بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, October 30, 2011

Kala terbit rasa


Ya Allah,berilah mereka bahagia,berilah mereka cinta,
Mereka layak mengecapinya,
bahagia rumahtangga mereka hingga ke syurga,
rahmati mereka selalu dalam lembayung rahmatMu,
Kebahagian mereka adalah kebahagianku juga
Aku bukan kehilangan mereka,
mungkin masa untuk kami bersama semakin berkurang,
tak seperti dulu lagi,mungkin dah tak banyak masa untuk kami berkongsi banyak perkara,
mungkin kah kurang jugak perhatian dan belaian pada insane kerdil ini??
kasih sayang mereka adakah berbelah bagi..??
Ya Allah,jauhkan lah dari rasa ini,
semakin kuat rasanya dalam hati ini,
aku takut ya Allah,cabutkanlah rasa ini dalam hati ini secepat mungkin..
Aku takut kehilangan mereka,
pertama kali dalam hidupku cukuplah sekali aku kehilangan  seorang insane yang bernama ‘ayah’..
Aku tak kuat  punyai perasaan seperti tu lagi

Ya Allah,
masihkah ada lagi insane yang mampu
untuk mengganti tempat mereka didunia ini..
Memberi bahagia sepertimana mereka berikan,
melayan kerenahku seperti mereka lakukan,membimbing diri ini ,
Dari kejauhan aku merindui mereka,
setiap kali selepas solat titipan doa untuk mereka tak pernah ku lupakan
Aku juga mahu mereka turut sertai
Bersama-sama dalam saff perjuangan ini
Ampunkan aku Ya Allah,hari ini aku baru menyedari,
aku insane yang kerdil ini bukanlah milik sesiapa,
mereka insan-insan yang kusayangi bukan milikku jua,
semua yang ada hanya milikmu Allah,
kerna diatas bumi ini tiada apa yang kekal abadi…
Teruskan bermujahadah wahai hati,

  
Seorang insan yang cukup ku kagumi,tinggi budi pekertinya
kuat semangatnya,zuhud perisai hidupnya
Akhlakmu yang selalu kami contohi
Tegas mendidik kami adik-adiknya..
Mentarbiyah kami adik-adikmu menjadi muslimah harapan ummah
Sanggup berkorban apa saja untuk kebaikan kami semua
Ku sanjung tinggi segala jasamu abang
Tidak pernah ku lihat airmata sucimu itu mengalir
Betapa kuat hatimu,tak pernah putus semangat
Tak pernah ku lihat ada insan lain didunia ini sepertimu
Aku bangga,punyai abang sepertimu
Aku bangga menjadi adikmu
Saat pelbagai ujian yang datang
Tak pernah ku lihat dirimu mengeluh kepenatan
Tak pernah gentar,tak pernah sesekali merungut
Dengan apa yang terjadi
Tapi yang ku lihat hanya ketenangan diwajahmu
 
Saat lafaz sakinah itu selesai,mungkin aku adalah insan yang paling sedih diantara mereka
Mungkin
Mungkinkah aku insan yang paling bahagia..
Antara dua perasaan yang hadir,kesedihan itu tak mampu ku tahan lagi
dan kali pertama dalam hidupku melihat matamu merah bergenang dengan airmata suci..
   

Thursday, October 20, 2011

Aku ingin mencipta Langkah semula


Semalam aku kelukaan,kecewa kehampaan,mencalar ketabahan
Mimpi yang sering ku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian…
Allah…
ingin ku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untukku bertahan,
Semangat tenggelam,lemah daya
Haruskah aku mengerang,namun jiwaku berbisik
Inilah dugaan..
Dan langkah ku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkannya ujian
Diluar kekuatan setiap diri insane
Allah…
Pimpinlah diriku untuk bangkit semula
Meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku,kurniakan ketabahan
Agar mimipi jadi nyata
PadaMu ku meminta..
Daku mohon agung qudratMu
Wahai tuhan yang satu,segalanya dariMu..

