بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, February 29, 2012

Kasih Untukmu Ukhtiku

Bismillahirahmanirahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar
Maha Suci Allah,

Maafkan ku ukhtiku..
Bingkisan hati ini untuk kamu...
copyright dr: http://muharikah.com/archives/3812/

ku tuliskan bait-bait ini bukan utk sekadar bermadah..
atau mengolah segala isi di jiwa..
tetapi ku tuliskan ini.. sebagai ubat buat Sang hati yang masih meronta-ronta..
terutamanya buat kamu ukhtiku.. yang ku cinta kerana ad-deen ini..
sungguh, mungkin masih ada yang peka akan kamu ukhtiku..
yg tahu akan gelora yang membuak-buak itu..
seolah-olah kita ketandusan.. haus akan harga diri ini..
memang.. aku juga bukan manusia sempurna.. aku hamba yang masih terlalu naif dalam memaknai fitrah ini..
biarpun aku bisa untuk mempelajarinya..
namun ukhtiku,
ku lihat bumi ini sudah tenat.. sarat..
kita di jadikn bahan tontonan, bualan, mainan…
harga diri jauh .. jauh.. dan ia semakin jauh melayang meninggalkan akhlak kita..
kita rebah.. dengan mudah.. dekat.. dekat.. dan semakin dekat dengan rakusnya mereka itu..
kita biarkan sepasang mata itu merenung seolah-olah kita peragawati hebat,
biar pun tutup erat hijabnya,
biar pun sopan menawan bicaranya,
aduh…
ukhtiku,
izinkan aku bicara sejujurnya kerana aku juga seorang perempuan..
aku malu tubuh yg indah itu jadi tontonan,
aku malu suara yang merdu itu jadi belaian buat jiwa sang insan itu,
aku malu kerana diriku gagal memegang kalian erat-erat…
membiarkan bahuku menjadi tempat kalian berlabuh melepas resah..
melepas gundah..
bukan pada mereka.. mereka yang tidak layak untuk meratah..
silap diriku kah ukhtiku?
kerana aku telah mengabaikan hak-hak cinta dan sayangku padamu ukhtiku?
dan kau menjauh krn gagalnya diriku membimbingmu?
maafkan aku..
seandainya aku telah membiarkan kamu jatuh ke dalam lembah itu…
bersama mereka yang tidak selayaknya utk mu..
walaupun..
setinggi gunung mereka lafazkan gelora jiwa padamu..
sehingga kamu percaya akan dia berbanding ukhtimu sendiri..
aku mengerti..
kerana memang silap diri ini membiarkan mu di satu saat itu…
ukhtiku,
dengarkan ini,
jangan kerana kamu terlalu asyik dengan dia yang tak kamu kenal budinya,
ukhwah kita lebur,
ukhwah kita hancur,
dan segalanya menjadi kekeliruan yang amat merumitkan hubungan ini..
mungkin dirimu belum mengerti akan semua yang terjadi..
namun..
aku mohon…
kembalilah.. jangan pergi dari sinar yg terang..
kerana sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah…\
maafkan ku ukhtiku,tak mampu untuk terus berlari bersama kalian
ujian ini tarbiyah yg hebat utkku
terkadang tersadung menangis sendirian
maafkan ku ukhtiku atas khilaf ku yg lalu leraikan ukhwah ini
atas khilaf ku sakiti hati kalian
atas khilaf  ku menyepi diri dari kalian
atas khilafku tak mampu menjadi terbaik untuk kalian
teruslah bersamaku ukhtiku
dalam perjalanan panjang liku-liku hidupku
MAAFKAN KU UKHTIKU
  
 Yang merindui kalian
Bayt Ghuraba' Simsar
Irbid jordan
5.32pm

Thursday, February 23, 2012

Teruslah Bermujahadah

بسم الله الحمن الرحيم
Subhanaallah
Alhamdulillah
Allahuakbar...

Syukur ke hadrat ilahi,masih dikurniakan dua nikmat terbesar ini,iaitu nikmat iman dan islam,nikmat untuk terus bermujahadah mengislahkan diri setiap hari,sentiasa bermuhasabah setiap pagi dan dinihari,memperbaharui niat bagi setiap amalan kerana sekecil-kecil perkara boleh menjadi besar disebabkan niat,setiap amalan kita smoga diterimaNya,insyaallah..

