بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, November 19, 2010

Untukmu wanita,muliakanlah dirimu...

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..

Pertama Aidiladha di rantaun

Juadah dan kuih raya..


                       Rindunya kat kampung halamanku..

Saat  berderai aimataku tika kedengaran takbir dimalam raya..
Syahdunya dihati terkenagkan keluargaku yang jauh di Malaysia..
Jauh jarak kami dipisahkan laut dan benua yang beribu-ribu batu jauhnya..,
hibanya saat temanku disisi memelukku,menenangkan diri yang kesedihan,terima kasih adilah..
ku rindukan suasana raya dikampung,membuat persiapan hari raya bersama keluarga..
Menyambut aidilfitri bersama keluarga dan saudara mara tercinta...
Semuanya hanya tinggal kenangan memori indah bersama mereka selamanya diingatan..

Sunday, November 7, 2010

Kau pergi tanpa menugguku..

kucing lesayanganku..kau pergi tanpa menuggu kepulanganku..
kerna takdir ku relakan jua walau beratnya hati menerima semua ni..

Wednesday, November 3, 2010

Shift Our Paradigm

Bismillahirrahmaanirrahim…

Alhamdulillah..saya berpeluang lagi untuk menulis,sebagai wasilah untuk menyampaikan
kepada semua,agar nanti dunia menjadi saksi,kelak tiada alasan diberi..insyaAllah,saya nak sharing sesuatu melalui ayat Al-quran ni,(Surah Al-baqarah:143)

                                               "وكذلك جعلنكم امة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا"
"Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan"
agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu"
1.Umat pertengahan
2.Penyaksian ke atas manusia
                                                         RASUL=KITA=MANUSIA

                                                   ...اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد الرسول الله                     
Dalam solat kita,berape kali kita mengucap syahadah?bayangkanlah kita mengangkat sumpah
dengan Allah setiap hari..kita berjanji di hadapan Allah setiap kali dalam solat?tapi kita faham tak syahadah yang kita ucapkan tu?kenapa kena faham syahadah tu pulak?syahadah tu kan membuktikan kita islam..betul ke macam tu??tapi kita islam setakad syahadah  je ker,solat,puasa,zakat dan haji??
You are a Muslim..why???
it's because...your parent is a Muslim
what make you a the true Muslim???pray five times a day..
fasting during Ramadhan..give zakat, recite Al-Quran,perform haji,and recite syahadah....

Semua perkara diatas cukup ker membuktikan kita islam..kalau macam tu,kenapa semua orang tak baik jugak kalau dah sembahyang,puasa,zakat dan haji..kat luar sana Malaysia khususnya,orang islam ramai jer,tapi mereka ramai jugak yang terlibat dengan masalah sosial,masaalah anak luar nikah semakin kritikal,keruntuhan akhlak pemuda-pemudi..sebab ape,mereka dah islam..
ada sebahagian yang menjawab..'sebab mereka tak tahu islam..'
'mereka tak belajar islam,tak ade pendedahan islam sejak dari kecil..'
'mak ayah diorang tak ade ilmu agama jugak,sebab tu anak-anak jadi macam 2...'
So,yang belajar agama 2 ("ustaz" ngn "ustazah")..??tak kurang ade jugak yang terlibat dengan masalah sosial,keluar ke hulur ke hilir dengan bukan mahram,dengan masalah ikhtilat yang tak terjaga kat mane-mane jer??macam mane 2??fitnah pun semakin berleluasa??
Macam mane yerkh??tak kan kita nak biarkan,tutup mata,tanpa menghiraukan masalah yang di hadapi umat islam di sekeliling kita..kita dah buat benda-benda baik,tak payah nak sibukkan diri dengan hal orang lain..
tapi kat akhirat nanti macam mane kita nak jawab di hadapan Allah..
apabila berkata si fulan.."Ya Allah,hamba ini tidak pernah mengajar aku kepada islam,hidup di dunianya dulu tak pernah ambil peduli tentang aku,tak pernah mengajak aku kepada kebaikan,tak pernah mengenalkan aku akan dosa dan pahala..layak kah dia ditempatkan di syurga Mu Ya Allah.."

Walaupun ramai golongan siswazah lepasan timur tengah semakin meningkat saban tahun, tapi ape sumbangan yang mampu mereka lakukan,masalah anak luar niakh semakin kritikal jugak..
Di mana kefahamn kita tentang ISLAM yang sebenar..
Pengertian sebenar Syahadah...
Kita menjadi saksi atas risalah yang Rasulullah sampaikan,
dan manusia akan menjadi saksi atas perbuatan kita..
Tugas kita menyampaikan segala kebenaran di muka bumi ini..
So.apa yang kita dah lakukan sebagai menjawab persoalan di akhirat nanti..
Amal islami kita da banyak mane....
macam mane Amm ma'ruf,wa nahi mungkar yang kita buat..

~hurriyatul izah~
~sakan jamiah~