بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, December 14, 2010

Kalau aku diuji carilah redhanya...

Ukhti(Saudaraku).. Kita kena ingat, tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan Allah. Seindah manapun sesuatu itu dalam pandangan manusia, tanpa redha Allah ia tetap tidak berguna, walaupun sedikit.
Perasaan ingin dicintai serta ingin menyintai itu fitrah. Tak salah jatuh cinta. Dalam Islam ada cara untuk menyalurkan fitrah itu, iaitu bernikah.
Percintaan sebelum nikah tiada cara yang menghalalkannya dalam Islam. Buatlah macam mana sekalipun, ia tetap akan menghampiri zina. Sedar atau tidak, sebenarnya kita dah melakukan zina hati yang serius semasa asyik-asyik mengingati si dia. Sampaikan tidak mampu menjawab paper! Beristighfarlah wahai ukhti...besar dosa yang telah kita lakukan itu..
Seindah manapun lelaki itu, dia tetap manusia, yang akan tua, yang akan berubah wajahnya, yang akan pergi, yang akan mati. Jika kita  menyintainya kerana wajahnya yang tampan, ia akan pudar. Jika kerana sifatnya yang dilihat baik dan menarik, itu hanya luaran, Ketika bercinta setiap orang akan menampilkan sifat-sifatnya yang terbaik, agar dapat memenangi hati pasangannya. Semuanya akan berubah setelah bernikah. Itulah yang berlaku jika percintaan itu dilakukan bukan berasaskan mencari redha Allah, tetapi atas desakan nafsu shahwat semata, kerana ingin mengisi kekosongan jiwa kononnya.
Allahlah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan bercinta. Carilah kebahagiaan dengan mengenalNya. Berusahalah mendalami ilmu agama agar kita semakin dekat kepadaNya. Sedarlah...
Hendakkan jodoh baik dan soleh? Mudah..jadilah wanita yang solehah. Berusaha sehabis mungkin untuk menjadi insan terbaik di hadapan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia akan menjodohkan kita dengan lelaki soleh yang sama-sama beriman, menjaga diri dan bertaqwa.. FirmanNya: Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).[Surah An-Nur(24) ayat 26]
Sifat wanitai yang baik, sudah tentu bukan mereka yang melanggar perintah Allah dan RasulNya. Ketika difirmankan: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.[Al-Isra'(17) ayat 32]
Dia amat-amat memahami bahawa dia perlu menjaga serta membatasi pergaulannya.
Dan apabila difirmankan : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".[An-Nur(24)ayat 30]

Dia akan amat memahami bahawa mata yang dipinjamkan oleh Allah ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk melihat lelaki yang betul-betul halal baginya. Dia akan membatasi pandangannya dan menundukkan nafsu(keinginannya) daripada terus memikirkan tentang si dia.
Berusahalah untuk melupakannya.
Carilah Cinta Allah.
Cinta Teragung
Cinta Teratas

Wallahua'alam.

Friday, November 19, 2010

Untukmu wanita,muliakanlah dirimu...

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..

Pertama Aidiladha di rantaun

Juadah dan kuih raya..


                       Rindunya kat kampung halamanku..

Saat  berderai aimataku tika kedengaran takbir dimalam raya..
Syahdunya dihati terkenagkan keluargaku yang jauh di Malaysia..
Jauh jarak kami dipisahkan laut dan benua yang beribu-ribu batu jauhnya..,
hibanya saat temanku disisi memelukku,menenangkan diri yang kesedihan,terima kasih adilah..
ku rindukan suasana raya dikampung,membuat persiapan hari raya bersama keluarga..
Menyambut aidilfitri bersama keluarga dan saudara mara tercinta...
Semuanya hanya tinggal kenangan memori indah bersama mereka selamanya diingatan..

Sunday, November 7, 2010

Kau pergi tanpa menugguku..

kucing lesayanganku..kau pergi tanpa menuggu kepulanganku..
kerna takdir ku relakan jua walau beratnya hati menerima semua ni..

Wednesday, November 3, 2010

Shift Our Paradigm

Bismillahirrahmaanirrahim…

Alhamdulillah..saya berpeluang lagi untuk menulis,sebagai wasilah untuk menyampaikan
kepada semua,agar nanti dunia menjadi saksi,kelak tiada alasan diberi..insyaAllah,saya nak sharing sesuatu melalui ayat Al-quran ni,(Surah Al-baqarah:143)

                                               "وكذلك جعلنكم امة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا"
"Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan"
agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu"
1.Umat pertengahan
2.Penyaksian ke atas manusia
                                                         RASUL=KITA=MANUSIA

                                                   ...اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد الرسول الله                     
Dalam solat kita,berape kali kita mengucap syahadah?bayangkanlah kita mengangkat sumpah
dengan Allah setiap hari..kita berjanji di hadapan Allah setiap kali dalam solat?tapi kita faham tak syahadah yang kita ucapkan tu?kenapa kena faham syahadah tu pulak?syahadah tu kan membuktikan kita islam..betul ke macam tu??tapi kita islam setakad syahadah  je ker,solat,puasa,zakat dan haji??
You are a Muslim..why???
it's because...your parent is a Muslim
what make you a the true Muslim???pray five times a day..
fasting during Ramadhan..give zakat, recite Al-Quran,perform haji,and recite syahadah....