Alhamdulillah,dalam sehari-hari perjalanan hidup kita macam-macam yang dah kita buat,yang kita dengar,yang kita bual dan gelak-gelakan
Teringat satu hadis nie mafhumnya yang berbunyi :

(Daripada Abu hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda : sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam,dan bagi sesipa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangga,dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya)


Rasulullah telah mengulang sebanyak tiga kali dalam hadis tersebut,siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Benarkah kita beriman sebenar-benarnya kepada Allah.Ye,kita memang mengakui beriman dan mencintai Allah.Mungkin ada yang hairan kenapa masih ada yang melakukan kemungkaran,akhlak entah ke mana dan marah mengikut hawa nafsu,batas pergaulan pun tak terjaga,perbualan setiap hari tentang perkara yang sia-sia,gosip disana-sini,apabila ditanya dan dikaji balik,solat tak pernah ditinggalkan,dalam situasi yang macam ni samaada solat sempurna atau tidak,mungkin sifat mazmumah masih melekat sehingga ada yang tidak sempurna atau tidak mencapai kekhusyukan dalam solat.
Firman Allah yang bermaksud : Mereka itu bangun sembahyang dalam keadaan malas,mereka itu tidak mengingat Allah melainkan sedikit sahaja..)

Antara point yang penting dari hadis diatas
(1) Manusia dan menjaga hubungannya dengan masyarakat
 Islam telah mengajar kita agar mengawasi perhubungan tersebut supaya berdiri diatas asas dan mnhaj yang betul,dan akan terlaksana apabila terdapat persaan saling hormat menghormati,saling beriltizam dengan adab-adab muamalah dan menjaga pergaulan dengan baik,iaitu dengan tutur kata yang baik.Adakah kita faham betul-betul asas-asas dan manhaj yang islam dah ajarkan,atau kita hanya ambil dan faham sebagai ilmu sahaja ker?Jauh lagi bila nak beramal dengannya kan?Ilmu yang diterima setakad ilmu sahaja tak basah dalam diri kita tak jadikan fikrah dalam kehidupan kita sehari-hari,kering dibiarkan macam tu je sebab kita tak bermal dengannya.Blarrr,blarrr,memang hebat sangat bila bercakap dan berceramah depan orang kan,baru terkenal dan layak orang panggil kita ustaz or ustazah kan.

(2) Diantara kesempurnaan iman ialah perkataan yang baik dan diam daripada perkataan yang tidak baik.
Dalam hadi ni Rasulullah saw menggalakkan kita supaya melaksanakan amal kebaikan yang paling bermanfaat,sebab tu Rasulullah kata diantara kesempurnaan iman dan islam ialah seorang muslim itu berbicara pada perkara-perkara yang membawa kebaikan dan manfaat kepadanya didunia dan akhirat.
Sebab tu kena bermujahadah juga,berprinsip diam pada setiap perkara yang mungkin boleh menyakitkan hati orang lain dan boleh menimbulkan kefasadan kerana itu semua akan membawa kepada kemarahan dan kemurkaan Allah.
hadis yang diriwayatkan oleh At-tobrani maksudnya ( seorang tidak akan dapat mencapai kepada hakikat iman sehingga ia dapat menyimpan lidahnya)maksudnya sentiasa menahan diri daripada percakapan yang tidak ada kabiakan,lebih-lebih lagi kalau percakapan itu telah menyebabkan hati kita dan orang lain lalai dari mengingatiNya.

