بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, February 14, 2015

About Life, Redha And Ikhlas


In The Name of Allah.. 
Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh..  
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. 

About Life
I should face everything in this world..
Faizah..wanita syurga kuat tak pernah lelah dan berputus asa
Faizah...sekalipun ujian ini berat
ingat..Allah sentiasa ada,ini kerana Allah Cinta , Allah Sayang..


Aku minta hati yang redha,hati yang ikhlas,hati yang mengimani dengan takdir yang Engkau susun..
Bantulah,bimbinglah perjalanan ini Ya Allah..

Allahuakhbar..Allah Maha Besar
Di Uji dengan Sabar
Sabar Dan Sabar..Sekalipun penat dan derita yang kau tanggung

...tentang kehidupan...tentang Jendela Usia,Paradise and Husnul Qhatimah
Sekalipun berat dan besar Ujian dr Nya,sebenarnya Allah sedang menyediakan hati ini dengan sesuatu yag lebih besar dan mendidik hati untuk redha dengan takdirNya

Redha dan yakin dengan hikmah ALLAH..

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian… Dalam hadith qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)

(Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya" H.R. Bukhari dan Muslim)

Ustaz Pahroi Mohd Juoi :
Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.
Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "insyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.

Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.
Bersangka baiklah dengan Allah,dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.


Hikmah...memandang pada sisi positif

Derita Hati
Lavendar
Seremban
12:27 am
15 Febuari 2015

No comments:

Post a Comment