Semua perkara diatas cukup ker membuktikan kita islam..kalau macam tu,kenapa semua orang tak baik jugak kalau dah sembahyang,puasa,zakat dan haji..kat luar sana Malaysia khususnya,orang islam ramai jer,tapi mereka ramai jugak yang terlibat dengan masalah sosial,masaalah anak luar nikah semakin kritikal,keruntuhan akhlak pemuda-pemudi..sebab ape,mereka dah islam..
ada sebahagian yang menjawab..'sebab mereka tak tahu islam..'
'mereka tak belajar islam,tak ade pendedahan islam sejak dari kecil..'
'mak ayah diorang tak ade ilmu agama jugak,sebab tu anak-anak jadi macam 2...'
So,yang belajar agama 2 ("ustaz" ngn "ustazah")..??tak kurang ade jugak yang terlibat dengan masalah sosial,keluar ke hulur ke hilir dengan bukan mahram,dengan masalah ikhtilat yang tak terjaga kat mane-mane jer??macam mane 2??fitnah pun semakin berleluasa??
Macam mane yerkh??tak kan kita nak biarkan,tutup mata,tanpa menghiraukan masalah yang di hadapi umat islam di sekeliling kita..kita dah buat benda-benda baik,tak payah nak sibukkan diri dengan hal orang lain..
tapi kat akhirat nanti macam mane kita nak jawab di hadapan Allah..
apabila berkata si fulan.."Ya Allah,hamba ini tidak pernah mengajar aku kepada islam,hidup di dunianya dulu tak pernah ambil peduli tentang aku,tak pernah mengajak aku kepada kebaikan,tak pernah mengenalkan aku akan dosa dan pahala..layak kah dia ditempatkan di syurga Mu Ya Allah.."

Walaupun ramai golongan siswazah lepasan timur tengah semakin meningkat saban tahun, tapi ape sumbangan yang mampu mereka lakukan,masalah anak luar niakh semakin kritikal jugak..
Di mana kefahamn kita tentang ISLAM yang sebenar..
Pengertian sebenar Syahadah...
Kita menjadi saksi atas risalah yang Rasulullah sampaikan,
dan manusia akan menjadi saksi atas perbuatan kita..
Tugas kita menyampaikan segala kebenaran di muka bumi ini..
So.apa yang kita dah lakukan sebagai menjawab persoalan di akhirat nanti..
Amal islami kita da banyak mane....
macam mane Amm ma'ruf,wa nahi mungkar yang kita buat..

~hurriyatul izah~
~sakan jamiah~

Saturday, October 30, 2010

Kerana Engkau Insan Terpilih



Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?

Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..

Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”

Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..
Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.


Jiwa gersang terasa kekosongan,

Jiwa gersang terasa kekosongan,
Minta diisi zikir laungan;
Hati gundah tiada kehaluan;
Petunjuk Rabbi sekadar bayangan.

Hari-hari berlalu penuh derita,
Perit jerih jelas terasa;
Dimana perlu kututur bicara;
Bagi diri penuh sengketa.

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qulubana 'ala diinik!!!"

Alhamdulillah,
Gegak gempita bersulam cahaya;
Kalam Ilahi penguat jiwa;
Langkah diorak penuh bertenaga;
Ke medan jihad kutempuh jua.

Ketekalan Al-Fateh penunggak kekuatan,
Jiwa ar-rijal penuh keberanian;
Tahajjud pada Ilahi peneguh keimanan;
Pemangkin kekuatan puncak kejayaan.

Kalam Allah terpahat di dada,
Sunnah junjungan sedia terlaksana.;
Jiwa tenang indah terasa;
Hidup berpaksikan Allah semata.

Salam Rindu,
Salam Perjuangan.

