بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, July 9, 2013

Kecewa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt..

                       

Andai kalian tahu tentang keberadaanku disini
Andai kalian mengerti mengapa airmata ini mengalir lagi
Andai kalian tahu pahit menerima perpisahan semalam
Andai kalian tahu betapa rindunya hati ini..
Andai kalian mengerti apa yang ku simpan dibenak hati ini
Andai ku tahu,tak perlu ku mengharap dan mendamba kepada mereka manusia
Dan hari ini aku lebih mengerti,pergantungku selayaknya pada Allah semata-mata untuk selama-lamanya agar hati ini tak perlu lagi kecewa dan putus asa..


10:28 Am
Luahan hati kecil
Hurriyatul Izah
Taman Ixora

Friday, June 7, 2013

Hari-hari Baru

Bismillahirrahmanirrahim..
Setiap hari adalah hari baru,azam baru dan hammasah baru,tak perlu menanti tahun baru,
Kerana hampir setiap hari banyak perkara baru yang kita lalui,semuanya datang dari Allah Yang Maha Esa atas kehendak dan ketentuanNya...


Friday, March 29, 2013

Hadiah dari Hati

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
In the name of Allah...
Syukur kehadrat ilahi,diberi peluang untuk menulis lagi dalam blog ini.Kira-kira hampir dua bulan meninggalkan blog ni sepi tanpa post terbaru..
Sungguh,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk  setiap hambaNya.
Satu persatu,diri tersedar dengan hikmah Ilahi,penuh dengan rahsia Ilahi.Satu persatu,dicampak,disusun,di uji dan diuji lagi disini.Pejam celik,hampir 3bulan diri ni berkhidmat untuk ahlul Quran disini.
Azan waktu zohor memberhentikan lamunanku ketika itu,sayup syahdu sebak pun ada.Entah kenapa hati ini rasa begitu tenang setiap kali mendengar azan dari pelajar.
Ya...rasa tenang setiap kali memandang mereka,seolah-olah memberi beribu harapan kepada seluruh asatizah disini.
Sungguh betapa Allah mencampakkan kekuatan yang luar biasa kepada kami di sini.
Hati terus nekad memilih untuk terus bersama generasi Al-Quran ini.
Ya..kerana kalian semua,ustazah masih mampu bertahan disini..
Hampir juga tersungkur sebelum ni,ujian demi ujian hampir berpatah kembali ke belakang,penat dengan kerenah dan kenakalan pelajar-pelajar.
Takdir Allah menetapkan hati-hati kami disini.
"Kamu semua ni hari-hari nak buat masalah,nak ustazah marah setiap hari ke,ustazah pening tau tak fikir masalah kamu semua ni"
Selepas menghabiskan kata-kata terakhir dilajukan hayunan langkah menuju ke luar kelas.
Entah kenapa,emosi nya tak berjaya dikawal kali ni.
Berkali-kali beristighfar dalam hati,hampir setiap hari menerima aduan dari cikgu-cikgu tentang kenakalan pelajar-pelajarnya,otak dah semakin buntu memikir cara lain mendidik pelajar-pelajar tu.
Berlembut sudah,marah pun sudah.
Dia cuba untuk memujuk diri sendiri,mungkin mereka perlukan masa,tak mungkin dapat berubah secara drastik dalam masa yang singkat.Mereka tak bersalah totally,hanya mangsa keadaan.
Sungguh,hati ini memang banyak terdidik dengan sifat sabar.
Tak perlu merungut pun,saat ini hanya pada Allah tempat bergantung dan tawakal.
Ada cara lagi.
Moga Allah kurniakan ilham.
Ya Allah bantulah aku,mendidik jiwa mereka mengenalMu..
BAGAIMANA MENYENTUH HATI..
**********
21 March 2013..
I'm already 23 years old.
Ooh..usiaku semakin berganjak tua.
Malam tu ,tergesa-gesa dia menyiapkan montaj,dapat pulak call dari kak Aisyah.
"Faizah kena datang ke blok A sekarang,ada masalah kat sini.."
"Saya otw siapkan montaj untuk mlm ni ,lg 5 minit nak siapkan.."
"Xbole faizah..akak xtau nak cakap macam mne,faizah kena ad kat sini jugak.."
Terkjut jugak,kenapa kak aisyah cemas sangat ni.
"Tapi kan ustaz-ustaz ni ade,suh dyorang tgokkan masalah pelajar tu,10 mnt lg sy sampai kak.."
Tiba-tiba rasa cemas semacam,berdebar kuat dadanya.
Termengah sekali dia bergegas ke blok A,setelah berjaya menyiapkan montaj,sambil tak putus-putus berdoa dalam hati.