Thursday, August 18, 2011

Diariku Menjelang Ramadhan

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..sekian lama mencari masa lapang,akhirnya berjaya jugak untuk update entry terbaru dalam blog ini..
Keletihan belajar waktu saifi sekarang sangat-sangat terasa lebih-lebih lagi bila melihat satu persatu wajah sahabat-sahabat seperjuangan pulang dari kelas..Teriknya panas matahari atas kepala belum pernah kami rasai sebelum ini..

Seminggu terus berlalu,dua minggu,tingga minggu..waktu belajar yang singkat  masa tyme saifi ni berlalu selama 9minggu,test 1 test 2 sudah berlau..Terik nya panas sangat-sangat menguji diri..
Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam waktu tu,dan sudah berapa banyak kali jugak pipi ini tumpah dengan airmata,Ya Allah walaupun selalu ku rasai berat ujian ini,alhamdulillah ku dapat lalui dengan rela hati,dengan tarbiyahMu aku tidak sulit dan tidak keseorangan lagi menghadapinya dengan adanya Mu dalam hati ini..masa terus berlalu dan berlalu meninggalkan kesedihan,kesusahan dan keperitan semalam..
Akhirnya tinggal beberapa hari lagi untuk final exam…Dan hanya tinggal beberapa hari jugak umat islam akan menyambut ramadhan karemm..
Sayup kedengaran derap langkah memecah kesunyian pagi,ku bangkit dari kerusi dan menjengah ke birai tingkap..

Satu susuk badan seseorang kelihatan terbongkok-bongkok mencari-cari sesuatu dari dalam tong sampah itu,suasana yang agak gelap menyukarkan untuk aku melihat seraut wajah tua itu dengan lebih jelas..

Ya Allah..
Saat insan lain lena dalam dakapan malam sebegini masih ada lagi insan seperti  ini berjaga  dan mencari rezeki  sehingga lewat malam.Hatiku bertambah sempit lagi bila teringatkan  kejadiaan petang semalam kerana seperti biasa bukan seorang lelaki dewasa yang menghantar air ke rumah tetapi seorang kanak-kanak awal  12an,bukan satu tong air yang di bawanya tapi 3-4 tong..Umur seawal  itu terlalu muda untuk mereka bekerja,sangat-sangat berbeza dengan kanak-kanak yang berada di Malaysia,di barat sekarang,mungkin mereka dalam keadaan selesa,mungkin mereka tidak seperti kanak-kanak Jordan yang bekerja mencari rezeki sendiri,mereka  selesa dalam bilik belajar tak pernah merasai panas terik seperti kanak-kanak itu lalui setiap hari..akhirnya mengalir jugak air mata jernih dari pipi ini..

Teringat kata-kata dari roomate “Sejak saya datang bumi Jordan Alhamdulillah,saya rasa semakin dekat dengan islam,hati ni cepat je tersentuh bila melihat,memandang dan mendengar sesuatu,saya bersyukur dengan hidayah Allah ini,saya mendapat sesuatu yang tak disangka-sangka…”
Lama sangat lamunanku ,jam di meja telah menunjuk ke angka 2:36am…

Resah hati belum lagi hilang menghadapi final exam  2 hari lagi,

“..Ya Allah hilangkanlah resah ku ini,permudahkanlah segala urusanku dalam pelajaran,dalam hafazan,dalam setiap ulangkaji ku ini,permudahkanlah ilmu ini masuk dalam hatiku,jadikanlah aku seorang insan yang cemerlang dalam pelajaran dan tarbiyah ini,pelajaran ilmu ini semoga menjadi salah satu wasilah untuk mencapai redhamu Ya Allah,jauhkanlah aku daripada menjadi insan  yang membawa fitnah dalam tarbiyah ini,Wahai Tuhan yang memegang hati thabatkan hatiku pada jalan kebenaran ini,berilah aku kekuatanmu untuk sentiasa kuat dalam ujian dan perjalanan dakwah ini…”

Panjang doa ku panjatkan pada Dia seusai solat,mata melabuhkan tirainya..

hurriyatul izah
Bayt Ghuraba' 

Thursday, June 30, 2011

Sebuah Persahabatan

                                    


