~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t...
Subhanaallah...
Alhamdulillah...
"Dan barangsiapa berserah diri kepada Allah,sedang dia orang yang berbuat kebaikan,maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh kepada tali yang kukuh.hanya kepada Allah kesudahan segala urusan" (Lukman:22)
Pertama kali terasa zoukkk sangat dengan ayat nie,sejauh mana dan setinggi mane tawakal kita kepada Allah selama ini,astagfirullahal'azim...mungkin kata-kataku selama ini hanya berlalu dibibir sahaja,tak pernah rasa basah dalam hati.
Syukur alhamdulillah,perasaan yang Allah bagi sekarang,alhamdulillah sangat-sangat zouk...
bila hati betul-betul diserahkan kepada Allah sepenuhnya,berserah diri dengan segala ketentuan,pertama kali merasa sangat,tenang dengan segala ketentuan dan ujian ini,tenang sangat,apakah kerana hati ini belum lagi ikhlas sepenuhnya kerana Dia??
Kalau bukan kerana Allah,mungkin ku tak dapat pun merasai semua ini...
Ya Allah,terimakasih...
selesai segala KERJA,exam berlalu dan result keluar pun tak sempat nak tengok lagi,mengalir jugak airmata ni,menangis dihadapan seorang sahabat...
Setiap nikmat dan peluang yang Allah bagi,bersyukur lah faizah,tak semua orang yang kat luar tue Allah bagi macam nie,pasti ada hikmah Allah dah tentukan semua ni kan?ku usir jauh kata-kata dan bisikan syaitan yang sering menghilangkan semangat.Banyak da tue faizah,orang lain dapat lagi banyak sebab diorang tak buat Dnt nie,eh boleh ke cakap macam tu pulak.Moga natijah yang sebenar Allah bentangkan dimahsyar nanti,moga segala usaha itu dinilaiNya.
Ya Allah,banyak sangat hikmah yang Kau tunjukkan pada ku,dalam setiap ujian dan mehnah ini penuh dengan tarbiyahMu.
Ya Allah,hati ini,rindu ini,jasad ini hanya milikMu,jangan kau palingkan hatiku lagi dari CintaMu,kekalkanlah rasa cinta dan rindu ini hanya padaMu,jangan kau ambil,berikan ku kekuatan dengan ujian cintaMu,
Ya Allah,aku ingin selalu mempunyai perasaan ini,banyak mana ujian yang kau beri,aku redha mungkin dengan semua itu,Kau selalu ada dan dekat dengan hatiku ini..
Hamba yang khilaf
9.24pm
Bayt Ghuraba'simsar
Irbid Jordan
No comments:
Post a Comment