Hampir saja sampai didepan kelasnya,hatinya seolah dapat meneka sesuatu.
Sunyi dan gelap kawasan kelas,sesekali kelihatan beberapa orang pelajar keluar masuk dari arah yang berlainan.
Tiba-tiba suara kak Aisyah mencelah,sambil menarik tangannya masuk ke kelas.
"Akak,saya tak nak masuk la..
Sambil kak Aisyah meluru keluar,
"Akak nak ke mana tu?
"Akak nak arrange kan pelajar banat kat blok C..
Sannah helwa ustazah,sambil mereka menyanyikan lagu untuknya,dia kembali meluru keluar kelas,tak sanggup untuk berhadapan dengan mereka..
Di luar kelas,airmata tak berhenti mengalir,sehinggalah lagu habis dinyanyikan...
Sebak mendengar nyanyian mereka.



"Ustazah tak nak semua ni,ustazah tak harap pun,korang tak payah susah-susah buat macam ni..
Airmata belum berhenti mengalir.
Tangannya ditarik kembali oleh pelajar-pelajar banat.
"Ustazah,kami semua nak mintak maaf sebab da banyak sangat buat ustazah marah,da banyak menyusahkan ustazah.
Ni semua hadiah ikhlas dari hati kami sebagai tanda minta maaf dan hadiah untuk ustazah.."
Sayu hati ni,satu persatu di pandang wajah mereka,tiba dibahagian pelajar banin ada yang kurang di sana.
Haiekal xda ke,irfan dan amril?
"Amril sakit,irfan ngan haiekal ad hal dyorang da balek umah,ustazah.."
Celah Zainul dari satu sudut,antara pelajar top kenakalannya dalam kelas tu.

"Sweetnya,pelajar ustazah ni"sambil menyapu airmata yang masih bersisa..
"Ustazah,nakal-nakal kami,memang sweet ustazah,sebab ustazah yang ajar kami.."celah Syafiq pulak.



Sungguh,hadiah paling istimewa Allah kurniakan,
Hati terus memanjatkan kesyukuran,
Siang tadi penuh kejutan dengan ucapan-ucapan pelajar-pelajar  dalam kelas,malam ni penuh surprise
dengan jamuan istimewa dari pelajar kelasnya..
Malu,malu sangat,rasa diri tak layak dapat semua ni..jauh lagi berharap dilayan sebegitu..
Tak pernah berharap untuk dapat semua,setelah berkali-kali diuji,Allah hadiahkan sesuatu yang bermakna hari ini.
Thank You Allah,antara kenangan paling indah sepanjang berada di sini.


Hurriyatul Izah,
1:55 AM
Teratak Putih

Monday, January 14, 2013

Lukisan Salji



Nak jugak post gambar men salji ni,jeles sebenarnya kat sahabat jordan sana....:)


Bismillahirrahmaanirrahim…
Assalamualaikum wbt...



"Bangun,bangun cepat la,salji turun ni.."
 Berlari lari anak dia mengejutkan sahabat-sahabat serumahnya,satu persatu dikejutkan sahabatnya..

"Ana mengantuk ni,mana ada salji turun.."

"Cepatlah,dina bangun...salji kat luar tu.."


*********************

Selesai usrah petang tu,kami menjamu selera nasi ayam istimewa,
Akhirnya berjaya juga dia meluangkan sedikit masa memasak untuk sahabat halaqahnya,
walaupun dia sibuk dengan program sukan persatuan.

Belum sampai suapan terakhir ke mulut,nasi masih berbaki dalam dulang...
Suara kak izz memanggil dari bilik mengejutkan kami semua..sambil menyarungkan tudung dan winter kotnya..