                  Sahabat.....
                  Indahnya andai kau bersamaku saat ini..
                  Indahnya jika ku dapat meluahkan apa yang ku rasa sekarang
                  Indahnya jika kita dapat berkongsi segala cerita kita..
                  Segala kedukaan,keperitan,kesusahan,kesakitan seolah olah
                  hilang begitu saja bila kita bersama..
                  Sahabat..
                  Betapa ku rindukan kata-kata,senyuman,tawamu,tangismu,
                  dakapan eratmu itu...
                  Betapa ku rindukan nasihat,dan teguran mu..
                  Betapa saat ini hatiku penuh mengharap untuk bertemu dengan kamu..
                  Mahu berlari terus mendakap erat melepaskan segala rindu...
                  Meleraikan segala air-air jernih dari kelopak mataku..
                  Ku ingin menangis sepuas-puasnya di bahumu..
                  Ku ingin kau rasai segala yang ku rasai ini..


                                     
                  Hanya kita mengerti rindu kita seperti apa..
                  Betapa hanya Allah Maha Tahu tentang persahabatan kita
                  yang terlalu mahal harganya,
                  Sehingga ingin kita tebus dengan syurga..
                  Sahabat...
                  Di jalan tarbiyah hati kita bertaut,
                  Di jalan tarbiyah ini Allah mengikat hati-hati kita..
                  Kerna Cita-cita kita sama,satu matlamat mencapai redha DIA..
                  Di jalan tarbiyah,kau genggam erat tanganku,saat ku
                  kepenatan kau ajakku
                  berlari bersama,saatku keperitan kau dakap erat tubuhku..
                  Sahabat..
                  Ku masih ingat kata-katamu itu saat awal waktu kau
                  mengenalkanku  jalan tarbiyah ini...
                  "Jalan juang ini penuh dengan onak duri,laluilah dengan kesabaran.."
                  "Perjuangan ini kita tanggung bersama,segala rasai kita kongsi bersama.."


                                 
               "Ya Allah,peliharalah hati-hati kami agar terus menikmati nikmat berkasih sayang
               keranaMu,peliharalah hati-hati ini agar terus terikat keranaMu,peliharalah
               ukhwah kami,bertemu dan berpisah hanya keranaMu,amin Ya Rabbal 'alamin.."

Wednesday, June 29, 2011

Saat kau Istikharah

bismillah,

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Perkongsian ini khusus buat kamu kakak..

Alhamdulillah, Allah s.w.t. masih memberi kesempatan hidup di atas muka bumi milik-Nya, masih juga tidak jemu-jemu memberikan pinjaman nyawa dan apa-apa saja nikmat-Nya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan?

Syukur pada Allah,pada 4 jun 2011 kakak saya,selamat melangsungkan perkahwinannya.Walaupun saya jauh di perantauan,hati ini meronta-ronta mahu pulang ke kampung,hanya doa mampu dititipkan dari jauh..airmata yang mengalir mengiring doa untuk untuk kebahagian kamu
Semoga kamu berbahagia kakak..
masih terngiang pertanyaan kamu asyik berulang-ulang kali ditanya padaku...
"..faizah,mcm mane jat 2 nampak baik tak..???'
"akak tak tau,tak nak bagi dia harapan..."
"macam mane nak terima dia,akak bukan kenal pun.."
"...akak nak yang ensem,klu macam tue ramai je len akak ble trma..."
"akak takut la faizah,ko kan free lg,ganti tempat akak yer.,bertunang dua tahun,balek jordan terus je kahwin..."
"faizah bagi nasihat kat akak ni..."
"kat sane nanti jangan lupa doakan akak yer..."(pesanan kamu setiap kali panggilan telefon)
"kakak..lemahnya diri ni,berbanding kamu,apa kata-kata selayaknya untuk kamu.."
"saat kamu istikharah,pasti kamu menemui keyakinan itu,jangan terburu-buru mencari jawapan,jangan berputus asa mencari petunjuk darinya,terus berdoa pada Dia.."
hampir pening jugak kepalaku melayan kerenah kamu kakak,seperti diri sendiri mencari jawapan menerima lamaran itu..(kasihan kamu waktu tue,perit mencari jawapan,tersepit jugak..)