(3) Banyak berbicara adalah sebab kecelakaan dan menjaga lidah adalah jalan keselamatan.
Mungkin kata-kata kita setiap hari ada yang menyakiti orang lain samada secara langsung atau tak,maka memilih kamu untuk diam jika ia tidak membawa pa kebaikan untuk diri kita atau orang sekeliling.
Hadis Rasulullah lagi bermaksud :
(antara kebaikanislam seseorang ialah meninggalkan sesuatau yang tidak bermanfaat baginya)

Perkataan yang tidak bermatlamat kadang tu boleh membawa kepada terhapusnya amalan dan menghalng daripada memasuki syurga,sebab tue setiap muslim hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum berbicara.Jika berbicara itu membawa kepada kebaikan dan memperoleh pahala,berbicaralah tetapi jika kamu berbicara yang akan membawa kepada keburukan dan tersebarnya kebatilan sesuatu perkara maka hendaklah kamu menahan diri daripada berbicara kerana itu lebih baik.Kerana semua perkataan kita yang pernah diucapakn akan dipertanggungjawabkan dan akan dbalas dengan kebiakan atau sebaliknya,masyaallah..

firman Allah bermaksud "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan(atau perbuatn yang dilakukannya) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia(menerima dan menulisnya) " (Qaff : 18)

Walaupun sekecil-kecil perkara yang kita cakap dan lakukan,Allah akan bentangkan dan dihisab diakhirat nanti,sudah bersediakah kita???hati ni sangat berdebar-debar bila terkenangkan segala kejahilan-kejahilan yang lepas,apatah lagi yang kita buat sekarang kan..Yang mana lebih banyak neraca kebaikan atau sebaliknya,solat dan amalan kita sehari-hari dan tak banyak,itu pun belum tentu akan diterima.

Imam bukhari ada meriwayatkan daripada Abu hurairahra,darpada Nabi saw bersabda :
"Seseorang hamba berbicara dengan satu kalimah yang diredhai oleh Allah swt dan dianggap remeh,Allah akan mengangkatnya dengan perkataan itu dengan beberapa darjat.Dan seorang hamba berbicara dengan kalimah yang dianggap remeh dan dimurkai Allah swt,Allah akan mencampakkan hamba ini kedalam api neraka jahannam.

Muaz meriwayatkan lagi :
"Dan tiadalah seorang itu mukanya dihumbankan ke dalam neraka selain daripada hasil lisan mereka"

Manusia dan menjaga hubungannya dengan masyarakat Islam telah mengajar kita agar mengawasi perhubungan tersebut supaya berdiri diatas asas dan mnhaj yang betul,dan akan terlaksana apabila terdapat persaan saling hormat menghormati,saling beriltizam dengan adab-adab muamalah dan menjaga pergaulan dengan baik,iaitu dengan tutur kata yang baik.Adakah kita faham betul-betul asas-asas dan manhaj yang islam dah ajarkan,atau kita hanya ambil dan faham sebagai ilmu sahaja ker?Jauh lagi bila nak beramal dengannya kan?Ilmu yang diterima setakad ilmu sahaja tak basah dalam diri kita tak jadikan fikrah dalam kehidupan kita sehari-hari,kering dibiarkan macam tu je sebab kita tak bermal dengannya.Blarrr,blarrr,memang hebat sangat bila bercakap dan berceramah depan orang kan,baru terkenal dan layak orang panggil kita ustaz or ustazah kan,
bila orang cakap ,"wahh ustaz ni dari oversea rupanya,patutlah best sangat bila cakap "
Kita bukan sahaja nak lahirkan golongan yang macam nie sahaja,kalau macam tue semua orang boleh buat,hanya bertpongkan ustaz,bertopengkan daie,bertopengkan ustazah kan.

استغفرالله العظيم....
Moga Allah sentiasa mengurniakan ilham kepada kita terus bermujahadah setiap detik dan saat,dikurniakan kesabaran dan kekuatan,mujahadah itu pahit kerana syurga Allah itu manis.
Takut sangat bila da tulis macam nie,terlebih lebih muhasabah untuk diri sendiri sebenarnya.
moga Allah sentiasa thabatkan hati ini yang sentiasa berboalak balik.


                                               Terbangun untuk memberi peringatan
                                                               559am
                                                     Bayt Ghuraba' Simsar
                                                            Irbid Jordan







Wednesday, February 22, 2012

Warkah Buat Mujahidku



Mujahidku, apa khabar?
Apa kabar dengan hati yang masih dalam perjuangannya demi menggapai redhaNya?
Apa kabar dengan setia dan kejujuran?
Semoga saat ini kau baik-baik saja..
Penatku, penatmu saat ini semoga tetap utuh berpijak di jalanNya..
Semoga mendung ini kau nikmati juga..
Supaya kau merasa sejuk setelah seharian bercampur debu..

