~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah..sekian lama mencari masa lapang,akhirnya berjaya jugak untuk update entry terbaru dalam blog ini..
Keletihan belajar waktu saifi sekarang sangat-sangat terasa lebih-lebih lagi bila melihat satu persatu wajah sahabat-sahabat seperjuangan pulang dari kelas..Teriknya panas matahari atas kepala belum pernah kami rasai sebelum ini..
Seminggu terus berlalu,dua minggu,tingga minggu..waktu belajar yang singkat masa tyme saifi ni berlalu selama 9minggu,test 1 test 2 sudah berlau..Terik nya panas sangat-sangat menguji diri..
Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam waktu tu,dan sudah berapa banyak kali jugak pipi ini tumpah dengan airmata,Ya Allah walaupun selalu ku rasai berat ujian ini,alhamdulillah ku dapat lalui dengan rela hati,dengan tarbiyahMu aku tidak sulit dan tidak keseorangan lagi menghadapinya dengan adanya Mu dalam hati ini..masa terus berlalu dan berlalu meninggalkan kesedihan,kesusahan dan keperitan semalam..
Akhirnya tinggal beberapa hari lagi untuk final exam…Dan hanya tinggal beberapa hari jugak umat islam akan menyambut ramadhan karemm..
Akhirnya tinggal beberapa hari lagi untuk final exam…Dan hanya tinggal beberapa hari jugak umat islam akan menyambut ramadhan karemm..
Sayup kedengaran derap langkah memecah kesunyian pagi,ku bangkit dari kerusi dan menjengah ke birai tingkap..
Satu susuk badan seseorang kelihatan terbongkok-bongkok mencari-cari sesuatu dari dalam tong sampah itu,suasana yang agak gelap menyukarkan untuk aku melihat seraut wajah tua itu dengan lebih jelas..
Ya Allah..
Saat insan lain lena dalam dakapan malam sebegini masih ada lagi insan seperti ini berjaga dan mencari rezeki sehingga lewat malam.Hatiku bertambah sempit lagi bila teringatkan kejadiaan petang semalam kerana seperti biasa bukan seorang lelaki dewasa yang menghantar air ke rumah tetapi seorang kanak-kanak awal 12an,bukan satu tong air yang di bawanya tapi 3-4 tong..Umur seawal itu terlalu muda untuk mereka bekerja,sangat-sangat berbeza dengan kanak-kanak yang berada di Malaysia,di barat sekarang,mungkin mereka dalam keadaan selesa,mungkin mereka tidak seperti kanak-kanak Jordan yang bekerja mencari rezeki sendiri,mereka selesa dalam bilik belajar tak pernah merasai panas terik seperti kanak-kanak itu lalui setiap hari..akhirnya mengalir jugak air mata jernih dari pipi ini..
Teringat kata-kata dari roomate “Sejak saya datang bumi Jordan Alhamdulillah,saya rasa semakin dekat dengan islam,hati ni cepat je tersentuh bila melihat,memandang dan mendengar sesuatu,saya bersyukur dengan hidayah Allah ini,saya mendapat sesuatu yang tak disangka-sangka…”
Lama sangat lamunanku ,jam di meja telah menunjuk ke angka 2:36am…
Resah hati belum lagi hilang menghadapi final exam 2 hari lagi,
“..Ya Allah hilangkanlah resah ku ini,permudahkanlah segala urusanku dalam pelajaran,dalam hafazan,dalam setiap ulangkaji ku ini,permudahkanlah ilmu ini masuk dalam hatiku,jadikanlah aku seorang insan yang cemerlang dalam pelajaran dan tarbiyah ini,pelajaran ilmu ini semoga menjadi salah satu wasilah untuk mencapai redhamu Ya Allah,jauhkanlah aku daripada menjadi insan yang membawa fitnah dalam tarbiyah ini,Wahai Tuhan yang memegang hati thabatkan hatiku pada jalan kebenaran ini,berilah aku kekuatanmu untuk sentiasa kuat dalam ujian dan perjalanan dakwah ini…”
Panjang doa ku panjatkan pada Dia seusai solat,mata melabuhkan tirainya..
hurriyatul izah
Bayt Ghuraba'
hurriyatul izah
Bayt Ghuraba'