~itulah omelan kamu kakak,alhamdulillah sekarang kamu sudah selamat diijabkabulkan,dialah pilihan kamu,setelah sekian lama kamu menanti jawapan saat istikharah,berderai airmata ini,saat mendengar berita pertunangan kamu dengannya beberapa bulan yang lepas,alhamdulillah,dia yang soleh untuk kamu yang solehah insyaAllah..Allah dah aturkan segalanya,dialah jodoh kamu jodoh dari Allah,moga mencapai bayt muslim bagi melahirkan jundi-jundi harapan islam insyaAllah,semoga kebahagian menjadi milik kamu dan suami hingga ke syurga abadi...

***...Bukan itu perkara utama yang ingin saya sampaikan,
Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.
  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
  • Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.

Apabila dikatakan majlis walimatul urus ataupun majlis kesyukuran perkahwinan,semestinya diringi dengan barakah untuk pasangan,keluarga dan juga tetamu yang hadir..
perkara yang dikesalkan dalam banyak majlis perkahwinan, adalah elemen kemungkaran seperti perempuan menyanyi di hadapan khalayak ramai dan lain-lain.. Sedangkan, para ulama’ seperti, Syeikh Ibnu Baz dan Prof Yusof Al-Qardhawi telah menggariskan, lima syarat hiburan itu dibenarkan. Antaranya ialah:-
1.Hiburan sekadar keperluan sampingan,
Yang dimaksudkan hiburan sekadar keperluan sampingan ialah, umat Islam boleh berhibur tetapi biarlah hiburan itu sekadar memenuhi kehendak naluri dan tidak berlebi-lebihan dalam berhibur contohnya, ada orang berhibur sehingga mengelengkan kepalanya sehingga mabuk (pening) dan ada yang melompat-lompat tanpa tujuan. Apabila masuk solat fardhu maka wajib menyelesaikan dahulu solat itu dengan khusuk dan tawadduk.
2.Hiburan yang memuja Allah swt,
Lirik-lirik dan alunan lagu tersebut mestilah ada unsure-unsur memuja Allah adan ada seruan untuk mentaati Allah. Selain itu juga, lag yang memuji Rasulullah, para sahabat dibenarkan dalam Islam bertujuan mengingat kembali sirah perjuangan para nabi dan sahabat. Lirik-lirik seperti memuja wanita, dan tiada unsur-unsur Islam (kebaikan) adalah haram.
3.Pemisahan penonton/pendengar antara kaum hawa dan kaum Adam,
Pemisahan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan, sekiranya tidak dipisahkan maka hukumnya adalah haram.
4.Penyanyi dan penghibur hendaklah di kalangan lelaki sahaja,
Maksud penyanyi dan penghibur hendaklah lelaki sahaja ialah lelaki dibenarkan menjadi penyanyi/penghibur kepada seluruh pendengar lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula wanita menjadi penghibur/penyanyi, ada ulama’ membolehkan wanita jadi penghibur tapi dengan syarat yang menjadi pendengar/penonton adalah di kalangan perempuan sahaja dan tidak penghibur tadi tidak boleh menyebarkan hasil hiburan itu di kalangan kaum muslimin. Hukum wanita berhibur di khayalak ramai yang terdiri daripada lelaki dan perempuan adalah haram.
5.Tidak menggunakan alat muzik yang ditiup dan dipetik
Contoh alat muzik yang dipetik dan ditiup ini terdiri daripada seruling, bioala, gitar, dan lain-lain yang qias (sama) dari segi kegunaan dan fungsinya.
Bukankah lebih molek, jika majlis itu diiringi dengan hiburan yang memberi manfaat atau zikrullah. :-)
                

Semoga ,perkongsian ini bermanfaat,sebagai muslim kita pandang segalanya dari sudut islam,insyaAllah semoga Allah permudahkannya,menarik saya petik ayat ini"ادخلوا في السلم الكافة"..
(2:208)(bermaksud:masuklah ke dalam islam keseluruhnya..)
Mari menjadi muslim secara syumul,setiap perbuatan indahnya bersalut islam,berlandaskan syariat bukannya nafsu dan syaitan...
menarik link dibawah :
http://muharikah.wordpress.com/2011/03/14/mana-satu-pilihanku/#more-1745
http://jannatulwardah.wordpress.com/2011/01/20/pinanglah-daku-kerana-dakwah/