasa gelap pandangan,terasa muram
halatuju dan masa depan..

                                                         You are not alone.....

Dipejam matanya lagi....
Berharap esok bila bangkit bangun pagi,
semuanya seperti sedia kala
Ayahnya sihat berbual dan dapat berjalan seperti biasa

Dipejam matanya lagi
Berharap esok
Dia bukan dalam bilik asing ini lagi
Tiada lagi syiling dan dinding-dinding putih itu
Tiada lagi wayar-wayar yang menyakiti tangan dan badannya

Dipejam matanya lagi
Berharap esok tiada lagi airmata ibu dan ahli keluarganya mengalir lagi
Dia sentiasa mahu melihat senyuman terukir diwajah mereka

Dipejam matanya lagi
Berharap esok...
Bukan
Bukan harapan-harapan lagi
Tetapi tawakal pada Ilahi
Itulah kunci  kekuatan yang dicari
Bila segala pergantungan hanya pada Ilahi
Nantilah keajaiban Sakinah yang dicari...

**********************************************

Dataran Syam saksi segalanya
Bangun pagi tadi,dia masih bersyukur
Alhamdulillah dia dimasih disini
Bumi anbiya' yang banyak mentarbiyah dirinya
Menghitung hari-hari yang masih berbaki disini


Kenapa asyik teringat..
Rindunya!!!
Moga aman dengan rahmatNya..
Alfatihah.


Hurriyatul Izah
Ghuraba' Simsar 2
12:12am
Irbid Jordan

Monday, July 9, 2012

Gerabak Islam


Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah...
Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.
KEPUTUSAN TIDAK RASMI MESIR |
DR. MOHAMMED MORSY SEBAGAI PRESIDEN REPUBLIK MESIR YANG PERTAMA SELEPAS REVOLUSI.

 #رصد | فوز الدكتور " محمد مرسي " بمنصب " رئيس جمهورية مصر العربية " .

"Sesungguhnya jalan kearah perubahan islam adalah jalan yang sukar dan berlumpur tetapi ia merupakan satu-satunya jalan yang hak(dan yg hak itulah paling berhak untuk diikuti)."-Syeikh Fathi Yakan

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."-HAB



Kemenangan ini bukanlah untuk kita berasa selesa sekiranya kita tidak pernah menyumbang apa-apa untuk kenaikan islam bahkan sebagai pendorong untuk kita terus menerus bekerja keras kerana kita mengimpikan sesuatu yang lebih besar, khilafah islam dan ustaziatul alam...
Kemengan Islam itu sudah menjadi milik Allah,cepat atau lambat tempatnya pasti darjat yang paling tertinggi,terpulang atas kita untuk join sekali untuk memenangkan islam..
Dan di sini, masih tetap menunggu dan bekerja
Sama ada syahid mahupun menang
Penantian bukan keseorangan lagi
Penantian bersama jiwa-jiwa yang dilanggar gerabak itu
Dan dengan pasrah menginfaqkan diri untuk itu

Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merobah (janjinya). Al Ahzab: 23

"apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah,maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Sungguh dia maha penerima taubat(an-nasr:1-3)

Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada [pula] yang menunggu-nunggu [1] dan mereka sedikitpun tidak merobah [janjinya],  supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan menyiksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (33:23-24)

hurriyatul Izah
1644pm
bayt ghuraba' simsar 2
Irbid Jordan