Mujahidku,
Aku rindu dalam serindu-rindunya tentang takdir kita..
Semoga saat ini Penghulu kita menjagamu..
Melindungimu di jalanan yang terik..
Atau di lautan yang terhampar luas..
Atau …
Bahkan di musim yang berbeza?
Aku takkan pernah tahu….
Namun tahukah kau?
Aku selalu yakin akan takdirNya…

Mujahidku,
Semoga saat ini Dia menjaga hatimu..
Mata, pendengaran, jiwamu..
Semuamu, untukku!
Pun aku, semoga DIA membantuku,
Untuk menjaga kehormatanku, jiwaku, jasadku
Semuaku, untukmu!
KeranaNya semata-mata..

Mujahidku,
Tahukah kau?
Saat ini aku berdoa untuk keselamatanmu..
Semoga saat ini kau masih teguh
Di jalan yang DIA bentangkan untukmu……

Mujahidku,
Saat kita penat lelah berfikir dan jasad begitu menggila..
Saat seruan-seruan dakwah ini
Mengajak kita berputar bersamanya…
Sungguh, aku hanya berharap DIA redha,
Atas apa yang aku dan kau lakukan , Meskipun kau entah di mana…

Mujahidku,
Entah kau di mana…
Tidak sesekali aku melukis jasadmu..
Tidak sesekali aku mereka-reka, atau membayangkan bagaimana tentangmu…
Sebab mujahidku, tahukah kau?
Aku mencintaimu sebelum mata ini memandang,
Aku mencintaimu sebelum telinga ini mendengar,
Dan Aku mencintaimu sebelum hal2 tipu daya merosak semua ketulusanku atas siapa pun kau!
Dan aku ingin menjaganya tetap begitu SEDERHANA….

Ah, mujahidku…
Semoga kau lantunkan doa yang sama pada Pemilik kita,
Sebab takdirku dan takdirmu ada di genggamanNya
Dan kita tidak akan pernah tahu…

Mujahidku,
Dalam sujud-sujud panjangku, aku merayuNya
Menyelipkan doa semoga aku pantas mendampingimu…
Entah siapa pun kau, di mana saat ini adamu..
Namun …
Ada hormat..
Ada rindu…
Kepercayaan…
Yang memberiku seharum energi kasih..

Mujahidku,
Sungguh aku hanya ingin menjaga diriku, jiwaku
Mempersiapkannya..
Menghadapinya…
Agar suatu saat DIA berkendak..
Dan membuatkan pertemuan antara kita..
Aku telah siap mendampingimu..
Dan kita akan tapaki jalan dakwah yang kita pilih serta cintai
Hingga hanya Allah muara akhir semua cinta kita..
Menuju hingga ke jannah…

Sebelum sampai saat itu, akan ku tetapkan hatiku hanya untukmu..
InsyaAllah… Ameen Ya Rabb….
Salam kasih seindah seharum kasturi,
                                                       


                                                               Mujahidahmu..
                                           Bayt Ghuraba' Simsar
                                                      1203pm 
                                                  Irbid Jordan

   http://wardatushauqah90.blogspot.com/2012/02/warkah-cinta-    buat-mujahidku.html                                       

Tuesday, February 21, 2012

Kerana Jodoh itu ditanganNya

 Perkongsian dari Sumber : http://muharikah.wordpress.com/2009/10/12/kerana-jodoh-itu-di-tangannya/

Mungkin umur kita dah sebegini..
ataupun kerana sudah berubah fasa…
ataupun masanya sudah pun tiba…
tidak kira di mana sahaja kita berada….
apabila mereka tidak melihat cincin di tangan..
atau bersama sesiapa bergandingan tangan..
pasti soalan itu yang ditanya kepada kita…
bila masanya yang istimewa bakal tiba buat kita..