"Jom,keluar cepat...
snow,snow....."


*********************


Bukak FB jer...waaaaaaaaa, major budak2 Irbid post salji dah turun di Irbid..alhamdulillah =)..seronokkan sangat rasakan? salah satu nikmat Allah yang rasa macam kita sorg je dapat..

Pertama kali pengalaman dapat pegang salji,syukur sangat,memang menangis pun masa tu,salah satu nikmat Allah yang satu ni tak semua orang dapat sebenarnya
..rasa macam nak balik Irbid sekarang! nak menangis je rasa..

Rasa macam 'sakit hati' jugak kadang tu bukak FB tengok kawan-kawan Jordan post pasal SALJI, SALJI , SALJI.
Tak pe,sekurang kurangnya nya pernah jugak merasa salji dekat Irbid Feb 2012..
walaupun sekejap je masa tu salji turun!!alhamdulillah ♥

Setiap kali hujan turun,sungguh hati ini rasa hiba sangat,sambil merintih lagi menangis dalam hati je yang mampu...
Sambil merenung hujan turun,walaupun bermimipi je nak tengok salji turun masa tu..
Ya Allah,betulku semua keputusan ni,apa yang terbaik Kau tunjukkan padaku yang lemah ini...
Sudah terlambat untuk patah balik kebelakang...
Tetapkan hati wahai diri... 

Mood sebenarnya belum bersedia untuk menulis pengalaman di tempat baru...
Biarlah untuk semantara waktu ini,sementara hatiku belum dapat menerima sepenuhnya semua ini.moga hikmah Allah tertulis suatu hari nanti..


Hurriyatul Izah
4.13pm
Mengemis rindu entah bila kan terurai,
Seremban,Malaysia..
Bumi Allah Penuh Lukisan

Friday, December 28, 2012

Bukan Tulisan Terakhir


In The Name of Allah
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi,akhirnya berjaya juga scan pasword email ni,.gara-gara terlupa pasword..
Hingga terfikir penulisan saya dah berakhir..
setelah sekian lama meninggalkan blog bersawang tanpa tulisan-tulisan terbaru..walau hakikatnya hati ni sudah lama kehausan dan kering..
Rindu semakin berputik dihati..
Tak pernah jemu untuk bercerita tentang rutin kehidupan yang terrsirat hikmah dan rahsia tersembunyi..
(walaupun perasan macam blog ni diri sendiri je yang baca)

Semangat tak pernah pudar,cita-cita itu tetap terpendam dihati,walaupun masih bertatih untuk menulis,kadang-kadang ayat tak pernah tersusun pun,gaya penulisan pun macam semacam pulak..


Terinspirasi dari penulis novel terkenal sejak di bangku sekolah,gara-gara menjadi top10 pembaca novel minat untuk menulis tak pernah luntur,pernah jugak hantar ucapan,sajak-sajak,dan puitis kat radio ikim,majalah Asuh,macam-macam lagi,seronok menulis sebab masatu orang lain tak kenal diri kita.

Kadang-kadang sering tertanya dalam hati,kenapa selalunya post mesti relate dengan kehiupan..
jarang-jarang post relate dengan ilmiah dan tarbiyah kan..?

Penulis terhebat seperti Ummu Hani,Ustaz Zaharuddin,Fatimah Syarha..mereka jugak mula menulis berkisar tentang kehidupan..
Permulaan untuk menjadi penulis sebenarnya mestilah bermula dari bawah,begitu juga jika kita ingin mencapai sesuatu yang besar dan berada diatas,setiap daripada mereka mesti mengalami pengalaman tersendiri
Bukan mudah untuk terus berada terus diatas,tak semua manusia menjalani kehidupan tanpa sebarang kesusahan dan kesulitan,pasti ada sesuatu berlaku sesuatu di pertengahan jalan...