Friday, October 29, 2010

Temanku,Allah sayang Kita

Bismillahirrahmaanirrahim…
Alhamdulillah...
Teman-temanku,Allah sayang kita..
Allah nak sampaikan kebaikan kepada kita melalui teguran-teguran2,ujian ujian itu..
Allah detikkan hati mereka untuk menegur kita..
Husnu Zon dengan Allah,buka hati kita menerima setiap teguran dan kritikan
,jangan kita memandang siapa yang mengkritik dan menegur baik ke tak dia,tapi pandanglah apa yang ditegur,kalau teguran untuk kebaikan,alahamdulillah,bersyukurlah kerana
Allah nak tegur kesalahan kita..
tapi hati setiap orang tak sama,tak semua orang boleh terima setiap teguran,
so macam mane..???
kita insan lemah,kita bukan yang sempurna,kita mungkin banyak buat salah setiap masa,buat Dosa samaada sedar atau diluar kesedaran,setiap saat setiap detik,setiap kata-kata yang terkeluar dari mulut,setiap apa yang terdetik dari hati..Allah menilainya nanti..
fikirkanlah,tanya iman,kenapa hati jadi macam tu..moga Allah kurniakan kepada kita
hati yang baru..mungkin kita ada masalah dengan hati kat situ,janganlah
Allah hijabkan hati kita disebabkan dosa2 yang kita buat,na'uzubillahh..


~hurriyatul Izah~
~Sakan Yarmouk~

SETIAP KALI

Bahagi itu Anugerah..

Bismillahirrahmaanirrahim…
Alhamdulillah...
"anakmu sangat merindui dan mencintaimu.."Warkah Hati Sang Perindu.. Tika ini.. Hati ini merintih merindui kedua ibu bapaku.. Tapi aku lebih merindui syahid dijalan Allah.. Dalam perjalanan mencari ilmu Allah.. Tanggungjawabku terletak pada keredhaan kedua ibu bapaku.. Kerana restu dan pengorbanan mereka, Berdirinya aku dibarisan dakwah ini, Jalan yang penuh duri dan kesakitan. Kerana tanggungjawabku sebagai hamba, khalifah, mad'u, da'ie, anak, pelajar, sahabat, muslim.. Setiap langkahku dipenuhi doa dan restu mereka... Ibu bapaku yang amat ku cintai setulus hidup dan matiku.. Wahai ibu ayahku.. Setiap hembusan dan helaan nafasku, Setiap detik saat kehidupanku adalah amanah dari Allah SWT, Rasulullah SAW dan amanah darimu buatku... Kelak akan dipertanggungjawabkan di akhirat.. Lihalah ke mari ibu ayahku.. Inilah usaha dan langkahku menuju redha dan cinta-Nya.. Walau dengan usaha kecilku.. Sesungguhnya aku merindui mahkota syahidah djalan-Mu.. Dengan ilmu-Mu.. Inilah janjiku bagi janji kekasihku....

Alhaamdulillah..alhamdukillah sangat..terasa diri sangat sangat bertuah dikurniakan insan insan seperti mereka,perasaan ini hanya tuhan yang tahu,baahagia itu anugerah DIA..
Namun kebahagian kami sering di uji oleh Nya,berjauhan dari mereka sangat2 menguji hati ini..
Dari kepahitan ku temui kemanisan,dari kesusahan dan keperitan ku temui kesenangan..
Ku temui kekuatan,ku temui kebahagiaan,
banyak yang kami lalui bersama,susah senang,pahit,sedih,gembira..terlalu banyak..
Dia yang Maha Pemurah,mendatangkan sesuatu ujian dengan hikamahNya..
Moga kebahagiaan kami berkekalan hingga ke syurgaMu..

~hurriyatul Izah~
~Sakan Yarmouk~

Sunday, October 10, 2010

Bismillahirrahmaanirrahim…
Alhamdulillah...

Blog kedua saya,setelah blog saya menghadapi beberapa masalah teknikal..setelah sekian lama saya menyepi,blog tersebut dibiaarkan usang..
Saya di beri peluang ini,untuk menulis lagi..dari hati moga terus sampai ke hati..
teringat perbualan antara dua orang teman saya..
"enti da lame tak update blog ker,ana menunggu entri2 terbaru dari blog enti.."
"saya takut,saya takut untuk menulis,saya takut tak dapatbuat denganapa yang saya tulis.."

"يا ايها الذين ءامنوا لما تقولون ما لاتفعلون"
(Wahai orang-orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?){As-saff:2}

Benarlah,hakikatnya sekarang saya dapat melihat keadaan ini terjadi di sekeliling saya..
Kadang-kadang kita hebat berkata-kata tentang islam,melaungkan syiar-syiar islam kat mana, di blog di fb,tapi belum tentu seiring dengan amal islami kita sebagai seorang MUSLIM,kadang tu sekecil kecil perkara kita tak boleh nak buat,sekeci kecil kejahilan dalam diri tak mampu kita nak buang..
kenapa??,dan kenapa??,tepuk dada,tanya IMAN.. Ilmu yang kita ada biarlah basah dengan nila,boleh mengubah kita kearah yang lebih baik,dan bermanfaat kepada orang lain..


~hurriyatul izah~
~sakan yarmouk~
~12.23 am~