dan kita hanya mampu tersenyum tawar, mengucapkan istighfar, dan mengaminkan doa mereka, moga-moga detiknya itu dimudahkan dan disegerakan Allah, bila tiba masanya.
Dan dahulu aku ingat, cuma mereka yang dalam tarbiyah ini sahaja melalui kerisauan ini..
kerisauan tidak bertemu sesiapa hingga ke tua..
kerana terlalu aktif
kerana terlalu sibuk
terlalu garang dengan brothers ( sampai pernah di sebut sebagai warden penjara oleh ikhwah –> mmg tak matang sungguh! takpelah, kelemahan manusia, perlu kita maafkan…)
terlalu tak menarik perhatian.. ( mana kita ada pakai make up dan pakai baju warna warni sangatkan?)
dan kerana terlalu ramai bilangan akhawat berbanding ikhwah..
namun tak tersangka, ramai juga manusia lain, mengajarkan aku bahawa,
setiap wanita itu memerlukan Adamnya, yang dapat menenangkan jiwanya, dan penolong hidupnya melalui bahtera hidup yang panjang ini..
‘ Akak tak kisah siapa orang itu. Akak tak kisah dia miskin ke tak handsome ke, asalkan ada orang nak kahwin dengan akak!’
Tergamam aku mendengar kata-kata seorang kakak padaku, ketika aku mendengar luahan perasaanya.
umurnya sudah 30an, masih belum bersuami. Tidak ada boyfren pun!
Di UK sendiri, sangat ramai siswazah yang dihantar untuk menyambung master dan PhD, dan rata-ratanya mereka yang berumur 25- 35 tahun yang masih belum lagi berkahwin….
Aneh betul, isu kahwin ini adalah satu polemik biasa di kalangan mereka yang bujang, satu perkara yang menjadi tanda tanya yang besar, dan penantian yang menyeksakan bagi sebahagian besar kaum wanita.
Dan kerisauan ini sedikit sebanyak merencatkan emosi dan menjadikan fikiran tidak berfokus. Dan keadaan ini bertambah kronik tiap kali detik umur bertambah…
setahun..
demi setahun..
Dan untuk mereka yang mempunyai jadual dakwah yang padat di dalam diari hidupnya, perkara ini amat menganggu emosi dan fikiran yang sepatutnya diberikan kepada mad’u-mad’u.
Dan seseorang pernah berkata kepada saya..
kunci kepada persoalan ini adalah…
KESABARAN…
kerana Allah PASTI mendatangkan jodoh yang terbaik buat kita..
bila tiba masanya..
walaupun kita dah tak tahan sangat dah! ( opps. .. sorry gune bahasa ni!)
Kerana ramai juga yang terperangkap, futur dan tenggelam dari jalan dakwah ini kerana perkara ini!
‘ ana rasa ana tak layak untuk ikhwah!’
‘ Ana rasa kalau ana tunggu ikhwah, sampai bila-bila ana takkan dapat kahwin, so ana akan terima sahaja pinangan sesiapa untuk ana…’
‘ ana pun seorang manusia kak, perlukan seorang teman hidup. Ana tak rasa ada ikhwh nak kat ana ini, dah lah ana ni tak bagus, buruk pulak tu…’
Memang inilah ujian terbesar buat ramainya wanita/akhawat..
keluarga mula bertanya…
masyarakat mula memandang..
jiwa makin resah gelisah..
bertambah gulana, melihat teman-teman sudah mula berpasangan.. beranak pinak..
dan di benak kita, kita mula berfikir..
bilalah pula masa kita….
Dan tentu dalam hal ini, tentu kita perlu berusaha, apabila jodoh itu belum sampai.
-Mencari orang tengah untuk mencarikan buat kita. Samada ibu bapa kita, naqib/ah kita, ataupun sesiapa yang dekat dengan kita.
-Kemudian berdoa kepada Allah dengan sepenuh kesungguhan, moga-moga Allah memberikan jodoh yang terbaik buat kita, dunia dan akhirat.
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”
Dan kuncinya adalah sabar…
sehinggalah Allah menemukan kita dengan si dia…
Dan apabila tiba masanya ( insyaallah ia akan tiba!)…
ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!
terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan..
terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti..
jadi ke tak jadi..
cepat ke lambat..
dan pelbagai lagi..
Apsal tetiba ada orang lain kcau pula…

