بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, July 7, 2015

Memaknai Bulan Ramdhan

In The Name of Allah..
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan kita dengan keimanan,
yang menjadikan kita hamba yang membaca dan menghafaAl-quran.
Segala puji bagi Allah yang mengumpulkan kita disuatu tempat ,bulan dan waktu yang mulia dan penuh berkat.

Alhamdulillah kita berada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan kenikmatan dan Barakah.
Mudah-mudahan limpahan keberkatan ini mengalir ke dalam hati kita untuk kita pancar kepada pancaindera dan Zahirkan pada tindak tanduk kita.
Alhamdulillah,kita masih dipilih memenuhi dan memaknai hari-hari dalam Ramadhan,bulan syiar Al-quran,bulan suci,penuh rahmat,keberkatan,bulan yang dilipat kali ganda.
Bulan dimana kita mendekatkan diri kepada Allah..
Bulan yang kita rasa ingin selalu membaca Al-quran.
Bulan di dalam nya raintaian doa dan munajat kita tidak pernah putus kepada Allah
Bulan moga kita termasuk golongan yang bebas daripada api neraka.
Bulan moga kita mendapat kelebihan markah dan kelebihan disisi Allah.
Bulan moga menghidupkan hati kita dengan kebaikan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan mengamalkannya maka Allah sudah tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makanan dan minumannya.” (HR. Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)

Sahabat-sahabat sekalian..
Berdasarkan maksud hadis diatas tadi
Ketahuilah..
Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t. Oleh itu kita hendaklah mengawal diri daripada melakukan perkara yang keji semasa berpuasa. Perangi nafsu dan berjuanglah untuk menjagalah semua disiplin-disiplin di bulan Ramadahan, selain dari makan, minum, , jagalah lidah, mata, telinga, anggota lain dari perkara yang sia-sia agar kita mendapat rahmat (10 Ramadhan pertama), keampunan (10 Ramadhan kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka(10 Ramadhan terakhir)

Kata Jabir bin Abdillah “Seandainya kamu berpuasa,maka hendaknya pendengaran,penglihatan,dan lisanmu turut juga berpuasa dari hal2 yang dusta dan haram..”

Sahabat-sahabat sekalian..
Ketahuilah
Janganlah kita merosakkan pahala puasa kita dengan dosa dan maksiat kepada Allah..
Walaupun dalam Ramadhan syaitan telah diikat dan dirantai seperti yang disebut dalam hadis,namun ketahuilah bahawa tarbiyah yang ditinggalkan oleh syaitan akan diteruskan oleh hawa nafsu yang berperanan merosakkan diri kita.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا جأت شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
“Apabila telah dating Ramadhan dibukakanlah pintu-pintu langit dan dikunci pintu-pintu Jahannam, dan syaitan-syaitan pun dirantai.” (HR. Bukhari)

Perhatikan hadits ini. Rasulullah saw bersabda:


مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا بَاعَدَ اللَّهُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا. “Tidak ada dari seorang hamba yang berpuasa satu hari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 tahun (jarak tempoh perjalanan).” (HR. Muslim)


Cukuplah hadits ini sebagai renungan bagi kita semua:

« رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَىَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلاَهُ الْجَنَّةَ »
“Celakalah seseorang yang namaku disebut di sisinya lalu dia tidak bershalawat kepadaku,celakalah seseorang yang datang kepadanya bulan Ramadhan lalu berlalu sebelum dia diampunkan dan celakalah seseorang kedua orang tuanya telah mencapai usia renta di sisinya namun tidak memasukkannya ke surga” (HR. Tirmidz)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjSsrBOT5RKv2UkEyEcz2Q0zK6jhgtYS8A0rg5ZejdMV1J70W6nyWg9-DO5QI3eDgnZGIZXST-3CeHrAmZJZ85WG3B10CpRtTsjRkjHF9mO-u-tWy0qA-eDF6i_N1k4oT8TJVCiOKPZok/s400/images.jpg


Saya menyeru kepada diri saya dan sahabat2 semua..
Jadikan ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita berubah..ayuh berubah..berubahlah kita semua..Pintu taubat sentiasa terbuka didalam ramadhan,mintalah keampunan Allah Taala.
Agar Ramadhan kali ini tidak sia-sia dengan menanam dan menuai dengan dosa semata-mata.

Hadis hadis diatas sebagai renungan dan pengajaran kita bersama..
Ramadhan sebagi wadah dan wasilah untuk kita berubah,meminta keampunan Allah diatas dosa-dosa kita yang sangat banyak tidak terhitung,sebelum ramadhan pergi dan sebelum kita menyesal seperti ahli qubur yang meminta kepada Allah untuk kembali dihidupkan dalam Ramadhan…

Betapa sangat banyak didalam hadis menceritakan tentang kemuliaan dan keutamaan serta fadhilah didalam bulan yang mulia ini..
Dan jadikan kita insan yang mulia,kerana memuliakan bulan yag mulia ini..
Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang mendapat taufik dari Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mengamalkannya agar kita benar-benar mendapatkan kebaikan dan keberkahan bulan Ramadhan dan bukan menjadi orang yang merugi dan celaka dengan kedatangan bulan yang mulia ini.
Dunia yang semakin sakit dengan dosa2 umat..moga kita mengambil pengajaran setiap apa yang berlaku dan menjadi hamba yang bersyukur dengan setiap nikmat Allah Taala.
Salam Ramadhan Mubarak ,selamat memaknai ibadah puasa dibulan yang penuh keberkatan ini..

Sekian.. Allahu ‘Alam

Oh Allah let's us reach the month of Ramadhan
Seremban 2
10.58 pm
27 Jun 2015


No comments:

Post a Comment