Lagi-lagi kalau kita dapat kekuatan dan semangat dari pengalaman mereka,sebab itu penting untuk kita 
bercampur dengan masyarakat luar walau apa jua position mereka,mungkin sebahagian mereka hanya pemandu teksi atau tukang sapu,mungkin juga seorang lecterur dan boleh jadi seorang pencuci..tapi tak mustahil pengalaman mereka juga sama..saya seronok dapat hidup dengan mereka berkongsi pengalaman masing-masing,dan tak perlu nak judge mereka dari luaran sahaja

4 Bulan,5 Bulan sudah berlalu..
Pejam mata,celik pulak..pejam lagi,Alhamdulillah
Cepat,Pantas sangat masa berlalu...
Allah masih sayang saya,sebab itu jantung saya masih mampu mengepam oksigen lagi..


Hurriyatul Izah
12.41am
Seri Kembangan,Serdang Perdana
Bumi Allah yang cantik nan Indah

Wednesday, October 10, 2012

Hadirlah Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Untuk kesekian lama,tiada post terbaru untuk ditulis,entah kenapa semangat itu semakin hari semakin pudar mungkin tercicir di bumi Syam sana..
Tiada idea yang datang,kering dan kering..
Akhirnya dia hanya mampu tersenyum sendirian,memejamkan mata dan membayangkan kakinya masih lagi berpijak disana bersama kenangan-kenangan manis yang menghiasinya harinya,ooh indahnya...




Alhamdulillah..

Masih mampu menghirup udara segar yang mendamaikan di kampung,rumput-rumput hijau memenuhi laman rumah,sesekali terdengar kicauan burung di hujung pohon mencari rezeki untuk anak-anaknya barangkali...

Namun ,jauh di satu sudut,otakku ligat berputar,mengimbau kembali pengalaman pertama di temuduga...

"Tahniah,anda telah berjaya ditemuduga..

hati yang satu lagi berkata  "yes faizah ,you need changed,ni kan yang kau nak selama ni,plez jangan lepaskan peluang yang dah ade ni..

satu lagi haati ni pulak berkata...

"no,no...semua ni tak sesuai dengan jiwa aku,tak boleh..."

Dunia kerjaya,waktu bekerja office hour...??

Tajdid niat semula,hadaf dan aimnya..

teringat cadangan kakaknya.."kalau nak tau tugas pendidik ni mulia sangat,Allah bagi banyak pahala.."
Dan hatiku ni dah mula cair sebenarnya,berbalik pulak pada plan yang ke-3 tu nak jadi ustazah kat sekolah..

****************

Entah berapa lama dia memerlukan masa untuk memikirkan semua ini...
Mampukah,Layakkah aku..
Berkorban untuk Ummah,dan dimedan yang sebenar sekarang..
Jauh disudut hati,dia mahu bercuti lagi,masih terlalu awal untuk bekerja,sebab aimnya nak sambung study lagi tahun depan.

Aku keliru..

Ya Allah,kurniakan aku petunjukMu,apa yang terbaik untuk agama dan kemampuanku ini..

Hurriyatul Izah

1035am
Teratak Putih,
Rompin,Pahang

Friday, September 7, 2012

Rai Adilfitri 1433H

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamu'alaikum wbt...

Berkesempatan menghabiskan hari-hari ramadhan yang masih berbaki bersama ahli keluarga tercinta.Telah berlabuh tirai ramadhan,syawal yang dilalui moga berjaya menghasilkan takwa dan bekalan.Moga ramadhann kali ini tidak sia-sia dan mampu menjadi madrasah tarbiyah yang terbaik sebagai kekuatan menghadapi 11bulan yang bakal dilalui..ramadhan tahun-tahun akan datang masihkah berkesempatan untuk bertemu lagi...

Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam Aidilfitri untuk semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..Kullu 'am wa antum bikhair..
Minal aidin wal faizin..



Sempat ambik gambar aulia seorang jer,tak sempat mane nak bergambar dengan family...

Alhamdulillah,aidilfitri yang disambut kali ini serba sederhana sahaja.Berkesempatan menziarahi saudara-mara dan sahabat-sahabat dikampung.
Rumah kembali sepi,tiada lagi suara anak-anak dan baby kecil,semuanya kembali bertugas dan kerja masing-masing di bandar.

Teratak Putih
Rompin,Pahang
11.50 pm
7 September 2012