menyebabkan kita akan tergopoh-gapah, tersadung, dan mengikuti bisikan hati yang mungkin tak patut diikuti pun..
dan disitulah letaknya kesabaran yang tinggi…
kerana mungkin di dalam peringkat taaruf itu..
ujiannya bertambah-tambah..
keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya, untuk terus menghubungi dirinya, menitipkan perhatian dari dirinya , akan membuak-buak..
dan kita mencari-cari alasan untuk menghubungi dirinya…
walaupun tidak ada keperluan pun..
dan disitulah letaknya sabar..
tawakal
dan keyakinan kepada ketentuan, qadha dan qadar Allah..
di situlah juga aku melihat, magisnya kuasa istikharah itu…
“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.” ( Hadis)
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani).
Dan dengan itu, Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakal kita kepadaNya, dan mengingatkan kepada kita bahawa Dia pasti akan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun zahir macam kurang nampak perkara itu…
dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam..
bahawa Allah pasti tidak akan meninggalkan kita..
Kerja-kerja menyeru manusia ini amat banyak.. masa yang ada makin sempit… tidak dapat tidak perkara ini sering berkumandang di benak kita, menganggu fokus dan emosi kita….
Bekalan kita hanya pada 3 perkara itu..
sabar.
tawakal
dan yakin akan ketentuan Allah...
hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah..
Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.
Pasti!
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”
Ya Allah, temukanlah aku dengan teman hidup yang terbaik buat diriku, yang dapat melayari bahtera dakwah ini bersamaku, dapat menghirup bauan taman syurgaMu dan dapat bersama-sama bertemuMu di akhirat kelak nanti Ya allah…Ameen Ya Rabb…
PS; jzkk illi, yana, arinah, k mimi for the lovely weekend. Allah datangkan antum untuk tolong saya dalam keadaan saya terlantar atas katil…uhuhuhu
PSS; untuk ‘mereka-mereka’… moga kita ditemukan jodoh yang terbaik buat kita ya? insyaallah..

Jejak Cintaku

Subhanaallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar

TnT..surah Al-baqarahy(269)
Bismillahirahmanirrahim
(Maksudnya,Dia memberikan hikmah kepada sesipa yang dia kehendaki.Barangsiapa diberi hikmah,sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak.Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat.)

 Jarang manusia yang akan mencari dan melihat hikmah Allah,hakikatnya hikmah itulah barang yang hilang bagi orang mukmin,samaada hikmah itu adalah positif atau negatif bagi orang mukmin dia akan mendapat kebaikan darinya,khususnya bagi orang mukmin,kerana keimanan itu yang akan membezakan kita dan cara kita melakukan sesuatu,ke mana sahaja pun kita pergi kita layak utk mendapatkan hikmah tue,hikmah tu tak akan dapat kalau hanya sekali pandang sahaja,tetapi betul2 akan dapat bila otak kita berfikir dan nakkan sesuatau...

                        ***********
 
Cuti winter kali ni,tak seperti rakan-rakan yang lain,habis sahaja homestay winter tarbiyah,jasad ini diterbangkan bersama fligt easyjet dan rynair ke benua itu...

Jejakku disebuah kota Ireland,satu negara yang tak pernah ku jangka akan menjejak kaki ini ke sana
Betapa hebat perancangan,Allah telah memberi peluang selama cuti winter kali ini untuk terus bertebaran diatas buminya,mencari tarbiyah walau dimana kaki ini berada..
Tak mampu untuk ku ucap dengan kata-kata,subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar

Kehadiran kami disana disambut dengan hujan rahmat,berhujan dalam iman,menghidupkan bumi eropah denga cahaya Islam insyaallah..
Melangkah masuk sebuah mosque Dublin,mendengar azan didalamnya,bertambah sebak didalam dada,menitiskan airmata,dahulunya sebuah gereja kini sebuah rumah Allah yang tercinta..
Sayunya hati melihat ruh Islam disana,bumi Dublin minoritinya muslim,missing there,




