بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, April 12, 2015

Menadah Ampunan Dan CintaMu

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Kataku dalam esak tangis "Sy rasa penat,izinkan sy berehat.."

"Faizah,awak tido ye,kalau nak berehat,kita berehat sama-sama kat syurga ye..."

"Akak jangan pergi,teman sy kat sini..."

Oooh...Allah..
Astaghfurullah..

Mimpi

Suasana malam bertukar menjadi hening.Ada takungan butir-butir jernih di tubirmata ini...


Allah,hanyutlah aku dalam dakapan taubatMu..




Terangi jalan hidupku

Dengan cahaya kasih Mu

Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...

Di malam syahdu ku merayu

Ampunilah segala dosaku yang lalu

Sujud ku mendambakan keredhaan Mu

Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...

Usah Kau biarkan diri ku

Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu

Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu

Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran

Suburkan jiwa ku dengan keimanan

Hanya pada Mu Oh Tuhan

Ku sandarkan harapan

Sandaran Hati
Seremban 2
11.29 pm
12 April 2015

Tuesday, April 7, 2015

Aku Ingin Muhasabah seperti Umar

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Saidina Umar...hitam kesan dibawah matanya,tangisan nya tak pernah henti sejak islamnya..
Saidina Umar...tiada pernah berlalu didalam hidupnya tanpa muhasabah
Saidina Umar..Berwhudhu dalam keadaan menggigil

Saidina Umar, berjalan di malam hari untuk mengetahui derita rakyatnya.




Pada suatu malam,  ketika Umar berjalan  melihat keadaan rakyatnya bersama seorang pembantu melalui lorong-lorong kota Madinah, mereka bertemu dengan seorang wanita dan anak-anaknya duduk mengelilingi periuk besar di atas api. Anak-anak itu mengeluh kelaparan. Lalu Khalifah Umar mendekati keluarga itu bertanya kepada ibu itu apa yang terjadi, maka ibu itu menjawab anak-anaknya kelaparan kerana sudah 2 hari mereka tidak makan, yang dimasaknya hanyalah air dan batu supaya anak-anaknya boleh menunggu hingga tertidur. Umar bertanya kepada ibu tadi kenapa tidak diberitahu kepada Khalifah Umar?.  Maka berkatalah ibu tadi: “Seharusnya dialah yang tahu keadaan kami, dia punya kuda dan juga ribuan tentera, seharusnya dia tidak boleh tidur nyenyak dirumahnya sementara rakyatnya seperti kami ini kelaparan dan kedinginan”, tanpa dia mengetahui orang yang ada dihadapannya adalah Khalifah Umar.

Mendengar jawapan itu Saidina Umar terus ke gudang menyimpan gandum dan mengambil satu karung gandum bersama minyak samin. Saidina Umar mengendong sendiri gandum dan minyak itu walaupun pembantunya melarang dan ingin membantunya membawa barangan tersebut. Umar berkata: "Apakah kamu ingin memikul dosaku di hari kiamat kelak?" , kemudian Umar ke tempat wanita itu membawa barangan tersebut dan menghidupkan api serta memasak gandum yang dibawa bersamanya. Kemudian Saidina Umar r.a meminta perempuan tersebut mengejut anak-anak nya untuk makan makanan yang telah dimasaknya,sebelum berlalu Saidina Umar  meminta wanita itu datang ke pejabat khalifah untuk mendapatkan bantuan segera, pagi harinya wanita itu pergi ke pejabat khalifah dan dia sangat terkejut kerana orang yang membantunya semalam adalah Saidina Umar bin Al-Khattab.

Seremban 2
11.11 pm
7 April 2015

Qudrah Ku Terbatas

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang..




Hidup akan sentiasa teruji,untuk mendapat kekeuatan menghadapi nya adalah Allah
Ubat dan Penawarnya adalah kembali kepada Allah

Panjangkan kesabaran faizah..

Semangat ku masih seperti dulu,Qudrah ku terbatas untuk bergerak laju
Hikmah...memandang pada sisi positif

Seremban 2
10.35 pm
7 April 2015

Sunday, February 15, 2015

Tasbih Taubat


In The Name of Allah.. 
Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..  
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. 

Di balik Ujian dan Mehnah Moga Allah kurniakan Maghfirah..
Dalam Tasbih
Dan dalam Taubatku..

Tuhan..
Betapa Aku buta dengan nikmat Engkau..
Betapa Aku tidak pernah menghargai nikmat Sihat itu..
Tak menjalankan hak dan tuntutan pada anggota dan amanah pinjamanMu..

Keputusan darah untuk hari ni hb L  9.6
Doc " Awak ada muntah,pening atau pitam ke..?"
"Ada..dah 3 hari doc.."

Cuba untuk kuat,menahan penat dan sakit yang tiba-tiba datang..

"Ustazah,ustazah puasa ke hari ni,ustazah nampak penat sangat ni,ustazah berbuka kat sini dengan kitorang semua nak..?"

Airmata yang tertumpah kadang-kadang tak mampu ku tahan...
Allahurabbi..


Di Uji..kerana Aku gagal Menjadi hamba yang sentiasa bersyukur

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Derita Hati
Lavendar 
Seremban
12.46 am
15 Febuari 2015


Saturday, February 14, 2015

About Life, Redha And Ikhlas


In The Name of Allah.. 
Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..  
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. 

About Life
I should face everything in this world..
Faizah..wanita syurga kuat tak pernah lelah dan berputus asa
Faizah...sekalipun ujian ini berat
ingat..Allah sentiasa ada,ini kerana Allah Cinta , Allah Sayang..


Aku minta hati yang redha,hati yang ikhlas,hati yang mengimani dengan takdir yang Engkau susun..
Bantulah,bimbinglah perjalanan ini Ya Allah..

Allahuakhbar..Allah Maha Besar
Di Uji dengan Sabar
Sabar Dan Sabar..Sekalipun penat dan derita yang kau tanggung

...tentang kehidupan...tentang Jendela Usia,Paradise and Husnul Qhatimah
Sekalipun berat dan besar Ujian dr Nya,sebenarnya Allah sedang menyediakan hati ini dengan sesuatu yag lebih besar dan mendidik hati untuk redha dengan takdirNya

Redha dan yakin dengan hikmah ALLAH..

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian… Dalam hadith qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)

(Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya" H.R. Bukhari dan Muslim)

Ustaz Pahroi Mohd Juoi :
Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.
Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "insyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.

Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.
Bersangka baiklah dengan Allah,dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.


Hikmah...memandang pada sisi positif

Derita Hati
Lavendar
Seremban
12:27 am
15 Febuari 2015