bismillah,
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Perkongsian ini khusus buat kamu kakak..
Syukur pada Allah,pada 4 jun 2011 kakak saya,selamat melangsungkan perkahwinannya.Walaupun saya jauh di perantauan,hati ini meronta-ronta mahu pulang ke kampung,hanya doa mampu dititipkan dari jauh..airmata yang mengalir mengiring doa untuk untuk kebahagian kamu
Semoga kamu berbahagia kakak..
masih terngiang pertanyaan kamu asyik berulang-ulang kali ditanya padaku...
"..faizah,mcm mane jat 2 nampak baik tak..???'
"akak tak tau,tak nak bagi dia harapan..."
"macam mane nak terima dia,akak bukan kenal pun.."
"...akak nak yang ensem,klu macam tue ramai je len akak ble trma..."
"akak takut la faizah,ko kan free lg,ganti tempat akak yer.,bertunang dua tahun,balek jordan terus je kahwin..."
"faizah bagi nasihat kat akak ni..."
"kat sane nanti jangan lupa doakan akak yer..."(pesanan kamu setiap kali panggilan telefon)
"kakak..lemahnya diri ni,berbanding kamu,apa kata-kata selayaknya untuk kamu.."
"saat kamu istikharah,pasti kamu menemui keyakinan itu,jangan terburu-buru mencari jawapan,jangan berputus asa mencari petunjuk darinya,terus berdoa pada Dia.."
hampir pening jugak kepalaku melayan kerenah kamu kakak,seperti diri sendiri mencari jawapan menerima lamaran itu..(kasihan kamu waktu tue,perit mencari jawapan,tersepit jugak..)
~itulah omelan kamu kakak,alhamdulillah sekarang kamu sudah selamat diijabkabulkan,dialah pilihan kamu,setelah sekian lama kamu menanti jawapan saat istikharah,berderai airmata ini,saat mendengar berita pertunangan kamu dengannya beberapa bulan yang lepas,alhamdulillah,dia yang soleh untuk kamu yang solehah insyaAllah..Allah dah aturkan segalanya,dialah jodoh kamu jodoh dari Allah,moga mencapai bayt muslim bagi melahirkan jundi-jundi harapan islam insyaAllah,semoga kebahagian menjadi milik kamu dan suami hingga ke syurga abadi...
***...Bukan itu perkara utama yang ingin saya sampaikan,
Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;
1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.
Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.
Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.
2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;
1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.
Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.
Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.
2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."
3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.
4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.
5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.
6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.
7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.
8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.
9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.
10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.
- Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
- Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.
Apabila dikatakan majlis walimatul urus ataupun majlis kesyukuran perkahwinan,semestinya diringi dengan barakah untuk pasangan,keluarga dan juga tetamu yang hadir..
perkara yang dikesalkan dalam banyak majlis perkahwinan, adalah elemen kemungkaran seperti perempuan menyanyi di hadapan khalayak ramai dan lain-lain.. Sedangkan, para ulama’ seperti, Syeikh Ibnu Baz dan Prof Yusof Al-Qardhawi telah menggariskan, lima syarat hiburan itu dibenarkan. Antaranya ialah:- 1.Hiburan sekadar keperluan sampingan,
Yang dimaksudkan hiburan sekadar keperluan sampingan ialah, umat Islam boleh berhibur tetapi biarlah hiburan itu sekadar memenuhi kehendak naluri dan tidak berlebi-lebihan dalam berhibur contohnya, ada orang berhibur sehingga mengelengkan kepalanya sehingga mabuk (pening) dan ada yang melompat-lompat tanpa tujuan. Apabila masuk solat fardhu maka wajib menyelesaikan dahulu solat itu dengan khusuk dan tawadduk.
2.Hiburan yang memuja Allah swt,
Lirik-lirik dan alunan lagu tersebut mestilah ada unsure-unsur memuja Allah adan ada seruan untuk mentaati Allah. Selain itu juga, lag yang memuji Rasulullah, para sahabat dibenarkan dalam Islam bertujuan mengingat kembali sirah perjuangan para nabi dan sahabat. Lirik-lirik seperti memuja wanita, dan tiada unsur-unsur Islam (kebaikan) adalah haram.
3.Pemisahan penonton/pendengar antara kaum hawa dan kaum Adam,
Pemisahan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan, sekiranya tidak dipisahkan maka hukumnya adalah haram.
4.Penyanyi dan penghibur hendaklah di kalangan lelaki sahaja,
Maksud penyanyi dan penghibur hendaklah lelaki sahaja ialah lelaki dibenarkan menjadi penyanyi/penghibur kepada seluruh pendengar lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula wanita menjadi penghibur/penyanyi, ada ulama’ membolehkan wanita jadi penghibur tapi dengan syarat yang menjadi pendengar/penonton adalah di kalangan perempuan sahaja dan tidak penghibur tadi tidak boleh menyebarkan hasil hiburan itu di kalangan kaum muslimin. Hukum wanita berhibur di khayalak ramai yang terdiri daripada lelaki dan perempuan adalah haram.
5.Tidak menggunakan alat muzik yang ditiup dan dipetik
Contoh alat muzik yang dipetik dan ditiup ini terdiri daripada seruling, bioala, gitar, dan lain-lain yang qias (sama) dari segi kegunaan dan fungsinya.
Bukankah lebih molek, jika majlis itu diiringi dengan hiburan yang memberi manfaat atau zikrullah.
Semoga ,perkongsian ini bermanfaat,sebagai muslim kita pandang segalanya dari sudut islam,insyaAllah semoga Allah permudahkannya,menarik saya petik ayat ini"ادخلوا في السلم الكافة"..
(2:208)(bermaksud:masuklah ke dalam islam keseluruhnya..)
Mari menjadi muslim secara syumul,setiap perbuatan indahnya bersalut islam,berlandaskan syariat bukannya nafsu dan syaitan...
menarik link dibawah :
http://muharikah.wordpress.com/2011/03/14/mana-satu-pilihanku/#more-1745http://jannatulwardah.wordpress.com/2011/01/20/pinanglah-daku-kerana-dakwah/
No comments:
Post a Comment