Ya Allah,aku dapat melihat dakwah itu bertumbuh di merata-rata tempat,kat mana-mana pun masih ada orang yang akan buat perkara yang sama,
berpeluang berjumpa dengan ukhti-ukhti yang berbeza latar belakang tarbiyahnya,subhanallah tarbiyah benar2 telah mengubah mereka,sangat bermujahadah untuk mengeluarkan jahiliyah 2,usaha diaorang untuk terus mengislahkan diri,sangat obses dengan dakwah,apa saja yang dia buat sebab Allah,mencari segala asa kepada Allah(sangat sedih,menagis disaat itu jugak bila ukhti tue cakap,kalau tak sebab Allah aku tak buat semua nie,kalau tak sebab tarbiyah yang Allah bagi aku mungkin tak jadi baik macam nie,kalau Allah tak sayangkan aku mungkin tengah lagho sekarang nie,tak ingat mati tak ingat tujuan sebenar hidup nie)

Ya Allah,hebatnya ukhti ni,hebat tarbiyah yang kau bagi kat dia,beratnya ujian yang dia dapat,alhamdulillah hidayah itu kau hadiahkan untuk dia,tak sanggup untukku terus menatap wajahnya,ku ambil semangat dari kekuatannya,malu aku sendirian,from zero to hero,ape yang terus mendrive ukhti tue untuk terus thabat dalam DnT,kenapa nak buat jugak,rasa macam xlarat pun,penat sangat,sakit sangat,susah,banyak masa kena habiskan,xdapat ape2 pun,duit habis kan...

                         ******************

Bila dah rasa yakin dengan Allah,kita akan mula walau dengan apa cara sekalipun,melakukan sesuatu kerana Allah,mencari redha Allah,meyakini ganjaran syurga Allah,penat itu adalah satu kenikmatan,kecintaan dalam ketaatan,tanda kecintaan Allah adalah satu pengakhiran yang baik,tak semestinya dengan ilmu sahaja,tak semestinya dengan amal yang banyak jer,kita tak tahu mana satu amalan kita yang Allah terima kan,paling penting titik yang Allah redha yang membawa kita ke syurga.Jangan pernah ade rasa riya' dalam hati kita,bila ade sedikit perasaan riya' zeroooo semuanya diharamkan baginya untuk kesyurga,nauzubillah...

Alhamdulillah,maha suci Allah,maha mengetahui,maha pengasih dan penyanyang..
Perjalanan yang panjang ni,memang tarbiyah jaulah yang Allah bagi.
Sentuhan akhawat Dublin ni sangat ruhhi,hebat sangat qudwah mereka,thiqah dalam setiap perbualan mereka tiada yang sia-sia,peretemuan ini sangat bermakna,sedetik kita bersama seperti telah bertahun bersama.Setiap saat pertemuan terasa amat berharga dan menjadi punca kekuatan.Entah, walaupun pertemuan ini hanya sekejap dan ringkas,tapi hati aku seolah terikat kuat dengan mereka,penuh dengan kemanisan,inilah nikmat dijalan dakwah,nikmat yang sangat luarbiasa.

Dan aku terkenang wajah mereka sehingga sekarang,apabila mengingatkan wajah mereka yang gugur air mata berderai di saat perpisahan kami.Mereka yang menyentuh lembut hati ini sebagai bekalan dan sumber kekuatan insyaallah.Dia yang telah memilih aku untuk jaulah tarbiyah kali ini ke bumi Eropah,sangat menarik,indahnya tarbiyah Allah itu,walau dimana pun kita berada...
Jaulah ini telah mengajarku erti bersyukur,at least kita buat dakwah sbb rasa syukur pd Allah(apa kayu ukur kita yang menunjukkan kita betul2 buat dakwah tue,sepertimana kesakitan keperitan dan kesusahan yang baginda dah lalui..)





 
                                  meneguk setitis manisnya ukhuwah di jalan ini
                                                           1129 pm
                                                 Bayt Ghuraba' Simsar
                                                         Irbid Jordan


Friday, February 17, 2012

Jalan ku Pulang

Asal cinta MilikMu Ya Allah
Perginya cinta dengan izinMu Ya Allah
Hilangnya cinta atas kehendakMu Ya Allah
Dicintai dan mencintai anugerah dariMu Ya Allah
Ya Allah aku mengharapkan bukan cinta yang kosong
Tetapi penuh pengertian yang luhur dan hanya
Dapat dirasai dengan jiwa yang basah yang sentiasa
Menyebut namaMu dihati dan dibibirnya
Ya Allah jika hati ini akan jatuh cinta
Cintailah aku pada dia yang sentiasa melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertanbah kuat untukku terus mencintaiMu
Ya Allah jika benar aku sudah jatuh cinta
Jagalah hatiku,jagalah hatinya
Agar kami tidak leka dan lalai dengan anugerah dariMu itu
Ya Allah berilah yang terbaik untuk kami
Jika benar izinkan hati-hati kami bernaung
dalam mawaddah dan mahabbahMu
Izinkanlah hati-hati kami bertemu demi mendamba redha dariMu
Ya Allah berilah aku petunjuk dan jalan keluar
Dari segala kekeliruan dan kemuskilan ini
Aku hamba yang banyak berbuat khilaf
Ya Allah Tunjukkanlah JalanMu
Jalan yang pernah aku tempuh,jatuh dan bangunku
Saat aku menjunjung kalimahMu dan Rasulullah
Aku mengerti,ini yang aku hilang
Ya Rabbi Ya Rasulullah
Maafkan aku sepanjang jalanMu
Maafkan atas dosa aku tinggalkan amanah ini
Maafkan atas khilaf aku leraikan ukhwah ini
Tunjukkanlah pada ku jalan sebenar
Suburkan hati ini dengan ma'rifatMu
Kembalikanlah aku pada jalanMu
Matikanlah aku sebagai syuhada'Mu
Aku yang sentiasa mendamba cintaMu
 
hamba yang khilaf
9.43pm
bayt ghuraba' simsar
Irbid jordan
 

Mendamba RedhaMu


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t...
Subhanaallah...
Alhamdulillah...


"Dan barangsiapa berserah diri kepada Allah,sedang dia orang yang berbuat kebaikan,maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh kepada tali yang kukuh.hanya kepada Allah kesudahan segala urusan" (Lukman:22)

Pertama kali terasa zoukkk sangat dengan ayat nie,sejauh mana dan setinggi mane tawakal kita kepada Allah selama ini,astagfirullahal'azim...mungkin kata-kataku selama ini hanya berlalu dibibir sahaja,tak pernah rasa basah dalam hati.
Syukur alhamdulillah,perasaan yang Allah bagi sekarang,alhamdulillah sangat-sangat zouk...
bila hati betul-betul diserahkan kepada Allah sepenuhnya,berserah diri dengan segala ketentuan,pertama kali  merasa sangat,tenang dengan segala ketentuan dan ujian ini,tenang sangat,apakah kerana hati ini belum lagi ikhlas sepenuhnya kerana Dia??
Kalau bukan kerana Allah,mungkin ku tak dapat pun merasai semua ini...

Ya Allah,terimakasih...
selesai segala KERJA,exam berlalu dan result keluar pun tak sempat nak tengok lagi,mengalir jugak airmata ni,menangis dihadapan seorang sahabat...
Setiap nikmat dan peluang yang Allah bagi,bersyukur lah faizah,tak semua orang yang kat luar tue Allah bagi macam nie,pasti ada hikmah Allah dah tentukan semua ni kan?ku usir jauh kata-kata dan bisikan syaitan yang sering menghilangkan  semangat.Banyak da tue faizah,orang lain dapat lagi banyak sebab diorang tak buat Dnt nie,eh boleh ke cakap macam tu pulak.Moga natijah yang sebenar Allah bentangkan dimahsyar nanti,moga segala usaha itu dinilaiNya.

Ya Allah,banyak sangat hikmah yang Kau tunjukkan pada ku,dalam setiap ujian dan mehnah ini penuh dengan tarbiyahMu.

Ya Allah,hati ini,rindu ini,jasad ini hanya milikMu,jangan kau palingkan hatiku lagi dari CintaMu,kekalkanlah rasa cinta dan rindu ini hanya padaMu,jangan kau ambil,berikan ku kekuatan dengan ujian cintaMu,
Ya Allah,aku ingin selalu mempunyai perasaan ini,banyak mana ujian yang kau beri,aku redha mungkin dengan semua itu,Kau selalu ada dan dekat dengan hatiku ini..


Hamba yang khilaf
9.24pm
Bayt Ghuraba'simsar
Irbid Jordan